Tuesday, April 21, 2015

Joyah Sport dan bazaar

Dah dua pagi terkejar-kejar nak hantar Adik ke sekolah. Isnin sekolah declare public holiday sebab Sabtu lepas ada marathon tapi budak bertuah ni kena jugak pergi sekolah semalam.

Dahlah malam Ahad tu dah berzikir kat telinga sebelum tido....Mama, Adik nak kena sampai sekolah pukul 7 pagi tau besok. Memang nak tunggu mak kau mengamuk macam hulklah kan. 

Satu malam Mama tak tido lena sebab memikirkan nak hantar budak bertuah ni pergi sekolah awal. Mana sempat wehhh.....Kakak pun nak kena hantar sekolah. Takkan nak hantar Kakak gi sekolah gelap-gelap subuh sapie tu. Dahlah sekolah Kakak budak-budak lepas pukul 7 pagi baru nampak batang hidung. Bahaya nak tinggalkan anak dara gelap-gelap tu. Pak guard sekarang pun bukannya boleh percaya >.<

End up dua hari semalam dan hari ni Adik sampai sekolah pukul 7.30pagi. Bas yang nak bawak derang ke netball tournament kat sekolah lain kena tunggu sampai Adik sampai. Ampun sangat. Itulah nasib kalau anak dah macam Joyah Sport....semua aktiviti sukan dia masuk. Sampai kadang-kadang mak pak siap sound, "Adik lepas ni tak yahlah masuk apa2 lagi aktiviti....payah Mama dan Ayah". Kesian jugak budak tu kena sound tapi budak tu mana makan saman. Kalau kena sound pun dia buat muka toye jer.

Itulah I dah suruh tukarkan Adik sama sekolah dengan Kakak so senang nak hantar budak sekolah tapi ayah derang yang degil tak nak. So kita hadap jerlah berapa lama ayahnya larat jadi drebar tak berbayar.

Ahad lepas singgah Bric a Brac Bazaar kat The Strand. Akak rajin pergi bazaar kat The Strand jer sebab dekat dengan rumah. 


Tapi tak best sangatlah bazaar kali ni. Tak banyak makanan dan pakaian jualan. 



Hitam budak ni. The week before dia ada futsal intercollege tournament.
Katanya team dia menang tempat ke empat dari 12 team. 
Nampak tak tangan berbelang kena sunburn


haaa...naklah tu



Handbag Chanel pun ada ....Chanel boy....Chanel girl...
tapi semua bag immitationlah


nampak macam nak sama tinggi dah tapi sebenarnya Abang way taller than Adik


lagi dua minggu budak ni balik lagi for long weekend holiday



Kalau sesiapa tak kenal Joyah Sport....memang bukan sezaman dengan Akaklah. Dulu Akak pantang jumpa majalah Gila-Gila hehehe....

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin