Showing posts with label car. Show all posts
Showing posts with label car. Show all posts

Friday, October 21, 2016

Bad week

Rasanya minggu ni minggu yang tak berapa baik untuk keluarga kami.
Kisahnya bermula hari Isnin dimana ayah budak-budak ni kena saman sebab kesalahan parking. Tu memang padan muka dialah sapa suh cari penyakit sendiri hehehe...

Selasa pulak pagikan hujan pagi-pagi tu. Rupanya cik abang kita dah kemalangan. Dia hantar gambar kereta kat whatsapps kereta dah terkopek bumper. Engine pun ada problem sampai kena towlah kereta ke bengkel. Ayah budak2 ni kata agaknya jalan licin pastu ada minyak atas jalan so bila dia nak corner kereta terus tak boleh control. Dia terlanggar devider jalan dan kereta terpusing. Alhamdulillah dia tak apa-apa tapi kereta yang teruk. Dengarnya sebulan jugaklah nak kena duduk bengkel. Hmmm.....sabar jerlah. Malang tak berbau. Mesti ada hikmahnya tu.

Rabu pulak tank atas rumah tu bocor. Rumah kami dah jadi macam rumah setinggan air menitis2 kat dalam bilik tido. Adoiiii dugaan sungguhlah. Masa tu dah rasa macam kuat sungguh dugaan kami minggu ni.

Khamis pulak Akak MC separuh hari sebab sakit tekak yang amat sangat. Makan ubat kat office rasa macam lalok jer ngantuk. Rasa tak tahan sangat dah so terpaksa jugaklah mintak izin boss nak balik sebab rasa macam dah melayang-layang badan. Harini Alhamduillah dah berkurang sikit sakitnya.

Tapi yang paling Akak tak tahan adalah.....
Muka Akak ada kawah besar berlubang....huwaaa.....why become like this??!!!. Asalnya jerawat kecik jer.

Beginilah nasib......
Happy weekend semua!!



Update kemudian....lupa nak cerita semalam:

Hari Isnin lepas, anak lelaki call kata kad medical boleh guna tak sebab dia nak pergi klinik. Berderau jugaklah darah bila dapat panggilan, sebab dia jarang call kalau time ada kelas. Rupanya dia sakit dada so dia nak lecturer bawak pergi jumpa doktor. Kalau tak ada medical card maknanya kena pergi hospital Putrajayalah....lamalah nak kena tunggu.
Alhamdulillah....nothing serious. Lepas doktor check, doktor diagnose as sinus arrhythmia.
Doktor pesan jangan stress, jaga cara makan dan kena cukup tidur. Kalau jadi lagi sekali kena buat blood test.

Selasa tu pulak Akak nak keluarkan duit kat bank sekali baru perasan ATM kad tak ada. Akak dah agak daj ni mesti Akak lupa nak ambik kad tu masa masukkan duit dalam cash deposit machine tu. Panik jugaklah....jangan orang ambik kad ATM Akak tu udah. Iyelah Akak dah tukar kad ATM akak tu ke wave card. Sat lagi orang pi guna isi minyak ke apa. Bergegas pergi bank suruh bank check samada kad Akak tu ada ke tak. Alhamdulillah...sebenarnya machine tu telan kad Akak bila Akak lupa nak ambik. 
Dalam ATM machine tu pun sebenarnya ada lagi 4 kad kredit orang lain tapi derang tak buat report hehehe....

Memang minggu yang mencabar sungguh.


Tuesday, May 5, 2015

Kereta masuk longkang

Hallo....hallo....seronoknya cuti panjang.
Akak hari Khamis lepas dah cuti, ingatkan nak pergi settlekan hal perbankan yang asyik tertangguh tapi pagi-pagi dah dapat call dari bapak Akak. Dia accident, kereta masuk longkang. Teruk jugaklah sampai kereta tak boleh nak jalan.

Lepas mandi tak sempat breakfast berdesup pergi tengok kereta orang tua tu.
Rasanya rod kat bawah tu dah bengkok. Terpaksalah panggil tow truck seret pergi bengkel.
Tapi sebelum tu kena pergi balai polis dulu buat report sebab nak claim insurance. 
Tapi walaupun dah buat report kat balai polis kat TTDI tetap kena pergi Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk tangkap gambar. 

Nasib baiklah sempat makan heavy breakfast sementara tunggu tow truck datang.
Kalau tak mau kebulur kitaorang sebab banyak benda nak kena urus. 
Dari Jalan Bandar kena pergi Perodua Segambut. Nak cari Perodua Segambut ni lagi satu hal. Nasib baiklah ada Waze, selamat sampai.
Almost pukul 4 petang baru settle. Lepas tu terus ke Cyberjaya untuk jemput Abang balik cuti long weekend.

Kesimpulannya kereta bapak Akak kena duduk kat Perodua for 3-4 weeks. Sekarang ni patah kakilah orang tua tu. Nak pergi masjid jalan kaki jauh sangatlah pulak. So terpaksalah dia memerap kat rumah jer.


kereta baru guna tak sampai 4 bulan dah selamat masuk longkang. 
Mak Akak terus tak terkata apa dah. Komen banyak-banyak kang kena marah hehe...


kejadian pukul 6 pagi hujan renyai-renyai.
Kitaorang dah pesan jangan ikut lorong sempit tu tapi biasalah .....(malas nak cakap. Kang termengumpat bapak sendiri pulak hahahaha)


Jakun Akak masuk KL. Lama dah tak lalu lebuh Ampang tu.
Dulu time sekolah hari-hari lalu sini sebab nak kena kejar bas Seri Jaya balik rumah.
Kalau hari biasa tunggu bas depan Krftangan tu jer, kalau terlebih rajin terus pergi Kotaraya.
Kalau korang terrer cuba teka Akak sekolah kat mana?





papan tanda pun terbalik...ko mampu?


Rupanya Sinar Kota dah jadi perhentian bas....Akak baru tahu Khamis lepas. Nampak tak berapa lama tak jejak kaki kat situ. Kalau time muda remaja dulu itulah tempat bertenet....eh =P

 Akak sebenarnya nak cerita pasal Butik baru Vendville tapi nantilah Akak sambung lagi sebab nanti panjang pulak post ni. 

Akak cuma nak cakap penat gak duduk rumah 4/5 hari cuti sebab hari-hari nak kena masak banyak-banyak kali untuk isi perut-perut naga kat rumah tu. 


Monday, November 12, 2012

Appointment, MATRADE car show, Satay Kuang and a wedding

Mesti ramai yang cuti seminggukan. Ialah kalau ikutkan pun minggu ni tiga hari jer working days. I tak apply pun leave sebab plan nak pergi jalan-jalan end of the month, masa tu fulus adalah lebih sikit InsyaAllah. 

Ni nak update secara pukal what we did last weekend. 



On the way for my doctor's appoinment at KPJ Dsara.
Unfortunately sakit tak baik lagi, there is still wounds dalam perut (that's what the specialist said) sebab bila dia tekan my stomach still sakit. So back to eating the antibiotics and my next appoinment is in 2 months time.

Balik daripada doctor's appoinment kami ke MATRADE pulak for the motor show.
Tapi macam tak best jer motor show kali ni compared to the one we went last year dekat PWTC. Tapi kali ni boleh test drive the cars sebab booth ada dekat luar bangunan MATRADE.

mat rempit overdose

Ada pameran motor jugak kat ruang luar bangunan MATRADE.



retro sangat


biker chic I'm not...gayat naik motor



colorful tu

Susah nak dapat parking kat MATRADE ni, kalau nak silalah parking kat luar dan jalan kaki masuk. 

Lama dah tak makan satay....ngidamlah pulak. Nasib baiklah ayah budak-budak ni layankan.
Bila dia suggest pergi kedai satay yang kat Kuang tu....I okay jer.....

Nama kedai Satay tu Satay Sri Subang, Jalan Kuang.

Recommended by me.


my carrot juice. Ist time try ni....okaylah boleh tahan.


satay dia gemuk-gemuk and juicy. Kalau makan satay daging tu memang pure daging. Tak ada langsung inbetween tu lemak-lemak. Pergghhh...memang terasalah rempah-rempahnya.  
Tak pandang dah satay ayam dan perut sebab terlalu menikmati satay daging yang juicy itu.
*sampai pejam-pejam mata ni*


walaupun lama sikit nak kena tunggu order sampai sebab tempahan banyak sangat tapi berbaloi.
Lain kali kena call dulu order sebelum sampai. Barulah boleh makan cepat sikit.
No talipon kedai dia biar rahsia.....hahahaha so korang tak boleh potong my queue *evil laugh*

Sunday pulak ada wedding relative.
Keluar rumah pukul 12.30pm, almost pukul 1pm dah sampai Sri Gombak. Tak sangkalah pulak pengantin dah berarak. Cepatnya....selalunya pukul 1.30pm baru pengantin datang.

The husband witness something bad. Sebelum tu I ada pergi toilet dekat dewan. Ada 2 boys, a Malay and Indian boy duduk kat luar toilet tu. Dua-dua pakai t-shirt yang kotor comot. Dalam otak I dah terlintas ni mesti budak-budak yang duduk area perumahan and saja-saja buang masa tengok orang kawin. 

Then my husband cerita, masa dia pergi buffet table tu dia nampak dua orang budak tengah merangkak-rangkak bawah buffet table. Dia ingat budak-budak saja main-main bawah meja. Sekali dia nampak budak-budak tu curi purse dalam one of the handbag that belongs to the catering staff. Bila minah tu menjerit kata ada pencuri, budak-budak berdua tu dah cabut lari. It's the same boys yang I nampak kat tepi toilet. Nasib baiklah jugak I suruh Kakak pegangkan my handbag masa tu. Dah lah they have the nerve to enter ladies toilet. I teraikkan, ni toilet perempuanlah. Kecik-kecik lagi dah pandai mencuri barang orang, apalah nak jadi bila besar tu. 


Color blocking sungguh semalam


nasib baik tak kena marah dengan Nenek sebab tak pakai proper attire.

I would like to wish all Malaysian Indian, "Happy Deepavali".
Dengan ucapan....."Jangan lupa pass muruku tu sikit ya"

To the rest...."Selamat membuang masa di shopping complex"

Tuesday, May 22, 2012

Pizza Hut dan car show

We had our Sunday dinner at Pizza Hut. Kecewa sungguhlah dengan service Pizza Hut.
Kami order a menu set which supposed to have a pizza, two pasta, a bread stick, 4 soups and a jar of  coke. Side order kami chicken wing, frappuccino and another bowl of soup.

Dahlah nak tunggu waitress tu ambik order lama. Orang yang datang kemudian dari kami yang dia ambik order dulu. Tak systematic langsung.

Sup sampai tapi sampai habis breadstick tak nampak bayang. Then almost half the pizza gone, barulah pasta sampai. Nampak waiter datang with two plates of pasta. Ingatkan dua-dua pasta served sekali, rupanya one of the pasta meja sebelah punya (meja orang yang datang kemudian dari kami tu). Chicken wing pun letak macam nak campak jer atas meja. Muka my husband dah kelat dah masa tu. 

My husband dah suruh one of the waiter panggil Manager. Hmm...habislah (cakap dalam hati jerlah masa tu).
Nasib baiklah sebelum manager tu datang, pasta no 2 sampai.

My husband complaintlah sup semua dah licin tapi breadstick tak sampai-sampai. Pastu makanan semua sampai time gap agak lama within each other. Ini bukannya Chinese 10 course meal =P

Manager tu boleh pulak bagi alasan staff tak cukup. I don't think that customer wants to know your problems. You have to deal with it, organize your staff betul-betul. Lagipun malam tu taklah busy sangat.

I have to say that my husband have a very high expectation of Pizza Hut sebab dulu masa kami belajar kat US, dia pernah kerja part-time kat Pizza Hut so he knows the restaurant's flow very well. Lain kot cara mat salleh kerja dengan Malaysians. Dekat US, the waiters/waitress are very efficient I guess because the rely on the tips. Lagi bagus service bagi kat customer, customer happy, the fatter the tips they get.

Kalau manager tu pandai, dia akan maybe kasi one complimentary soup to make the customer happy but I guess most restaurant managers kat Malaysia ni inexperience (atau kedekut)

Banyak kali dah terkena bila dine-in kat Pizza Hut KD ni but we never learn our lesson.
Lainkali kena beli pizza takeaway or delivery jerlah so tak sakit hati.




kanak-kanak tak boleh melebihi 120cm to eat free



sesambil makan tu dapat tahu from twitter yang di Ghulam Mee ada car show.

Mula-mula ayah budak-budak ni tak nak pergi sebab ialah hati member dah panas tadi but we manage to persuade him.

Ingatkan car show macamana, rupanya all the cars have been modified. Bubuh lampu kaler-kaler, sound system boleh pekaklah kejap telinga (sila bawa earplug lain kali), ekzos buluh bunyi punyalah kuat. 


dah macam cerita Too Fast Too Furious



ekzos siap keluar api tu

boleh bukak mini diskolah sound system punya kuat

kereta ni dekat-dekat raya nanti boleh pasang depan rumah.
Tak payah pasang lampu lip-lap lip-lap dah.


agaknya rumah owner kereta ni terlebih mentol

wow furious


Bagus jugak follow twitter handle kawasan perumahan ni so tau aktiviti-aktiviti yang berlaku. Cuma janganlah tweet kalau ada roadblock JPJ atau polis, nanti taulah kat penjenayah-penjenayah. Kan tak bagus tu.

Monday, May 7, 2012

Kereta saya







Alhamdulillah sebab kereta dah jadi kepunyaan saya dan bukan kepunyaan bank lagi. 


Tengahari tadi I went to JPJ Bandar Tasik Permaisuri untuk tukar hak milik.


Senang jer rupanya proses. Just bawak IC dan geran kereta. Ambik nombor tunggu giliran. Bila giliran sampai just bagi IC dan geran. Pegawai akan check online saja samada bank dah batalkan online dan pegawai JPJ akan cop seperti gambar diatas.


And the car is yours. Easy peasy. 

=D



- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin