Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

Blog sendu





Blog Akak blog sendu jer dik. Kalau cerita pun cerita syok sendiri jer.
Semalam bila tengok stats, terperanjat Akak sebab tiba-tiba visitor naik mencanak.
Dah kenapa?
Akak bukannya ada buat cerita meletops pun. Cerita bosan biasa-biasa jer.
Apa yang korang google eh....oh korang goole 'tudung instant' terus masuk ke blog Akak ya.
Dah....lain kali korang jangan buat buat Akak terkejut lagi tau sebab
blog Akak ni blog sendu jer. 

Sunday, November 14, 2010

Roti toast pagi Ahad

Happy Sunday semua. Besok hari kerja dah. My kids pun minggu depan sekolah dua hari jer sebab sekolah cuti hari Selasa, Rabu dengan Khamis. Buku teks sekolah dah dapat dah so kira kalau nak ponteng seminggu pun boleh ler sebab dah tak belajar dahkan.

Kepada mak bapak yang results UPSR meletup-letup tu tahniahlah ya macam Kak Nani Rostam kita.

So what do u had for breakfast?. Hari ni I try buat resepi ikut blog mesti melawat I hari-hari, blog Mat Gebu. Kadang-kadang tengah stress buat kerja kat office, bukak kejap blog mat gebu nak release stress. Tengok gambar-gambar masakan Mat Gebu terus release stress. Resepi egg in toast Mat Gebu duk melekat dalam otak I sampai berhari-hari. Nak buat masa hari bekerja tak sempat sebab biasalah malas nak bangun pagi awal sangat. Jam bunyi dari pukul 6.20am pun duk snooze banyak kali. Ni budak cuti sekolah nanti baru boleh bangun lambat sikit agaknyalah.

So pagi...tak adalah pagi sangat dah almost pukul 11 baru nak buat breakfast, agak-agak terus jadi brunch. Kenyang makan sekeping pun. Kalau nak tengok cara nak buatnya klik jer kat link to blog Mat Gebu kat bawah tu ya.
 
roti balance yang ada semua senget dan dah tak lawa...nasib ler.
Sebab tak ada terap macam Mat Gebu, I potong jer 4 segi kat roti tu.
Pastu I letak cheese Cheesedale yang ada dalam peti ais sebelum pecahkan telur dan letak white pepper.

sloppy rite sebab telur yang I guna saiz besar so melimpah-lipah jadinya

Pastu bakar dalam oven selama 10 minit. Garing tu sebab temperature panas sangat tapi I tell you rangup setap..hehe. 2 kali kena buat tu sebab anak-anak duk pujuk rayu dengan kata-kata manis kata Mama derang masak roti sedap. Anak kalau bab memujuk ni memang terrer....cair hati mama derang.

Jangan compare ok roti I dengan roti Mat Gebu sebab sah-sah ler roti Mat Gebu 100 kali lagi lawa. Klik kat link bawah ni kalau nak tengok cara nak buat roti toast ni ya.




Bye.....nak gi tengok TV.

Thursday, September 9, 2010

Terlepas 50000


akibat terlampau busy tak perasan yang blog hit dah terlepas the 50000 mark. Hari tu dah ingat nak bagi gift kat sesiapa yang dapat capture the 50000 tu tapi sebab tak menjenguk blog sangat especially dalam minggu ni dah terlepas. Lain kalilah buat contest. Kali ni kena tunggu 100000...tapi tu ntah berapa lamalah lagi tu =)

Mesti semua orang tengah sibuk buat persiapan hari raya besokkan. 
So I would like to wish semua

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Maaf zahir dan Batin.

 Ialah takut kesibukan tak sempat nak bukak blog nanti. Makan tu ingat-ingatlah ambik gambar ya...ehehehe.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin