Monday, May 4, 2009

Seafood by the sea

Kalau dah sampai Kuantan, rugilahkan tak pergi makan seafood. Malam lepas solat maghrib semua, kami semua keluar jalan-jalan cari makanlah.

kami makan kat Restoran Pak Su, along jalan Beserah rasanya. Hubby I kata dia pernah makan kat sini dengan kawan-kawan dia

restoran ni betul-betul tepi pantai. Sambil makan boleh menikmati angin laut sambil bunyi ombak memukul pantai...cewahh...romantiklah konon. Romantik apanya, punyalah ramai orang restoren ni sampaikan nak makan pun kena tunggu turn.

ini nampak kosong sebab orang dah ramai balik, dekat pukul 10 lebih dah ni kalau tak semua meja full


suka ana-anak sebab dah macam aquarium pulak. Punyalah banyak ikan, ketam dan lobster

Adik tunjuk ketam rasanya. Jakunnya anak-anak saya

pilihlah nak makan apa, semua ada tapi bayar sendirilah ya :)



tengok lama nak tunggu derang kemas meja dalam 10 minit jugaklah sebab ramai sangat orang. Dah ler meja semua gadang-gadang. Satu meja kadang-kadang ada dekat 15-20 orang makan.

order-order jer tak per boss bayar. Alamak silaplah hari tu sebab order udang sikit sangat patutnya belasah banyak sikit sebab last-last bil datang baru RM150.

Siakap masak stim. Sedapppp....kuah ikan ni pun sedap tau. Sedap sehingga menjilat jari dan tinggal tulang. Kepala semua habis kena belasah.

wah..wah...wah...licin....rezeki jangan membazir tak baik....burpp!!




I paling suka gambar ni. Budak berempat ni dok mengadap laut. Bukannya nampak apa pun gelap jer. Ni terang pun sebab ada flash. Mereka merenung masa depan mereka.


Abang sorang jer yang tak pandang kamera kalau tak sure dah cun dah gambar ni.

Habis makan semua dah dekat pukul 11 malam. Nasib baiklah semalam jer kat Kuantan tu kalau tak pengsan melihatkan keadaan hotel kami tu. Mau pengsan dibuatnya. Tak perlah malas nak cerita pasal hotel kami sebab buat sakit hati jer.

4 comments:

dikwirina said...

aikk...mana specs kakak?

Pink Mama said...

dia tak pakai tertinggal kat hotel.

dikwirina said...

he he, i ingat kot la dia pakai contacts :)

Pink Mama said...

hehe...kecik lagi dia tak reti nak pakai contacts. Tunggu umur belas2 kot :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin