Showing posts with label bazaar. Show all posts
Showing posts with label bazaar. Show all posts

Tuesday, June 7, 2016

Ramadhan 2016 Day 1 - Berbuka

Assalamualaikum,

Paling Akak suka kalau bulan Ramadhan adalah Bazaar Ramadhan.
Time nilah nak beli makanan yang jarang ada luar bulan puasa. Semalam kami pergi pasar ramadhan punyalah sesak dengan orang. Mungkin semua hari pertama so excited sikit nak beli juadah berbuka.


Air favorite kami time berbuka adalah laici blue.
Airnya berwarna biru. Semalm kami beli air mangga jugak untuk berbuka.
Tahun ni satu plastik besar dah naik RM0.50. Tahun lepas seplastik besar baru RM3



Ada budak mintak nak beli kambing bakar. Disebabkan bulan puasa, kita layankan jerlah.
Satu bekas palstik macam ni RM10. Daging kambing dipotong nipis-nipis dan dicampur sos black pepper. Sedap.

Untuk sahur Akak goreng ayam, ikan sekeping dan buat ikan jenahak masak kicap.
Berselera sungguh Akak dan suami makan nasi dengan kuah kicap tu. Budak-budak ni biasalah ayam goreng dan telur goreng mesti ada untuk sahur.

Petang ni nanti Akak tak ada idea lagi nak masak apa....mungkin masak lemak ayam kot.
Ada kawan Akak yang buat jadual sebulan terus juadah apa yang dia nak masak sempena bulan Ramadhan ni tapi Akak tak bolehlah. Akak masak ikut mood =)


Tuesday, June 30, 2015

Ramadhan 2015 - Day 12 Orang putih dan J-O

Semalam Akak pergi bazar Ramadhan Kampung Sg. Penchala. Itu pun sebab husband Akak sibuk suruh beli gulai kawah. Dia kata gulai kawah Akak beli hari tu sedap untuk makan sahur.

Baru nak langkah masuk bazar, Adik terjerit......'Mama, ada orang putih'
Akak dalam hati cakap ehh budak ni takkanlah tak pernah tengok mat salleh kot.

Rupanyaaaa......






















ni ha orang putihnya. Memang putih pun ....serba putih dari atas sampai bawah.
Akak ambik gambar dari jauh jerlah sebab Akak kedekut
Kalau nak bergambar dengan orang putih tu boleh ajer tapi bagilah bayaran ehsan banyak mana pun. Kalau Brad Pitt atau Canning Tatum.....nak gaklah Akak bergambar =P

Rasanya tak sanggup dah nak pergi bazar Ramadhan Kampung Sg. Penchala sebab nak balik rumah jam gila. Semalam sampai rumah pun pukul 7 lebih sebab stuck jam kat Mutiara Damansara.


Kalau sesiapa yang duduk Bandar Utama mesti perasan billboard sebesar alam ni kat bangunan Aeon.


kelas kau J Onn.....baju melayu pink siap labuci lagi. 
Akak pun tak ada baju raya lagi ni.

Diva AA ....ko ada?

Mesti dia jawap.....'Ada aku kesah' hahahaha....

Diva AA tu dulu satu sekolah dengan husband Akak so bila Diva AA meroyan, Akak mesti usik husband Akak....'kawan Ayah tu dah kenapa?' hehehe....

Me'nate ya....bukan binatang hahahaha....



Thursday, June 25, 2015

Ramadhan 2015 - Day 8 KFC jer


Semalam Akak berbuka puasa makan KFC. Bulan puasa ni tekak nak makan macam-macam. Lagipun semalam tak sempat nak masak atau beli benda lain sebab kena jemput ayah budak-budak ni kat LRT Kelana Jaya. Dahlah jalan jam gila menghala ke Kelana Jaya tu. Nasib baiklah ayah budak-budak ni terrer jalan-jalan kat KL & PJ, so dialah yang arah Akak ikut jalan shortcut. Tak payah susah nak on waze =)



Akak beli set ni untuk kami berempat makan. Sampai ke Sahur kami makan KFC sebab time buka puasa mampu makan seketul jer. Makan seketul dah kenyang sebab ayam dia beso-beso.

Tapi semalam Aka sempat hangin jugaklah dengan budak KFC tu. Cuba bayangkan orang yang kemudian dari kita semua dah dapat makanan derang. Kita tercangak-cangak kat situ menunggu. Mementang derang dine-in, derang pulak dapat dulu. Habis orang yang take-away ni disuruh tunggu lama. Apa punya systemlah. Ni kat KFC Kota Damansara tau. #gerampulakkita

Ahad lepas mak Akak nak makan ikan bakar. Lepas hantar Abang balik hostel tak ada choice terpaksalah pergi pasar Ramadhan TTDI. Nak patah balik KD jauhlah pulak.

Ramainya manusia jangan cakaplah. Lebih-lebih lagi kalau hari Ahad kat TTDI tu combine pasar ramadhan dengan pasar malam. Tobat nak pergi lagi.....tak sanggup nak berlaga-laga dengan orang. I nak pergi pasar ramadhan dengan aman boleh lenggang kangkung. Pastu kalau nak beli tak payah beratur panjang.



Line beratur untuk beli putu piring ni punyalah panjang.
Sedap sangat ke?


macam sedap jer nasi beryani ni. Husband kita tak suka pasar ramadhan TTDI ni sebab seksa nak cari parking so nampaknya tak dapatlah nak pergi lagi.


ramaikan.....tak jumpalah pulak mana-mana artis. Tahun-tahun sebelum ni adalah jugak jumpa Neelofa dan Nora Danish.


Tuesday, April 21, 2015

Joyah Sport dan bazaar

Dah dua pagi terkejar-kejar nak hantar Adik ke sekolah. Isnin sekolah declare public holiday sebab Sabtu lepas ada marathon tapi budak bertuah ni kena jugak pergi sekolah semalam.

Dahlah malam Ahad tu dah berzikir kat telinga sebelum tido....Mama, Adik nak kena sampai sekolah pukul 7 pagi tau besok. Memang nak tunggu mak kau mengamuk macam hulklah kan. 

Satu malam Mama tak tido lena sebab memikirkan nak hantar budak bertuah ni pergi sekolah awal. Mana sempat wehhh.....Kakak pun nak kena hantar sekolah. Takkan nak hantar Kakak gi sekolah gelap-gelap subuh sapie tu. Dahlah sekolah Kakak budak-budak lepas pukul 7 pagi baru nampak batang hidung. Bahaya nak tinggalkan anak dara gelap-gelap tu. Pak guard sekarang pun bukannya boleh percaya >.<

End up dua hari semalam dan hari ni Adik sampai sekolah pukul 7.30pagi. Bas yang nak bawak derang ke netball tournament kat sekolah lain kena tunggu sampai Adik sampai. Ampun sangat. Itulah nasib kalau anak dah macam Joyah Sport....semua aktiviti sukan dia masuk. Sampai kadang-kadang mak pak siap sound, "Adik lepas ni tak yahlah masuk apa2 lagi aktiviti....payah Mama dan Ayah". Kesian jugak budak tu kena sound tapi budak tu mana makan saman. Kalau kena sound pun dia buat muka toye jer.

Itulah I dah suruh tukarkan Adik sama sekolah dengan Kakak so senang nak hantar budak sekolah tapi ayah derang yang degil tak nak. So kita hadap jerlah berapa lama ayahnya larat jadi drebar tak berbayar.

Ahad lepas singgah Bric a Brac Bazaar kat The Strand. Akak rajin pergi bazaar kat The Strand jer sebab dekat dengan rumah. 


Tapi tak best sangatlah bazaar kali ni. Tak banyak makanan dan pakaian jualan. 



Hitam budak ni. The week before dia ada futsal intercollege tournament.
Katanya team dia menang tempat ke empat dari 12 team. 
Nampak tak tangan berbelang kena sunburn


haaa...naklah tu



Handbag Chanel pun ada ....Chanel boy....Chanel girl...
tapi semua bag immitationlah


nampak macam nak sama tinggi dah tapi sebenarnya Abang way taller than Adik


lagi dua minggu budak ni balik lagi for long weekend holiday



Kalau sesiapa tak kenal Joyah Sport....memang bukan sezaman dengan Akaklah. Dulu Akak pantang jumpa majalah Gila-Gila hehehe....

Monday, December 1, 2014

Star Hype Fiesta The Strands

Dapat teka tak sapa artis tadi?. Itu Hazama. Sedap sungguhlah suara budak Hazama nyanyi live lagu Malaikat (Jaga dia untukku).

Macam biasa hari Sabtu Adik ada kelas gitar. Mama dia pun macam biasa akan termembeli belah kat Daiso. Plannya nak pergi Daiso nak beli battery saja tapi end up battery tak beli tak Mama dan Kakak terbeli lagi note book comel yang ada glitter-glitter. Tak habis-habis note buku kami dua beranak ni. Memang suka sangat dengan stationaries yang comel. 

Depan The Strands Encorp Mall tu kadang-kadang ada bazaar. Kali ni ada Star Hype Fiesta, ramai artis yang meniaga dalam bazaar kali ni. Tapi macam biasalah kalau datang awal pagi macam kitaorang ni peniaga baru nak set up booth. So tak dapatlah nak belek-belek sangat. Tapi sempat gaklah I beli brooth kecik-kecik tu.


Booth Emma Maembong dan Mawi Ekin. Ramai jugaklah artis yang buka booth jual barang-barang macam Scha & Awal, Anzalna, Betty Rahmad etc. Tapi artis tak datang pagi-pagi buta ni, yang ada pun Betty jer.







banyak jual jubah dan shawl. Booth jual makanan pun ada jugak.


fresh juice


kesayangan Mama ni. Kalau bawak budak ni mesti ada jer baju yang dia berkenan especially yang corak celoreng.


Balik dari klinik malam Ahad, I singgah lagi ke bazaar. Tapi kali ni I pergi malam dekat pukul 9 malam. Meriah lagi bazaar, ramai jugaklah pengunjung. Peniaga pulak ramai dah turunkan harga barang jualan. So lain kali kalau nak bargain, jangan pergi hari pertama. Pergi hari kedua malam sebab peniaga sure akan mark down price sebab nak lakukan barang jualan.



cantik pemandangan mall di malam hari


Joe's Barber shop. Nak potong rambut pun boleh kalau tak segan orang lalu lalang tengok.


air pancur bubble



Ada performance dari Hazama. Hazama siap ajak peminat berduet dengan dia.
Nak dekat habis lagu Betty ada berduet dengan Hazama. Sedap jugak suara Betty. I ada ambik video tapi ntah apa masalah semalam masa nak load kat Youtube ada error. Nanti malam karang I try balik upload.




Barang yang sempat disambar - baju sehelai (RM20) dan tudung satin (RM20)


Star Hype Bazaar The Strand


Selamat pagi Isnin. 

Teaser sikitlah dulu  sebab pagi-pagi Isnin awal bulan ni banyak kerja kena buat month end expenses.

Nanti tengahari dah free sikit I update tentang Star Hype Bazaar.


sapa agak-agaknya artis tu? dapat teka tak?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin