Showing posts with label restoran. Show all posts
Showing posts with label restoran. Show all posts

Friday, September 9, 2016

Restoran baru - Hameediyah KD

Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Lama pulak Akak tak update blog Akak ni.
Jumaat sampai Ahad minggu lepas Akak pergi company team building, so bila balik kerja on Monday berlambak-lambak kerja the whole week.
Partner Akak kan pergi maternity leave, so Akak dah jadi macam sotong kat office tu.
Nasib baik Akak ingat nak siram pokok-pokok kesayangan dia.

Ada restoran baru kat area rumah Akak baru bukak.
Restoran Hameediyah....fames katanya di Penang.
Hari ni kami anak beranak berkesempatan nak rasa makanan di Hameediyah.


lokasi di depan LRT station di bangunan  Sunway Nexis
 (restoran Kueh Rita Rudaini pun dilokasi yang sama)

model biasa Akak....budak berdua tu koser nak layan Mama




Suasana dalam kedai berhawa dingin (balik baju Akak melekat bau)
Kalau nak fresh air sila duduk luar.



Nasi kandar pilihan Akak petang ni.
Nasi kosong - RM1
Ayam goreng - RM7
Kobis - RM3 (ini Akak tak puas hati sebab sikit jer tu pun RM3?)



Tak sempat nak snap gambar laju jer Abang dah makan.
Biryani Ayam - RM14
Personal review by Abang - dia kata sedap.


Roti telur ordered by Ayah - RM3.50

Teh ais 3 cawan - RM10.50
Coca- cola - RM2.10
Teh tarik - RM2.60

Our total bill - RM43.70

Would we come again?

Probably not cause the husband said that 'tak ada ambiance kedai mamak'.
Hipster sukalah kot sebab dia macam modern mamak.
I personally would prefer restoran kayu kot sebab the nasi kandar  lebih sedap according to my taste bud dan air teh ais dan teh tarik depa lebih sedap.

Tapi lain orang lain citarasa. Maybe you guys can give it a try.

Akak ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan

'Selamat Hari Raya Aidiladha' 



Wednesday, February 10, 2016

Perbandingan 2 restoran Kari kepala ikan @ Restoran Ratha Kari Kepala Ikan Raub & Restoran LC


Cuti kali ni kami sekeluarga berpeluang untuk cuba dua restoran kari kepala ikan yang berbeza.

Restoran 1: Ratha Kari Ayam Raub & Kelapa Ikan (Damansara Uptown)
Address: No.32, Jalan SS21/35, Damansara Uptown,
                47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Telephone: +6012 928 7909 , +6019 930 5577 & +603 7733 9287

Opening Hours: 0700 - 2200 Daily




Restorannya dua tingkat. So kalau penuh pi lah beransur ke tingkat atas.

Boleh kata restoran ni penuh jugaklah. First time kami makan....selalunya lalu tengok jer dari tepi jalan LDP tu. Disebabkan ayah budak-budak ni dah berjanji nak belanja Akak makan kari kepala ikan, kita cubalah kari kepala ikan restoran Ratha Sabtu lepas.


kari kepala ikan size medium RM72
kuahnya memang sedap cukup rasa rempah ratusnya.
Pastu banyak isi dalam kuah kari. Ada banyak tauhu, brinjal, okra dan cabbage.
Balance kari ni Akak siap tapau bawak balik makan dengan roti. Memang sedap.


kami jugak order ayam dan kambing goreng.



kaunter Restoran Raub. Lepas makan silalah buat pembayaran disana.
Layanan wait staff pun laju. Kalau ada apa-apa tekan jer butang macam gambar diatas sekali tu. 



Budak yang rugi sebab tak makan kari kepala ikan.

Our bill total campur air semua dalam RM140 macam tu.

We will be returning back next time maybe for the roti canai. Insyaallah.

******************************************

Restoran 2: LC Restoran (Line Clear Kg Bahru)

Address: 113, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia


Semalam pulak kami ke Kampung baru untuk ke LC Restoran (cawangan Line Clear Penang, kan?). 


Jalan Tun Razak clear.....seronok sangat. Time cuti panjang jerlah jalan-jalan kat KL ni lengang.


Sampai-sampai line dah panjang gila. Sabar jerlah. Nasib baiklah walaupun dah pukul 12 lebih tapi cuaca tak panas lagi. 

Restoran ni bersebelahan dengan Public Bank. Jangan risau ample parking dibelakang bangunan. Tak payahlah parking tepi jalan raya.


Sementara kami beratur, Ayah pergi cari tempat duduk. 
Tempat duduk semua penuh. Jadi kena sabar menunggu. Nasib baiklah pekerja restoran buka table baru. Dapatlah kami duduk.




Tips kalau malas nak beratur panjang-panjang....order kari kepala ikan.
Makanan lain kita boleh order dan akan dihantar ke meja. Melainkan nak makan nasi kandar pergilah beratur.

Kami order kari kepala ikan size M (harga RM50), ayam goreng, ayam kari dua ketul dan sayur kobis. Air 9 gelas hehehe....kuat sungguh minum air.


Walaupun kami order kari kepala ikan size M (sama macam di Restoran Raub) tapi saiz M di sini macam size L di Restoran Raub.

Taste wise kari kepala ikan Restoran Raub lebih win. Kari kepala ikan Restoran LC tawar dan bland. Balance kari tu di rumah Akak tambah lagi garam dan perisa lain. Even ayah budak-budak ni agree kari kepala ikan dia biasa-biasa jer tak meet the standard and expectation.


ni jalan masuk dari parking belakang



Total bill semua sekali dalam RM94 macam tu. Lebih murah dari Restoran Raub =)

Tuesday, January 5, 2016

Random pictures

Dah masuk lima hari kita ditahun baru Akak baru terhegeh-hegeh nak update.
Almaklumlah dah bercuti 24 december 2015 sampai 4 January 2016....maka lemak-lemak pun banyaklah terkumpul. Nak update blog macam liat sangat.
Semalam walaupun tak menghantar anak ke hari pertama sekolah (takkan nak hantar budak 14 tahun dan 16 tahun ke sekolah...depa pun tak nak hehehe) tapi banyak kerja sampingan yang kena buat. 
Akak join the ASB update bandwagon....tak menyabar nak tengok dividen ASB hehehe....
Semalam kebetulan kami ke Shah Alam untuk urusan, alang-alang ingatkan nak update buku ASb kat RHB Shah Alam. Masyaallah....line beratur nak update tu panjang macam ular kena palu. Aka terus cakap kat husband...tak payah malas Akak nak beratur! End up Akak pi update ASB kat Bank RHB area Taman Megah. Aman dunia tak ada orang pun kat kaunter tu ....Akak bersenang lenang ke kaunter terus (almaklumlah area banyak Chinese kan)



breakfst pagi tadi....rasa old skool sangat makan ubi rebus cicah kepala (kelapalah haha...baru sedar lepas baca semula) gula
Sekali sekala makan gini oklahkan


make up essential. 


ini pulak brunch semalam....laksa Johor.
Kuah dia tu dah cun dah tapi spaghetti tu keras sikit 


murtabak cheese JB mari...thanks to my sister yang tapaukan dari sana.
Sedap makan dengan sambal ikan bilis.



ni pulak al-kisahnya minggu lepas Ayah budak-budak ni ada hal kat Bangi....
so mak budak ni laju jerlah nak mengekor dah alang-alang cuti kan.
Hoi syorga hijabista sungguhkan Bangi Sentral tu. Akhir-akhir tahun ni semua butik sale.....
termasuklah butik Minaz. Nasib baiklah ayah budak-budak ni rajin melayan permintaan bininya....
anak-anak yang penat sebab ikut mama keluar masuk butik hahaha....


Abang pulak dah kembali semula ke pangkaljalan hostel. 
Bermulalah semester 6 untuk Abang.....tinggal lagi 2 sem jer nak habis. 
Rasa macam baru lagi anak ni duduk hostel.


semalam kami menjamu selera dengan makan cili crab kat chili crab restoran Kota Damansara.
Sungguh puas hati.....isi ketam punyalah banyak. Kuah dia tu makan dengan roti steam pun sedap.
We will come again...Insyaallah!

That's all for now......good nite (gigih update memalam sambil tengok Meletop!)

Friday, November 27, 2015

Cuti-cuti Malaysia JB - Part 1 Restoran BP Bariani Power Batu Pahat

Post pasal cuti-cuti Malaysia ni Akak akan break a few parts sebab banyak gambar .....takut korang bosan pulak nanti tengok.

Percutian keluarga ni dah dirancang a few months before. Bukan senang nak cari date yang sesuai sebab ni percutian anak beranak the whole clan of Haji Abu. Seksa gaklah nak cari date yang dipersetujui ramai sebab my BIL ada yang tengah buat degree ambik PJJ so dia ada weekend class. End up kami semua sepakat kata pergi on 22 Nov ...kebetulan pulak harijadi Abang dan cuti sekolah dah bermula. 

Our journey starts early in the morning tapi kami semua tak adalah convoy sebab masing-masing ada plan sendiri. Ada yang nak pergi Hello Kitty Land dululah, my father nak singgah kampung dulu, nak pergi kubur arwah my grandmother. Makanya, kita jumpa disana jerlah. 


destinasinya Desaru, Johor.


Perjalanan yang clear. Alhamdulillah.



Kalau pergi bercuti kitaorang tak adanya nak drive straight terus sampai ke destinasi.
Mesti ada detour makan punya. 



Detour kami kali ni ke Batu Pahat.
Nak makan nasi beryani.
Sebenarnya kami pun tak tahu kedai mana yang sedap kat Batu Pahat tu.
Setelah di google keluar review Restoran BP Bariani Power. 



Kalau tak guna navigation Google Map tak jumpa kot kedai ni. 



disebabkan lapar lupa nak snap gambar dalam kedai.
Memang famous kot kedai ni sebab penuh semua meja makan. 
Boleh refer ke link ni untuk tengok menu yang ada.


Ni beryani biasa.

Kami order 1 beryani ayam merah, 2 beryani daging dan 2 beryani gam kambing.
Sebenarnya nak order beryani gam semua tapi dah habis tinggal beryani gam kambing sahaja.


Beryani gam kambing untuk Ayah dan Adik.
Kalau datang sini silalah order beryani gam sebab beryani gam ni makan nasinya sahaja pun dah sedap.


refer to order chit untuk pricing.


Total lunch kami termasuk satu take away beryani ayam merah untuk Nenek.

Nora bagi 4 bintang hehehe.....



Friday, October 30, 2015

Repeat Mohd Chan Abdullah

Salam Jumaat.

Datang hari Jumaat jer terus mood Akak naik mencanak.

Ingat tak 2 minggu lepas kot Akak pergi restoran Mohd Chan Abdullah, Sabtu lepas penat pergi sana sini cari barang-barang Adik tak koserlah Akak nak balik masak.
Marilah kita pergi makan kat Mohd Chan tapi cawangan yang kat rumah tu jerlah. 


buku menu dia mengingatkan Akak kat restoran masa Akak pergi China dulu....


Akak ambik gambar menu untuk reference korang



Menu pilihan kami ...ada lagi tu sebenarnya order tambahan kemudian-kemudian.


gegirl ayah


Cikgu Bedah dan anaknya yang poyo tak nak pakai spek sebab tak nak nampak macam nerd pastu komplen sakit kepala. Sorry baby you're a nerd....orang yang suka Maths memang nerd =P




daging masak lada hitam


Ketam Masak Telur Masin. Tak ada dalam gambar - roasted chicken, tauhu stim. Sebenarnya nak order rosated duck tapi dah habislah pulak.

Makanan semua sedap tapi yang tak sedapnya semua makanan sejuk tak dipanaskan. 
So ayah budak-budak ni kata lain kali tak yah dah makan sini lagi. 

Total bil malam tu dalam RM120++



Monday, October 12, 2015

Restoran Makanan Cina Muslim - Mohd Chan Abdullah

Selamat berhari Isnin. Tak payahlah ber'monday blues' sebab Rabu coti Awal Muharram. Kalau tiap-tiap minggu macam ni kan best....kerja 2 hari pastu cuti. 

Semalam hantar Adik ke library....katanya nak group study untuk revision exam. Bila ditanya kenapa tak study kat rumah jer....katanya rumah ada komputer so distraction. Apa-apalah dik...asalkan jangan merayap. Duduk study kat library jer. Ni kalau group of girls bukannya boleh percaya mesti panjang jer akalnya (ehh....mak macam bercakap dari experience jer hahahahaha). 

Lepas drop off Adik ke library kami ke Paradigm Mall. Kalau ke Paradigm Mall, I straight nail level UG....tak singgah dah level lain. Level UG ada Sephora, H&M dan Uniqlo. Selalunya 3 kedai tu jer yang I akan masuk di Paradign Mall. Kalau nak pi shopping barang lain baik I pergi One Utama jer. Puas hati dapat rembat barang yang berkenan di hati di H&M. Masuk Sephora nak cari blusher tapi tak ada yang berkenan. Barang-barang makeup Stila pun dah tak ada dalam stock =(

Keluar dari Paradigm Mall ingatkan nak balik rumah terus tapi Ayah bawak kami ke Kelana Jaya....katanya nak tunjuk restoran Cina Muslim. Nak tunjuk tukar jadi makan terus kat situ hokay walaupun sebenarnya kitaorang dah makan 2 jam sebelumnya. Alang-alang dah depan kedai rugi tak masuk.


Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah. You can click at the link untuk tengok their menu and location nearby tapi price tak adalah pulak.Please bring cash cause they do not accept cards. 





Interior kedai yang simple. 


I ordered kedondong asam ...macammm tapi sedap, while Kakak and Ayah pulak mintak air laici


tak menyabar ayah budak-budak ni nak makan mee kari dia. 
Sabarlah Mama tangkap gambar sekejap. Dia cakap mee kari restoran Cina rasa lain from Malay mee kari. Which is actually true.....sapa tau rempah apa yang depa pakai?


my char kueyteow....besar portionnya, Makan dua orang pun boleh ni. Tengoklah udangnya.
Nasi ayam Kakak I tak ambik pulak gambar sebab budak tu dah gelojoh nak makan =P


Restoran ni berhadapan dengan Nasi Lemak Cikgu. Lain kali kita datang makan nasi lemak pulak ya Ayah.


the price is very reasonable. Kalau nak makan crab atau itik panggang....silalah bawak cash lebih. Kami semalam ada RM50 jer dalam wallet....bank pulak tak ada yang within walking distance kalau tak dah lama dah ketam dalam genggaman....haishhh. 
 Tapi tak apa sebab I baru perasan semalam otw back rumah rupanya ada cawangan restoran ni di KD. Yippeee...nanti kita pergi makan ketam. Tak payah pergi Kelana Jaya pun =P


anak dara yang swag. Topi tu I belikan untuk ayah derang di Chiang Mai tapi rupanya ada orang lain yang berkenan jugak.


hasil rembatan di H&M. Crop jeans jacket......ini semua salah model Farah Hanim Razak. 


sorry dik ...Akak pinjam gambar awak....taken from her IG pics

Farah Hanim pakai lawa ....so Akak yang gemuk tak sedar diri ni pun nak gak bergaya walaupun tak sedar diri hahahaha. Anyway, Adik dah aim nak pinjam jacket tu =P

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin