Tuesday, May 28, 2013

Coconut shake di Kota Damansara


Selalu sangat dengar orang sebut kelazatan Coconut shake Klebang, Melaka. Nak jugaklah rasa tapi macam melampaulahkan semata-mata nak pergi Melaka untuk cari coconut shake.

Dalam kepala otak tu selalu terbayang agaknya derang blend air kelapa dengan aiskrim kot Coconut Shake ni. Macamanalah agaknya rasanya.

Semalam kebetulan nak pergi kedai betulkan aircond kat Seksyen 6 Kota Damansara. Dekat tepi corner gerai makan depan dealer kereta Proton Era Sensa tu bolehlah pulak ternampak gerai jual coconut shake. Wah ini namanya rezeki sebab sehari sebelum tu dah sebut-sebut kat my sister suruh cari Coconut Shake ni masa dia kat Melaka tapi agaknya dia tak jumpa. 
Boleh pulak semalam terjumpa....rezeki =)



taraaaaa...inilah rupanya coconut shake bagi orang yang tak pernah tengok

Satu bekas ni RM3.5o. Sedaplah sebab diaorang blend isi kelapa tu sekali dengan aiskrim vanilla so bila minum tu sedap jer sambil mengunyah isi kelapa yang dah hancur tu. 

Isykkk tak retilah nak explain. Kalau nak tau rasanya pergi beli sendiri kat Seksyen 6 Kota Damansara. Kalau tak tau seksyen 6 kat mana....McDonald's Kota Damansara tau tak?. Haa...kat area-area kedai depan McDonald's tulah. Korang tawaflah keliling kawasan kedai tu mesti jumpa punya. =)



3 comments:

Sanggam Malaya said...

Tq.. Kami di coconutshake kota damansara mengucapkan tq :) .... Page anda telah kami postkan di Fb wall kami
https://www.facebook.com/pages/Coconut-Shake-Kota-Damansara/650132515013585

Sanggam Malaya said...

https://www.facebook.com/pages/Coconut-Shake-Kota-Damansara/650132515013585


Tq sebab komen our gerai :)

Sanggam Malaya said...

tq https://www.facebook.com/pages/Coconut-Shake-Kota-Damansara/650132515013585

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin