Showing posts with label lukisan adik. Show all posts
Showing posts with label lukisan adik. Show all posts

Thursday, May 21, 2015

Ugh....

Ugh....that is how I feel right now.
Badan sakit, kepala pening tapi kerja tetap kena kerja.

So I made the appoinment to see the cardiology on Monday. Minggu ni doctor tu appoinment penuh sampai tak boleh nak slot satu pun. Ramainya orang yang sakit related to jantung. Suspen gak I ni nak jumpa cardiology. 

Anway, malam tadi memang betul pun kami makan nasi berlaukkan telur tapi I up kan sikitlah. I buat nasi goreng telur. Pastu I goreng keropok lekor. 
Asalkan semua orang kenyang udah.

Minggu ni Adik dan Kakak periksa. Budak dua orang tu I suruh baca buku tapi derang buat dek jer....buat rilek jer. Dalam rilek-rilek tu rupanya derang duduk dalam bilik mentelaah buku tapi computer tetap bukak. Macamanalah nak study tu dengan mengadap youtube.

Eleh cakap anak....I dulu time sekolah pun sama. Study tapi telinga dengar walkman. Camner tu?. Last ujian Adik dapat no 1 dalam kelas. Dia sendiri pun tak percaya dia dapat no 1. I lagilah tak percaya sebab budak tu sibuk masuk pertandingan netball dan kawad. Ntah bila masa dia study. So ujian kali ni I cakap kat Adik, I expect dia mantain kedudukan dalam kelas. Ayah dia memanglah tak kisah. Anak dapat nombor corot pun dia rilek jer asalkan anak bahagia. Apa punya konsep ntah.

I cakap kat Adik kalau nak jadi pelukis pun akademik mestilah bagus. Barulah balance so taklah senang orang nak tipu kita. 



lukisan Adik. Hari-hari kerjanya melukis jer...

Thursday, March 5, 2015

Bro and sis


I'm kinda busy these past few days. Nak tulis panjang-panjang pun tak sempat. Anyway...pernah ke I tulis panjang-panjang pun lol. I have always admired orang yang boleh tulis blog panjang-panjang penuh berilmu. My blog jenis yang santai-santai saja.....anyway my brain is too tired to think anything ilmiah to write about. Balik rumah ingat nak rehat dan tengok TV saja. Bestlah pulak cerita Teman Lelaki Upahan tu. Tapi selalu sampai rumah dah halfway cerita tu =(.  Suka I tengok Ungku Ismail tu berlakon ...selamba jer. Siti Elizad pun best berlakon jenis muka tak ada perasaan. Memang gandingan yang sesuailah.

Anyway.....here's an anime picture that Adik drew of her and her brother.



comel tak?



the real character 

Wednesday, January 15, 2014

Something new

Salam Maulidur Rasul.

Insyaallah hari ni I akan dapat nephew baru. My sister akan melahirkan melalui C-section tengahari ni. Hopefully all goes well and I will get to see the little bundle of joy petang nanti. Can't wait. 



Adik's drawing. 

Dulu Adik masuk kelas Art kat Peekaboo tapi last month ayah dia enroll kat Da Vincci supaya dia dapat belajar fine art. Dekat Peekaboo more suitable for small kids kot. Tapi budak tu tak happy pulak dekat Da Vincci sebab teacher tak berapa pay attention kat dia. It's more like you kena buat semua sendiri and the teacher akan betulkan your lukisan sikit-sikit. Plus dia ada komplen yang teacher kat Da Vincci suka bercakap in their 'language' which dia tak faham. Unlike macam kat Peekaboo, the teachers bagi perhatian kat budak-budak. So sekarang Adik macam liat sikit nak pergi kelas lukisan dia on Sunday, ada jer alasan tak nak pergi. Tapi lepas kami pujuk dia cakap yang her drawing now is much better and refine, dia bersemangat baliklah.

Then I posted her drawing on my IG and facebook. Ramailah yang like my post and puji cakap lukisan dia cantik. Ada yang suggest that maybe she should consider architecture after she finish her high school. Tapi anak manja ni nak jadi Manga artis =)

Suka hati dia bila ramai orang like her drawing. Semoga lepas ni, dia tak bagi lagi alasan tak nak pergi art class kat Da Vincci sebab she's improving and she's got talent. Lagipun aim dia tahun depan nak masuk Sekolah Seni. Alhamdulillah budak ni ada initiatif tiap-tiap malam belajar sendiri untuk UPSR. Tak payah susah-susah nak terjerit-jerit suruh dia belajar....semoga usaha dia berterusan sehingga akhir tahun. Now I just need to find a tuition place for her. Malas sebenarnya nak panjat 3 tingkat ke pusat tuisyen, itu yang asyik tertangguh niat tu. 

I guess that is all for now. I'm so happy that minggu ni kerja 3 hari saja. Jumaat nak pergi ambik Abang kat hostel dia.....miss my son =)


Friday, November 1, 2013

Happy Diwali

Sempena Diwali ni Company telah berbesar hati (besarlah sangat......tahun-tahun sebelum ni tak pernahlah pulak dapat) memberi kami semua sorang dua balang Muruku.
Rezeki jangan ditolak.

Sempena dengan ini Akak ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada sahabat-sahabat yang meraikan perayaan tersebut.

Juga diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada collegue yang akan mengadakan kenduri kahwin besok. Semoga berbahagia ke anak cucu. Dan semoga suka dengan patung kartun yang Adik buatkan itu untuk decoration besok. 


muruku yang kurus tu biasalah makan tapi muruku gemuk tu 1st time pulak tengok


Untuk tempahan silalah call Akak ya bagi yang berminat :P


P/S: Lama tak update. Nak update kat rumah masa MC tu tak boleh sebab tangan masih sakit masa tu sebab jarum masuk line untuk ubat kena nerve so sakit sangat bila nak type atau pegang barang. ini pun kalau tekan kat urat yang derang masukkan line tu masih sakit sebab hari tu bengkak sangat. Seriknyalah hai duduk hospital ni. 

Minggu ni baru start kerja so busy sikitlah. Hari ni baru sempat nak update lite2.


Thursday, August 15, 2013

Selamat Hari Raya


I hope that it is not too late (seminggu dah) to wish everybody 

"Selamat Hari Raya"

"Maaf zahir dan batin sekiranya tersalah tulis ke sehingga menyinggung perasaan"
Almaklumlah kita ni manusia biasa kadang-kadang terkhilaf.

I'm the midst of editing my raya pictures. Nanti bila dah habis edit dan resize insyallah I akan post kat sini. Blog jerlah tempat kenang-kenangan. Dalam external HD tu dah penuh gambar tapi semua tak bercuci*. At least kalau buka blog dapat gak tengok gambar lama. So sabarlah menanti ya (macamlah ada orang yang nak tengok hihi)


gambar ehsan lukisan Adik.


P/S: Tetiba teringat. Bila sebut perkataan cuci gambo ni kan, teringat kat kawan-kawan I masa I belajar kat US dulu. Kita orang melayu ni selalu sebut nak cuci gambar. So kekawan I yang cerdik tu pi cakap kat mat salleh kedai gambar tu......"i want to wash picture -______- OH MY ENGLISH sangat!". Tak bengong jap mat salleh tu, when they actual word should be develop the film. 

Tuesday, July 30, 2013

Ramadhan ke 19 - Art Friend The Curve

Hari Sabtu dah satu hari merayap, ingat Ahad nak lepak rumah jer. Jangan haraplahhhhhh.
Tak dapeknya chance nak melingkar atas katil yang empuk sambil layan Nona. Ada jer pakcik tu ajak pi sana sini...eh ke I yang ajak sebenarnya hahaha....sabar jerlah.

Lepas hantar Adik ke rumah kawan dia untuk habiskan projek sekolah, kami ke The Curve. 
Sesaja jer nak jalan sesambil tengok deco raya kat The Curve rupa macamana. The Curve punya deco pun tiap-tiap konsep meletup jugak meriahnya.

Nasib baiklah parking senang kalau jadi macam semalam memang ajak balik terus -____-

Ayah budak-budak ni ajak pergi Reject shop. Naik-naik escalator ternampak kedai baru.

Kedai yang jual barang-barang art. Harus masuk. Korang pun mesti tahu yang Adik suka sangat melukis sampai paksalah ayah dia belikan dia barang-barang art dia from online oversea site. 


Art Friend ni baru buka sebulan kat The Curve level 2, sebelah Reject Shop.

Boleh jadi kegilaan rambang mata kalau Adik ikut hari tu. Mau mengundang kekopakan mak bapak dia.



Copic colors macam-macam kaler pujaan hati Adik. Mau semua kaler dia nak beli ni. 
I pi gatal post gambar ni kat my instagram, dah budak tu call merayu-rayu suruh belikan dia Copic color tu. Ehh...manalah Mama tahu kaler apa yang Adik nak =P


kalau you all penggila barang art and craft this is the shop for you cause I think they practically have everything.


satu set dalam RM170+ Not cheap -____-
 

view from 2nd floor


konsep Jalan TAR siap ada bangunan Coleseum

 


Tahun ni kami tak ke Jalan TAR lagi. Nak pergi sebab Jalan TAR sure meriah tapi tak tahanlah pulak panas berhimpit dengan ribuan manusia lain.


Terjumpa buku ni kat MPH masa membeli statioanaries untuk Abang punya Kolej vokasional interview. Anak yang nak pergi interview mak pak yang terlebih kancheong.
Patut kena belilah and baca. Barulah boleh kurus kot. Bulan puasa ni turun 2 kg jer :'(


Masa nak balik tu lalu depan concept store Aidijuma. Ramai Akak-akak dan adik-adik yang duk borong tudung bawal Juma. Tudung semua dah terkirai-kirai ler....sampaikan signage pun jatuh tu. Ganaih betul peminat tudung Aidijuma. Nasib baiklah I tak minat pakai tudung bawal. Hari tu ada ler beli selai bawal Aidijuma ni tapi terperuk dalam laci sebab tak lama tak pakai tudung bawal so tak reti pakai -_____-


Tuesday, June 18, 2013

Father's day dan audition Astro

Actually ni hadiah Father's day Adik untuk ayah dia.

Tu bukan card tapi notebook. Suka benar ayah dia, terus simpan dalam bag kerja.

Kitaorang tak celebrate pun sebab hari Ahad tu Adik ada audition/contest kat Astro TVIQ untuk rancangan Rekativiti under Peekaboo tempat yang dia belajar art class dia tu.

Patutnya I teman dia sekali pergi Astro tapi muka Kakak dah pucat semacam sebab period pain masa tengah breakfast kat kedai mamak. Dah sampai pun kat Peekaboo KD tu, last-last I suruh ayah dia hantar kitaorang balik jerlah sebab kesian tengok Kakak dah tak larat sangat.

So ayah dia kena jadi manager of the day temankan Adik kat Astro.

Gambar-gambar kat bawah ni semua pun ayah dia yang whatsappskan kat I. I tu pun kena paksa tau.





judgenya Azhar Sulaiman dan Imuda


konsepnya 1 Malaysia.
 Each team consist of Malay, Indian and Chinese.



ni end productnya tapi team Adik tak terpilih. Ayah dia kata bila Azhar Sulaiman tanya soalan masing-masing  malu dan tak reti nak jawap.

Tapi tak apalah yang penting exposure dan experience. 

Hope it's not too late to wish my father and the father of my kids "Happy Father's Day" dengan ucapan sorry no gift this year =D



Monday, June 3, 2013

My little peacock


Gambar peacock yang chantek kat atas tu dilukis oleh my little peacock yang merajuk sebab mak dia pergi kerja hari ni. 

Punyalah dia sentap bila tahu yang mak dia kerja hari ni sebab minah tu dah bersemangat nak pergi holiday. Bilalah pulak yang Mama cakap Mama cuti hari ni ni wahai Adik. 
Mama cuti Rabu sampai Jumaat nanti kita pergi jalan-jalan ya.



Sunday, May 26, 2013

Gambar random masa cuti


Tak pergi mana pun masa cuti Wesak hari tu. Bagus jugaklah sebab my sister balik Melaka hari Sabtu tu, jalan jam gila sepanjang jalan. Faham-faham jerlah sebab cuti Wesak tu bersambung dengan budak cuti sekolah, mesti ramai family yang plan cuti panjang.

Kami tak pergi mana pun weekend tu, nak keluar rumah pun malas sebab panas. Takat paling jauh pun pergi rumah my parents ambik daging salai my sister bagi. My father cerita yang dia terjumpa wallet orang depan rumah. Rupanya orang kena ragut masa pergi pasar malam. Orang tu baru keluar duit RM1000 dari ATM. Kesiannya. Ni mesti peragut dah target kalau tak mana tau orang tu ada banyak duit. So lain kali hati-hatilah kalau keluar duit daripada ATM, tengok sikit keliling kita. Nasib baik gaklah dokumen penting lain still intact lagi, cuma cash jerlah yang hilang.

Syoknyalah budak-budak cuti sekolahkan....mamanya jer yang tak best sebab kena kerja. Next week jer I cuti 3 hari. Nak ambik cuti panjang sayang pulak cuti lagipun nak save cuti untuk hari raya.

Random pictures during weekend.


gambar yang Adik lukis guna copic marker dia. Yeah Mama crying too sebab gotta work ='(


gambar ambik semalam. Cantikkan awan berkepul-kepul.


breakfast hari tu kat kedai mamak. I pemalas sikit nak masak nasi lemak sebab renyah banyak sangat kerja kena buat. Pergi kedai order jer terus sampai hehe...


karipap sardin minum petang Sabtu. Keluar freezer tak lama terus goreng. Hasilnya luar cantik jer golden color tapi intinya sejuk ='(



masak lemak cili padi daging salai I......licin!

Sekarang ni tengah melangut kat opis memikirkan nasib badan. 





Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesdaylah sangat




kekonon nak buat Wordless Wednesday tapi nanti mesti korang tak paham gambar apa pulak nikan.

Ni sebenarnya antara lukisan Adik dalam my iPad. Budak kecik tu sekarang ada hobby baru iaitu melukis. Dia boleh duduk concentrate duduk melukis kat dalam iPad tu berejam-jam. Hari tu dah belikan dia stylus lagilah rancak minah kecik tu melukis.

Dia guna application SketchBookX jer. Banyak lagi sebenarnya dalam my iPad tu tapi I tunjuk some of it jerlah ya. 

Tu jerlah kot. Tata....tu ru luu....

XOXO ni feefeeling Gossip Girls kejap



- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, October 8, 2012

Minat baru Adik


Lately ni my anak bongsu has taken interest in drawing kartun Anime. Sanggup dia berjam-jam mengadap youtube belajar cara nak lukis kartun Anime.







Kartun Anime lukisan Adik. Amacam lawa tak?

Monday, March 21, 2011

Surat Chenta

It is boring to me now. The only exciting thing that happen today was that I keluar masuk toilet office more than 7 times. Went to the clinic only after the 7th time masuk toilet. I really don't want to go home cause besok ada meeting and I've got things to settle. Malangnya I kalah to takdir. Memang dah ditakdirkan kena balik jugak kalau tak ada yang I angkut PC office masuk dalam jamban =P
Doktor pulak hari ni siap baik hati nak bagi I MC 2 hari but the responsible me had to refuse the generous offer. Kalau fikir-fikir balik....bodohnya tolak....kalau tak besok boleh ngelat tak payah attend meeting =D


When you're sick it's nice to receive a love note from your love one


<3









I love you too babies



according to Adik the characters are based on Barbie
 
Mama = Selena
 
Adik = Lily
 
Kakak = Alex
 
 
<3 u girls


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, May 22, 2010

Bersyukur dapat makan

Minggu depan memang kena puasa sebab rasanya minggu ni dan minggu lepas dah terlebih makan. Alhamdulillah syukur sebenarnya sebab Tuhan kurniakan rezeki, ada orang yang tak merasa nak makan sedap-sedapkan. Kadang-kadang kita manusia ni suka merungut, macam tak pernah bersyukurlah pulak.

*insaf*

Here's a few pictures during lunch yesterday. I've only been to this place twice but because they capture me the first time I came. Here I am again.

Kena makan mengadap rose window ni sebab meja dalam restaurant ni semua penuh. Punah harapan nak cuci mata tengok orang



you like my aviator shades? Feeling Angelina Jolie sebenarnya kalau pakai =)

rojak buah ni memang sedap. Ingatkan pinggan kecik sekali datang punyalah besar pinggannya.
Appetiser silap-silap jadi lunch sebab kenyang makan

my seafood platter.

Tengok seafood platter ni terus perut lapar sebab pergi kenduri kawin tadi makan tak cukup. Lauk tak mengancam sangat. See kan dah kata tak bersyukur...orang lain ada yang tak dapat makan langsungkan.

*insaf lagi sekali*

Nak bagi tau malam nanti nak pergi tengok Shrek in 3D =)

Tuesday, April 27, 2010

I love you 2.0


bila Adik dan Mama sama besar =)

Lately she's been giving me pictures that she drew but always it's only the two of us.

Only Adik and Mama.


Saturday, July 11, 2009

Sick




My body is aching all over


on my bed resting while surfing and watching tV




arghhhh....sakitnya badan......

this is how I look rite now....awfullllllll

Tuesday, April 21, 2009

1000's of

This one given by my liitle one, Adik...ntah apa mimpi ntah hari Ahad lepas

Yang penting I love you Adik and I know you love me too :)

Thursday, February 26, 2009

Small Entrepreneur





Adik bagitau semalam dalam telephone yang dia beli pen dari kawan dia RM1. Amboiiii kecik-kecik lagi dah pandai meniaga ya...budak darjah satu tu. Anak I jadi tukang membelinya. Hari ni I dah warning dia jangan lagi membeli benda-benda yang merapu.

Gambar kat atas tu dia lukis guna pen RM1 dia tu ler

Sunday, February 8, 2009

Artist at work

There she goes again. Adik's at work. She's drawing someone.


sketch...sketch...sketch...

eye lashes

rough sketch...still not done. Need to put make up on

almost........

and the finish product.....


a picture of me. Please take note of the purple eyeshadow, red lipstick and pink blusher.

By the way she ask me, "Umur berapa Adik boleh keluar malam?'

I answered, "30!!!"


You must be wondering why she ask this question. Her next door friend ask her out to play at nite and I said NO


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin