Thursday, January 29, 2015

Thursday jam

This morning the jam were horrible. Ada hari jalan smooth jer but today blerghhh...

So I asked my husband kenapa jam teruk sangat hari ni.

The answer I got

"Biasalah, hari ni hari Khamis so ramai orang excited nak pergi kerja sebab dah hujung minggu"



errr??

Wednesday, January 28, 2015

Random weekend stories

Busy ...busy...busy what a busy week but I am looking forward to the long holidays. Jumaat pun I dah apply cuti so berderet cuti 5 hari hokay....Akak suker!

Abang

Sabtu lepas kami pergi melawat Abang kat hostel. Minggu ni dia tak ada outing tapi parents boleh datang jumpa anak kat hostel. Macam-macam dia kirim bila tahu Mama nak datang. Mama datang pun sebab dia cakap mouse laptop dia dah rosak so I have to buy him a new mouse. Mouse yang beli kat IT fair hari tu dah rosak. I beli mouse yang lebih kurang sama kat Jusco dalam RM45 sedangkan kat IT Fair dalam RM35. Then budak tu kirim maggi, top up phone dan sarung bantal. Nasib baik jugaklah jalan tak jam hari Sabtu.



kitaorang lepak kat hostel punya cafeteria. Budak ni duduk hostel makin kurus.


Us infront of the new sundry store. Lepas ni Abang senanglah nak beli barang-barang sebab kedai bawah ni macam-macam ada.

Cuti raya Cina nanti baru boleh jumpa budak ni balik. Rindulah.

Pisang Cheese




Ahad we had lunch at Nasi Lemak Cinta Sayang, KD. Eh ada stall jual pisang cheeselah.
So I gave it a try.


1 pack RM5....so generous with the cheese. 

Tengahari tadi I makan at the same restaurant lepas ambik Kakak. tengok stall pisang cheese dah buka. So ingat nak belanja my office friend. Nak bagi dia rasa.
So bila I nak order, I cakaplah "Dik, pisang cheese 1 set". The girl yang kat jaga stall tu jawab "You have to wait cause we have a lot of orders". Fineeeeee.....tak jadi order sebab malas nak tunggu. Tapikan....rasa pelik bila kita cakap melayu tapi orang reply in English. Wahh cam aku not your standard pulak. (Ke I'm being emotional....tengah PMS mmg macam ni cepat sentap)

BFF


Finally dah nak habis bulan January baru dapat jumpa pompuan ni for the first time this year =P
Itu pun jumpa kat Giant sebab kebetulan Sunday tu dua-dua nak pergi Giant.

Tooodless....

Monday, January 26, 2015

Petua menghilangkan karat


Meh sini Akak nak bagi petua nak menghilangkan karat kat barang-barang besi. 
Petua ni pun Akak dapat masa tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9. 



Ambik barang yang dah berkarat macam gunting dapur lama kami ni



balut dengan aluminium foil. Tak kisahlah belah mana pun


letak dalam bekas pastu tuang air panas dan letak sesudu garam.

Rendam dalam 15-20 minit


Nampak tak karat dah keluar tu. 

Tapi Akak lupa pulak nak tangkap gambar gunting Akak yang dah berkilat tu. Jangan lupa lap atau gosok-gosok sikit dengan kain. Pasti berkilat.

Selamat mencuba!

Friday, January 23, 2015

Pening lalat

Phewww...almost weekend. 

Penat sungguh minggu ni sebab berderet kerja kena siapkan. Minggu ni memang tak masak langsung sebab penat sangat. Sekarang ni Adik sekolah petang so sampai rumah dah almost pukul 8 malam. Rehat sekejap pastu solat. Lepas solat jer mata dah kuyu semacam so macamana nak masak. Nasib baik jugaklah dah makan petang tu sementara tunggu Adik habis sekolah.


Petang semalam kitaorang pergi makan kat Sambal Hijau. Lawa dah tempat tu. Dulu kalau lunch time punyalah bersempit nak makan pastu kalau datang lambat sikit semua meja full. Semalam I tengok derang dah extend lagi kat dalam tempat makan. So more tables and airconditioned kat dalam tu. Tempat parking pun sekarang dah besar dan cantik. Siap tambak lagi. 

Hari ni plan balik nanti nak singgah pasar malam dan beli barang-barang basah so weekend boleh masak banyak-banyak dan stock up kalau rajin. Pastu nak kena bank-in duit kat Abang. Budak tu siap email I pagi tadi justify duit belanja minggu lepas dia beli barang apa. Hahahaha....adoi lurus gak anak I tu. Dah kronik sangatlah tu tak ada duit. Tak ada duit pun tak apa sebab makan free 4 kali sehari duduk hostel.

So basically that's it. Can't wait to go home and enjoy my weekend. Mari kita enjoy!



Thursday, January 22, 2015

Thursday, January 15, 2015

Mr Steak House, KD

Banyak kali dah lalu depan kedai makan baru ni. Everytime lalu mesti sebut nak try tapi tak jugak singgah-singgah.

Semalam lepas jemput Kakak dari sekolah ntah apa mimpi ayah budak-budak ni ajak makan kat kedai steak baru tu. Nama restorannya Mr Steak House.

Kedainya terletak di Seksyen 6, Kota Damansara. Silalah google sendiri address sebab I hanya tahu lokasi jer.


Jalan-jalan Cari Makan pun pernah try kedai ni.



Kakak macam biasa dia Italian sesat so dia mesti order pasta

Sementara I pulak order Sizzling Steak.


Servis needs improvement I would say sebab spaghetti dah sampai tapi air tak nampak bayang pun. 
Lagipun kitaorang order 2 air tin dan satu teh ais. Nak kena mintak baru air dihantar.

Then, my sizzling steak took more than 20 minutes for them to prepare. Itu pun after I tanya banyak kali sebab orang yang datang kemudian dari I pun dah dapat makanan derang.

Nak tercekik-cekik makan semalam sebab rushing nak balik office. Lain kali kena pergi makan malam so tenang sikit nak mengunyah steak yang banyak lemak tu. 

Pricewise murahlah kot sebab spaghetti tu RM11++ and Sizzing Steak tu RM17++

Paling win kedai ni - internet dia laju giler. 

Wednesday, January 14, 2015

Malaysia IT Fair 2015


Sabtu lepas kitaorang ke Malaysia IT Fair at Midvalley Convention Hall. 
Tak best sangatlah fair ni. Nak kata murah sangat pun barang-barangnya tak jugak. Macam harga normal jer. Kata ada thumb drive 8gb jual RM1 tapi nan ado pun. Puas kitaorang pusing hall tu tak jumpa pun.

Dalam tak best tu pun terjebak jugak membeli barang kat situ. Mama kena ketuk beli headphone speakers kat Adik dan Abang. Budak dua beradik tu tak faham sungguh I.....berapa ratus headphone speakers ntah yang derang nak. I rasa I dah beli banyak dah kat derang asyiklah rosak atau hilang. Macamana tak rosak speaker tu main baling-baling jer suka-suka hati. Korang ingat mama korang cop duit ke?

Pastu beli cooler untuk laptop Abang and my laptop. Itu pun bukannya murah. Dua cooler dalam RM70+. Headphones tu pun dua dalam RM70. Pastu tak ada pun free gift apa-apa. Hmm....pendek kata tak bestlah IT fair tu. Cuma I dapat beli powerbank 5000mAh dengan harga RM10 sebab beli 2 headphone speakers tu.

Barang-barang lain kat IT fair tu tak menarik buat I. 

Gambar-gambar kat bawah ni adalah gambar kami di IT Fair tu. 


cover phone banyak dijual




boleh tahanlah ramai jugak orang








budak-budak kaki ketuk. Nak ketuk apa lagi tu?


kedai inilah kami beli cooler laptop tu





sempat posing walaupun orang ramai lalu lalang....pedulik apa



lepas tu dua hari sakit badan sebab dua hari merayap non stop. 

Tuesday, January 13, 2015

Back to school

Semalam I cuti sebab nak menguruskan budak-budak 1st day of school. Abang dah hantar balik hostel hari Ahad lepas. Jumpa lecturer dia sekali discuss pasal result exam dia. Alhamdulillah result dia ada yang baik dan ada yang so-so. Ada yang need more improvement. Tapi ayah dia cukup bangga bila cikgu-cikgu dia semua puji anak dia. Senyum sampai ke telinga pastu duk repeat jer apa yang cikgu cakap. 

Tinggallah kami berempat balik kat rumah. Tukang sental bilik air, mop lantai, masak nasi dah balik hostel :'(





dua beradik yang happy kalau tak bergaduh jer 24 jam

Adik nampak kecik pulak berdiri sebelah Abang. Nak ikutkan dia tinggi dari Mama. Hari tu siap ada orang tanya dia belajar kat kolej mana...hahahah....allo budak tu baru sambut besday yang ke 12


inspecting apartment baru Abang.
Sem ni kena duduk satu rumah 12 orang. Maknanya 4 orang satu bilik. So merasalah kome duduk katil double decker. Lupalah pulak nak ambik gambar bilik dia.



bilik almari/ store room


kitchenette


artis Kpop sesat =P

Habis register dan hantar barang ke bilik Abang, kami ke IOI City Mall.
Adik nak main ice-skating dan Abang nak beli barang-barang keperluan dia.
Kali ni dah jumpa mesin ATm dan kemudahan kad kredit dah boleh guna. 





Adik main ice-skating tak sampai sejam. Tu mesti sebab tak ada gang nak main pastu orang pun ramai dalam rink.

Kitaorang pulak jalan-jalan cuci mata dan cari makanan sementara tunggu Adik habis main.


comel sangat patung doraemon kecik-kecik ni.


my lunch - chicken kebab

Semalam 1st day of school. Kakak sekolah pagi sementara Adik sekolah petang. So nak kena adjust balik time table. Letih jugaklah sebab Adik habis sekolah pukul 6.40pm. I habis kerja pukul 5.30pm.....apalah nak buat sementara dia habis sekolah ni. Nak balik rumah pastu patah balik ambik dia buat penat jer nanti. Maybe we'll just lepak at my mother's house sementara Adik habis sekolah.



sekolah Kakak. I baru perasan budak-budak perempuan beratur dibelakang sementara the boys berdiri di depan.


semalam baru terhegeh-hegeh nak beli buku tulis. Nasib baik ada stok lagi.


bye Adik....happy 1st day of school. Selamat menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah menengah. Rasa macam baru semalam hantar Adik ke tadika :'(


Friday, January 9, 2015

Fuchsia is not pink

Salam Jumaat,

So happy that Friday is finally here but at the same time sad cause we'll be sending Abang back to hostel this weekend. It's so nice  to have all my children under one roof walaupun they (read: Abang & Adik) bickers all the time. Pastu dua-dua attention seeker sampaikan kalau makan kat kedai I have to sit in between this two cause dua-dua nak duduk sebelah Mama. Manja sangatkan walaupun saiz masing-masing lagi besar dari Mama.

Besok after guitar class Adik, maybe we'll be going to Malaysia IT Fair at Midvalley. Siap sedialah Mama nak kena ketuk lagi ni =P

Anyway, this morning I tak sempat nak beli my breakfast at my usual place so pergilah cari makanan kat level 2 ofis I ni. Ada satu kedai kat korner tu konsep kopitiam. Ternampak nasi lemak bungkus. Dah beratur dah ni dan dah pegang dah pun nasi lemak tu. Mamat depan I pun ambik nasi lemak yang sama. Sekali cashier tu cakap nasi lemak tu RM2.75. Hoiiii mahalnya!!!!. Nasi lemak bungkus biasa jer pun bukannya ada isi apa-apa pun dalam tu....apasal yang mahal cekik darah sangat?. My collegue cakap harga tu sebab nak cover rental cost building yang mahal. Tapi agak-agaklah jugak wei nak letak harga pun!
Tak jadi I beli. Baik ler I beli kat Mynews kueytiow goreng lagi kenyang.

I got myself a new wallet cause my old wallet yang my BFF belikan 2 or 3 years ago for my birthday dah kronik sangat. Dah sampai koyak rabak sampai tak boleh nak button dah wallet tu. Sayang I dengan wallet Kardashian Kollection tu tapi kalau dah sampai husband tegur suruh tukar siapalah kita nak membantahkan hahahaha....
When I took out my new wallet at the groceries store semalam, mamat Pakistan cashier tu pun perasan I tukar wallet baru. Siap tegur lagi 'new wallet....same color ah' . Agaknya dia pun perasan how beaten up my old wallet was. 



my new Fossil wallet. Fuchsia bukan pink. My old wallet was pink.
Nak beli wallet LV, boss rumah tak approve sebab dia kata I suka peruk segala card and resit dalam my wallet tu pasal my old wallet tu sampai koyak-koyak. I'll try and maintain this new wallet. Letak duit dan card-card penting saja. Kad-kad lain untuk redeem point I simpan dalam my Coach card holder. Tapi payahlah sebab tiap kali nak collect point kena korek handbag cari card holder tu.

Anyway, have a splendid weekend. Monday I'll be on leave nak uruskan budak-budak ni masuk sekolah. 


yesterday was my father's birthday. This picture was taken 11 years ago. I would say this is my favorite picture of my dad with my kids.
Happy birthday Papa and for being the greatest father & grandfather in the world. We love you!!!


Wednesday, January 7, 2015

Mainan baru - Galaxy Note 4


Alhamdulillah tahun ni rezeki lebih sikit. Dapatlah Akak beli gadjet baru. 
Ini pun beli sebab cik abang kita punya Galaxy Note 1 dia jatuh berderai so tak boleh on dah handphonenya, LCD dah rosak agaknya. Macam tau-tau jer handphone pun nak jatuh dalam bulan duabelas. Pandai sungguh timingnya =P

So Jumaat lepas Akak pergilah Maxis beli Samsung Note 4 untuk Akak. Masa tu berbelah bagi nak beli Note 4 ke iPhone6. Tapi bila baca review macm tak berbaloi nak beli iPhone6 16g sebab ugrade iOS8 pun dah makan 8gb. Habis kita bangsa suka download apps dan segala mak nenek dalam handphone, takut tak cukup storage. Nak beli iPhone6 yang 64g rasa macam kedekutlah pulak. 

So Akak end up beli Note 4 saja. Puas hati sebab screen besar plus Akak suka Android sebab Akak suka apps 'TV Radio  Malaysia'. Almaklumlah mak-mak ni sambil masak kat dapur pun nak tengok slot Akasia TV3. Kat dapur rumah Akak tak ada TV, so dapat tengok melalui handphone pun jadiklah. Kadang-kadang bukannya dapat tengok sangat pun, tapi dapat dengar suara pun jadilah. Lagi satu Akak malas nak pergi sync balik semua data dalam phone kalau tukar ke iPhone.

Makanya Samsung S4 Akak dah selamat bertukar tangan ke ayah budak-budak ni. Suka dia sebab tak payah pakai lagi iPhone4s (spare phone kami) yang tak boleh nak connect to WIFI tu. Lagipun pakcik tu tak suka sangat pakai iOs sebab dia dah terbiasa pakai Android.
iPhone4s tu nak baiki WIFi tu ntah berapa pulaklah harganya so biarlah dia terperap jer kat rumah tu jadi phone spare.

Paling seronok bila Akak beli Galaxy Note 4 kat Maxis, Akak dapat Samsung Gear free sebab Akak Maxis One Club member. Samsung Gear tu harganya RM599.....sapa yang tak sukakan. Abang jeles jer sebab Mama dapat phone dan jam canggih baru. 




Akak sekarang dah canggih you all.....nanti Akak rajin-rajin Akak buat review function-function yang ada dalam Samsung Gear ni ya.

So that's all for now people.....minggu ni Akak busy banyak kerja kena buat. 
Syukur Alhamdulillah ada kerja. 

Monday, January 5, 2015

AHC saletop


Sabtu & Ahad lepas butik Al-Humaira Contemporary (AHC) ada buat saletop (Sale Letoplah kot). My sister kalau tak meracun I bab-bab sale ni tak sah....laju jer whatsapps tanya tak pergi sale ke. 

Butik pun dekat sangat dengan kelas muzik Adik ....mau tak pergi. Plannya nak pergi lepas Adik habis kelas gitar tapi kami lupa pulak yang Sabtu lepas cuti Maulidur Rasul. Kelas gitar Adik cancel daaaa......buat letih Akak bangun awal pagi tu =P



ni gambar malam Jumaat masa kitaorang pergi makan steamboat. 
Lepas balik makan steamboat tu I tak boleh tidur sebab resdung teruk. Ni mesti penangan sos belacan tu. I end up sleeping at 4 am and waking up at 9 am. Ting tong jugaklah hari Sabtu tu sebab tak cukup tidur + migraine teruk sangat.

Tapi walau bagaimana pun semangat shopping tetap jugak meriah. Ayah budak-budak ni kata, Mama kalau bab shopping terus sihat =P


Pompuan dua orang ni bila I sampai butik tengok depa berdua tengah pegang tudung sikit punya banyak. Habis semua tudung dia borong.

Itu pun tak nyempat-nyempat suruh kita datang cepat. Nak makan breakfast pun tak aman tau hahaha.

Adik dengan Abang jadi tukang jaga tudung Mama, Mak Ngah dan Makcu. Itu pun Adik kata ada orang-orang lain suruh derang jagakan tudung derang jugak hahahaha...sian anak-anak Mama.


tengah pilih ni. Rambang mata semua cantik. Ada yang berkenan tapi kaler pulak tak ada.
Lawa tak tudung yang Akak pakai tu?. Tu tudung tie rack scarf. Lama dah tak pakai. Hari tu pakai, budak-budak ni kata macam tudung che-gu sekolah ....mencik tau =P



ini gambar kami posing kekonon tengah belek tudung hahahaha
Amacam boleh buat print ads tak?


Kitaorang bukan beli tudung jer, skirt pun kitaorang rembat. Beli 4 helai dapat 1 free. Yang free tu mak kami ler dapat. Pastu beli barang lebih RM150 dapat satu shawl free.

Masa nak bayar tu I punya short RM10 nak capai RM150. Laju jer capai inner neck sebab nak dapatkan shawl free tu.



barang-barang tangkapan kami.

I beli 1 skirt, 3 helai shawl dan 4 inner neck. Bilalah nak insaf beli tudung ni.
Disebabkan beli tudung baru so kenalah spring clean laci tudung I. Banyak gaklah yang I dah dermakan ke


we do what we can for Allah


Lazy Monday


Akak banyak benda nak cerita ni tapi memandangkan hari ni hari Isnin.....Akak malaslah pulak.

Nanti dah datang roh rajin tu Akak story ehhh.....

buat sementara itu moh kita bayangkan kita berehat ditepian pantai

 

Monday blues memang macam ni .....kronik sikit =P

Friday, January 2, 2015

Comic Festival 2014 at KLCC

Melangkah kita ke tahun baru 2015. Salam Maulidur Rasul.
Semoga 2015 memberikan kita sinar bahagia buat kita semua. 

Ni nak bercerita tentang Comic Festival hari Ahad lepas. Adik dan Abang yang sibuk nak pergi Comic Festival kat KL Conventian Centre. 

Ramainya orang hari tu. Orang beratur nak masuk Aquaria sama banyak dengan budak-budak yang datang Comic Festival ni. Nak cari tempat duduk kat foodcourt KL Convention Centre tu punyalah seksa. Nasib baik jugaklah dalam Killeney ada tempat duduk. Dapat jugaklah kami bertiga (mama, ayah dan Kakak) duduk makan-makan sementara tunggu budak berdua tu masuk exhibition hall.

Entrance fee untuk masuk RM20 tapi kalau under 12 year old free. Since we went on Sunday, practically Adik is still not 12 yet so dia masuk free, cuma Abang saja yang bayar. 
Tapi yang kelakarnya bila Adik tanya kat entrance tentang under 12yo free, orang yang jaga tu tanya which one is under 12. Hahahaha.....terang-teranglah Adik takkanlah pulak Abang yang lebih tinggi daripada Adik.  


Please ignore all the dates on the pictures. I tak reti nak adjust date kat my action cam.

Macam-macam character ada, all in costumes. Very interesting. Some of them very daring. 
Kalau nak tengok rambut kuning, hijau, pink, biru semua ada.






ini bukan character anime tapi Kakak kepenatan






Naruto!


budak kecik ni pun tak nak kalah....dia pun nak pakai costume.
Siap paksa Mama Ayah belikan dia wig =P 
But no wayyyyyyy....





Lepas budak-budak ni tengok exhibition, I gatal nak pergi KLCC tapi kitaorang masuk 10 minit pun tak sampai sebab I pening sangat punyalah ramai umat kat KLCC tu sampai nak berjalan pun bersesak-sesak. Ohh dah tua-tua ni tak boleh sangatlah nak ke tempat yang ramai-ramai sangat orang ni.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin