Tuesday, January 31, 2012

Abang dia kata adik dia dah rupa Kha-irul Fah-mi

My baby's face was swollen yesterday sampaikan mata nak bukak pun tak boleh.
Poor baby.

Malam sebelum tu okay jer muka dia tapi bangun the next morning muka dia dah puff up macam ikan buntal. Bijik mata pun hilang. Hidung terus terkembang.

Letih tengok budak kecik ni menggaru-garu muka dia.

So pagi semalam bawak dia pergi klinik tapi mak aihhhh lamanya menunggu. Budak ni dah tak tahan menggaru-garu. Nasib baiklah I baik jugak dengan Akak-akak kat klinik tu so dia bagi kitaorang cut queue. Emergency case kan. Nasib baiklah jugak jump queue sebab lepas tu I kena rushing balik office untuk Lion Dance. Tiap-tiap tahun mesti I kena jadi ccordinator untuk Lion Dance......benci tau sebab bunyi gendang dia kuat sangat. I don't like.

Abang duk gelakkan adik dia. Diejeknya budak kecik tu, kata muka Adik macam Kha-irul Fah-mi. Apalagi melalaklah budak kecik tu.




Amacam ada lebih kurang sama tak? Kah...kah...kah...

Mamanya pun sama nakal siap google gambar KFCM tunjuk kat dia. Lagilah bertambah bengang dia.



Pakai baju sekolah sebab ingatkan nak hantar dia pergi sekolah. Sekali tgk muka bengkak teruk sangat so kansel. Doktor kasi MC sehari jer. Hari ni muka Adik bengkak lagi.



adik angkat KFCM



She maybe allergic to the face mask. Malam sebelum tu dia pi letak facemask kat muka dia. Don't point at me cause bukan I yang belikan facemask tu untuk dia tapi Ayah dia yang beli. Atau mungkin allergic to chlorine or something sebab Sunday tu dia pergi swimming dengan kawan baik dia. We're still unsure what trigger the allergy.

Anyway, I would like to wish Selamat Hari Wilayah kepada semua yang bekerja dan tinggal di WP. Kepada warga-warga negeri lain......pergi kerja macam biasa ya, jangan memonteng.

Besok I cuti walaupun office I di Selangor.

Kenapa?.......sebab Mothership kami di Kuala Lumpur =D

Cuti....cuti....cutiiiiii.......


Monday, January 30, 2012

Update pendek jer

Susahnyalah rasa nak update kebelakangan ni. Kalau kat rumah, awal-awal lagi my notebook Kakak dah book sebab dia nak mengadap Youtube Selena Gomez, penyanyi kesukaan dia. That girl is obsess with Selena Gomez. Sampaikan bear dia pun dia namakan Selena Gomez. Kalau weekend boleh jadi berejam-jam dia mengadap Youtube tengok cerita kesukaan dia macam iCarly......semua cerita teenagers ni. Nasib baiklah I ada iPad tapi ntah apasal ntah lately ni nak update blog guna blogpress tu macam ada problem. Stress jadinya bila lebih 5 kali nak update pun still tak lepas-lepas. Sementara kita boleh update ni.....kita updatelah.

Semenjak ada si kecik....ehh bukan ada baby tapi si kitten tu, asyiklah geram menengoknya. Budak-budak ni lagilah dibuatnya kitten tu macam baby. Habis diusung ke sana sini. Nasib baiklah Adik tak suruh beli pram untuk anak kucing tu....itu pun dia berangan okay sebab pernah ternampak a lady tolak anjing dia dalam pram kat Ikano PC.

More pictures of the little one. Tak concentrate nak update sebab mata asyik memandang kat TV tengok Ariana Mikhail. Alahai Mikhail, bilalah nak berjumpa balik dengan Ria mu.






"Kakak dan abang saya suka buat saya macam baby tau!"


Saturday, January 28, 2012

My Instagram this week

Did I tell you how much I love Instagram?

I do really love it!





meet Chica. Our new baby 



my outfit today....Prints and Stripes


Happy Weekend!!!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, January 27, 2012

Kalau ikut nafsu, binasa

Semenjak dua menjak ni terpanggil nak jaga kesihatan. Sebelum ni makan ikut suka hati jer. Tak pernahlah nak ambik tahu intake calori. Selagi boleh sumbat perut tu....kita sumbatlah. Bila perut dah sentak tak boleh nak makan lagi barulah nak stop. Hmm....rosak....rosak.

Hari selasa lepas terbuka hati (selama ni buta hati :p) nak kira intake calori makanan harian. Search kat apps store iPhone ni jumpa satu application namanya MyFitnessPal.

Application ni boleh kira berapa intake calori yang kita perlukan based on Weight, Height, Gender dan Age kita. Kalau berkira2 nak turunkan berat badan, setkan saja Goal Weight kita, then apps ni akan kira jumlah calori intake yang perlu kita ambil.

So far, macam susah nak stick to my 1200 cal. Asyiklah terbabas jer....ialah biasalah nafsu naga. ;) Pantang nampak makanan. Tak perlah pelan2 kita kayuh. Susah jugak nak kena kurangkan selera makan secara drastikkan.



hari ni jer dah terbabas banyak. Semua angkara double cheese burger :p


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, January 26, 2012

Sapa yang kerja minggu ni angkat tangan.

 *Angkat tangan* (saya ler tu)

Kat area rumah ni banyak lagi kedai yang tutup especially kedai Cina. Raya sakan na....
sampaikan stok barang kat Jusco dan Giant pun boleh nampak dah susut dari biasa.

Tapi bagus jugak sebab jalan nak pergi kerja pagi-pagi clearrrr jer gitu. Kalau tak keluar simpang luar tu jer sure punya jam.

Sebenarnya tak ada stori pun. Nak cerita hari Isnin lepas I terasa nak makan aiskrim. Tapi bukan sebarang aiskrim....nak aiskrim Baskin Robbins.

Baskin Robbins yang paling dekat dengan rumah ada kat Sunway Giza. Sunway Giza kosong almost semua kedai tutup. Supermarket dalam Giza pun tutup hari tu. Nasib baiklah Baskin Robbins bukak....kalau tak mau ada orang meroyan hehehe.

Chocolate Royale Mousse (betul ke....atau terbalik2 namanya). Ini saya yang punya. Syiok tak terkata.

5 scoop semua lain-lain flavor





Sedap sampai tak cukup kena beli lagi satu skooplah










Full House pun tutup hari tu





digggggggg in






Sebulan sekali jerlah nampaknya. Kalau hari-hari kopak mak






Gong Xi Fa Cai......Angpow tak ada ke?.Mungkin itu kot apa yang patung ni nak cakap =P

Speaking of angpows, I actually got a few red packets. Culuplah kalau tambah sikit jer lagi untuk beli sebotol perfume =D



Sunday, January 22, 2012

Overdose kecomelan

Ramai orang update blog hari ni. So kita pun samalah update jugak :p


2 hari lepas anak bertuah saya tu bawak balik 2 ekor anak kucing. Anak bertuah mana lagi.....si Adiklah. Dia kata dia jumpa anak kucing dalam kotak tepi gelongsor taman permainan. Adoii.....dia dah bawak balik pulak anak kucing tu.


Ikutkan I dengan ayah dia, kami tak mau dah bela lagi kucing. Sekor yang dah ada kat rumah ni pun cukuplah. Tu pun, minggu lepas bawak si Rocky pi vet dah kena RM50 sebab doktor kasi ubat untuk bisul kat kaki dia. Kesian jalan tempang-tempang.....dah serupa ayah budak-budak ni kalau kena gout :)


Tapi biasalah anak dara kecik saya tukan keras sikit hatinya. Lagi kata tak boleh bela anak kucing tu, lagi dia memberontak. Siap merajuk sehari semalam dengan ayah dia. Ayah tu pulak bukannya boleh anaknya merajuk.....terus cair. >.<


Tapi kalau tengok si kembar tu memang boleh bikin cair hati sebab comelllllllllah sangat. Rasa nak picit-picit sebab comel overdose.


Nama tak ada lagi sebabnya jantina tak diketahui. Nak kena bawak pergi vet dulu kasi check.










Alolo....comelnyaaaaaa


Amacam geram tak?

- Posted using BlogPress from my iPhone




Cuti panjang...Happy Chinese New Year


Apa kabar semua orang?. Cuti panjang balik kampung ke?. Bagi orang yang kampung sepelaung jer dari rumah sendiri ni, nampak gayanya duduk rumah sajalah daripada menyumbangkan kepada kesesakan jalan lintas. 

Plannya cuti 4 hari nak langsaikan baju-baju yang dah menggunung tinggi tu tapi sampai hari ni tak berusik lagi. Seksanyalah hai nak mula menggosok. Memang malas tahap dewa. Kalau ada robot/mesin yang kerjanya menggosok baju jer memang sah I ler orang yang paling awal beli.

Plannya pagi tadi nak pergi Morib, tapi kalau dah sampai pukul 3 pun tak bergerak lagi....kansellah nampaknya. Semalam dah pergi One Utama semata-mata nak beli bantal therapheutic sebab sakit bahu sampai hari ni tak baik-baik (dah 3 minggu menahan sakit). Mahal sikit tapi nasib baik ada sale 50% so bolehlah tahan. Dasar kedekut hehehe. Ada bau lavender ...memang lenalah tido malam tadi. Nasib baiklah pagi tadi terjaga pukul 7.30 sebabnya dah janji dengan my father nak hantar dia ke Perhentian Jalan Duta sebab dia nak balik kampung bas pukul 8.30 pagi. Kalau terlepas bas maknanya kamilah yang kena hantar pi Taping =P







Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada yang menyambut perayaan Raya Cina dan happy holidays kepada yang lain. Dengan pesanan, "Jangan makan limau banyak sangat, nanti sakit tekak =P"


Kakak dan Nenek, anak tahun naga.

Friday, January 20, 2012

Wednesday, January 18, 2012

Nasib baik tak buang air dalam tempayan





ku sangkakan akan hujan
tapi rupanya panas sampai
ke petang :,(
(sebenarnya sampai ke malam)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Wordless Wednesday






































- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, January 17, 2012

Gatorade lagi




2 hari dah minum Gatorade untuk menggantikan mineral-mineral yang hilang akibat cirit birit. Doktor kata 100 Plus banyak sangat gas so he suggest beli Gatorade instead.

Semalam 8 kali I keluar masuk toilet sampai naik lembik. MC yang doktor kasi simpan jer dalam purse jerlah sebab semalam hectic banyak sangat kerja kat office. Hari ni pun ada rasa nak terkincit tapi ku tahan.

My post lately makin pendek. Bukan tak nak tulis panjang-panjang tapi masa dan keadaan kesihatan tak mengizinkan. Lain kali kita story panjang-panjang sikitlah. Tapi my life is a bit boring lately. Weekend pun tak keluar dari rumah. Memerap dalam rumah mengadap movies marathon. Nak kata save duit tak jugak sebab sat lagi ada jer yang pergi mengorder McD ler...Pizza Hut lah. Tapi cuaca panas memang membuatkan malas nak keluar rumah (tapi hujan pun sama) =)

To adik manis yang tag I tu, nanti bila I free I akan insyaallah buat ya.


P/s: tadi I parking kereta tapi tak ingatlah samada dah naikkan atau tidak tingkap kereta. Tawakkal jerlah nampaknya sebab nak jalan check sampai ke parking malas

Monday, January 16, 2012

Mandarin Oranges




this arrived today...I guess later I can open a stall selling Mandarin Oranges =P

Sunday, January 15, 2012

Friday, January 13, 2012

Happy Birthday Atok Handsome

Ni citer Jumaat minggu lepas sebenarnya. Baru nak keluar kat blog. Nampak sangat yang lately ni pemalas. Bukannya apa, minggu ni badan rasa tak sedap sangat...lemah lemau rasanya...sakit badan sana sini. Kadang-kadang terpaksa solat duduk sebab rasa tak larat sangat....rasa macam berdosa sangatlah pulak sebab 4 rakaat pun mengada-ngada nak solat duduk. Rupa-rupanya kena viral infection, tekak pun sakit ni....tu yang lemah lesu jer rasanya badan. 

Back on track. Minggu lepas Sunday, actually is my father's birthday tapi ntah apa mimpi my sisters ajak celebrate kat Johnny's on Friday, 2 hari awal. Penat jugaklah sebenarnya sebab bila dah balik jumpa katil tu memang payahlah rasanya nak keluar balik ke One Utama. Gagahkan jugaklah badan walaupun dah rasa badan melayang-layang. Hmm...rupanya dah nak start sakit masa tu.
Tiga meja sambung, penuhlah 3 generasi. Dah macam garuda melanda, meja semua penuh dengan pinggan mangkuk cawan.Pastu budak-budak berlima minus baby Adam (my brand new nephew) and Abang jer yang tak lari-lari pusing meja. Dah dibuat macam rumah sendiri Johnny's tu dek budak-budak bertuah berlima tu. Nasib baiklah tersorok kat dalam sikit kalau tak mau orang lain marah.



birthday boy tu yang pakai baju kaler hijau
 
Gambar banyak lagi sebenarnya tapi dalam SD card Camera. Sekarang ni ntah apa penyakit malas nak upload gambar even kat facebook. Dulu laju jer mengupload gambar kalau ada apa-apa event. Agaknya dah makin matang ni.....makin malas kot hihi.
 
Itu jerlah storynya...."Happy Birthday Atok Handsome!" (bak kata Adik)
 

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, January 12, 2012

Instagrammed

Macam banyak gambar makanan jer. Sebenarnya tak berapa nak berblogging minggu ni sebab badan sakit-sakit, tekak perit ...suara dah sengau ni dan asyiklah terbersin-bersin. Doktor kata semalam kena viral infection. Paling tak tahan muscle bahu kanan ni rasa ketat...sakit sangat. Tak perlah...sakit itu untuk menghapuskan dosa-dosa kecilkan.

Layan gambar Instagram saya ya =)




KFC tak boleh makan selalu nanti jemu

ni dinner hari tu. Soto, sup paru dan bihun sup daging Ani Sup Utara.
Memang kicklah!

Chicken Chop Food Republic ni agak mengecewakan sebab bayar RM10 untuk chicken chop yang keras dan banyak tepung. Isi daging ayam setoit sangat


tak tahulah kenapa tapi roti bakar mamak jugak sedap =P


deco 'recycle' CNY One Utama new wing.Kasi tambah naga jer =P



kayu ice-cream kaler-kaler ni untuk projek kemahiran hidup Adik

 

breakfast saya pagi tadi. Laksa Johor =D



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, January 10, 2012

Gastroenterologist Appoinment


Sabtu lepas I ada appoinment with my Gastroenterologist at Damansara Specialist. Appoinment pukul 12 tghari tapi nurse cakap datanglah awal sikit so by 11am plus macam tu I dah sampai hospital. Masyaallah......ramainya orang kat Damansara Specialist on Saturday. Dah rupa macam hospital gomen pun ada =)

Nasib baiklah I ada appoinment hari tu sebab klinik my gastroenterologist ni ramai orang yang datang without appoinment. So bolehlah I jump queue.

Doktor advised that I should continue my medicine and kalau rasa perut tak sedap jer terus ambik my antacid. He also suggested that I skip my lunch everyday and just eat dinner (plus bfastlahkan). My reaction was like,

"what skip lunch? laparlah nanti". Drama sikit hehehe..

"But bulan puasa you boleh puasakan"

I angguk jerlah kepala. He said that it's all in my mind. Kalau bulan puasa I boleh tak makan siang so what is the difference. I guess I'll give it a try. Semalam I makan biskut sekeping cicah dengan nescafe for lunch. Nak alas perut. Hmm...tapi by 5pm lapar gila sesangat. Kena latihkan perut pelan-pelan agaknya.

So my next appoinment another 2 months. Rasanya lama nak ambik masa nak pulihkan balik my stomach. By the way bagi yang tak tahu, I have this condition called GERD.

 Gastroesophageal reflux disease (GERD) is a condition in which the stomach contents (food or liquid) leak backwards from the stomach into the esophagus (the tube from the mouth to the stomach). This action can irritate the esophagus, causing heartburn and other symptoms.
 

Doktor cakap kalau lagi lama kita tak treat sakit tu the longer the healing process. But I must say that after almost 2 months of taking my medicine, bloatedness tu dah kurang. I really have to control my diet and tak boleh simply belasah apa-apa makanan sekarang especially yang pedas-pedas ='(




 
Masa kat klinik tu orang lain semua sibuk pegang gadget masing-masing. Just I and the guy infront of me yang bawak buku untuk baca. Sekarang ni jarang nak nampak orang membaca. Baca twitter dan facebook tu banyaklah =P




- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, January 6, 2012

Cerita buka sekolah

Minggu pertama sekolah memang selalu hectic. Nak kena adjust balik time tidur dan bangun budak-budak ni seksa sikit....actually to think of it, nak adjust time tido ayah derang yang paling susah. Pakcik tu payah betul nak bangun.



muka 1st day of school. You can clearly see my eyebags =P

Mama cutilah sebab nak menghantar si kecik yang dah masuk darjah 4 ni sekolah. Kaki Adik terseliuh so berbandagelah kaki. Terpaksalah ayahnya angkat bag sekolah sampai ke kelas at 3rd floor.



Ramai mak bapak yang menghantar anak-anak Tahun 1, termasuklah my own sister and BIL.
Terjumpa officemate...wah siap cuti seminggu hantar anak masuk darjah 1. Eleh kita dulu pun sama =)

Sementara tunggu ayah hantar Adik masuk kelas, lepaklah kat kantin sekolah dengan Kakak. Sekali ....Abang Amy Search lalu. Pewwwiiiiiiiiiittt (pewit dalam hati jerlah.....gila nak pewit kuat-kuat). Dia senyum kat I.....cair beb. Masyaallah, mudanya nampak Amy Search ni dengan rambut pacak-pacak comel jer. Anak Amy Search sekolah sama dengan Adik, kalau tak silap darjah 1 dan darjah 2.

 By the way, Kakak hari ni baru pergi sekolah. Dua hari ponteng sekolah sebab tonsil dia bengkak so dia tak larat sangat nak berjalan complaint kata kaki dia lenguh-lenguh.



surau baru sekolah Adik. Semoga dimanafaatkan sebaik-baiknya.



Abang dah besar so hantar jer dia kat gate sekolah, pandailah dia cari kelas dia. PMR tahun ni ....hmm.....kita tawakkal jerlah. Nak kena carikan kelas tuition untuk dia ni. Sendiri nak ajar mau terkial-kial especially maths. Karat dah otak ni =D


Nak cerita sikit quest for Siri hari tu. Gila payah nak cari stock untuk IP4s ni. Pergi Maxis TTDI, awal-awal lagi dah habis stock, yang tinggal 2 bijik IP4s 64g.....tak nak ler acik. Melebihi bajet.
Budak sales tu cakap sehari derang ada 25 bijik jer stock. Kalau nak kena datang beratur pagi-pagi. Maxis e-Curve pun habis stock. Sana lagi sikit, dalam sehari ada 10 bijik jer stock. Call Machine Bukit Tinggi, stock dah habis. Putus harapan jugaklah nak ber Siri hari Selasa lepas.

Frust terus. Dalam hati cakap tak perlah besok pagi nanti pergi beratur pagi-pagi kat Maxis TTDI. Kebetulan ayah budak-budak ni nak pergi Giant KD sebab nak beli makanan kucing. Teringat kata dalam Giant ada kedai Maxis. Suruh Abang pergi tanyakan sama ada depa ada stock tak untuk IP4s. Sekali adaaaaa.....terus rasa nak joget kat situ hahahaha.
Stock untuk 16gb dah habis yang ada 32gb. Tangkap jerlah.....tak sanggup dah nak pergi hunting lagi untuk IP4s ni. Begitulah kisahnya telepon IP4s saya tu. My iPhone 3Gs tu I bagi kat Adik......suka hati budak kecik tu.

Okaylah nak gi sambung balik buat kerja. Happy Friday =)




Thursday, January 5, 2012

New family member

Welcome to the family Siti Siri :)



- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin