Showing posts with label buffet ramadhan. Show all posts
Showing posts with label buffet ramadhan. Show all posts

Wednesday, June 24, 2015

Ramadhan 2015 - Day 6 Buka Puasa at PJ Hilton

Alhamdulillah semalam we were invited by my husband's workplace to break our fast at PJ Hilton. Bak kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kecik tapak tangan, stadium merdeka kami tadahkan.

Lepas jemput Adik dari sekolah terus ke PJ Hilton. Nasib baiklah jalan tak jam sangat tapi Sprint Highway menghala ke TTDI/ DU sangat sesak. We were so relieved that we longer need to travel back from KL during fasting month. Dah merasa bertahun-tahun masa kerja kat Golden Triangle. Keluar parking bangunan jer dah jam.....pukul berapa nak sampai rumah. Kadang-kadang berbuka puasa dalam kereta saja. It was a stressful period. 

I am so glad that now nak balik jalan tak jam sangat sampai sempatlah nak berjimba-jimba membeli-belah kat bazar ramadhan. Siap boleh pergi 3 bazar ramadhan kat Kota Damansara tu.


They booked a small hall for guest berbuka so tak adalah dapat merasa buffet PJ Hilton cause buffet ni they request special order rasanya. 


We the selfie queens hahahaha.....ladies in red.
I ada tips nak bagi ni. Semalam my tudung macam rumple sikit bahagian muncung awning tu, so what I did was guna hand dryer kat toiler untuk licinkan tudung. Blower tu kan panas so just lalukan tudung bawah blower tu Insyaallah tudung akan licin.


tengok budak-budak ni kita nak ambik gambar dia. Sorang jelir lidah, sorang lagi tak habis-habis buat lambang peace.


tak sempat jamah kuih sebab dah full sangat makan makanan lain


seriously I myself tak tahu kenapa I tangkap gambar lampu ni maybe sebab unik kot


atas pinggan - nasi beryani, rendang ayam, lala, acar daging, ikan kerapu dan sayur.
Husband dah pesan awal-awal kalau makan buffet jangan ambik nasi sebab nanti cepat kenyang but I can't resist rice.



dapat jugak makan soto bulan puasa ni


pastries and cakes. The bread butter pudding sedap tapi I tak ambik pulak gambar.


Ice-cream Malaysia....sangat rare okay. Jarang boleh jumpa kat buffet table.
My mom makes the most delicious ice-cream Malaysia.


salad table......kakak mengulang sampai 2-3 kali. 
Kakak memang hantu salad.....suka sangat kalau dapat makan sayur-sayuran.


I ambik lemang satu tapi tak makan pass kat Kakak sebab takut angin. Almaklumlah dah tua-tua ni badan bukan boleh salah sikit. 



yang warna hitam tu I tak sure apa....anyone tahu?


Almost 10.30 malam jugaklah sampai rumah semalam. Itupun sebab singgah Vichudda tapau tomyam untuk sahur. Sahur masak nasi, goreng telur dadar dan panaskan tomyam...senang hidup mak,kan?


Monday, June 22, 2015

Asmara Penchala - Buffet Ramadhan oleh Felda D'Saji

Salam Ramadhan ke 5. Sekejap saja ta sangka dah 5 hari kita berpuasa.

Semalam my family and I berkesempatan untuk berbuka puasa dengan buffet Ramadhan di Asmara Penchala yang bertempat di Kampung Sungai Penchala. 




Kalau peminat cerita Teman Lelaki Upahan (TLU) mesti perasan pintu gerbang ini sebab ini adalah lokasi penggambaran TLU



They have more than 70 delicious dishes for Buffet Ramadhan. 
Semua menu memang menepati selera kami sekeluarga dari lauk kampung, mee, kuih-muih, buah-buahan, ikan bakar, salad, char kueyteow, daging panggang, western food dan macam-macam lagi. In fact air pun semua sedap sampai I minum bergelas-gelas.


Look at the generous spread.....pilih sajalah nak makan apa.
Kalau juadah buffet Ramadhan dari Felda D'Saji memang semua gerenti sedaplah.
Kalau sesiapa yang dah biasa makan sajian Felda D'Saji mesti tahu how yummy their food are.


Ini my favorite......sambal udang 





Peminat kerabu mesti suka ni


meja Soto....tak sempat makan semalam sebab perut dah sengkak tapi tengok pun dah tahu mesti menyelerakan



dessert and fruit table are very important to me....just look at the colorful food. 
Tengok pun dah geramkan.


I tuju kat stall ni dulu sebab terliur tengok spaghetti dan their salad


ikan bakar


lepas kenyang makan nasi boleh mengunyah makan kudapan macam keropk lekor dan aneka makanan goreng






hauslah pulak tengok air ni. Semalam ada kot 6 gelas I minum. Teh tarik sangat sedap.


budak-budak mesti suka sebab dekat sini pun ada aiskrim dan ABC



Paling penting the ambiance is very cosy. We were seated at a private gazebo. So kalau nak makan banyak-banyak pun taklah segan. I suka tempat ni sebab restoran ni banyak elemen Balinese which is very comforting and relaxing. 


Kalau tak nak makan outdoor boleh makan indoor dan beraircond. Kalau makan kat luar pun jangan takut sebab tak ada nyamuk mengganggu =)


Another space for guest untuk makan. Luas dan jangan takut takkan berlaga-laga dengan orang meja sebelah. 


Kita takkan rasa bosan sebab ada band yang menghiburkan.


Surau jugak disediakan untuk kemudahan solat. So tak payah nak rushing makan laju-laju. You can take your time pergi solat dulu then sambung makan banyak-banyak.


Adik boleh bagi testimoni makanan disini sedap sebab dia berulang ambik daging ni sampai 3 kali. Potato wedges tu pun sedap rasa macam KFC punya.


One happy lady sebab makanan sedap-sedap.


Before I lupa the Buffet Ramadhan is priced at 

RM59 (Dewasa) dan RM35 (kanak-kanak) which is very affordable.


The Asmara Penchala is located at :
Lot 2933,Kg. Sg. Penchala,
60000 Kuala Lumpur
Tel : 03-77273535 / 03-77260964



It's only 5 minutes drive from TTDI / Seri Hartamas. Exit at Pechala Link/ TTDI junction using SPRINT Highway. 


Terima kasih kepada pihak Felda D'Saji dan Asmara Penchala kerana menjemput kami sekeluarga. We went home with a happy tummy.



Friday, July 19, 2013

Ramadhan ke 9 - Felda Villa for Ramadhan buffet


I am still bloated from yesterday's iftar food. 

Semalam kita buka puasa kat Felda Villa, Jalan Semarak.

Anak-anak tak bawa hanyalah kami laki bini. Itu pun atas jemputan my hubb's company. Boss belanja maaaaa.... 
Anak-anak duduk rumah nenek makan nasi lemak marbelles meletup (their words...not mine) nenek ya.

Pukul 5 lebih terus bertolak ke KL dari Damansara. Trafik time bulan puasa ni bukan menentu. Kang dibuatnya jam melekat baru padan muka bukak puasa dalam kereta. Dah pernah merasa banyak kali dah masa kerja kat tengah-tengah Golden Triangle KL dulu. Hari-hari rasa nak nangis nak tempuh jam melekat. 



Nasib baiklah laki ku keterraan jalan-jalan kat KL. Masuk jalan sana, keluar sini dah sampai Jalan Semarak. By 6.30pm dah sampai kat Bangunan Dewan Perdana Felda. Ingatkan bukak puasa kat situ rupanya kat Villa Felda. Boleh park kat parking and jalan saja ke Villa Felda sebab dia dalam kompaun yang sama.

First time sampai tempat ni. Cantik tempatnya. Cosy setting to bring your family for buka puasa. I tak tahu berapa jenis makanan yang disediakan but I can tell you a lottttttt. They have malay dishes....lauk macam-macam, arabic food macam nasi Mandy, western food, pasta, cakes, kuih melayu, teh tarik........sedap giler which I drank like 3 or 4 cups, 3 jenis air minuman, air krim, steam boat, mee , soups, desserts and I am sure ramai peminat kambing golek. I tak sempat nak explore semua sebab my stomach semalam memang sendat giler. 
-_______-

Tak boleh nak sumbat makanan dah after the rice and steamboat udang. The cakes were delicious....hmm....teringat-ingat makanan semalam. Sedapnyaaa....I guess berbaloilah duit boss belanja kami makan cause we really enjoy the food. Makan sampai perut rasa nak meletuplah. 




udang memang my favorite. 
Maka ketamakan melanda dengan mengambik banyak-banyak sambal udang gemuk.


inilah kek yang setttaaaaapp sangat tu


kambing disebalik salad....nyumss


ya ....saya memang tamak =P


chicken soup pun sedap



tak makan semalam sebab perut dah sendat tahap impak maksima


kalau dah pukul 8.30 malam tu kambing tinggal tulang jerlah


ni tempat lauk untuk nasi putih. Nampak tak berapa banyak jenis lauknya. Puaslah makan.


boleh booking meja untuk makan bersama family


tapi kami semalam makan dalam mini dewan ni sebab boss hubby dah booking untuk one big group


dessert table


cosy setting


beautiful scenery berlatar belakangkan KLCC


ada tempat ikan bakar rupanya tapi I just discover masa nak balik 
-_________-

Lepas ni semua gambar posing syok sendiri Akak....korang tengok jerlah ya. 




Pintu entrance Villa Felda yang sangat cantik

Unfortunately, I don't know how much the Ramadhan buffet cost sebab semalamkan orang yang belanja. Seganlah nak tanya berapa ringgit sekepala. Pastu nak tanya kat kaunter, tak adalah pulak orang time I nak balik tu.

But I must say that it's a worth it place to it. Plus korang pun tahukan makanan D'saji memang sedap.

Below is the address for your easy ference kalau berminat nak pergi makan. Selamat berbuka semua.

SALES & RESERVATION
FELDA D'SAJI SDN BHD 
NO. 2, JALAN MAKTAB 6
OFF JALAN PERUMAHAN GURNEY
54 000 KUALA LUMPUR



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin