Tuesday, July 18, 2017

Juadah open house

Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Mesti weekends balun pergi open houses kan.
Akak adalah last weekend pergi open house rumah classmate bapak Akak kat Tropicana.
Sunday pulak Akak pergi open house masjid kat rumah Akak tapi tak ada pulak gambar dalam phone. Sekarang ni semua Akak upload kat Insta Story kat IG Akak jer.....lepas 24 jam terus hilang. IG Akak tu private tapi Akak ada satu lagi IG yang tak private. Carilah nama 'velvetblusher' tapi yang tu muka Akak tak adalah, semua gambar-gambar makanan dan benda-benda lain jerlah. 

Anyway, sedap sungguh juadah-juadah open house kat rumah kawan bapak Akak tu.


kambing bakar rugi kalau tak makan.
Husband Akak repeat sampai 3 kali šŸ˜‹


Satay dan nasi minyak pun ada. Laksa dan char kueyteow pun ada.
Akak tak adalah mengambil gambar sebab segan. Classmate bapak Akak tu VVIP.....kang dia kata kita peghak tak pernah pergi open house ke šŸ˜‚ So kita behavelah sikit.



buah-buahan dan pemanis mulut untuk mak dan bapak Akak.



ni sapa tak kenal ni moden sangatlah.
Ni namanya dodol anak-anak semua.


Tu jerlah buat masa ni. Nanti Akak rajin lagi Akak update ya.


Tuesday, July 11, 2017

Genting Highlands premium outlet


Assalamualaikum semua,

Kakak nak cerita ni, Raya yang ke 4 haritu kami sekeluarga pergi menjejakkan kaki ke Genting Premium Outlet. Akak korang ni biasalah kalau ada tempat shopping jer mesti nak kena melawat kawasan.


kedai Coach belakang tu kena nampak walaupun sebenarnya tak kuasa Akak nak masuk.



cuaca nyaman tak panas macam shopping kat JPO tu ya u'olls

Sebelum tu Akak nak bagitau GPO ni kat jalan menghala ke Genting Highland, atas sikit dari tempat cable car lama. Kalau tak tahu kat mana sila google sendiri.

Parking jangan risau sebab parking kat bawah bangunan banyak....ample parking space.


Antara kedai-kedai yang ada...nampak tak? šŸ˜‚

Nahlah Akak bagi link korang clicklah sendiri ---------> List 150 kedai


ramai jugak orang masa kami pergi tu


ni ada short video yang Akak ambik haritu nak tunjuk keadaan kedai-kedai di GPO













Cuma yang slack sikit adalah food courtnya sebab kecik compare to JPO punya food court.
Sesak manusia dalam tu.

Would I come again......definately yes!


Monday, July 10, 2017

Hari Raya 2017

Assalamulaikum,

Dah dekat separuh Syawal baru nak update....sorrylah Akak busy sikit lepas balik dari cuti raya. Akak cuti seminggu Raya kali ni (sebenarnya 3 hari jerlah). Masuk kerja balik terkejut tengok email banyak sangat sampai ada terskiplah email penting sampai dapat reminder kena hantar on deadline hehehe....


thema baju raya kami kali ni Adik kata kena warna merah...so berbaju merahlah kami

Macam biasa kalau raya pertama tu mesti balik Melaka sebab bapak Akak nak pergi jumpa adik dia dan kakak-kakak ipar dan sedara mara dia. Nasib baiklah jalan tak berapa jam raya pertama tahun ni.


adik beradik Akak tema warna biru tahun ni...jadi Akak menonjol disitu sebab lain kaler šŸ˜Ž
Gambar ni kami ambik kat rumah Mak Kecik kami. Mak Kecik ni adik bungsu my father.
Buat macam rumah sendiri jerkan šŸ˜


#teammerah


ni kat rumah mak ngah Akak. Budak lelaki tu.....masuk-masuk rumah orang nampak laksa Penang terus capai pinggan. Tak malu betul.....orang tak jemput lagi makan šŸ˜‚



Akak pakai tudung bawal sebab nak memadankan dengan baju kurung Akak.
Jarang Akak pakai tudung bawal tau.


rumah favourite kami kalau pergi beraya sebab macam-macam juadah ada.
Akak kalau pergi rumah mak ngah memang tuju cari laksa Johor jer.


tu adik bungsu Akak.....budak-budak ni panggil makcu


ni pulak raya kedua.
 Patutnya, mengikut tradisi kena balik Bentong, Pahang tapi disebabkan Akak terceri berri sampai 10 kali pagi tu Akak terus call mak Akak kata tak bolehlah pergi.
Rupanya adik ipor dan mak Akak pun tercerri berri jugak.
Adik ipor Akak lagi haru, tak sempat nak cari tandas dah kat hiway menghala ke Bentong tu, tepi semak kat Lentang tu pun jadik šŸ˜…šŸ˜…
Nasib baik Akak kensel u'ollssss.....kalau tak Akak pun sama.

Dah tengahari sikit, perut Akak dah settle sikit baru kami keluar beraya ke rumah sedara mara ayah budak-budak ni kat area KL jer.


ni raya ketiga, rumah sepupu ayah budak-budak ni.
Baju raya pun dah hilang 



diakhiri dengan muka kami yang perasan comel 

Rasanya Akak belum lagi buat ucapan ni...

"Selamat Hari Raya"

Maaf Zahir dan Batin

Kalau ada penulisan Akak diblog ini yang secara tak sengaja mengguris hati atau tersilap kata, harap dimaafkan šŸ’•


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin