Monday, January 26, 2015

Petua menghilangkan karat


Meh sini Akak nak bagi petua nak menghilangkan karat kat barang-barang besi. 
Petua ni pun Akak dapat masa tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9. 



Ambik barang yang dah berkarat macam gunting dapur lama kami ni



balut dengan aluminium foil. Tak kisahlah belah mana pun


letak dalam bekas pastu tuang air panas dan letak sesudu garam.

Rendam dalam 15-20 minit


Nampak tak karat dah keluar tu. 

Tapi Akak lupa pulak nak tangkap gambar gunting Akak yang dah berkilat tu. Jangan lupa lap atau gosok-gosok sikit dengan kain. Pasti berkilat.

Selamat mencuba!

4 comments:

CikLily Putih said...

bagus ni kak, nak cilok ek..

Pink Mama said...

Boleh...silakan CikLily =)

SYANI said...

Good info sis..
Nak cuba gak le

Pink Mama said...

benda baik kita kongsi beramai2 Syani =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin