Showing posts with label weekend. Show all posts
Showing posts with label weekend. Show all posts

Monday, May 16, 2016

Aktiviti hujung minggu


Assalamualaikum,

Akak ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada tenaga pengajar. Terima kasih Cikgu. 

Hari Sabtu kitaorang pergi Giant sebab Adik nak cari baju jersi tapi tak jumpa. Kemudian ayah budak-budak ni ajak pergi Tesco Mutiara Damansara. Kecik tapak tanganlah sebab dah berapa minggu Akak tak keluar berjalan terperap dalam bilik. Bila dapat jalan tu rasa macam happy sangat hahaha. Alamak baju raya CheTaxTesco tak keluar lagi, kalau tak mau jugak Akak tengok lawa ke tak. Tengok kat website Lazada boleh tahanlah lawa-lawa jugak design baju Che Ta tapi naklah kena sentuh material apa. 

Tengahari tu kami terus lunch di foodcourt Tesco. Ada satu stall western tu memang favorite kami anak beranak. Adik kalau datang mesti order lasagna. I pulak makan spaghetti bolognese. Akak pernah cuba nak buat lasagna kat rumah tapi tak mejadi....kulit lasagna tu jadi rentung hahaha.... nak kena berguru dulu kot baru menjadi.

Hari Ahad pulak kena bawak mak Akak pergi dentist balik. Klinik sms kata ada masalah dengan acuan gigi so kena ambik balik acuan baru untuk gigi palsu. Isnin sepatutnya nak pasang dah gigi plasu baru. Risau gak Akak kalau tak siap gigi mak Akak tu. Nasib baiklah doktor assured gigi boleh siap on Monday.


muda lagi doktor giginya.

Kejap jer appoinment giginya sebab nak ambik mould jer. Pastu mak Akak kata dia nak pergi pasar pagi Penchala sebab dia nak cari anak tudung/ serkup. Serkup dia ada satu kat rumah Akak hehehe...haritu Akak masuk sepital dia pinjamkan telekung dengan serkup. Telekung Akak dah basuh dan pulangkan, serkup tu lupa pulak nak pulangkan.


kecik jer Pasar pagi Penchala ni. 10 minit boleh kawtim kalau tak menyinggah satu kedai lama-lama ler. Akak terbeli satu selendang plain panjang RM15. Koser Akak nak beli  kat butik-butik muslimah, sehelai selendang plain tu depa jual RM35.....berapa percent dah tu mark up gamaknya.


Omak dan anak


lepas hantar Nenek balik, hantar budak ni pulak ke library.
Katanya nak buat study group dengan kawan-kawan sebab periksa start hari Selesa.

Lepas hantar Adik, kami ke Aeon Big pulak sebab nak cari sayur- sayur sikit dan Ayah nak cari pokok-pokok plastik untuk mini akuarium dia.


nak bayar tiba-tiba Ayah letak sampai 3 Glo. Terkejut Akak apahal yang beli banyak sangat.
Rupanya 3 botol untuk RM10. Patutlah pakcik tu ambik.

Balik kami makan lauk simple jer sebab tinggal bertiga jer kat rumah.



Akak panaskan balik kari ayam malam semalam, buat sambal belacan dan telur dadah. 
Kakak makan bertambah-tambah semalam sebab ada sambal belacan. Memang favorite dia sangat sambal belacan tu. Tapi husband Akak komen dia kata sambal belacan Akak kurang belacan. Akak tak beranilah nak bubuh belacan banyak-banyak, nanti terbersin-bersin pulak. Pastu Akak terbubuh gula terlebih sikit kot so sambal belacan Akak tu tak berapa pedas.



Itu jerlah kisah weekend kami.

Monday, September 14, 2015

Cerita hujung minggu

 Assalamualaikum,

How was your weekend people?

Terukkan jerebu ... macam tak ada improvement langsung.
Ikutkan hati malas nak keluar rumah tapi banyak pulak aktiviti hujung minggu.
Aktiviti saja gatal nak pergi warehouse off season sale Longchamp kat Citta Mall hahaha..

Dah tahu ada warehouse sale, pukul 10 pagi baru nak keluar rumah pastu siap pergi breakfast dulu.
Sampai Citta Mall dah dekat pukul 11 pagi.


ni feeling macam kat London....gloomy gitu. 
Tapi dalam kereta pun masih boleh bau asap

Sampai kat Citta Mall dari entrance parking dah boleh nampak orang queue panjang giler.
Naik tingkat dua tengok orang beratur berkilometer jauhnya....sampai ke lift hujung blok orang beratur. Tak jadilah Akak beratur.....pukul berapa nak sampai turn. Tak sanggup Akak semata-mata nak beli handbag LC murah.


gigih sangat derang beratur. Agaknya yang depan-depan tu pukul berapalah sampai.....agaknya lepas Subuh dah sampai.

Dah tak jadi beratur ke warehouse sale, Akak ajak anak-anak ke Wondermilk belanja derang cupcakes.


favorite Adik red velvet.


Citta Mall tu tak banyak tempat pun nak bershopping sakan.
So lepas pergi Harvey Norman nak baliklah. Nak balik tu kena lalu kat tempat entrance warehouse sale. Tengok pintu dah tutup. 
Rupanya stok dah habis agaknya sebab ada orang jerit sale dibatalkan.
Kesian orang yang queue panjang. Nasib baiklah Akak tak berapa rajin nak beratur gak...kalau tak mesti hamukan.


gambar anak-anak buah.

Malam ada short meeting sikit kat rumah parents sebab nak discuss family trip hujung tahun. Dah ada persetujuan semua baru senang nak booking hotel and benda-benda lain.



 


Minggu ni Akak kopak sebab handphone Adik rosak so terpaksalah Akak belikan dia handphone baru. Kalau tak dia asyik mengacau nak guna handphone ayah dia. Itu pun Sabtu kena bagi dia pinjam handphone Kakak sebab dia ada birthday party to attend. Nanti nak balik susah pulak nak call. Bukan senang nak dapat handphone baru .....Akak dera dia buat house chores hahahaha....nothing is free in the world.

Hiruscar post acne scar tu Akak beli kat Watson. Kebetulan haritu ada voucher diskaun RM12 so dapatlah kurang harga asal RM41.10. Nanti Akak dah pakai a few weeks, Akak bagi review okay. Muka Akak ni ada bekas jerawat tegar so kita tengok macamana.

Anyway, semalam Akak beli jam baru brand Swatch. Dah macam budak-budak pulak pakai Swatch ...tak kiralah Akak suka sebab tali dia glitter-glitter. Ni semua salah Abanglah sebab dia rembat jam Fossil Akak. Asalnya tak ada plan nak beli jam baru pun. Jam Gucci lama Akak ada lagi tapi kena ganti bateri jer. Semalam cari selongkar sana sini tak jumpalah pulak. Itu yang gatal pergi beli jam baru. Akak cakap dengan husband, lepas ni semua barang Akak nak beli kaler pink sebab budak-budak ni semua allergik kaler pink hahaha....so selamat barang Akak dari kena rembat.



Panjang pulak membebel pagi ni.

Dua gambar atas ni pemandangan dari opis Akak. Selalunya nampak bangunan Ikea tapi pagi ni jerebu teruk sangat tak nampak langsung dah bangunan.

Akak juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kren tumbang di Mekah. Semoga mereka dirahmati Allah.

Al-Fatihah.

Tuesday, September 1, 2015

Merdeka weekend


Let me see what did I do during the merdeka weekend

1. Akak tak pergi Bersih 4.0

2. Akak tak pergi tengok pertunjukan bunga api menjelang ambang merdeka

3. Akak tak pergi tengok perarakan merdeka.


Tapi semua kat atas Akak tengok either on Facebook, Instagram atau TV.


Dah...itu jer

Wednesday, May 27, 2015

Jalan-jalan weekend


Sabtu lepas my sister message tanya boleh tak bawak my mom pergi potong rambut. 
Asalnya dia yang berjanji dengan my mom dari minggu lepas lagi tapi biasalah pompuan tu selalu janji melayu.

Sebenarnya tak ada plan nak pergi mana-mana sebab pagi-pagi buta dah kelentang kelentong kat rumah. I tengah tidur terkejut dengar bunyi bising orang mengangkat barang.
Rupanya ayah budak-budak ni tengah mengemas rumah. 

Asalnya dia nak bersihkan kipas jer pastu terus melarat spring clean mop rumah rumah bagai. Dia tak ajak I tolong dia dah kira bagus sangat dah hehehe. Tapi I kerah the girls tolong ayah derang angkat mana-mana barang yang patut.....anak dara jangan nak pemalas sangat.

Dah habis kemas rumah baru pergi ambik my mom. Itupun dah tengahari dekat pukul 12.30.

My mom kata dia nak potong rambut kat Rasta TTDI. So kita bawak jerlah.
Dah sampai Rasta dia tanya kita pulak kedai yang mana.
Ehh...manalah kita tau sebab kita tukang bawak jer. Yang selalu potong rambut kat Rasta tu my sister 'janji manismu' itu

Rupanya ada satu salon potong rambut sebaris dengan Joe's Barber. 

Ada dua orang tukang potong rambut tapi sorang lelaki dan sorang lagi macam pompuan tapi bila dia bersuara rupanya nyah. Tapi nyah tu bukanlah muda tapi dah berumur gaklah.
I think my mom mesti ingat nyah tu perempuan sebab my mom requested for the lady to cut instead of the male hahahaha....

Nak bagitau my mom yang tu bukan perempuan tapi nyah takut kang nyah tu terasa hati pulak.....ada yang dia hambat kitaorang keluar kedai dengan penyapu. Udahlah nyah tu bigsize jugak. My ngok ngek sister pun satu tak bagitau yang hairdresser tu nyah sebenarnya. When I call her baru dia confirm yang the 'lady' is actually nyah.



we had lunch at Sambal Hijau Sungai Penchala.

Ramai gila orang nasib baik ada tempat duduk. Kalau tak memang kena cari tempat lainlah nampaknya nak makan.


this girl orang makan, dia sibuk melukis
She can draw anywhere anytime



the girl and her grandma.
Nenek boring duduk rumah sebab Atok tak ada pergi umrah.
My sister and her family at her PIL's house


sedap sangat ikan pari bakar ni. Isi pun banyak.



this one very hard to photograph her. Dia allergic dengan camera.


Then my mom wanted to buy a new watch to replace jam dia yang rosak.
Sampai ke The Store Sg Buloh kami.
The Store kalau nak cari tudung, jubah dan baju raya banyak and harga affordable jugaklah.


Dah I tak tahu nak cerita apa lagi sebab depan I ni my officemates tengah sibuk beryoga beramai-ramai. I nak dengki derang sikit.....nak makan my nasi lemak infront of them muahahaha....


Tuesday, November 11, 2014

It's a mixed feeling weekend

It turns out that my weekend wasn't that happy.

 I had a very bad UTI. Like every 5 minutes asyik nak terkencing pastu sikit-sikit. Stress sangat. Rasa macam nak duduk jer dalam toilet tak keluar-keluar. Last Friday actually dah jumpa doctor and he prescribed antibiotics and all. He told me to come back on Sunday if my UTI still tak clear and they might have to do a kultur test. Malam Ahad baru I decide to go to the clinic sebab siang-siang tu ingatkan nak habiskan dulu medicine yang dia bagi. Rupanya I have to come during the day cause they have to send the urine sample to the lab for testing. 

I balun cranberry juice bergelen-gelen cause the doctor said try drinking cranberry juice cause it helps to clear UTI. Guess what....the cranberry juice gave me diarrhea....a really bad one! Dari satu penyakit dah jadi dua. Great!.

I haven't heard anything from the clinic for the test. Hope it's all good. 

Anyway, Saturday tu sempatlah pergi Cyberjaya ambik barang-barang Abang sikit. Habis semester ni they have to clear all their belongings dari hostel sebab next semester kalau I tak silap derang nak pindah building sebelah yang baru siap. Barang-barang budak tu dahlah sikit punya banyak. Kaau tak ambik sikit-sikit nanti tak muat kereta pulak.

Anyway, I was so happy bila Abang bagitau yang lecturer dia offer dia kerja part-time kat studio kawan  dia during the semester break. It's a special effects job. Not bad ehh for a dyslexic boy. At least he excel in something. Like my friend said ada kelebihan dalam kekurangan. Sebab itulah jangan pandang kelemahan orang saja cause everybody has something that they shines at. Mungkin kena korek dan polish saja. Even nak dapat diamonds pun kena korek dan polish diamond tu. Benda yang baik bukannya senang nak dapat tapi bila dah dapat ia akan bersinar sentiasa.

So happy for my son. Ayah dia dah sound dia haritu cuti semester nanti kena cari kerja part-time, tak boleh duduk rumah main computer saja. Cause my son can sit for days dalam bilik dia kalau tak panggil keluar.  Dia nak suruh Abang kerja 7E atau Aeon cari extra income. Hahahaha....nampak gayanya sebelum habis cuti semester dah ada kerja menunggu.  Hope he gains something from the working experience.
                                                                  
                                                                     =D  Alhamdulillah.



Weekend disebabkan ketaklaratan I masak bihun sup saja tapi yang ni special sikit. 
I dapat resepi daripada blog Aziejaya. Kuah sup tu ada campur belacan sikit yang dicampur dalam segelas air asam jawa. Sedap.....trylah.


Wednesday, March 5, 2014

Weekend bazaar sana sini

I somehow am so lazy to update my blog lately. Maybe because since I have a Dayre account, it's much easier to update there plus they have all these cute stickers. But my Dayre account is created to log my food intake....it's my food diary hehe...

What are we up to last weekend? 

Oh Saturday pergi hantar Abang's football shoes cause he said Sunday dia ada sports day and he needs his football shoes. I also bought for the boy some foods and mineral water. Dia tak boleh keluar outing so we just pass the things depan pintu guard saja. My poor son ada banyak kesan gigitan nyamuk. This week there's an open day at his college, so hopefully I'll remember to buy for him mosquitoes repellant. Risau jugak sebab sekarang ni musim denggi.
Kalau I belikan dia kelambu agak-agak dia pakai tak?


Abang was happy to see his grandmother. So kami bawak Nenek makan kat Saba. Wow...kena tulis nama okay nak dapat tempat duduk kat Saba tu....so sabar jerlah.

Berbaloi jugaklah sebab sup kambing dia the bomb! sedap gila. They ate the lamb and chicken kabsah while I had the beef kebab. Sedapnyalah hai. This weekend nak ajak ayah budak-budak ni singgah lagilah sebab dah alang-alang kat area tu kan.

Nampak tak gambar polis station tu?. Bibik my sister kena rompak depan Petronas yang ramai orang. Hilang duit, handphone, passport segala. Tu lah degil sangat orang dah kata jangan keluar rumah tapi dia degil. Malaslah nak komen. Udahlah masa my mom call tu I tengah on the way to #femesbazzar kat Kelana Jaya. Potong betul mood tau nak shopping. Siap terserempak dengan Wawa Zainal and Aeril Zafril lagi kat sana. My sister was in Ipoh so we had to help bibik to make report, ganti kunci grill and all cause my mom were afraid kalau2 orang pecah masuk rumah ke cause kunci rumah pun hilang. Boleh pulaklah tukang kunci tu pergi salah rumah malam-malam buta tu. End up my mom tido at our house sebab dia takut.

Sunday pulak after sending my mom home kami singgah The Curve flea market. We bought Adik her a Ukelele last Friday so sekarang kat rumah duk dengar dia memekak dalam bilik praktis. Dia nak tuner for her ukelele, nasib baiklah jumpa kat flea market tu.



kalau I ler I beli that pink hello kitty ukelele hahaha tapi my kids now hates pink and I'm stuck as being Pink Mama. I actually guna nama ni sebab my two girls used to love pink color so much tapi dah besar ni semua tak suka kaler pink. So how? I should change my pseudo name. 


Lepas tu tak reti penat lagi kami ke The Fabulous bazaar pulak kat The Strands. Tak adalah fabulous sangat pun sebab tak banyak barang menarik sangat pun and tak teratur macam flea market The Curve.

I somehow manage to persuade my hubby to join the gym. Bagi dia exercise sikit. Bila the instructor tanya Akak tak nak join ke.....errr....sorry ya Akak ada slip disc tak boleh exercise hehehe.


Tuesday, September 10, 2013

Amcorp, Midvalley dan Art Competition

Update pukal cerita hari Sabtu dan Ahad lepas.

Sabtu macam biasa aktiviti pagi ambik Abang kat hostel dia. Then bawak budak tu pergi makan breakfast.

Abang cerita yang dia enjoy sangat kelas dia kat kolej. Derang ada kelas realistic art, dimana cikgu ajar derang the correct way to use pencil and technics. Derang kena melukis tanpa angkat langsung pencil dan tak boleh tengok kertas lukisan. Pastu Abang cakap yang cikgu puji dia yang paling pandai melukis dalam kelas dia. Si Adik dah muncung dah.....jeleslah tu. Diakan tak boleh orang lebih pandai daripada dia especially her brother. 

Lepas ambik Adik daripada art class dia, kami ke Amcorp Mall kekononnya nak pergi cari second hand laptop untuk Abang bawak ke kolej. Lama dah tak jejak kaki ke Amcorp Mall ni. Meriah jugak rupanya, tak macam dulu macam malap jer kat dalam tu. Sekarang kat kaki lima semua floor ada peniaga yang buka booth/ table. 

Mana ada kedai jual 2nd hand laptop. Ni ayah budak-budak nilah konpiden betul kata ada kedai jual 2nd hand laptop kat situ. Kedai jual buku yang murah-murah Book Xcess tu adalah. I beli 2 buah buku baru RM18 =)


Cantik pulak pemandangan awan kat parking Amcorp 

Tak jumpa laptop kat Amcorp, kami ke Midvalley Megamall pulak. Dulukan kat tingkat 2 tu ada macam kedai-kedai komputer. Tak ada dah okay >.<

Buat ponek den jalan jer. Tapikan laptop baru sekarang ni RM999 pun dah boleh dapat, so mungkin akan pertimbangkan beli yang baru. Tapi Ayah nya tak keen sangat nak belikan Abang laptop untuk bawak pergi hostel sebab takut dia melekat main game -___-



sementara ayah pergi solat, kami lepak foodcourt. I sekarang sukalah pulak tin coca-cola sebab ada hastag yang comel-comel macam #fuyoh, #beb, #lenglui.....#macha jer yang belum jumpa lagi


#beb

lukisan Adik untuk Art class hari Sabtu


Anak Nippon saya

Hari Ahad pulak anak Nippon saya tu masuk Art Competition di Eastin Hotel.
Tahuk contest tu - Visit Malaysia Year 2014 From The Eyes Of A Child.

They divide catagories by age and interesting places in Malaysia. So the kids kena pilih tempat pelancongan yang derang nak lukis. Each places only limit to 25 contestant. 


YB Elizabeth Wong yang rasmikan


penuhlah satu dewan budak-budak melukis


muka-muka yang jenuh menunggu Adik habis melukis




Antara lukisan-lukisan yang menang. Pemenang pertama dapat dapat Star Cruise with family. Bestnya.....unfortunately anakanda ku tak menang but it's okay sebab this is an exposure for her.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin