Showing posts with label youtube. Show all posts
Showing posts with label youtube. Show all posts

Tuesday, July 7, 2015

Ramadhan 2015: Day 20 Lagu Raya SATU HARI DI HARI RAYA _ M NASIR.


Akak dah macam deejay radio pulak malam-malam putarkan lagu Raya.
Ini lagi satu favourite Akak time nak raya. Akak nak type panjang-panjang mata dah layu jer ni.

Enjoy. 


Monday, December 29, 2014

Happy Birthday ke 12 Adik

Dear Adik,

Mama and Ayah would like to wish you happy 12th birthday.
We want you to know how much we love you.



Nah Mama belanja video Adik masa 4 atau 5 tahun. 
Perangai masih sama walaupun sekarang ketinggian telah melampaui ketinggian Mama tapi perangai ulat bulu suka menari tergedik-gedik tu masih tak hilang lagi hahaha....



Picture taken yesterday at the Comic Festival. 

Hadiah Mama tak payah bagi laya sebab Mama dah belikan Adik handphone dan penny board yang Adik nak tu. Kalau Adik nak extra hadiah mintak dengan Ayah sebab Mama dah pokai bulan ni sampai 2 birthday selang sehari. Sapa suruh Adik keluar 2 hari lepas birthday Ayah. Anyway, I always tell your ayah that you are his birthday present from me. So Mama tak payah beli dah hadiah kat Ayah aci tak?.....acikan......


Always my baby girl. Nanti dah umur 30 tahun pun still baby Mama dan Ayah jugak.
Anak yang paling manja and best friend to Mama and Ayah. Cerdikkan pandai ambik hati bodek Mama dan Ayah. That why we love you so much.

HAPPY BIRTHDAY YANG KE 12 ADIK.


Saturday, December 27, 2014

Happy Birthday Ayah


Today is Ayah's birthday yang ke XX. 

Tak ada hadiah yang dapat kami bagikan selain daripada video nyanyian Adik nyanyi wishing him happy birthday when she was 5 or 6 years old.



We love you Ayah. Semoga diberikan kesihatan yang baik pada tahun 2015 dan rezeki yang melimpah ruah. 

Tuesday, December 2, 2014

Belanja video satu

Mesti petang-petang ni bosan jerkan. Sapa kat ofis tu mesti tengah jeling jer jam kecik kat tepi screen computer tu.

Tak apa...tak apa jangan bosan-bosan meh Akak belanja satu video Hazama nyanyi lagu Malaikat. Hujung-hujung tu nanti ada Betty adik Ummi Aida, nyanyi sedap gak suara dia.

Dah tak mau nguap2 lagi tau....



selamat menjamu mata dan telinga

Saturday, September 13, 2014

Maps (Lyric)







                  I'm searching for a song tonight.










Tuesday, July 22, 2014

Ramadhan 2014 - Day 21 Raya shopping at One Utama



Semua barang dalam trolley ini adalah hasil tangkapan Sabtu lepas.

Orang nak raya, kami membeli laptop Lenovo baru untuk Abang. Lama dah tertangguh nak belikan dia laptop baru. Kesian dia sebab kena banyak homework kena buat dan assignment 3D yang memerlukan laptop yang canggih sikit. #makdahkopak

I dulu kalau nak buat assignment bertenggeklah kat computer lab. Siap berebut komputer hahaha. Komputer kat rumah ada tapi sajalah nak beramai-ramai kat computer lab. Sebenarnya kat lab computer tu bukannya buat assignment sangat pun tapi lebih main MiRC hehehe. Hello channel #kampung.

Budak-budak student tahun 90an mesti tau punya channel #kampung. Kadang-kadang seharian chatting tak sedar diri hahaha. 

Lagi satu port yang I suka lepak masa kat universiti ialah kat library. Bukan nak baca buku tapi nak guna komputer kat library untuk chatting hahaha.

Back to the shopping cart. Brand Outlet Store ada sale sekarang. RM50 dapat 3 helai T-shirt. So I suruh budak-budak ni pilih T-shirt masing-masing. Abang pulak pilih kemeja buy one free one for RM69.90. Mak derang pun pau lah jugak baju blouse dua pasang. Dah kata buy free one =)

Telur satu papan tu baru beli Sabtu lepas tapi semalam tinggal suku jer sebab Kakak terlanggar tray telur dalam petiais sampai pecah semua atas lantai. Bekas plastik tray telur yang kat tepi pintu petiais tu pun pecah. Memang nak mengundang kemarahan mak lerkan. Telur pecah yang banyak-banyak tu I okay lagi tapi tengok tray telur tu pecah retak hati I tau sebab petiais my house tu hadiah from my father masa kitaorang mula-mula pindah dulu. Sentimental value tu. Memang kena bebelan ler Kakak. Pastu dia nak sentap-sentap pulak kena marah. Berani nak sentap-sentap dengan mama dia....memang nak kena bebelan lagilah.

Tapi budak-budak ni tak takut dengan mama derang pun. Tiga beradik ni kata mama marah tak garang langsung   >.<    #epicfail


budak yang baru potong rambut. Rambut raya =)



ini pulak video yang I ambik dr persembahan di One Utama Sabtu lepas. Kinda cool to make music with tong sampah.

Enjoy


Wednesday, April 10, 2013

Ratu

Tak sempat lagi nak update company annual dinner hubby malam semalam.

Buat sementara waktu korang enjoy dulu video yang I sempat rakam semalam.

Ratu Jazz.....Dato's Shiela Majid was superb.

Enjoyyyyy!!!

 









- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, September 24, 2012

Inspirasi



Walaupun sepatah haram tak faham apa yang Shila Amzah nyanyi, I must say that nyanyiannya meresap ke kalbu. Sampailah jiwanya, roh lagu masuk. Dah macam pengkritik AF pulak ya.

Apasallah tak pandai nyanyi kalau tak boleh masuk Asian Wave Contest dan menang 5 juta. Suara kat karaoke pun fail, ada hati nak masuk pertandingan nyanyi =P

Nak kena jadikan Shila inspirasi, do what you love most so kita akan buat sepenuh hati. Congratulations Shila, proud to be Malaysian. Malaysia boleh!

P/S: Jiwa tengah kacau. Kalau fikirkan banyak hutang nak kena bayar tiap-tiap bulan, mau tender jer resignation 24 jam. Tak sanggup kerja dengan psiko gila babi kat ofis yang macam tak ada work ethic and professionalism. Suka-suka hati nak tunjuk middle finger kat kita bila kita point out kesalahan staff dia. Staff and department kau tu bukan maksum, BODOH! (Bodoh itu ditujukan kepala perempuan psiko jari tengah nak kena kerat satu hari nanti). 

P/P/S: Perempuan psiko you are so lucky that my parents taught me not to buat jahat kat orang and I am still waras kalau tak... Sakit hati tetap sakit hati.

Thursday, May 3, 2012

Somebody that I used to know



selain dari lirik lagu focus on how they play the instrument. One instrument can create different sounds for a song!

Monday, April 30, 2012

Pengaruh Youtube




inilah hasilnya.

by the way she did it herself and I was forced to buy for her hairspray, comb and bobbypins =P

Monday, November 7, 2011

Jangan Lupa Namaku




POMPA BENSIN







Walau aku tidak bersamamu


Jangan engkau lupakan diriku


Walau aku tiada di sisimu


Jangan engkau lupakan namaku






Kerana...


Aku mengingati mu


Kerana...


Aku men’cintaimu...






Andai aku


Bisa bertemumu


Dengan senyum ku tadah syukurku


Andai aku bisa menyentuhmu


Air mata pasti deras gugur






Kerana...


Aku merindui mu


Kerana aku sentiasa


Menyintaimu oh sepenuh hati






Walau kamu


Jauh di mataku


Jangan aku hilang dalam kalbu


Saat kamu samar mengingati


Jangan aku terus kau lupakan






Kerana aku


Sentiasa mengingatimu


Kerana aku


Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati...






Andai aku bisa memelukmu


Pasrah aku tabah diujimu


Andai aku bisa dicintai


Dengan rela menyerahkan hati






Kerana...


Aku merindui mu


Hmmm...Kerana aku sentiasa menyintaimu......







Saturday, August 20, 2011

Rolling In The Deep Debu



sesambil mop rumah ....dengar lagu best jugak.

Menitik peluh mop rumah sesorang....tak per yang penting puasa ni turun 3 kg =D


Monday, May 30, 2011

Melaka River Cruise

Tengok video dulu eh. Sementara tunggu update.

Enjoy!



- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 28, 2011

Can You Save Me



If you've watched Covert Affairs before on Diva I'm sure you've heard the theme song.
Sure is catchy~

Saturday, March 26, 2011

Ingat lagi tak Las-Ketchup-Asereje?

Sebagai ibu yang penyayang, saya cuba menghiburkan hati anak yang sakit dengan membuat chicken dance ala lagu Asereje.


Tapi budak tecik tu tak tahu lagu ni lol

Lepas dia dengar lagu ni terus dia duk repeat lagu ni a few times hehehe....

Thursday, February 17, 2011

Willow Smith - Whip My Hair


First time I heard this song I didn't expect that it would be sung by a 9 year old. Furthermore by Will Smith offspring. They sure are one talented family.

So layankan jerlah malam-malam ni ya

Saturday, January 1, 2011

Kejadian Malam Tahun Baru


Tak ada kejadian luar biasa sebenarnya malam. Kami sekeluarga celebrate new year sama macam tahun-tahun yang lepas di The Curve saja tengok bunga api.

I ada ambik video bunga api, kalau sesiapa yang tak tengok bunga api malam tadi.

Silalah =)



Selain dari tengok bunga api, kalau nak tengok awek hot dan sexy ....kat The Curve ni memang berlambak malam tadi =P

More pictures of us on new year eve to come.

Wednesday, October 20, 2010

My Way




This song actually sums everything about me.

I did it my way.

Friday, August 27, 2010

Maafkanlah Aku Tak Bisa Hidup Tanpa Kamu



current favorite song. 

Saya memang penggemar lagu-lagu Faizal kerana most of his songs meruntun jiwa.

Selamat Berbuka. Jangan lupa niat puasa untuk besok =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin