Wednesday, July 8, 2015

Ramadhan 2015: Day 21 Parcel dan kuih

 Alhamdulillah pagi ni hujan. Nyaman sekali selepas beberapa hari panas terik.
Husband Akak kata pagi tadi masa dia pergi solat Subuh di masjid, penuh saf sampai belakang. Ialah 10 malam terakhir ni orang berlumba-lumba nak mengejar keberkatan dan malam Lailatul Qadar. Alhamdulillah. 

Tahun ni Akak tak buat persiapan raya awal macam tahun sebelum-sebelum. Macam rilek jer tahun ni. Barang baru yang Akak beli ialah alas meja makan. Itu pun sebab dah boring tengok corak alas meja lama tu.

Weekend ajak ayah dan budak-budak keluar cari baju raya depa buat tak tahu jer. Semua muka tak interested jer nak keluar rumah. Agaknya sebab panas tu yang semua malas.

So terpaksalah Akak cari alternative lain....shopping online. Kalau tak tak berbaju rayalah budak-budak tu nanti. Gigih pergi korek cari tali tape measure ukuran badan budak-budak ni. Nasib koranglahkan kalau tak berkenan apa yang Mama beli sebab semua jual mahal bila Mama ajak pergi kedai.

 Minggu ni dah selamat sampai dua parcel jubah dan baju Kakak dan Adik.
Amin....kalau tak korang rayalah pakai seluar jeans dengan t-shirt. Adik sah-sahlah tak boleh pakai baju tahun lepas sebab tetiba tahun ni dia meninggi banyak.



shopping jubah di Nile.com.my. Senang membeli belah dihujung jari ni.
Letak alamat ofis senang....kalau letak alamat rumah nanti banyaklah ayah budak2 ni bersoal jawap hehehe...



Beli blouse untuk Kakak dan Adik di Zalora
Senang kerja mak korangkan. Ni pun rasa macam nak beli jubah sendiri online jerlah. Adik Akak kata minggu lepas dia pergi Bella Ammara on weekdays, orang beratur panjang nak masuk butik. 
Koser Akak nak pergi bersesak-sesak sebab nak shopping baju raya.


kuih raya pulak adik Akak dah kawtimkan. Dia nak pergi beli kuih raya so dia tanya Akak nak beli kuih raya, dia belikan sekali. Takat ni baru 4 jenis....tengoklah nanti kalau mood baik boleh buat sendiri atau tunjuk-tunjuk jerlah nanti.

So macamana persediaan raya 'uolls'? Dah siap 100% ke?

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin