Friday, June 16, 2017

Apalah rasa tauhu Semudang?


Assalamaualaikum,

Harini kita cerita pasal tauhu pulak.

TAuhu bukan sebarang tauhu.....tauhu sampai buat orang sanggup beratur panjang sebab nak menikmatinya.

Kalau pergi pasar Ramadhan TTDI tu, Akak selalu hairan apasallah yang derang ni sanggup beratur panjang untuk tauhu. Sedap sangat ke tauhu ni?

Makanya semalam ada pulak orang jual tauhu kat Kota Damansara. Akak pun mengambil kesempatan membeli sebab tak ada line beratur panjang macam kat Pasar Ramadhan TTDI.

Nak gak rasakannnnn.....nanti kalau orang tanya boleh bagitau apa rasanya.



6 ketul tauhu = RM4. Masa beli tu derang siap bagi sekali cili padi....apa ke fungsi cili padi tu ntah. Katanya kat Indon tauhu ni memang tersangat femes. Kat sana macam ni lah yang derang jual, kena ada sekali cili padi.

Tersangat Akak tak paham apalah yang syok sangat tauhu Semudang ni.
Tauhu tu bukannya ada inti pun. Tauhu kosong macam tauhu biasa tu.
Tapi agaknya yang buat sedapnya sos tu kot. Tapi sosnya sikit nau.

Ada hati nak sos banyak-banyak kan.....lepas Akak makan tauhu cicah sos tu, Akak terus kena resdung teruk 😒
Macam air terjun hingus Akak mengalir tak boleh stop.....terus menangkap sakit.
Agaknya sos tu banyak belacan kot. Padan muka Akak.

Maka verdictnya.....tu sekali jerlah Akak akan beli.


Tuesday, June 13, 2017

Nak merasa shopping Jalan TAR

Assalamualakum,

Apa khabar semua....sihat ke idok?
Akak ni tak tahulah kenapa tahun bulan puasa kena gastrik teruk. 
Bertabah jerlah.......

Malam Ahad/pagi Senin lepas Akak berjaya menjejakkan kaki ke Jalan TAR.
Syukur Alhamdulillah.
Bukan senang hokeh nak ajak husband Akak tu pergi Jalan TAR.
Ntah apa mimpi semalam dia okaylah pulak.
Malam last 10 Ramadhan memang jangan haraplah nak dapat pergi Jalan TAR.
Sebelum dia tukar fikiran baiklah kita cepat-cepat pergi.



Dugaan jugaklah nak pergi Jalan TAR ni sebab jalam jam ya amat πŸ˜–
Nasib baiklah bukan Akak yang driving.....kalau Akak ler terus patah balik rumah.



boleh tak dengan jalan jam pastu sampai2 depan Jalan TAR dekat ngan Maju Junction tu bolehlah pulak polis tutup.
Memang mencabar betullah.
And again.....nasib baiklah bukan Akak yang memandu.
Ayah budak-budak ni terrer sikit jalan-jalan kat KL


budak-budak motor ni memang berani sungguhlah....
simpang bersiur...kereta laju pun dia main redah jer cross jalan tu walaupun belah dia merah.
Kalau jadi apa-apa kang dimarahnya pemandu kereta walaupun sebenarnya terang-terang dia salah.


Akak dah hampir-hampir putus asa dah sebab jalan jam sangat nak menuju Jalan TAR
Tapi dah tersurat agaknya rezeki dapat jugak Akak menjejakkan kaki.
Sebenarnya kami ikut satu lorong tu sekali rupanya terus sampai ke tempat orang meniaga. Parking pulak ngam2 depan tu. So tak payahlah kami anak beranak nak menapak jauh-jauh.
Cuma horror time nak baliklah sebab kereata nak kena lalu tang orang ramai tengah shopping tu.
Bukan salah kami....sapa suruh tak tutup laluan lorong tu.

Meh tengok video yang Akak tangkap kat Jalan TAR


3 seratus ya.....murah. Kain pun boleh tahan lawa.


budak ni yang paling excited nak shopping baju raya


Habis shopping dah almost pukul 1.30 pagi.
Akak cakap kat ayah budak-budak ni makan kat kedai jerlah sahur.
Tak larat dah Akak nak balik masak sahur walaupun sebenarnya sebelum keluar rumah nasi dah masak dan ikan pun dah keluarkan dari peti ais.

Buka puasa pulak kebetulan buka puasa kat rumah mak Akak so memang tahap letihlah nak balik masak.
Berpeluh-peluh Akak jalan malam tu.....panas. Kalau pergi siang tak boleh nak bayang macamana sebab sure lagi panas pastu orang bersesak-sesak 😐



lauk sahur....share berdua dengan ayah budak-budak.
Sedap menusuk jiwa. Kedai favourite kami kat Uptown Kota Damansara sebaris dengan kedai Ustaz dan Gadget 666.

Lepas makan melilaulah pulak keluar masuk kedai cari handphone cover raya 😁

Hasil dari Jalan TAR, kami dapat 5 pasang baju dengan harga RM250
Anak jantan ai eksyen tak mau baju baru....lantak dia situ. Pakailah baju tahun-tahun sebelumnya balik. Dia duk sibuk fikir nak buat internship tu....so dia tak berapa fikir nak raya πŸ˜›

Paling penting kami gegirls dapat baju baru yang kami semua berkenan. Kasut raya dah lama dah kawtim 😁

Dah tu jerlah kisah Jalan TAR Akak.....syok. Ni tengah pujuk ayah budak-budak ni pergi lagi hehehe....


Friday, June 2, 2017

Pasar ramadhan lagi - gulai kawah RM10


Assalamualaikum,

Alhamdulillah petang semalam pun cuaca baik maka dapatlah Akak sekali lagi menjejakkan kaki ke pasar ramadhan TTDI. Tapi kali ni Akak bawak dua beradik perempuan tu sekali. 
Biar Kakak dan Adik pilih sendiri makanan untuk berbuka derang.
Abang tak nak ikut tapi dia awal-awal lagi dah pesan beli kueyteow power semalam.
Harini lagi sekali Akak dan Abang makan kueyteow sementara ayah budak-budak ni makan mee. Macam dah ketagih pulak kami, hari-hari mau 😁


Akak dah pendek ....Adik lagi tinggi banyak dari Akak sekarang ni 😒


sembab mata Akak akibat tak cukup tidur


Kami bertiga beli beef pie. Ni memang favorite Kakak.



Gulai kawah.
2 senduk harganya RM10. Redha jerlah sebab anak nak makan sahur nanti.
Bukan tak boleh masak sendiri tapi tak sempatlah. 

Tu jerlah kot nak cerita harini.


Thursday, June 1, 2017

Pasar ramadhan Taman Tun Dr. Ismail

Assalamualaikum,

Petang semalam Alhamdulillah tak hujan, cuaca baik sangat.
Makanya dapatlah Akak pergi pasar ramadhan dengan gembiranya.



kalau nak cari keuyteow sedap pergilah cari Kueyteow Power...memang power sedapnya.



Popia TTDI ni memang femes sudah rasanya.
Tengok jerlah testimoni orang beratur tu.

Wassalam.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin