Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Friday, June 27, 2014

Are you ready for?





Jangan lupa niat puasa 


dan

Niat buka puasa



Selamat Berpuasa kepada semua.


Wednesday, July 10, 2013

Selamat Berpuasa


Dear All,

Salam Ramadhan semoga kita semua dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan sempurna dan diberkati, Insyaallah.




Friday, August 17, 2012

Ramadhan 2012 - Day 28 - Iftar with officemates

Mesti ramai orang dah bercuti. Tadi tengok masjid Taman Tun pun dah tak ramai jemaah solat Jumaat macam biasa. Jeles I sebab orang dah ramai cuti tapi I gak kena kerja. Ni tengah sangap kat ofis sementara menunggu pukul 5. Sangap-sangap pun sebenarnya banyak kerja kena settle before pergi bercuti. Ni pun dah siap compose email nak bagitahu that I will be on leave next week. Ingat nak tulis kat situ "P/S: Please don't call my handphone =P". Sebabnya tak pernahlah I aman nak bercuti sebelum-sebelum ni.....ada jer calls dari ofis. Menyampah.

Semalam my office belanja staff buka puasa at restoran Peranakan Place, One Utama. Payah nak dapat peluang office belanja staff buka puasa ni, so harus pergi. Meny semalam Otak-otak, Gerang Asam Fish, Butter Prawn, Honey Sotong, Pandan Chicken, Tomyam Soup, Cincalok Omellete, Kailan Salted Fish and Steamed White Rice. The whole set is RM369 untuk 8-10 orang makan. My table semua ladies tapi licinlah semua pinggan unlike meja sebelah yang kena duduk semeja dengan bosses. Kesian derang kena control makanlah tu LOL. Nasib baik my fren and I datang awal sikit so kitaorang bolehlah chop meja mana nak duduk hehe.

Semalam masa buka puasa macam tak boleh masuk sangat nasi sebab selalunya I memang makan sikit jer. Bila dah banyak lauk ni mulalah tamak semua nak rasa.

now I am salivating over the asam pedas.
 Kuah dia tak pedas and very sedap. Tengok gambar pun air liur dah keluar. Nak kena google ni macamana nak buat asam pedas style Peranakan.


Pandan chicken was delicious. Nak makan silalah tanggalkan daun pandannya dulu ya =P


butter prawn sedapnya. I siap makan nasi dengan "sampah-sampah" dalam pinggan butter prawn tu lagi. Sampah-sampah tu is actually eggs. Tapi macamana telur boleh jadi macam tu eh?


penuh dengan kulit udang. I memang hantu udang <3>

Tak ada gambar my collegue sebab semua dalam my camera. Malas nak transfer gambar. Gambar-gambar ni semua from my iPhone. Dah nak habis makan semalam baru perasan yang Erra Fazira pun ada buka puasa kat situ dengan anak dia. Nak ambik gambar seganlah pulak.

teh tarik sorang-sorang kat foodcourt Jusco sementara menunggu drebar I pick up

Itu pun malam tadi terembat jugaklah tali pinggang dan rantai 3 tier. Pastu ada cardigan yang I berkenan on 70% discount tapi tak ada price tag. Jenuh menunggu salesgirl tu check harga tapi dah lama sangat malas I nak tunggu lagi.



I got duit raya. Dah tua-tua pun dapat raya....ni yang suka ni. Bolehlah beli baju raya lagi sepasang =P

So how's your Raya preparation? Dah cukup semua?

Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan 2012 - Day 25 - Kad raya & duit raya

Ada terima kad raya?. Sadly I just receive one ...only one this year. Kalau time sekolah-sekolah dulu siap berlumba kira kad raya dengan member, sapa yang dapat kad raya the most. Lagi banyak receive kad raya kira lagi popularlah. Boleh tahan jugaklah collection kad raya I masa sekolah dulu. Ada yang datang-datang sekolah jer dah ada dalam meja, ada yang kirim kat member nak bagi kita kad raya (kira seganlah tu), ada yang pos....macam-macam methodlah. Tapi bila dapat kad raya tu memang berbunga-bungalah hati especially dari orang yang kita minat dulu time sekolah.

Ingat lagi kad raya yang paling femes, kad raya gambar kucing. Selalu jugaklah dapat kad raya yang ada muzik. Kira kalau dapat kad raya yang ada muzik tu special sikitlah sebab kad tu mahal sikit dari kad biasa. Ni yang nak pergi korek balik kad raya lama ni.

Sekarang ni dapat satu pun dah rasa nak melompat. Lain feeling dapat kad raya dengan ucapan hari raya thru facebook atau sms. Nak kad raya tapi diri sendiri tak hantar kad raya kat orang. Macamana tu. Alamat rumah member semua dah hilang. Kalau ada pun rasanya semua dah pindah ke rumah sendiri (ni kes untuk member satu sekolahlah)


kad raya ofis I tak lawa

Pagi semalam pukul 9.30 I dah turun pergi bank. Bank kat bawah ofis ni jer. Ingatkan dah jadi insan terpantaslah tu nak tukar duit raya. Rupanya dah ada lagi 2 orang ambik nombor. Nasib baik jugaklah I turun cepat sebab lepas I, dah panjang orang beratur nak tukar duit raya.
Alhamdulillah dapat duit baru semua, sebab ada yang kata duit baru semua dah habis kat bank. I noticed that all local banks punya sampul duit raya punyalah buruk (including my company's) and foreign bank punya sampul duit raya punyalah cantik sampai rasa sayang nak guna.

semalam teringin nak makan beef lamb stew
Satu batang RM8 at Pasar Ramadhan TTDI



so no compensation huh...kesian 25 bijik rumah yang MRTco janji nak bayar pampasan tu including my parents house.

Monday, August 13, 2012

Ramadhan 2012 - Day 22 - Shoe shopping


I lost track dah berapa hari puasa. Wah hari ni dah puasa ke 24, rasa macam cepatnya Ramadhan tahun ni. Duit raya pun I tak tukar lagi ni. Baju raya budak-budak baru basuh semalam. Langsir pun tak tukar lagi ni. Nasib baik dah suruh Kakak dengan Abang bersihkan sawang, mop lantai semua. Baru ingat balang kuih raya pun tak keluarkan lagi ni. Akak stress.

Dahlah hari Sabtu lepas kena pergi kerja. Stress ok kena kerja hari Sabtu. Lagi seminggu nak raya baynyak benda nak kena buat pastu nak kena pergi kerja. Menyampah betul. Jangan merungut.....orang lain ramai lagi yang tak ada kerja. Pagi tadi dengar radio ERA ada caller yang menangis-nangis sebab tak mampu nak beli baju raya untuk anak. Sedih mendengar rintihan hati orang. Makanya insaflah.

muka muncung kena pergi kerja.
My eyebag bulan puasa ni makin menjadi-jadi. Bubuhlah concealor banyak-banyak pun still tak boleh cover tahap kebengkakan.
 
Nasib baiklah kena kerja half day, dahlah boleh claim mileage jer. Tak berbaloi sebab my house is near to the office.
 
Lepas kerja, kita pergi shoe hunting untuk budak perempuan dua beradik ni pulak. Payah jugak nak membeli kasut raya budak dua orang ni sebab banyaklah kerenah, itu tak nak ini tak nak. tengok anak orang lain, mak bapak nak beli kasut pun tak mampu.







Deco raya One Utama old wing

Ada orang main angklung lagu "Kuch Kuch Hota Hei"

Vincci on sale.

Mak cheapskate ni actually nak suruh anak pilih kasut yang on 50% sale tapi anak tak berkenan =P
Nasib baiklah ada kasut yang Kakak berkenan. Pastu ada 20% diskaun lagi.
Anak dara saya dah beli kasut kat Vincci, dah tak muat dah kasut kat kids department.


Isetan

si adik pulak dapatlah kasut yang dia berkenan kat Isetan. Itu pun satu lagi, kasut yang dia berkenan sure tak ada saiz. Last-last kasut display pun jadi ambik. Malas dah mak nak fikir.

sale sana sini One Utama. Antara rajin nak jalan atau tidak saja

mak aihh selekehnya I. Ni semua mood malas nak pergi kerja hari Sabtulah ni.
Ayah budak-budak ni pulak tak habis-habislah dengan Timberland  nya. Dah ...nak beli Timberland nanti kitra pergi JPO. Sana murah sikit kasut Timberland.
try kasut color nude ni kat Parkson. Cantikkk....tapi tak beli. Bila dah balik teringat-ingat apasallah tak beli tadi. Tapi tinggi sangat kot, ada dekat 3-4 inci. Sekarang ni bukan boleh pakai kasut tinggi lama-lama...sakit pinggang. Nampak sangat dah veteren >.<

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, August 8, 2012

Ramadhan 2012 - Day 17 - Celebs galore at Pasar Ramadhan TTDI


Semalam sebenarnya tak ada mood sangat sebab menahan sakit....pepaham ajalah it's that time of the month. Sakit perut, sakit pinggang semua complete package.

Ada terbaca kat twitter Neelofa semalam, dia kata kalau dia sempat dia nak pergi pasar Ramadhan petang nanti. So sajalah usik ada satu opismate tu, dia bujang lagi. Suruh dia pergi pasar Ramadhan TTDI cari Neelofa. Sekali member tak kenal sapa Neelofa >.<
Menghabiskan boreh (beras) den jer bercakap.

Selalunya kami pergi pasar ramadhan Kota Damansara jer tapi semalam ntah apa mimpi hubby ajak pergi Pasar Ramadhan TTDI. Ni mesti dia pun baca twitter Neelofa ni hahahaha

Mula-mula singgah kat gerai kebab sebab teringin nak makan kebab daging. Budak-budak gerai sebelah tu duk bising sound kat budak gerai satu lagi tu. "Haaa...bagi free jerlah". " Dahlah tu....". Pastu ntah apa-apa lagi yang derang duk sound. Ingatkan pehallah sebab sebelah I tu ada a group of girls. So I thought budak jaga gerai tu tengah usha one of the girls.

Sekali hang tau tak sapa yang dia duk usha sampai tersipu-sipu malulah.

Ni diaaaa......


Nora Danish dik non. I dengan muka selamba pi tangkap gambar dengan dia. Alahai time perut tengah bloated gila nilah nak terjumpa Nora Danishkan. Korang pretendlah tak nampak my tummy. Nak crop sayang pulak gambar tu hehehe.
Lawanyaaaaaaaaaaaaaaaalah hai Nora Danish ni. Cakap pun lembut jer. Cair Akak.
Isykkk memang cantiklah.

Lepas tu kitaorang pun jalan ke depan. Nak tau tak sapa pulak yang I jumpa?

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
I jumpa Neelofa pulak.

Kalau tak silap masa tu dia tengah bersembang dengan wife Aaron Aziz (kalau tak silaplah). Tapi Aaron Aziz tak adalah.

Sekali lagi I dengan muka selambanya mengambil gambar dengan Neelofa pulak kali ni. Tak ada istilah malu dalam kamus I. Nak takut apa....go for it. Memang from young lagi macam ni. Campak jerlah kat mana jer I'll make friends punya cause I jenis tak segan. Even tengah beratur bayar bill pun boleh bersembang dengan uncle pakcik yang beratur kat depan I hehehe. Tipsnya kena ringan mulut. Selalu sangat perasan yang my friends selalu segan nak bertanya if the encounter dengan problems macam sesat atau tak jumpa benda nak cari. Tanya jerlahkan, tak salah pun. Kalau orang tu kerek then kita jalan jerlah.


the pretty Neelofa. Comel jer. Semalam dia jalan dengan adik dia rasanya.

Farah Fauzana pun ada semalam tapi dia jalan laju nau so tak sempat nak ambik gambar. Kurus jer rupanya si Farah ni.

Then jalan depan sikit ternampak Ally Iskandar and his wife. Alahai comel kecik jer berdua tu, padan sangat. Disebabkan tak berapa minat sangat so kita ambik gambar jejauh jerlah.


semalam beli Roti Arab. Sedap jugak roti Arab ni. First time rasa.

Balik rumah semalam terus senyum meleret....eee...happynya dapat jumpa Nora Danish. Cantiknya dia. Comel sangat. Hilang semua skit pinggang dan sakit perut =)

Dah minggu ketiga kita puasakan, rasa macam tahun ni cepat sungguh Ramadhan berlalu.

Monday, August 6, 2012

Ramadhan 2012 - Day 16 - Kenanga Wholesale City

 Plan semalam nak cari baju raya Abang.

Bila dah keluar rumah kat simpang tu, masing-masing buntu tak tahu nak pergi mana. Bila ayah budak-budak ni suggest pergi Kenanga Wholesale City (KWC), rasa macam nak melompat kat dalam kereta tu. Nasib baik sedar diri.....ialah bukannya senang nak ajak pakcik tu masuk KL.

Kalau tak tahu kat mana KWC, here's a map from their website


KWC is the latest exciting offering in the Asian fashion wholesale industry. The exceptional development in Kuala Lumpur, Malaysia is inspired by the success of wholesale centres in China, Indonesia, Thailand and Korea.


KWC is Malaysia's first one-stop fashion wholesale shopping mall that brings together a large and comprehensive directory of businesses - fashion, accessories, shoes, gifts, and other lifestyle products, all under one roof.

With more than 800 lots and 500,000 sq ft of net lettable retail space, KWC offers an exciting variety of merchandise. Whilst dedicated to wholesale businesses only, KWC functions as a shopping mall with full amenities catering to business convenience with F&B outlets, event spaces, banking and a host of other business services.

KWC is endorse by the Tourism Malaysia as Kuala Lumpur Must Visit Destination.

source: KWC website


Bila nampak jer signboard KWC terus happy.

 besar rupanya bangunan  KWC. Nak naik parking pun sikit punya tinggi.

Ada tujuh tingkat nak shopping. Tips: Silalah pakai kasut flat dan kalau boleh pergilah time boleh makan dan minum sebab dahaga siot pergi hari puasa. Dalam KWC ni pun ada foodcourt (tapi rasa yang tak halal punya yang kat tingkat 7 tu), kat level bawah sekali ada a few kedai makan.

Display tingkap yang meruntun jiwa. Nampak semua murah. Memang murah kalauuuuuu....beli in bulk. Kalau beli satu mahal jugak kot. So kalau nak pergi KWC baiklah pergi dengan kawan-kawan so boleh combine purchase dapat murah dari retail price.

Upin Ipin ni maskot KWC ke?

kedai t-shirt ni boleh tahan murah. Tu nampak tak minah kecik tu tengah memilih t-shirt

 heaven for ladies sebab banyak kedai pakaian wanita. Kedai tudung pun boleh tahan banyak



 murah jugak dress kat sini
 
Alkisahnya I masuk kedai ni sekali ada tudung yang I berkenan. Alah tudung yang ala-ala Sashmeen Radiusite tu, syria dua layer cantik. Alamak tak ingatlah pulak tingkat mana kedai ni.

 ada yang dua layer and ada yang tiga layer

berkenan gila dgn yang ni. Sekali satu RM110. Lagi mahal dari beli online. Kansel.
Kalau beli tiga baru dapat sehelai RM75

Dari hati berbunga-bunga ingat dah dapat tudung raya, terus kuncup =(


disebabkan banyak kedai accessories rambut, terjebak membeli rambut palsu kaler-kaler clip on kat budak dua beradik ni

kain ela

pilihlah nak handbag apa

ternampak kedai ni masa nak cari kedai brooch. I kan pantang nampak kedai comel-comel ni.


bagus sungguh sebab terjebak membeli bag sling ni. Dari RM100 dapat 50% discount. Siap suruh Kakak pilih wallet untuk dia sekali sebab ada half price.

Lama dah mencari accessories tudung ni. Ni pun buat muka selamba tanya kat bangla yang jual tudung tu mana derang beli accesories tu. Dialah yang cakap kat tingkat 6 & 7 ada banyak. Rupanya ada kat satu kedai ni kat tingkat 6. Nama kedai tu kalau tak silap BWC. Murah saja RM13 satu.



I bought 2. One gold and the other one silver



this is how it looks like lepas kita pakai kat sanggul kita

ada satu kedai ni menjual brooch yang comel-comel. Tak tahan tengok sebab so pretty and colorful

bought 3 for myself for only RM5

Lagi satu tips - ada kedai yang hanya terima duit cash dan tak terima kad kredit. Tapi jangan risau sebab dalam KWC ada teller Maybank dan RHB.

Misi mencari baju melayu Abang tak berjaya sebab banyak baju perempuan jer kat KWC ni. Ingatkan lepas tu nak pergi Jalan TAR tapi jam ya hamatlah pulak so kansel. Pergi Omar Ali TTDI tapi tak jumpa yang berkenan plus harganya hemm...kopak wallet maknya oii.

Tau tak kat mana jumpa baju melayu budak ni?. Kat Jusco sebelah ofis maknya jugak =P



 buka puasa kita makan McDonalds jerlah sebab mamanya pinggang dah nak patah jalan tujuh tingkat.

Chicken pie tu beli kat bakery Jusco, Sheperds pie pulak beli kat Mobil TTDI. Itu pun nasib ada 2 lagi. My sister kata pukul 3.30 petang orang dah beratur membeli kuih kat Mobil. Kuih-kuih dalam Mobil tu memang sedaplah.

Selamat menyopping orang Selangor hari ni. Cuti Nuzul Quran kan. I jer yang kena pergi kerja hari ni walaupun ofis di Selangor. Not fairrrrr...why you located in KL wahai Bursa Malaysia....why?



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin