Showing posts with label book. Show all posts
Showing posts with label book. Show all posts

Tuesday, March 21, 2017

Hero siapa?


Hero Seorang Cinderella katanya....

Akak baru beli Sabtu lepas tapi tak ada mood nak membacanya lagi.
Nanti Akak dah habis baca akak review ok.
Ntah-ntah by the time Akak review dah tayang cerita ni kat TV hahaha...
Agak-agak siapa heroin yang sesuai untuk cerita ni?


Monday, April 11, 2016

B*B*ib*y Kuasa Sphera punya pasal

Minggu ni Abang balik weekend....sukalah tu sebab terlepas dari kandang.
Dari minggu lepas lagi dia dah pesan kat Akak suruh belikan buku B*B*ib*y Kuasa Sphera kat Popular. Buku ni macam limited edition hanya dicetak khas untuk Popular. Seksa gaklah Akak mencari buku ni sebab semua outlet Popular buku ni sold out. Sabtu tu Akak try jer luck tanya outlet Paradigm Mall samada ada tak stock tapi jawapan tetap sama....buku tu out of stock. Kalau nak dekat Popular Aeon Cheras ada banyak stok, lebih kurang 200 lebih copy. Dah kenapa labuuuu....ko hantar jauh sinun. 

Nasib baiklah mood Ayah dia baik nak meredah sampai ke Cheras nun mencari buku anak...kalau Akak ler koser. Malls yang Mama rela pergi adalah One Utama dan The Curve saja sebab senang cari parking tempat lain janganlah kau rayu pun...memang mak kau tak akan pergi kalau kena drive sendiri especially Midvalley Megamall tu.

Adik ke sekolah Sabtu so kami berempat jerlah meredah sampai ke Aeon Cheras. Comel jer rupanya mall tu....tak adalah lenguh kaki jalan from one end to the other unlike One Utama yang besar tu.


Alhamdulillah berjumpa jugak dengan buku yang diburu. 
Senaskah buku ni dalam RM19.90. Biasalah budak belajar multimedia ni memang suka mentelaah komik-komik especially komik yang berjaya difilemkan dan meletup-letup pulak tu di pawagam. Abang ada ajak tengok Boboiboy The Movie tapi tak terbuka hati Akak nak pergi tengok. Kita bukannya ada anak kecik kat rumah yang melayan kartun Boboiboy ni kat TV so tak tahu perkembangan pasal cerita ni pun. 

Ada neighbour Akak sangka Abang baru form 4. Kembang bontot budak tu. Tak payah nak perasan muda sangatlah banggg.... =P

Tuesday, December 22, 2015

Gitu jer endingnya?

Datang dah mood malas nak update. 
Teruk betul penyakit malas ni lebih-lebih lagi dah dekat nak holiday ni.
Insyaallah besok hari terakhir Akak kerja untuk tahun ni pastu cuti........macam nak lompat bintang rasanya. Tak sabar rasanya nak duduk rumah mengadap TV.....banyaklah ngadap TV. Duk rumah sebenarnya lagi banyak kerja nak buat tapi tak apa asalkan happy.

So last Saturday boleh tahan busy gaklah. Pagi Akak ada appt doktor. Tapak kaki Akak ni dah dekat sebulan sakit especially bangun pagi. Nak pijak lantai punyalah sakit. Jumpa doktor....doktor jab steroid sekali kat tapak kaki ....haaaa terus baik keesokan harinya. Alhamdulillah.

Adik pulak pergi Comic Festival kat The Mines. Disebabkan Akak ada doctor's appt kat hospital maka bapaknyalah menghantar. Kus semangat jap gila nak masuk The Mines tu. 
Terpaksa Akak menunggu sejam untuk ayah budak-budak ni pick up Akak dari hospital.

Malam pulak kami pergi tengok Star Wars movie. Cerita best tapi ending tu Akak tak puas hati. Tunggulah lagi few years untuk kesinambungannya. Bencik! Sesapa yang tak tengok lagi tu pi tengok sendiri.



kaki sakit pun ku gagah jugak sebab ayah budak-budak ni dah booking ticket sebulan awal hokeh. 
Gigih tak gigih?


hasil tangkapan berjalan lunch sorang-sorang.
Berbaloi jugak ada member card Popular ni sebab ada diskaun sampai RM10 untuk 2 buah buku novel ni. Stok bacaan masa cuti ni =D

Thursday, June 11, 2015

Review suka-suka


Hari ni Akak bosan so marilah Akak bagi free review kat korang. Akak tengah baik hati sangat ni.

Review 1

Novel Chandelier tulisan Acik Lana


Novel ni Abang yang belanja Akak guna boucher buku dia 1 Malaysia dia.
Abang dapat boucher buku RM250. 
Hari tu bawak buku ni pergi Popular Bookstore sebab dia kata dia nak beli barang-barang yang berkaitan study dia guna voucher ni. Dah selamat dah ambik CD ROM, peralatan tulis dan lukis. Adik pun happy sebab Abang nak belanja dia buku sketchbook. Sekali bila tanya pekerja Popular Bookstore rupanya voucher tu hanya boleh digunakan untuk bahan bacaan sahaja.  Dah kata bahan bacaan sahaja kita carilah buku-buku sahaja. Salah satunya Mama pawlah Abang buku cerita satu......bila lagi nak merasa anak belanja hahahaha...

Sorry mukadimah panjang sikit. Ok back to the actual story....nak bagi review tadikan.

Buku cerita ni tak best. Meleret-leret pasal Keisha si pompuan kaki kikis.
Seksa gaklah Akak nak menghabiskan separuh buku ni. Ni pun paksa jugak baca sebab nak menghabiskan cerita dan dah beli so membazir  kalau tak habis baca. Klimaks cerita ni lambat sangat.....naik bosan membacanya. Hero & heroin macam tak ada aura gitu.

Ada buku cerita yang bila kita baca kita nak teruskan membaca sebab tak sabar nak tahu plot seterusnya tapi buku ni.......sorry to saylah sangat membosankan. This is my personal opinion, penulis jangan marah ya.


Review 2

Sports Bottle Blender Shake n Take


Beli Shake n Take di Groupon berharga RM38 

Beli sebab terpengaruh dengan my boss. Haritu dia datang office bawak bottle ni berisi air limau. Itu yang terpengaruh tengok orang minum fresh orange juice. 

Kalau nak blend buah-buahan make sure buah-buahan tu dipotong kecil dan tambah sedikit air. It blends really well with fruits. 

Tapi haritu Adik try to make ice blended guna blender ni. A bit susah untuk hancurkan ais. So I suggested that next time tumbuk sikit air batu tu so jadi kecik-kecik then baru blend. Dah tumbuk ais kecik baru senang nak blend dan smooth.

So kalau sesiapa yang suka minum just baguslah beli blender ni sebab boleh minum terus dari bottle blender tak payah pindah ke tupperware lain sebab dah ada muncung straw.


So itu sajalah review free hari ini.....until next time kalau Akak rajin.





Wednesday, July 9, 2014

Ramadhan 2014 - Day 9 teksi seram

I dah selamat habis baca novel Kerana Terpaksa Ku Relakan. Selagi tak qatam macam tak puas hati. Dalam kereta bergerak pun sanggup concentrate membaca. Bagus jugak sebab tak ada motion sickness - pening2 kalau membaca.   

Alangkah bagus kalau semangat ni dapata dipraktikkan dalam membaca Al- Quran. 
Lepas berbuka puasa jer mata automatically layu. Astagfrirullahalazim.


Kalau membaca novel ni banyak plot yang tak ada dalam TV. Lagi syok sebab detail penceritaannya. Boleh feeling lebih sikit. 

 Pastu tak adalah story si Wati dengan Yazid tu banyak sangat macam dalam TV....buat menyemak jer. Orang nak tengok scene Abang Zen dan Indah, ni sikit2 pi tunjuk dua ekor malaun tu buat apa. Ini pun dah berapa episod Abang Zen keluar 2/3 minit jer....hampeh.
Hero keluar 2/3 minit apa kehal.......tak feel tau.

Nak cerita ni. Last Monday I balik kerja naik teksi sebab kereta ada merajuk sikit.
Teksi stand yang terdekat dengan my ofis tentulah kat One Utama. 
Sampai-sampai rezeki terus dapat teksi. Tapi seram sikitlah.

I masuk-masuk jer teksi, baru I perasan yang semua lock pintu belakang dah patah. Dah lah pemandu teksi tu automatically lock the door. Dalam hati cuak giler ok. Kalau apa-apa jadi, nak buka macamana sebab sah-sah tak boleh nak tarik lock tu. 

Dalam hati duk berdoa kat Allah supaya peliharalah I. Takut siot.
Dahlah pemandu teksi tetiba nak promote kuih raya bini dia buat pastu siap nak whatsapps kat I. Isykkk....koser I nak bagi no tel I kat orang I tak kenal. So I pretend nanti I check fb page dia. 
Dalam perjalanan tu I buat biasa jer sembang-sembang dengan dia walaupun sebenarnya hati cuak gila. Handphone pun dalam genggaman jer...kalau apa2 buat emergency call jawapnya. Alhamdulillah sampai jugak ke destinasi dengan selamat. 

Bukan nak burukkan orang tapi kita sebagai perempuan kena sentiasa berhati-hati. Selalunya I akan bawak payung kalau naik teksi tapi haritu boleh terlupa pulak. Kalau apa2 senang ku jolok/ ketuk jer. 

Pengajarannya lain kali kalau nak naik teksi, buka pintu teksi tu tengok dulu lock dia ok ke tak. 
Kalau pemandu teksi tu lain macam jer....silalah tunggu teksi lain.



jam tangan free dapat dari mekanik. Rezeki Abanglah berjam baru.

Thursday, January 9, 2014

Al kisah buku animation

Al kisahnya Jumaat lepas kitaorang subuh-subuh sapi lagi dah masuk kereta sebab nak menghantar budak-budak pergi sekolah. 

Elok semua duduk dalam kereta...krekk...krek....tau tak bunyi apa? Bunyi engine kereta tak boleh start. Alternator kereta buat hal pulak so tak boleh nak start engine kereta. Masuk rumah baliklah kami semua. Nasib baik jugaklah sebab I memang kebetulan cuti hari tu. Tarik selimut baliklah jawapnya sebab mana ada bengkel kereta yang buka lagi. Dekat pukul 10-11 pagi baru mechanic datang betulkan kereta.

Cadangnya hari tu lepas hantar budak berdua tu pergi sekolah, kami nak pergi BB Plaza sebab nak cari buku Abang yang kena beli. Kedai kat BB Plaza tu jer yang ada jual buku tu. 

Lamanya tak masuk Jalan Bukit Bintang tu. Aduh sepanjang jalan korek sana sini untuk construction buat MRT. Pening kepala guwe masuk KL ni, boleh jadi stress jadinya.



terrer gaklah ayah budak-budak ni cari parking sebab turun escalator jer terus nampak kedai buku tu. Malapnyalah BB Plaza macam tak bermaya jer, harap kat Metrojaya jerlah kot. Itu pun tak ada orang kat Metrojaya. 


budak kecik ni sukalah kedai buku ni sebab segala macam buku animation ada dalam kedai ni


Nama kedai ni Basheer Graphic Books. Location kat tingkat 3 dekat dengan orang jual buah-buah dan minuman.



Inilah buku yang dicari-cari, Animator's Survival Kit. Siap cari kat MPH dan Popular pun tak ada. Dah nak hujung nak masuk sekolah balik, baru dia teringat yang kedai buku ni pernah datang kolej dia promote buku. Aduhlah hai anak.

Sempat jugaklah kami singgah makan tengahari kat Tugu Negara lepas Ayah dan Abang selesai solat Jumaat. Lupa nak tangkap gambar tempat makan tu. It's a nice place kat Tugu Negara tu where you can find kari kepala ikan yang sedap. Masa kami sampai pukul 2 lebih tu banyak lauk dah licin =(

Tapak kaki I ni dah lama sakit sebab ada serpihan tiles termasuk. Tried pulling it out myself guna tweezer dan pencungkil jerawat yang tajam tu but still tak boleh jugak nak korek. So sekarang ni kalau pijak lantai mesti sakit. Lepas balik dr makan tu singgah sekejap klinik sebab Abang komplen dia sakit perut so I teruslah suruh doktor tengokkan sekali kaki I. Doktor belek-belek dia suruh pergi hospital pulak sebab kena x ray.

Pung pang pung pang (malas nak story dah ni) kat Tropicana Medical Centre, there is a splinter dalam tapak kaki tu. 





Nampak tak yang kat penanda ada benda kecik warna putih. Itulah dia serpihan tiles pecah tu.

Specialist kata biarkan dulu dalam tu, tengok dia keluar sendiri ke tak sebab dia kata kalau dia buat nanti kena korek daging keluar and it will be more painful >.<
I have to come and see him again in 3 weeks time. Sekarang ni kalau pakai kasut tak sakit tapi kalau kat rumah pijak lantai memang sakit. 

Gitulah kisahnya.

Thursday, May 23, 2013

Buku dan makanan...memang tak dapat dipisahkan

Rasa macam nak lompat bintang hari ni sebab besok cuti. Happy giler...dasar pemalas memang macam ni...pantang ada cuti.

Semalam Adik tak pergi sekolah sebab dia tak sihat. Makanya tengahari dia dah mengrequest nak makan dengan mamanya. Pastu demand pulak tu nak makan kat Pizza Milano One Utama. Layankan jerlah. 

Sebelum tu sempat gaklah I pergi Popular Bookstore. Alah buku 'Sebenarnya Aku Isteri dia' tak ada stok lagilah. Frust sungguh. Buku 'Suami Aku Ustaz' pun tak ada. Hmm sekali terembat buku 'Suami Tak Ku Hadap'. Eh perasan tak pattern di situ...semua cerita pasal pasangan hihi. Sempat lagilah budak kecik tu paw mak dia buku anime satu :/

Kalau makan kat Pizza Milano sah-sahlah order pasta atau pizza.


I order Spaghetti Seafood Olio. Makan berdua dengan hubby sebab banyak tu. Plus dia macam pedas sikit....peruk mak encik sejak seminggu ni tak berapa baik so takut jugaklah nak makan benda spicy-spicy sangat.


untuk budak kecik tu I orderkan Pizza Supreme large. Masa order tu tamakkan....takut tak cukup kalau order yang kecik. Sekali dia makan sebelah jer. Lagi sebelah kena tapau bawak balik. I suka pizza kat Pizza Milano ni sebab crust dia nipis, isi pun banyak dan tengoklah cheesenya....melelehhhhh.



Balik kerja semalam langit terang awan pun tak ada. Sekali nampak bulan dah keluar. Masa ni baru pukul 6 petang. Cantik sekali pemandangan langit.

Kalau summer kat USA ni memang panas teriklah sampai terbakar kulit. Mau rentung!



Sunday, May 19, 2013

Buku


Semenjak sekolah lagi memang hobi I membaca buku.

Dulu-dulu masa zaman sekolah sanggup singgah ada satu kedai buku kat Central Market tu yang mana kita boleh sewa buku cerita. 

Dulu I sekolah dekat Convent Bukit Nenas so kalau terlebih rajin tu pergilah Central Market sebab alang-alang boleh naik bas kat Bas Stand Kelang balik rumah. Alamak rindulah pulak dengan CM. Sapa-sapa yang sebaya dengan Akak ni mesti selalu lepak CM gakkan......ehh tak ngaku pulak =P

Sampai sekaranglah hobi baca novel tu melekat. Lebih-lebih lagi sekarang ni drama dan movie pun dah adaptasi daripada buku cerita. Nak tunggu sampai drama habis lambat sangatkan, oleh itu haruslah nak kena cari novel kasi baca habis dulu. Barulah boleh faham jalan cerita drama.

Tapikan semalam masa I pergi MPH dan Popular tak jumpalah pulak cerita yang Tizz Zakiyah berlakon hari Jumaat tu....apa tajuk cerita tu (jap kena google)...ahh...jumpa pun. Tajuk cerita tu "Sebenarnya Saya Isteri Dia". Laris sungguh buku cerita tu. Hmm...manalah nak cari buku tu. Dua minggu lepas masa pergi Popular, banyak lagi atas rak tapi eksyenkan tak nak beli. Semalam nak beli dah habis. Padan muka!

Ehh tapikan I tengah baca buku baru jugak ni. Tajuk buku tu "Teduhan Kasih". 
Alah cerita yang ada Adi Putra berlakon petang-petang pukul 7 tu....haa...cerita tulah. 
Oklaylah nak solat pastu nak sambung baca buku.

Happy weekend...hmm...dah nak habis weekend dah pun kan =(

Monday, December 24, 2012

Big Bad Wolf books sale

Firstly I would like towish all my Christian readers and friends "Happy Merry Christmas". 

It sure does feel like Christmas with the office aircond wintery temperature.

Back to the BBW sale. Orang lain dah lama dah pergi BBW, kami last Saturday night baru berkesempatan pergi. Sepatutnya nak pergi on Friday tapi kereta buat hal pulak hari tu. Lepas kenduri kahwin kat Gombak terus pergi Mines Convention Centre.


ramai yang park out side tapi jauh tu nak mengangkut buku yang berat. We park inside ...alah lagipun bukannya susah nak dapat parking pun.

overdress sebab datang terus from wedding



Ada mini exoticar exhibition kat luar 





Masuk-masuk jer dewan tu macam wow.....besar gila tu. Macamana nak cari buku ni...banyaknyaaaaa







BBW ada sediakan kotak kat entrance. So grab your box and start searching for your books.
Couldn't find the chick lits yang best-best. Maybe dah habis kot author yang best-best tu. Tapi bolehlah ....kena pandai korek sana sini and be patience. Take your time in memilih buku.

I become cookoo sikit bila tengok buku resepi. Macam nak ambik semua. Nasib baiklah sedar diri ....macamlah rajin sangat nak masak memacam resepikan. End up I bought 2 recepi books and the rest buku cerita.



our tukang jaga kotak while 4 of us cari our books


ini sebelum ditapis. Ambik...ambik

The person with the most books is Adik. Buku dia jer half of the books that we purchase.
Suka hati dia sebab dapat comics and buku how to draw manga.


us at 1pm in BBW massaging our body and legs. Ohh they do have massages chairs on the 2nd level. There's foodcourt there too.


3 plastic bags. Who can guess how many books we bought?



30 books at RM240.  Most of our books is price at RM8 and the most expensive book that we bought is RM25. That's darn cheap right.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, July 8, 2011

Beli satu dapat satu

Salam Jumaat semua,

Tak berkesempatan nak update panjang-panjang lately sebab banyak kerja office.
Balik rumah pun sekarang , pukul 9pm lebih mata dah kuyu dah. Banyak episod Annisa dah miss. Weekend ni kena qada' balik thru tonton.com.my

For Double Cheeseburger McD's lover, next week ada promo buy 1 get 1 free.

just double click on the coupon to enlarge ya cause the coupon has to be printed a certain size kalau tak tak valid.

So enjoy!

Somebody lend me these books today. So I guess I'll be burying myself reading the books sebab nak berjalan-jalan pun macam tak selamat jer with all the #Bersih thingy going on. Banyak roadblock sana-sini kan. Kan lebih baik orang-orang #Bersih tu datang my house and tolong bersihkan rumah I...lagi banyak faedah =P


Hati kena selalu bersih....tak ada kena mengena dengan #Bersih =P

Saturday, May 21, 2011

Finally it's in my hands - Kasih Yang Suci

MPH call tadi and inform buku yang saya book minggu lepas dah sampai.

Puas hati saya....finally





Nak pergi baca...bye :)

Update: Kepada yang tak dapat lagi membeli buku ni, I ada terjumpa link buku ni. Cuba try klik link ni ya =)

http://books.google.com.my/books?id=Kx3T_HR66OAC&printsec=frontcover&dq=Kasih+Yang+Suci&lr=#v=onepage&q&f=false

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, May 20, 2011

Attention seeker

dia...dia...bukan saya

budak kecik ni memang attention seeker. Tak bolehlah mama atau ayah dia nak peluk or cium abang or kakak dia...dengan lajunya dia menyelit tolak kakak atau abang. Boleh kiss and peluk dia saja...dialah princess of the universe.

Lately ni kami gila membaca. Semalam jer anak bertuah princess of the universe saya tu beli sampai dua buah buku. Buku Alexander adalah Zulqarnain ni antara buku terbaru kami.



Butik Coach ada clearance sale u'olls
but personally I think the collection yang on sale tu tak menangkap qalbu ku
atau mungkin nafsu nak membeli handbag dah tak ada buat masa ni


P/S: mak terseksanya kat ofis ni.....sakitnya pinggang dengan kaki



Monday, May 16, 2011

Tengah gila baca novel

Sapa nak tengok gambar budak merajuk?

Inilah dia gambar budak kecik merajuk ehehehe. Pesyen genie rambut kebawah.
Si kecik ni merajuk sebab Mama dengan Ayah tak nak belikan dia handphone.
Dia merengek nak handphone. Isykkk....budak darjah 3 dah sibuk nak pakai handphone. Ntah siapa yang dia call.....talipon rumah ada tapi dia tak nak guna. Agaknya mesti kes jeles dengan abang dia yang ada handphone sendiri.
Kesudahannnya, merajuklah macamana pun. Memang takkan dapat punya.

Korang tengok tak cerita pukul 7 TV3, Nora Elena. Bestkan....
Tahu tak yang actually cerita tu adaptasi dari buku cerita Kasih Yang Hilang (pembetulan...Kasih Yang Sucilah...saya hilang ingatan). Sebagai seorang yang kiasu, I ni jenis yang tak menyabar nak tahu jalan cerita. Makanya gigih cari buku cerita ni kat MPH dengan Popular. Dah habis nyahhhhh....dua-dua kedai buku dah habis stok. MPH One Utama tgh tggu stok baru, MPH Midvalley dengan The Curve pun dah habis stok =(
Semalam pergi Popular Aeon Bukit Tinggi pun buku ni dah habis stok. Macam goreng pisang panas. rupanya ramai yang kiasu macam saya

So last resort suruh my sister yang kerja Karangkraf tu belikan sebab Karangkraf ada jual buku-buku Alaf21. Bismillah....hopefully ada ler *fuhhh hembus sikit*







Tak dapat buku ni, last-last I beli novel Ombak Rindu. Satu hari setengah berkepit dengan buku ni....khatam. Memang bestlah...siap tangkap nangis dibuatnya. Lama dah sebenarnya tak baca buku cerita melayu sebab selalunya mengecewakan, mungkin I salah pilih tajuk. Lepas ni nak kena mintak suggestion dulu dari orang-orang yang lazim membaca novel melayulah. Buku mana yang best mana yang tak best.

Rasanya ada a few tajuk yang dah disuggest kawan kat twitter. Nanti nak pergi cari. SEGERA! Ewah macam tak kerjakan....korang cuti ehh. Akak jeles!

Friday, March 25, 2011

Adik demam dan buku kisah nabi

Anak dara kecik saya dah 2 hari tak pergi sekolah. Semalam panas sangat badan dia. Rupanya tonsil dia dah bengkak sangat so temperature dia naik sampai 38 darjah.

Bila demam, mulalah si kecik ni melekat jer dengan Mama dia macam ada glue.
 Melekatttttttt jer...



nampak tak pipi dia lebam sikit. Dia claim dia terantuk slide kat taman.

 
Tu gambar pagi semalam breakfast kat Restoran Puteri TTDI. Tengah makan sekali datang pakcik jual buku. Alah yang style letak 2-3 buku atas meja sebelah kita pastu dia pusing pergi tempat lain. Kalau ada yang kita nak nanti bila dia pusing kutip balik buku-buku dia, kita bayarlah buku yang kita nak.
Ada sebuah buku dah catch my busyuk masham interest.


buku kisah menarik 25 Nabi dan Rasul

My little one ni suka membaca. So sebab dia dah mintak buku ni, kami pun belilah. Harga sebenarnya RM13.50 kalau tak silap tapi pakcik tu bagi RM12.00 jer.

Harap-harap buku ni dapat menghiburkan disamping memberi pengajaran. Eh...nak baca jugaklah buku ni nanti sebab dah tak ingat kisah-kisah nabi sebab the last time I baca pun masa sekolah rendah dulu. Teringat masa I sekolah dulu sebab suka sangat baca buku cerita, sampai sanggup sorok buku2 cerita yang I belum baca takut orang lain pinjam dari library. My favorite books mestilah buku-buku Nancy Drew. What's yours?

P/S: I ada azam baru, kalau boleh hari-hari nak try baca Quran at least satu ain. Korang doa2kanlah ya =)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, May 20, 2010

Nama kami sama

Baru nak mula baca.
Mentang-mentanglah ternampak billboard promo cerita ni nak keluar kat wayang tak lama lagi.

See tak biased kan, bukan saja Twilight saga I excited nak tengok.

Cerita melayu pun sama.

Majulah filem melayu untuk negara

Monday, December 7, 2009

Ohhh...2 bulan nak tunggu ka?

Semalam walaupun penat sebab kena menghadiri 2 kenduri kahwin
balik tetap paksa ajak suami pergi One Utama MPH sebab nak cari
buku Eclipse
Laaa....tak ada langsung.
New Moon dengan Twilight yang berlambak.
Sekali tanyalah Customer Service nak booking buku tu.
Guess what .....at least 2 months waiting list.
Lama giler tuuu.......
Tak sanggup mak.
Ermm....ada sapa-sapa nak let go tak buku Eclipse yang you dah habis baca tu.
I'm willing to buy from you with resonable price.....janganlah hangpa naik rege sampai 2 kali ganda plak =P
Bagitau tau kalau nak jual ya.....tata....nak solat. Azan asar dah kedengaran ni. Bagus rumah dekat dengan masjid ni.

Friday, October 2, 2009

I love Edward but falling for Jacob too....

how do you choose?
Edward is your first love and always will be
but
Jacob fills in the void that Edward left in your life....

cehh...tetiba terover emo...hehehe....

I got a few more pages to finish tapi tak terhabis-habis ni sebab banyak sangat interruption.

I'm on page 560 already...almost finish....

Can't wait for the movie to come out...

Jom kita pergi tengok ramai-ramai....sapa nak tengok dengan saya angkat tangan!

Thursday, September 10, 2009

Bulan baru

Bought yesterday but then tak start lagi baca.
will find time to read it soON......
busy ya amat sekarang ni.
I have less sleep in fasting month, hope to recover it sOoN....

oh did I tell u that I cannot even open my laptop at home because the charger has kaput on me.
that's why I got less entries now =(
tak feellah guna laptop orang lain

Have to call Dell to get the replacement...SoooNNN

Tuesday, June 9, 2009

Buku Darjah satu dulu-dulu

Ingat tak lagi buku latihan darjah satu dulu-dulu
Sebenarnya I pun tak ingat I guna buku ni ke tidak masa I darjah satu...hehehe


sangatlah skemanya mereka ini kan...bagus...

aiyaaa....ini pun ada dalam text book ke?

Betul tu jangan ikut orang yang tak dikenali..bahaya. Orang kenal pun kengkadang bahaya jugak


Antik sungguh bukunya ya


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin