Sunday, May 19, 2013

Buku


Semenjak sekolah lagi memang hobi I membaca buku.

Dulu-dulu masa zaman sekolah sanggup singgah ada satu kedai buku kat Central Market tu yang mana kita boleh sewa buku cerita. 

Dulu I sekolah dekat Convent Bukit Nenas so kalau terlebih rajin tu pergilah Central Market sebab alang-alang boleh naik bas kat Bas Stand Kelang balik rumah. Alamak rindulah pulak dengan CM. Sapa-sapa yang sebaya dengan Akak ni mesti selalu lepak CM gakkan......ehh tak ngaku pulak =P

Sampai sekaranglah hobi baca novel tu melekat. Lebih-lebih lagi sekarang ni drama dan movie pun dah adaptasi daripada buku cerita. Nak tunggu sampai drama habis lambat sangatkan, oleh itu haruslah nak kena cari novel kasi baca habis dulu. Barulah boleh faham jalan cerita drama.

Tapikan semalam masa I pergi MPH dan Popular tak jumpalah pulak cerita yang Tizz Zakiyah berlakon hari Jumaat tu....apa tajuk cerita tu (jap kena google)...ahh...jumpa pun. Tajuk cerita tu "Sebenarnya Saya Isteri Dia". Laris sungguh buku cerita tu. Hmm...manalah nak cari buku tu. Dua minggu lepas masa pergi Popular, banyak lagi atas rak tapi eksyenkan tak nak beli. Semalam nak beli dah habis. Padan muka!

Ehh tapikan I tengah baca buku baru jugak ni. Tajuk buku tu "Teduhan Kasih". 
Alah cerita yang ada Adi Putra berlakon petang-petang pukul 7 tu....haa...cerita tulah. 
Oklaylah nak solat pastu nak sambung baca buku.

Happy weekend...hmm...dah nak habis weekend dah pun kan =(

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin