Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

Friday, July 31, 2015

Perkongsian yang baik - Emergency number

Akak terbaca dalam facebook Akak so benda baik kita sharelah.
Credit to FB Sukan Star TV - dipetik dari FB Faris Foxx.

Tips bawah ni elok sekiranya kita letak lock screen untuk handphone kita.
Takut kalau ada apa-apa emergency nanti orang tak boleh nak access emergency contact dalam phone kita pulak. Kalau dah letak siap-siap kat Lock Screen lebih memudahkan.



 


janganlah korang pergi call pulak nombor orang tu. Marah pulak dia karang hahaha














cara ni hanya apply kat phone Samsung. Kalau iPhone tu ada cara lain kot.

Kat phone Samsung pun actually kita boleh store 4 nombor untuk phone dialer. 

So selamat mencuba. Stay safe everybodeh!


Wednesday, March 11, 2015

Hilang handphone



Selalunya Adik pukul 6.40 petang dah turun tunggu kat bawah sekolah. Tapi semalam lambat sangat. I dah risau dah takut apa-apa jadi kat budak tu.

6.50pm baru nampak batang hidung dia. Masuk kereta selamba jer dia cakap handphone dia hilang. Lambat tu sebab dia sibuk nak cari handphone yang hilang tu >.<

Nak marah pun tak boleh sebab kami pun tak marah dia bawak handphone pergi sekolah. Senang sikit nak contact kalau ada apa-apa. Nak harapkan public phone dalam sekolah tu....hmm...ntahlah. 

Tapi tak apalah dah tak ada rezeki nak buat macamana. Nampak gayanya Adik terpaksalah guna my iPhone 4gs yang lama tu. Tak boleh nak nak berwassap sakan dengan kawan-kawan sebab talipon tu tak boleh nak connect dengan WiFi. 

I nak jer belikan dia talipon ni jer



kat Groupon RM50 pun dapat talipon ni tapi ayah dia pulak tak setuju.
Kalau nak talipon mahal ......Ayahlah kena belikan =P





my makan petang merangkap makan malam sekali semalam.
Sup tulang Sambal Hijau Sg. Penchala ni memang sedap sangatlah. Isi kat tulang tu senang nak leraikan. Supnya terangkat beb.


P/S: Harga nasi lemak ayam kat Village Park dah naik rupanya jadi RM9. Perghhh....lepas GST berapalah pulak harganya nanti


Wednesday, January 14, 2015

Malaysia IT Fair 2015


Sabtu lepas kitaorang ke Malaysia IT Fair at Midvalley Convention Hall. 
Tak best sangatlah fair ni. Nak kata murah sangat pun barang-barangnya tak jugak. Macam harga normal jer. Kata ada thumb drive 8gb jual RM1 tapi nan ado pun. Puas kitaorang pusing hall tu tak jumpa pun.

Dalam tak best tu pun terjebak jugak membeli barang kat situ. Mama kena ketuk beli headphone speakers kat Adik dan Abang. Budak dua beradik tu tak faham sungguh I.....berapa ratus headphone speakers ntah yang derang nak. I rasa I dah beli banyak dah kat derang asyiklah rosak atau hilang. Macamana tak rosak speaker tu main baling-baling jer suka-suka hati. Korang ingat mama korang cop duit ke?

Pastu beli cooler untuk laptop Abang and my laptop. Itu pun bukannya murah. Dua cooler dalam RM70+. Headphones tu pun dua dalam RM70. Pastu tak ada pun free gift apa-apa. Hmm....pendek kata tak bestlah IT fair tu. Cuma I dapat beli powerbank 5000mAh dengan harga RM10 sebab beli 2 headphone speakers tu.

Barang-barang lain kat IT fair tu tak menarik buat I. 

Gambar-gambar kat bawah ni adalah gambar kami di IT Fair tu. 


cover phone banyak dijual




boleh tahanlah ramai jugak orang








budak-budak kaki ketuk. Nak ketuk apa lagi tu?


kedai inilah kami beli cooler laptop tu





sempat posing walaupun orang ramai lalu lalang....pedulik apa



lepas tu dua hari sakit badan sebab dua hari merayap non stop. 

Wednesday, January 7, 2015

Mainan baru - Galaxy Note 4


Alhamdulillah tahun ni rezeki lebih sikit. Dapatlah Akak beli gadjet baru. 
Ini pun beli sebab cik abang kita punya Galaxy Note 1 dia jatuh berderai so tak boleh on dah handphonenya, LCD dah rosak agaknya. Macam tau-tau jer handphone pun nak jatuh dalam bulan duabelas. Pandai sungguh timingnya =P

So Jumaat lepas Akak pergilah Maxis beli Samsung Note 4 untuk Akak. Masa tu berbelah bagi nak beli Note 4 ke iPhone6. Tapi bila baca review macm tak berbaloi nak beli iPhone6 16g sebab ugrade iOS8 pun dah makan 8gb. Habis kita bangsa suka download apps dan segala mak nenek dalam handphone, takut tak cukup storage. Nak beli iPhone6 yang 64g rasa macam kedekutlah pulak. 

So Akak end up beli Note 4 saja. Puas hati sebab screen besar plus Akak suka Android sebab Akak suka apps 'TV Radio  Malaysia'. Almaklumlah mak-mak ni sambil masak kat dapur pun nak tengok slot Akasia TV3. Kat dapur rumah Akak tak ada TV, so dapat tengok melalui handphone pun jadiklah. Kadang-kadang bukannya dapat tengok sangat pun, tapi dapat dengar suara pun jadilah. Lagi satu Akak malas nak pergi sync balik semua data dalam phone kalau tukar ke iPhone.

Makanya Samsung S4 Akak dah selamat bertukar tangan ke ayah budak-budak ni. Suka dia sebab tak payah pakai lagi iPhone4s (spare phone kami) yang tak boleh nak connect to WIFI tu. Lagipun pakcik tu tak suka sangat pakai iOs sebab dia dah terbiasa pakai Android.
iPhone4s tu nak baiki WIFi tu ntah berapa pulaklah harganya so biarlah dia terperap jer kat rumah tu jadi phone spare.

Paling seronok bila Akak beli Galaxy Note 4 kat Maxis, Akak dapat Samsung Gear free sebab Akak Maxis One Club member. Samsung Gear tu harganya RM599.....sapa yang tak sukakan. Abang jeles jer sebab Mama dapat phone dan jam canggih baru. 




Akak sekarang dah canggih you all.....nanti Akak rajin-rajin Akak buat review function-function yang ada dalam Samsung Gear ni ya.

So that's all for now people.....minggu ni Akak busy banyak kerja kena buat. 
Syukur Alhamdulillah ada kerja. 

Thursday, December 4, 2014

Review 8Ten 1.3MP Action Camera Orange Edition SDV-1270

Masa birthday Abang hari tu kan kami hadiahkan dia dengan action camera Wifi SJ4000. So mak dia udah tak puas hati sebabnya anaknya kudukut. Tak kasi chance langsung orang lain nak pegang SJ4000 tu. So macamana nak buat review SJ4000 tu.

Tak kasi tak apa mama beli sendiri action camera.  Tak nak membazirkan duit dan I tahu I ni beginners so I beli action camera yang murah saja. After membuat survey, I decided to buy action camera 8Ten 1.3MP Action Camera Orange Edition SDV-1270 yang berharga RM69 di Lazada. Murah so kalau rosak atau terabai tak adalah ralat sangat.


Mari kita letak sebelah menyebelah SJ400 dengan 8Ten.
Yang berwarna oren tu 8Ten sementara yang kuning tu SJ4000.
Nampak tak accessories untuk SJ4000 lebih banyak. Nanti dibawah I akan letak apa yang didalam kotak keduanya.

Kalau tengok saiznya pun SJ4000 lebih kecil sedikit dari 8Ten. Kami beli SJ4000 di Digital Mall RM350 beserta memory card 32g. Sementara untuk 8Ten I kena beli high speed memory card 16g di Aeon berharga RM49.

Kalau nak dicompare SJ4000 resolution gambarnya lebih bagus sebab ianya 12 megapixel sementara 8Ten hanya 1.3 megapixel. Dalam perkataan lain, gambar SJ4000 lebih terang. But for a cheaper action camera 8Ten tak mengecewakan. It does take a decent photos and videos.


Masa barang sampai I punyalah happy, macam budak-budak dapat hadiah mainan. Sampai tak sabar nak koyakkan plastik package. So this is how the box looks like.


unboxing 8Ten


What's in the Box:
  • 1 x 8Ten SDV-1270
  • 1 x AV cable
  • 1 x USB cable
  • 1 x Helmet mount
  • 1 x Bicycle mount
  • 1 x Water proof case
  • 1 x User manual


The 8Ten Action Camera Orange Edition SDV-1270 is equipped with 1.77 inches of LCD display so you can view and easily take hold of any eventful while. With a built-in li-ion battery, it allows long hours of use so you won’t be bothered with having to buy disposable ones that get used-up so fast. Meanwhile, it sports a TFT card with up to 32 GB in memory so you can do more. But that's not all, with all its accessories that come free such as the waterproof camera case and mounts for your helmet and bicycle

Sementara dalam kotak SJ4000 pula

What's in the Box:
  • 1 x SJ4000 Waterproof Wifi DV
  • 1 x Waterproof Cover
  • 1 x Bicycle Bracket
  • 2 x Bases
  • 2 x 3M Stickers
  • 4 x Cable Ties
  • 1 x Waterproof Housing
  • 1 x USB Cable
  • 1 x Belt Clip
  • 1 x Adapter
  • 3 x Adapter Brackets
  • 2 x Helmet Seats
  • 1 x Holder
  • 1 x Charger
  • 4 x Bandages
  • 1 x User Manual
  • 1 x Cloth
  • 1 x Wire Rope
  • 1 x Li-ion Battery



ini pula vidoe yang I tangkap menggunakan 8Ten. Semalam Adik ada guna 8Ten waktu dia bermain ice-skating tapi I tak dapat upload ke Youtube. Nanti kalau berjaya, I akan upload ke sini. 



Not bad for a cheap action camera.

Thursday, November 27, 2014

Sakit tekak

Petang semalam hingus dah turun macam air terjun. Nak sujud solat punya susah nak tahan hingus dari meleleh. 

Telan panadol dan ubat selsema sebelum tidur malam tadi tapi penangan apantah satu malam tak boleh tidur. Asyik terjaga jer tengah-tengah malam pastu otak macam tak boleh nak berhenti rest, ada saja benda yang nak difikirkannya. 

Sekarang ni tengah ting tong penangan tak boleh tidur malam tadi dan ubat selsema. Dahlah dua hari ni ada kerja penting yang kena dilangsaikan =(

Oklah tata nak pi tido sekejap, harap jangan sampai berdengkur udahlah sebab opis ni open gitu. 


vitamin dan ubat sakit tekak. Harapnya tak kroniklah sangat sebab besok ada system testing nak buat.


ni bukan air hari ni ya tapi nak tunjuk yang I beli Mini Speaker ni kat satu kedai gadget kat KD. Harga mini speaker ni RM25. Boleh cucuk kat phone, terus jadi speaker. I beli ni pun sebab kadang-kadang ada cerita yang I download sound quality suara dia tak berapa kuat. So kalau pakai speaker ni kuatlah sikit. Bukan tak boleh pakai headphone tapi tak suka.

Itu jerlah kisah hari ini ZzzZZZzzzzzz....

Wednesday, November 12, 2014

Reason to celebrate

Yesterday was our boss's birthday. 

So there's a reason for us to have a mini birthday makan-makan party. Who doesn't love makan-makan. It was supposed to be a little surprise party but I think the boss already suspected something cause when we were preparing the boardroom dia dah tutup pintu bilik dia. Malu ler tuhhh!

What's a birthday party without a cake, ice-cream and birthday card rite?.

Siap suruh boss tiup lilin and make a wish. Tengok-tengok boss makan kek and ice-cream sikit jer tapi kitaorang yang melantak banyak hahahaha....



Happy XX birthday boss. 
The Hazel Choc crunch from Beyond Vege Secret Recipe tu sedaplah jugak penuh dengan kacang. Kelaut diet semua orang makan kek coklat and ice-cream. Tapi muak sikitlah sebab too much chocolate. Next birthday kita beli KFC jerlah.....sedap gakkan.

Somehow petang tu both my hands jadi itchy dan merah-merah. Alamak allergic kat kacang ke. Nasib baiklah ada anti-hestemine (Sp?) dalam bag. Lega sikit rasa lepas makan ubat allergy tu tapi lepas tu ngantuk giler.

Petang semalam we bought Kakak a new Lenovo Tab. Kesian kat dia sebab her phone was stolen at school. Budak ni pun degil dah banyak kali cakap jangan bawak phone pergi sekolah tapi degil. Anyway, Tab tu ada call function also so nasib ler besar bagak hahahaha...
Hopefully kali ni dia pandailah jaga harta benda dia dengan lebih baik sebab we already warn her the next time she lost her handphone, nak belikan dia handphone Nokia yang basic tu jer macam talipon Atuk hehehe...

Wednesday, October 15, 2014

Wifi tak boleh connect


iPhone 4S ni I bagi kat Adik lepas I beli my Samsung S4. Almost a year jugaklah Adik guna tapi last month phone ni tak boleh nak connect dengan wifi rumah. So I belikan Adik phone baru brand ASUS. I ambik balik phone ni as my second phone sebab my MAXIS line (haaaa ko siap font besar bold lagi sebab geram) kat office tu line macam hareeeeemmmm!. Phone elok jer tepi kita, tetiba dapat sms kata ada a few miss calls. Pastu 3G jangan haraplah nak dapat. Scroll lah banyak kali pun FB atau Instagram tu memang takkan refreshlah. Dah banyak kali kami complaint kat Maxis dan they even send email kata nak fix the problem tapi dah berbulan tetap macam harem linenya. Bayor bill punyalah mahal tapi service out. 

So I ambik line Altel as my back up line. Tapi Altel ni I selalu top up RM5 jer hehehe. 

Back to the iPhone, sejak I pegang balik iPhone tu baik pulak wifi boleh connect. Ngada-ngada betullah phone ni, nak dengan tuan original dia balik.....manja sangat tu. Tapi last week kan panas semacam dengan jerebu bahang segala, wifi buat perangai balik tak boleh connect.

Ada bawak phone ke Mac Repair tapi derang kata maybe motherboard dah rosak. Kalau nak tukar motherboard pun RM500+. Kalau nak trade in untuk phone yang sama, we have to pay dalam RM700. Koser Akak.....baiklah beli phone baru yang lagi murah. Macam-macam brand yang lagi murah ada sekarang macam Lenovo, Asus dan macam-macam lagi. Itu yang belikan Adik phone Asus jer. Siap dual sim lagi phone dia tu.

I ada google cara-cara nak connect wifi kalau iPhone's wifi not functioning. Ada yang suggest masukkan iPhone yang dah di turn off dalam freezer dalam 10 minit macam tu. I adalah ikut suggestion tu. Mula-mula boleh jugaklah connect balik wifi tapi tak lamalah pastu wifi tu tak boleh connect balik. Last Sunday I pi masukkan dalam freezer, pastu boleh terlupa yang I buh iPhone tu dalam freezer almost setengah jam. Hahahaha....beku terus phone tu. Mula-mula ingatkan dah kaput phone tu sebab sejuk, nasib baik boleh on balik tapi wifi memang tak boleh gunalah. 

Nasib ler, phone ni nampaknya guna untuk buat call jerlah dan main candy crush.



phone yang manja.....tunggu ya Akak upgrade kau ke iPhone 6 =P



Friday, September 19, 2014

Macbook admit hospital

Masuk jugak my Macbook ke 'hospital'. Semalam nak hantar ke pusat service Mac City di One Utama. Dulu service centrenya belakang kedai Mac City tu tapi dah bertukar tempat ke oposite side dekat dengan kedai Yamaha. Pemalas tahap gaban nak jalan jauh, sanggup turun lift dan tukar parking ke lift paling dekat dengan tempat service.

Bila berat badan tambah bising-bising tapi suruh exercise jalan jauh sikit pemalas >.<



My Macbook kena reformat balik sebab memory dah penuh pasal tu dia tak boleh nak on.

Reformatting kena charge dalam RM150 dan kalau nak back up data dalam RM250. Disebabkan I kedekut dan all my data dalam my ext HD so I bagitau just reformat saja tak payah back up data. Lagi pun bukannya ada apa pun dalam tu. Macbook tu pun I guna manja-manja kat rumah untuk tengok FB, twitter, browse internet dan tengok movies jer. 

Expected to discharge dalam 2-3 hari cause kena queue ikut gilran untuk repair. Nyampah tau.....kesunyian Akak. Poyolah tu kan.....bukannya tak ada iPad untuk tengok internet tapi tak samalah.

************

update sikit: my Macbook dah boleh collect......yabbedda beddoooooo....

Semalam I dah update my iPhone 4s to iOS8. Dekat 3 jam jugaklah nak complete updating. Sabor jerlah. My mini iPad tak boleh nak update sebab tak cukup memory. Nak kena ada 5Gb free space untuk updating. Anyway, I tak habis explore lagi all the new features. Nanti I free I belek-beleklah apa yang best. But I notice that kat kamera tu ada feature 'Time-Lapse'. 

Selamat Hari Jumaat semua!




Thursday, September 18, 2014

Padan muka

My 3 year old Macbook Air went kaput yesterday.....tak leh nak tengok apa sebab screen dia tukar jadi warna putih. Padan muka cause it's all my own fault. 

Kisahnya semalam I sakit kepala dan sinus teruk. Dah tau sakit kepala bukannya nak tido tapi gatal nak download TV series baru.

My favorite TV series dah ada balik for Fall season. Semalam tengok New Girl dan The Mindy project dah ada. Tapi tak boleh nak download for some reason. Tension makcik jadinya.

 Tapi lately ni my Macbook ada macam cookoo sikit. Bila I nak buka page baru, icon tu akan pusing-pusing tapi tak bukak-bukak jugak. So yesterday, fuse I pendek sikit......tak sabarkan. I pi reboot dia 2 /3 kali.....pastu terus sadakallahullazim jadinya.

Disebabkan tau salah sendiri, tak adalah rasa sedih sangat.......or was it the effect of the panadol and flu medicine that makes me have no feelings.....more to mengantuk masa tu. 

Lantak kaulah situ Macbook. Hari ni nak hantar dia pergi repair.....tengok how much is the damage. Kalau mahal sangat....ada yang I trade in dan beli Macbook Pro ni kang. Tapi dear hubby sure tak bagi punya :(

Takkan nak beli Lenovo jer kot....tak besh lah =P


************************************************************************

Masa pergi Alamanda hari tu, sementara tunggu budak-budak tu beli aiskrim kami duduk lepak kat bangku depan McD. Depan tu adalah booth jual deoderant, shampoo and so on lah barang-barang Guardian. Duklah perati amoi-amoi tu buat promosi. . Beli barang dapat headphone. OMG......I tak tahu kenapa buat I am a sucker for free gifts. Kalau ada barang free mulalah menggediks nak pergi beli walaupun sebenarnya tak guna.
Tak payah promosi pun kat I susah-susah sebab I willingly go and buy hahaha....

So instead of buying 1 penyembur badan, I end up buying two penyembur badan and a shampoo yang tak tahu bila nak guna cause I just bought a bottle of shampoo untuk yang bertudung (siap pesan my husband jangan guna cause it's for orang yang bertudung sahaja lol).
Beli sebab nak dapat satu headphone dan voucher KFC RM5.00. Tapi amoi tu bagus sebab she gave me lots of free gifts. I dapat 2 mini deodorent and 2 mini shampoos. Which I bagi to my kids.

Senang sangat nak ambil hati saya....bagi jer free gift. 


Tuesday, July 22, 2014

Ramadhan 2014 - Day 21 Raya shopping at One Utama



Semua barang dalam trolley ini adalah hasil tangkapan Sabtu lepas.

Orang nak raya, kami membeli laptop Lenovo baru untuk Abang. Lama dah tertangguh nak belikan dia laptop baru. Kesian dia sebab kena banyak homework kena buat dan assignment 3D yang memerlukan laptop yang canggih sikit. #makdahkopak

I dulu kalau nak buat assignment bertenggeklah kat computer lab. Siap berebut komputer hahaha. Komputer kat rumah ada tapi sajalah nak beramai-ramai kat computer lab. Sebenarnya kat lab computer tu bukannya buat assignment sangat pun tapi lebih main MiRC hehehe. Hello channel #kampung.

Budak-budak student tahun 90an mesti tau punya channel #kampung. Kadang-kadang seharian chatting tak sedar diri hahaha. 

Lagi satu port yang I suka lepak masa kat universiti ialah kat library. Bukan nak baca buku tapi nak guna komputer kat library untuk chatting hahaha.

Back to the shopping cart. Brand Outlet Store ada sale sekarang. RM50 dapat 3 helai T-shirt. So I suruh budak-budak ni pilih T-shirt masing-masing. Abang pulak pilih kemeja buy one free one for RM69.90. Mak derang pun pau lah jugak baju blouse dua pasang. Dah kata buy free one =)

Telur satu papan tu baru beli Sabtu lepas tapi semalam tinggal suku jer sebab Kakak terlanggar tray telur dalam petiais sampai pecah semua atas lantai. Bekas plastik tray telur yang kat tepi pintu petiais tu pun pecah. Memang nak mengundang kemarahan mak lerkan. Telur pecah yang banyak-banyak tu I okay lagi tapi tengok tray telur tu pecah retak hati I tau sebab petiais my house tu hadiah from my father masa kitaorang mula-mula pindah dulu. Sentimental value tu. Memang kena bebelan ler Kakak. Pastu dia nak sentap-sentap pulak kena marah. Berani nak sentap-sentap dengan mama dia....memang nak kena bebelan lagilah.

Tapi budak-budak ni tak takut dengan mama derang pun. Tiga beradik ni kata mama marah tak garang langsung   >.<    #epicfail


budak yang baru potong rambut. Rambut raya =)



ini pulak video yang I ambik dr persembahan di One Utama Sabtu lepas. Kinda cool to make music with tong sampah.

Enjoy


Wednesday, January 22, 2014

Applikasi MyTeksi

Semalam mak encik adalah terpaksa balik sendiri sebab pak encik ada late appoinment kat Wangsa Maju. Terpaksalah mak encik memikirkan cara nak balik rumah. Kalau tak mau melangut kat opis sampai opis bergelap....ohh tak sanggup.

I ada download application MyTeksi kat phone tapi tak pernahlah pulak guna. So semalam tergerak hati nak guna applikasi MyTeksi.Nak beratur tunggu teksi malas so otak kenalah geliga sikit. Orang pemalas memang macam ni.

Senang jer rupanya nak guna application MyTeksi. Mula-mula....downloadlah dulu application tu kat Playstore. Lepas tu masukkan where to pick up and your destination, then press 'Book Now'.

Nanti application ni akan locate their nearest MyTeksi Driver. Once they manage to locate the taxi driver for you, the application will notify you. They will inform you nombor taxi, nama driver and the taxi driver handphone number. The good thing is that you can actually input pukul berapa kita nak suruh taxi driver to pick up. Then the apps also will tell you the estimated fare and duration the taxi will be arriving. Convenientkan.



They also email me. I can share my ride with my love one so that they will know that I have arrived safely. Kalau barang tertinggal dalam teksi pun senang nak trace back teksi tu.I'm sharing this apps sebab I rasa it it very convenient and safe for ladies. Tak payah nak tahan teksi tepi jalan. Plus all the driver taxi infos kita ada.



Had an interesting conversation with the friendly taxi driver yesterday. Maik aihhh pakcik tu lagi kaya dari haku. Siap ada 4 biji rumah lagi. Kalau kita kerja kuat kita pasti berjaya. Panjanglah lagi ceritanya...siap bagitau macamana nak beli rumah lelong semua hihi. Malas nak story mory kat sini.

So ladies....you should download this great apps. Wahh macam iklan pulak hahaha....iklan tak berbayar.

Monday, April 29, 2013

Hello there S4

I'm still in a happy mode. Got my self a new gadget last Saturday.
Lately ni macam menggedik sikit nak beli phone baru cause my sisters...both of them got Galaxy Note 2. So depa duk meracun kata big screen best senang baca. My iPhone 4s screen is tiny compared to theirs. Almaklumlah semenjak rabun dekat ni, skrin kecik tenonet ni memanglah tak nampak sangat =(

Masalahnya I don't really fancy Note 2 sebab it's too big for my small hands. Nanti nak type sebelah tangan susah.

So when Samsung launch their Samsung Galaxy S4 last Saturday, memang menggeletiklah nak pergi tengok. Wahhh tengok screen terus jatuh chenta....I'm sold.

So hello there Samsung Galaxy S4.....come to mommah!


unboxing my Galaxy S4



The picture taken using my new S4 terus upload ke Instagram.
Camera dia boleh terus pilih mode apa yang kita nak. Gambar ni I choose the beauty face mode. Banyaklah lagi mode lain such as drama, animated, sports, panorama etc.

Antara features yang I dah explore is the smart stay and smart scroll.

Not really sure which is what tapi bila I tengok youtube, kalau I kalih mata jer video clip tu akan pause. Bila I pandang balik baru dia main balik. Which is canggih.

Then bila lets say I baca newspaper or blog guna Internet Explorer dia akan scroll sendiri ikut my eyes.

Kalau tengok gambar ....memang cantiklah color dia pop out. Maybe sebab dia HD.
Puas hati tengok gambar cantik.

Basically that is all yang I tahu takat ni. Will need to explore more on my new gadget. Dah biasa sangat guna iPhone bila guna Android macam terkial-kial sikit. But this phone memang bestlah. Mostly because it fits my criteria and my hands =)


Ohhh you gorgeous phone. 

Monday, December 17, 2012

Sketchers warehouse sale




Ni namanya muka "No Picture Please!" 
Tapi ada mak kisah! muahahahahaha.
Hari tu beli Subway guna kupon, beli satu dapat satu free. Free dah dua subway Sunwich sebab guna kupon. Tu pun nasib baik my friend cakap kat suratkabar The Sun last Friday ada kupon Subway. Valid smpai 27hb u'olls.

Sebelum nak cerita pasal Sketchers warehouse sale yang kami pergi borong, nak kena cerita pasal Abang dulu. Malam sebelum tu bergegas gaklah kami ke hospital sebab budak lelaki tu kena very bad food poisoning, diarrhea and dehydration. Terbongkok-bongkoklah jalan pergi klinik. Doktor pun dah cuak terus suruh pergi hospital. Merasa gaklah kami anak beranak duduk kat emergency ward. Doktor kasi painkillers and ubat-ubat lain, Alhamdulillah tak payah tidur hospital. Kalau tak naya.....sapa nak kena jaga budak tu. Makkkkk jugakkan.

Back to the Sketchers warehousale. My sister yang cakap ada warehousesale kat Taman Shamelin. Berpusing jugak weh mencari tempat ni sampai kena bukak google map segalalah. Mau dekat 3/4 kali tawaf tak jumpa jugak. Kickers warehousesale gak yang senang cari sebab tepi jalan. Nekad dah kalau tak jumpa Sketchers warehousale kita pergi jer sale Kickers tu. Rupanya my mother and sisters pun memborong gak kat sini. My mother sampai dua pasang kasut....hehamboiii over.


cheap right??


Borong uncle.....borong



peacelah sebab dapat kasut sepasang


pilih-pilih jangan tak pilih


banyaknya kasut. Bapaknya yang over sampai nak dua pasang kasut. But really the shoes are cheap for Sketchers shoes. Cuba tengok kat stores dia...mau RM200 -300 sepasang,



my Sketchers shoe. Selesa sungguh. Berbaloi beli RM69 jer.

Lepas pergi tu sempat lagi pergi Low Yat pulak.



penat gaklah merayap Sabtu lepas sebab pagi-pagi tu sebelum pergi warehouse sale dah pergi tukar tayar kereta empat-empat biji. Kopak makcik wehhhhhh....kopak. 


sebelum tu....nak eksyen sikit. Tunjuk kasut baru kami....ehehe



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin