Showing posts with label ramadhan 2015. Show all posts
Showing posts with label ramadhan 2015. Show all posts

Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya

Dear Readers tersayang,



Dikesempatan ini Akak menyusun 10 jari meminta ampun dan maaf diatas segala kesilapan. Ialah menulis blog ni kadang-kadang manalah tahu tersalah karang ayat sampai mengguris hati orang lain. 
So kalau Akak ada tersalah cakap ke...maafkanlah.

Bagi yang travelling outstation pulang ke kampung, please drive safely and be alert denagn persekitaran kita. Be extra careful. 

Kalau makan ketupat, rendang dan lemang tu ingatlah kat Akak (ehh dah kenapa ya hahaha)

Semoga kita berjumpa kembali minggu hadapan kalau Akak rajin update memandangkan Akak akan bercuti sepanjang minggu hadapan. 


- Salam dari penghuni KL. Nangis sebab orang lain semua balik kampung.

Tuesday, July 14, 2015

Ramadhan 2015: Day 26 Brother and sister


Semalam kami beli juadah berbuka di TTDI...tak adalah pulak jumpa artis kecuali Datuk Hattan and wife. Tak happening sungguh....

Selain dari Datuk Hattan I tersrempak ngan musuh ketat I masa tuition form 5 dulu...isykk.
Bolehlah pulak mamat tu tegur I kat bazaar ramadhan tu. Kecohlah anak-anak I tanya sapa yang tegur I tu. Terpaksalah mengeksplain yang tu kawan tuition I masa form 5 dulu. 
Lain kali kalau pergi TTDI kena pakai burkha....baru orang tak kenal hehehe...
Selalunya kalau I nampak sesiapa from my old school I buat tak kenal jer unless kawan-kawan perempuanlah. Kalau lelaki tu malas I nak beramah tamah di tengah orang ramai.



Abang tunjuk gesture yang Adik kemetot hahaha...

Malam tadi kan malam 27 Ramadhan so kemungkinan malam Lailatul qadar selalunya jatuh pada malam yang ganjil. So pagi tadi I tanya my husband, "Yang, cuba tengok pokok semua tunduk ke tak.....malam Lailatul qadar ke?'
Him: 'memanglah pokok tunduk sebab pagi tadikan hujan ....... pokok berat sebab air hujan"

-_________________________-


sabar jerlah...nasib baik bulan puasa.

Monday, July 13, 2015

Ramadhan 2015: Day 25 Berbuka with Family

Salam,

Dah masuk minggu terakhir kita berpuasa. Insyaallah kita akn beraya hari Jumaat ni.

So yesterday I was scrambling buat persiapan last minute beli baju raya budak-budak. 
Nasib baiklah One Utama kosong so senang nak parking. Tak koserlah nak pergi bazaar raya kat PWTC tu sebab tengok gambar dari Instagram pun dah seram ....punyalah ramai orang. Lepas tu kena ambik nombor beratur nak masuk. No way I'm gonna bersesak-sesak semata-mata nak cari baju raya.

Selamat dah semalam beli baju jalan-jalan for the kids. Budak-budak ni kejap jer pakai baju raya pastu mesti 'menggeletis' nak tukar baju. Dapatlah the girls T-shirt 2 pasang sorang and Abang 2 pasang seluar baru and a new t-shirt. Baju melayu dan baju kurung dah kawtim awal-awal lagi so tak payah nak fikir lagi.
Kasut Raya jer yang tak beli lagi, maybe beli kat Jelly Bunny jer udah. 

Mak tahun ni tak ada baju baru accept the jubah that my dad belikan from Mekah. Actually bila dah jadi mak-mak ni keperluan anak-anak sentiasa diutamakan. I pun tak kisah sangat sebab ada baju raya tahun lepas yang I pakai sekali jer so no hallah kalau repeat pun.

Abang kami dah selamat jemput from hostel last Saturday. 2 minggu budak tu cuti Raya. 
Dia ingat dia boleh bersenang lenang dirumah....hmmm silaplah cause I have a lot of things for him to do. Muahahaha....

House chores for him :

1) Basuh toilet
2) Mop lantai
3) Tukar langsir
4) Bersihkan lampu and kipas.
5) Lepas raya ingat nak suruh dia cat balik dinding hall. (bulan puasa tak sampai hati nak suruh sebab penat puasa)

Wah banyak pulak choresnya....dah macam maid for hire pulak hahaha....

Anyway, semalam I berbuka puasa at my parent's. Semua adik beradik, ipar duai, anak-anak buah balik berbuka puasa. Memang meriah sangatlah semalam. Happy my mom sebab dapat berbuka puasa dengan semua orang.



my mom belanja kami makan satay Samuri semalam. Makanlah 100 cucuk sampai muntah.
I made puding roti special request from my youngest sister. Nasib baik sodap hahaha....mesti korang kata puding roti bukannya susah sangat pun =P
Then I sponsor air macam-macam jenis. Kebetulan semalam pergi Giant ada pulak bottle coke tulis 'Atuk' dan 'Nenek' terus beli. Then I beli murtabak Singapore.
My youngest sister pulak goreng kuew teow sedap ...licinlah bekas tupperware tu. Bertambah-tambah Abang makan. Siap cakap makcu goreng kuew teow sedap....inilah kuew teow tersedap dia dapat sepanjang Ramadhan. Kembang montot makcu dia.
My other sister tukang beli satay. Alhamdulillah.



Rumah meriah semalam tapi I lupa nak tangkap gambar cause sibuk nak siapkan meja makan. 
Yang ada pun gambar my youngest nephew melekap kat daddy dia macam kangaroo cause takutkan Pak Long dia (my husband). Hehehe.....padan muka tak boleh notty-notty.



Dapatlah seketul hamper tahun ni. Alhamdulillah.

Counting days to Raya as I am still working this week till eve of Raya #cry
Nasib baiklah I'm a local.....kalau kena Raya ke Utara atau Selatan mau nangis sebaldi. 

Tahun ni tak ada orang sudi nak hantar kad raya kat Akak...sedih Akak tau. 

Friday, July 10, 2015

Ramadhan 2015: Day 23 Happy Birthday Tun

pic courtesy of google

Happy Birthday Tun Dr. Mahathir.

May Allah give you health and bless you always.

You're always my idols regardless of whatever people say about you.


Thursday, July 9, 2015

Ramadhan 2015: Day 21 Nasi Impit

Salam Khamis,

Kuih Raya Akak dah selamat ambil dari rumah mak Akak semalam. Tapi Akak tak keluarkan dari plastik lagi sebab kalau keluar kang laju jer habis kuih tart tu sebab ada hantu tart nenas kat rumah. Tak sempat nanti nak bubuh dalam balang kuih raya. So biarkan kuih tu semua dalam plastik sampai dah dekat Raya baru kita keluarkan.

Hujung minggu ni Abang balik cuti Raya untuk 2 minggu. Akak ingat Akak nak buat duty roaster suh budak-budak ni kemas rumah dsbgnya. Kalau tak bagi instruction nanti masing-masing buat bodoh mengadap computer jer. Adik dan Kakak pulak mula bercuti sekolah hari Rabu depan. Rasanya tahun ni cuti Raya paling singkat kot sebab Rabu satu lagi dah sekolah balik. Maknya pulak cuti sakan 5 hari lepas Raya sebab terpaksa ambik block leave. Benci sangat dengan rule kena ambik block leave 5 hari ni. Membazir cuti ai tau.

Semalam Adik teringin nak makan nasi impit dengan kuah kacang. Terpaksalah sebelum buka puasa tu merebus nasi impit instant. Nasib baiklah ada kuah kacang dalam peti ais so tambah air dan panaskan jer. Tak sempat sejuk lagi nasi impit tu Adik dah potong makan. 
-_______-


tak sempat Raya lagi dah selamat merebus nasi impit



Wednesday, July 8, 2015

Ramadhan 2015: Day 21 Parcel dan kuih

 Alhamdulillah pagi ni hujan. Nyaman sekali selepas beberapa hari panas terik.
Husband Akak kata pagi tadi masa dia pergi solat Subuh di masjid, penuh saf sampai belakang. Ialah 10 malam terakhir ni orang berlumba-lumba nak mengejar keberkatan dan malam Lailatul Qadar. Alhamdulillah. 

Tahun ni Akak tak buat persiapan raya awal macam tahun sebelum-sebelum. Macam rilek jer tahun ni. Barang baru yang Akak beli ialah alas meja makan. Itu pun sebab dah boring tengok corak alas meja lama tu.

Weekend ajak ayah dan budak-budak keluar cari baju raya depa buat tak tahu jer. Semua muka tak interested jer nak keluar rumah. Agaknya sebab panas tu yang semua malas.

So terpaksalah Akak cari alternative lain....shopping online. Kalau tak tak berbaju rayalah budak-budak tu nanti. Gigih pergi korek cari tali tape measure ukuran badan budak-budak ni. Nasib koranglahkan kalau tak berkenan apa yang Mama beli sebab semua jual mahal bila Mama ajak pergi kedai.

 Minggu ni dah selamat sampai dua parcel jubah dan baju Kakak dan Adik.
Amin....kalau tak korang rayalah pakai seluar jeans dengan t-shirt. Adik sah-sahlah tak boleh pakai baju tahun lepas sebab tetiba tahun ni dia meninggi banyak.



shopping jubah di Nile.com.my. Senang membeli belah dihujung jari ni.
Letak alamat ofis senang....kalau letak alamat rumah nanti banyaklah ayah budak2 ni bersoal jawap hehehe...



Beli blouse untuk Kakak dan Adik di Zalora
Senang kerja mak korangkan. Ni pun rasa macam nak beli jubah sendiri online jerlah. Adik Akak kata minggu lepas dia pergi Bella Ammara on weekdays, orang beratur panjang nak masuk butik. 
Koser Akak nak pergi bersesak-sesak sebab nak shopping baju raya.


kuih raya pulak adik Akak dah kawtimkan. Dia nak pergi beli kuih raya so dia tanya Akak nak beli kuih raya, dia belikan sekali. Takat ni baru 4 jenis....tengoklah nanti kalau mood baik boleh buat sendiri atau tunjuk-tunjuk jerlah nanti.

So macamana persediaan raya 'uolls'? Dah siap 100% ke?

Tuesday, July 7, 2015

Ramadhan 2015: Day 20 Lagu Raya SATU HARI DI HARI RAYA _ M NASIR.


Akak dah macam deejay radio pulak malam-malam putarkan lagu Raya.
Ini lagi satu favourite Akak time nak raya. Akak nak type panjang-panjang mata dah layu jer ni.

Enjoy. 


Monday, July 6, 2015

Ramadhan 2015 - Day 18 Nak jugak balik

Hari Sabtu menjemput anak bujang dari hostel. Nak jugak tu balik rumah walaupun minggu depan dah nak balik cuti Raya 2 minggu. Nasib baiklah kat Cyberjaya tu jer, kalau outstation sorrylah ayah nak pergi jemput. Dia bukannya rajin nak drive jauh-jauh. 

Kita mak-mak ni lembut sikit bila dengar anak mengadu yang buka puasa hari-hari makan nasi dan satu lauk (either ayam, ikan atau daging). Pastu bila tengok Instagram mak makan sedap-sedap....sian dia.  

Lepas jemput Abang dari hostel balik singgah Giant sekejap sebab nak beli barang dapur dah habis. Ramai jugak orang membeli-belah kat Giant. Kaya-kaya sebenarnya orang Malaysia ni. 
Haritu tengok berita TV3 siap tunjuk ada Akak ni beli baju kat Jakel spend sampai RM1000.....macam tu nak kata orang Malaysia tak ada duit. Kalau boleh beli baju raya sampai RM1000 maknanya orang Malaysia ni tak rasa terjejaslah dengan GST, kenaikan harga minyak dan barang. Pasal tu lah PM tak kisah nak kenakan pelbagai cukai kat kita....ehh harga tol pun nak naikkan.

Rakyat marhaein macam Akak ni terasa bila harga barang naik sebab kalau pergi pasar malam duit RM50 tu dapat beli barang sikit jer. Kalau pergi Giant atau Aeon trolley separuh barang pun dah beratus (nangis tepi bucu katil!)

Ha...kan dah melalut. Balik Giant sempatlah grill ayam sekor dah oven pastu masak terung masak sambal. Lain-lain tu beli jer kat pasar ramadhan. Kami berbuka puasa di rumah mak Akak. Penuhlah meja makan dengan lauk-lauk dan kuih pelbagai. Bapak Akak ada satu habit suka sangat bawak lebihan lauk dari masjid. Puas mak Akak cakap tak payah bawak balik sebab tak ada orang nak makan tapi dia bawak balik jugak. Itu yang jadi banyak lauk tu.


balik dari rumah nenek kami sempat mengeteh kat kedai mamak.
Asalnya Akak teringin nak minum teh tarik tapi masuk-masuk kedai bahangnya terus tukar ke teh ais. Anak bujang pulak teringin nak makan roti Naan...tu ha gambar kat atas Naan cheese with extra cheese lagi. 

Ahad pukul 4 petang, menghantar Abang balik ke hostel. Tapi sempatlah singgah pasar malam/ramadhan TTDI beli makanan sikit untuk berbuka. Tapi panasnya bahang matahari. Macamanalah agaknya orang yang meniaga tu mesti lagi panas.

Dua beradik keletihan menunggu ayah membeli juadah berbuka.


Nasib baiklah sempat sampai balik KD dalam pukul 6.30 petang. Sempatlah pergi beli air untuk berbuka.


Sekejap jerkan hari ni dah 19 hari berpuasa. Minggu depan dah nak raya.....nak nangis tepi bucu lagi sebab tak buat persiapan Raya apa pun lagi ni.



Friday, July 3, 2015

Ramadhan 2015 - Day 16 Orang pening datang masjid

Sakit-sakit badan I harini. Mungkin sebab semalam makan kuih seri muka.
I memang takut nak makan pulut sebab dah tau dah sure badan berangin. Badan-sakit-sakit ni pun mungkin simptom dah dekat nak 'cuti puasa' ni. Kalau boleh postponekan best.....malas nak ganti puasa. Kalau bulan Ramadhan ni puasalah sebulan pun okay jer. Bila bulan lain nak mengganti puasa rasa seksanya.

Back to the original story.
Tadi ayah budak-budak ni whatsapps I (kaco jer taw....orang baru nak tido kat meja opis ni).
Cuba korang baca message ni



masa I dapat first message tu.....dah apahal pulak ada orang pening kat masjid?
Kalau pening baliklah rumah.

Rupanya phone dia auto correct spelling. Perkataan penting jadi pening hahaha

Actually ayah budak-budak ni ada tulis yang dia nak selfie dengan Agong (dah berjangkit penyakit kawan si Diva AA ke bang?)

I cakap kalau berani buatlah.

Korang rasa dia berani ke tak selfie dengan Yang di-Pertuan Agong?










(silalah scroll bawah)




















tak dapatnya.....dia ambil gambar dari jauh jer.
Tapi comel jerkan Yang di-Pertuan Agong.


Itu sajalah kisah hari ini. Selamat berbuka puasa semua and Happy weekend. 
Selamat membeli-belah untuk persiapan hari raya. Akak baru shopping online kat Zalora untuk baju Kakak dan Adik. Tengoklah besok kalau rajin nak cari baju kurung atau jubah untuk derang.



Thursday, July 2, 2015

Ramadhan 2015 - Day 15 Weight Lost


So somebody just asked me how much weight have I lost after 15 days of fasting


I told her I've lost almost 2kg. 


So she said you could loose some more weight as it's only half way of Ramadhan


I replied.....it could be true but I also told her that 


'I might gain back double the weight I lost after Raya'
Thank you lemang, rendang, all the sweet kuih raya









Wednesday, July 1, 2015

Ramadhan 2015 - Day 13 Dah habis modal nak masak

Akak bulan puasa ni dah tak tahu nak masak apa untuk sahur. 
Nak masak beria-ia, semua kat rumah ni bukannya lalu sangat nak makan subuh-subuh tu.
Ikutkan hati Akak nak masak nasi dengan telur goreng jer kat derang tapi kesianlah pulak nanti. Hari-hari goreng ayam untuk sahur pun tak best. 

 Cuba korang bagi idea lauk apa sedap untuk sahur? 



malam sebelum Akak buat siakap stim jer untuk sahur. Senang guna steamer Elba ni.
Akak letak bawang merah, bawang putih, halia, sos tiram dan garam udah pastu pandailah ko steam sendiri hehehe...



semalam Akak beli kentang pusing ni kat bazar ramadhan seksyen 4 KD. 
Beli sebatang jer sekali buka puasa kena share dengan budak perempuan dua orang tu. 
Rasa macam nak beli lagilah hari ni sebab sedap. Pastu Akak ada beli kuih buah melaka tu pun sedap. Comel-comel jer buah melakanya. Bila masuk mulut gigit....nikmatnyaaaa...
Alamak sorry korang......puasa duk cerita pasal kuih hehehe...

Dah masuk bulan July dah kita, besok dah nak masuk 15 puasa. Husband Akak kata besok keluarlah tu lagu Raya. Dah separuh bulan puasa tapi Akak tak buat persiapan raya apapun. Kita Raya ikut kemampuanlah. Ni harga minyak pun naik lagi hari ni >.<


Tuesday, June 30, 2015

Ramadhan 2015 - Day 12 Orang putih dan J-O

Semalam Akak pergi bazar Ramadhan Kampung Sg. Penchala. Itu pun sebab husband Akak sibuk suruh beli gulai kawah. Dia kata gulai kawah Akak beli hari tu sedap untuk makan sahur.

Baru nak langkah masuk bazar, Adik terjerit......'Mama, ada orang putih'
Akak dalam hati cakap ehh budak ni takkanlah tak pernah tengok mat salleh kot.

Rupanyaaaa......






















ni ha orang putihnya. Memang putih pun ....serba putih dari atas sampai bawah.
Akak ambik gambar dari jauh jerlah sebab Akak kedekut
Kalau nak bergambar dengan orang putih tu boleh ajer tapi bagilah bayaran ehsan banyak mana pun. Kalau Brad Pitt atau Canning Tatum.....nak gaklah Akak bergambar =P

Rasanya tak sanggup dah nak pergi bazar Ramadhan Kampung Sg. Penchala sebab nak balik rumah jam gila. Semalam sampai rumah pun pukul 7 lebih sebab stuck jam kat Mutiara Damansara.


Kalau sesiapa yang duduk Bandar Utama mesti perasan billboard sebesar alam ni kat bangunan Aeon.


kelas kau J Onn.....baju melayu pink siap labuci lagi. 
Akak pun tak ada baju raya lagi ni.

Diva AA ....ko ada?

Mesti dia jawap.....'Ada aku kesah' hahahaha....

Diva AA tu dulu satu sekolah dengan husband Akak so bila Diva AA meroyan, Akak mesti usik husband Akak....'kawan Ayah tu dah kenapa?' hehehe....

Me'nate ya....bukan binatang hahahaha....



Monday, June 29, 2015

Ramadhan 2015 - Day 11 Beauty Products and buka puasa rumah mak

Tak puas rasanya cuti weekend. Bukannya buat apa pun kat rumah tu, kemas rumah sikit-sikit jer. Nak kemas beria tak larat pulak sebab cuaca sekarang ni bahang sangat. Nak on aircond 24 jam takut seram pulak bila terima bil elektrik. Itu pun semalam pergi Aeon Big beli stand fan untuk bilik sebab tak tahan sangat panas. 

Terkejut jugaklah bila sampai Aeon Big KD semalam sebab parking almost penuh. Selalunya Aeon Big ni sendu jugaklah, tak semeriah kat Giant. Rupanya semalam 28hb so ada 5% discounts on purchases.

Selain dari beli kipas, beli thermo pot (nasib baik electrical appliances ada diskaun) dan barang-barang basah sikit. Aeon Big jual ikan siakap sekor RM5.99 tapi tinggal sekor jer.....I got the last one  -__________-

Line nak bayar punyalah panjang ya Rabbi....sabar jerlah. Nasib baiklah husbeng rajin nak beratur, we girls pergi duduk dulu sementara nak sampai cashier. Almost an hour jugak kot nak sampai ke cashier. 



my weekend haul. 
Body mist VS ada sale RM38 from RM67. Haruslah beli.
Pencuci muka and moisturizer dah habis so kena replenish. 
Guardian ada sale so banyak item on discounts. Eyeliner Maybelline tu pulak buy 1 get 1 free.




Semalam I berbuka puasa at my mom's. Tak senonohkan lauk tak pindah masuk pinggan.
I masak asam pedas ikan bawal, sayur kailan dan sambal telur. Itu pun masak sambil bermandikan peluh. Lencun lepas habis masak.
Ayam golek, kuih-kuih dan air minuman beli kat bazaar ramadhan saja.



murtabak Singapore yang sedap kat bazaar ramadhan seksyen 7 Kota Damansara
Tapi jenuh jugaklah menunggu sebab ramai orang order.


Friday, June 26, 2015

Ramadhan 2015 - Day 8 1 Malaysia

Salam Ramadhan,

I grew up in a multi-racial school and neighbourhood. Dari sekolah tadika sampai ke sekolah menengah I berkawan dengan budak-budak Cina dan India. In-fact we were all close with each other till now we still contact each other in whatsapps group. 

Dulu time raya atau any other festival kami siap buat rombongan cik kiah beramai-ramai pergi serbu rumah cikgu dan kawan-kawan. Kalau pergi rumah my non-muslim friends tak ada rasa ragu-ragu nak makan cause parents derang akan siapkan seperate utensils for us and make sure the food served are halal.

But I am upset that lately banyak sangat isu perkauman especially in my facebook page. Sakit jiwa kalau scroll my facebook timeline. Banyak sangat isu nak memecah belahkan kaum di Malaysia. Come on people we've been living each other for years.....sikap tolak ansur sangat penting. Learn to give and take. Media pun janganlah mainkan sentimen perkauman. 

But yesterday after reading a post in my facebook page it has reinstall my faith that we are all still 1 Malaysia regardless of our race.



credit to TTDI facebook page


I am proud to be a Malaysian. 


Anyway, this morning I received a good news. It made my day. Nothing to do with me but someone close to me. I am so happy for you. 


 Ramadhan is a holy month so let's us all do good deeds. Kutip pahala Ramadhan sebanyak mungkin. Amin.



Thursday, June 25, 2015

Ramadhan 2015 - Day 8 KFC jer


Semalam Akak berbuka puasa makan KFC. Bulan puasa ni tekak nak makan macam-macam. Lagipun semalam tak sempat nak masak atau beli benda lain sebab kena jemput ayah budak-budak ni kat LRT Kelana Jaya. Dahlah jalan jam gila menghala ke Kelana Jaya tu. Nasib baiklah ayah budak-budak ni terrer jalan-jalan kat KL & PJ, so dialah yang arah Akak ikut jalan shortcut. Tak payah susah nak on waze =)



Akak beli set ni untuk kami berempat makan. Sampai ke Sahur kami makan KFC sebab time buka puasa mampu makan seketul jer. Makan seketul dah kenyang sebab ayam dia beso-beso.

Tapi semalam Aka sempat hangin jugaklah dengan budak KFC tu. Cuba bayangkan orang yang kemudian dari kita semua dah dapat makanan derang. Kita tercangak-cangak kat situ menunggu. Mementang derang dine-in, derang pulak dapat dulu. Habis orang yang take-away ni disuruh tunggu lama. Apa punya systemlah. Ni kat KFC Kota Damansara tau. #gerampulakkita

Ahad lepas mak Akak nak makan ikan bakar. Lepas hantar Abang balik hostel tak ada choice terpaksalah pergi pasar Ramadhan TTDI. Nak patah balik KD jauhlah pulak.

Ramainya manusia jangan cakaplah. Lebih-lebih lagi kalau hari Ahad kat TTDI tu combine pasar ramadhan dengan pasar malam. Tobat nak pergi lagi.....tak sanggup nak berlaga-laga dengan orang. I nak pergi pasar ramadhan dengan aman boleh lenggang kangkung. Pastu kalau nak beli tak payah beratur panjang.



Line beratur untuk beli putu piring ni punyalah panjang.
Sedap sangat ke?


macam sedap jer nasi beryani ni. Husband kita tak suka pasar ramadhan TTDI ni sebab seksa nak cari parking so nampaknya tak dapatlah nak pergi lagi.


ramaikan.....tak jumpalah pulak mana-mana artis. Tahun-tahun sebelum ni adalah jugak jumpa Neelofa dan Nora Danish.


Wednesday, June 24, 2015

Ramadhan 2015 - Day 6 Buka Puasa at PJ Hilton

Alhamdulillah semalam we were invited by my husband's workplace to break our fast at PJ Hilton. Bak kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kecik tapak tangan, stadium merdeka kami tadahkan.

Lepas jemput Adik dari sekolah terus ke PJ Hilton. Nasib baiklah jalan tak jam sangat tapi Sprint Highway menghala ke TTDI/ DU sangat sesak. We were so relieved that we longer need to travel back from KL during fasting month. Dah merasa bertahun-tahun masa kerja kat Golden Triangle. Keluar parking bangunan jer dah jam.....pukul berapa nak sampai rumah. Kadang-kadang berbuka puasa dalam kereta saja. It was a stressful period. 

I am so glad that now nak balik jalan tak jam sangat sampai sempatlah nak berjimba-jimba membeli-belah kat bazar ramadhan. Siap boleh pergi 3 bazar ramadhan kat Kota Damansara tu.


They booked a small hall for guest berbuka so tak adalah dapat merasa buffet PJ Hilton cause buffet ni they request special order rasanya. 


We the selfie queens hahahaha.....ladies in red.
I ada tips nak bagi ni. Semalam my tudung macam rumple sikit bahagian muncung awning tu, so what I did was guna hand dryer kat toiler untuk licinkan tudung. Blower tu kan panas so just lalukan tudung bawah blower tu Insyaallah tudung akan licin.


tengok budak-budak ni kita nak ambik gambar dia. Sorang jelir lidah, sorang lagi tak habis-habis buat lambang peace.


tak sempat jamah kuih sebab dah full sangat makan makanan lain


seriously I myself tak tahu kenapa I tangkap gambar lampu ni maybe sebab unik kot


atas pinggan - nasi beryani, rendang ayam, lala, acar daging, ikan kerapu dan sayur.
Husband dah pesan awal-awal kalau makan buffet jangan ambik nasi sebab nanti cepat kenyang but I can't resist rice.



dapat jugak makan soto bulan puasa ni


pastries and cakes. The bread butter pudding sedap tapi I tak ambik pulak gambar.


Ice-cream Malaysia....sangat rare okay. Jarang boleh jumpa kat buffet table.
My mom makes the most delicious ice-cream Malaysia.


salad table......kakak mengulang sampai 2-3 kali. 
Kakak memang hantu salad.....suka sangat kalau dapat makan sayur-sayuran.


I ambik lemang satu tapi tak makan pass kat Kakak sebab takut angin. Almaklumlah dah tua-tua ni badan bukan boleh salah sikit. 



yang warna hitam tu I tak sure apa....anyone tahu?


Almost 10.30 malam jugaklah sampai rumah semalam. Itupun sebab singgah Vichudda tapau tomyam untuk sahur. Sahur masak nasi, goreng telur dadar dan panaskan tomyam...senang hidup mak,kan?


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin