Monday, August 6, 2012

Ramadhan 2012 - Day 16 - Kenanga Wholesale City

 Plan semalam nak cari baju raya Abang.

Bila dah keluar rumah kat simpang tu, masing-masing buntu tak tahu nak pergi mana. Bila ayah budak-budak ni suggest pergi Kenanga Wholesale City (KWC), rasa macam nak melompat kat dalam kereta tu. Nasib baik sedar diri.....ialah bukannya senang nak ajak pakcik tu masuk KL.

Kalau tak tahu kat mana KWC, here's a map from their website


KWC is the latest exciting offering in the Asian fashion wholesale industry. The exceptional development in Kuala Lumpur, Malaysia is inspired by the success of wholesale centres in China, Indonesia, Thailand and Korea.


KWC is Malaysia's first one-stop fashion wholesale shopping mall that brings together a large and comprehensive directory of businesses - fashion, accessories, shoes, gifts, and other lifestyle products, all under one roof.

With more than 800 lots and 500,000 sq ft of net lettable retail space, KWC offers an exciting variety of merchandise. Whilst dedicated to wholesale businesses only, KWC functions as a shopping mall with full amenities catering to business convenience with F&B outlets, event spaces, banking and a host of other business services.

KWC is endorse by the Tourism Malaysia as Kuala Lumpur Must Visit Destination.

source: KWC website


Bila nampak jer signboard KWC terus happy.

 besar rupanya bangunan  KWC. Nak naik parking pun sikit punya tinggi.

Ada tujuh tingkat nak shopping. Tips: Silalah pakai kasut flat dan kalau boleh pergilah time boleh makan dan minum sebab dahaga siot pergi hari puasa. Dalam KWC ni pun ada foodcourt (tapi rasa yang tak halal punya yang kat tingkat 7 tu), kat level bawah sekali ada a few kedai makan.

Display tingkap yang meruntun jiwa. Nampak semua murah. Memang murah kalauuuuuu....beli in bulk. Kalau beli satu mahal jugak kot. So kalau nak pergi KWC baiklah pergi dengan kawan-kawan so boleh combine purchase dapat murah dari retail price.

Upin Ipin ni maskot KWC ke?

kedai t-shirt ni boleh tahan murah. Tu nampak tak minah kecik tu tengah memilih t-shirt

 heaven for ladies sebab banyak kedai pakaian wanita. Kedai tudung pun boleh tahan banyak



 murah jugak dress kat sini
 
Alkisahnya I masuk kedai ni sekali ada tudung yang I berkenan. Alah tudung yang ala-ala Sashmeen Radiusite tu, syria dua layer cantik. Alamak tak ingatlah pulak tingkat mana kedai ni.

 ada yang dua layer and ada yang tiga layer

berkenan gila dgn yang ni. Sekali satu RM110. Lagi mahal dari beli online. Kansel.
Kalau beli tiga baru dapat sehelai RM75

Dari hati berbunga-bunga ingat dah dapat tudung raya, terus kuncup =(


disebabkan banyak kedai accessories rambut, terjebak membeli rambut palsu kaler-kaler clip on kat budak dua beradik ni

kain ela

pilihlah nak handbag apa

ternampak kedai ni masa nak cari kedai brooch. I kan pantang nampak kedai comel-comel ni.


bagus sungguh sebab terjebak membeli bag sling ni. Dari RM100 dapat 50% discount. Siap suruh Kakak pilih wallet untuk dia sekali sebab ada half price.

Lama dah mencari accessories tudung ni. Ni pun buat muka selamba tanya kat bangla yang jual tudung tu mana derang beli accesories tu. Dialah yang cakap kat tingkat 6 & 7 ada banyak. Rupanya ada kat satu kedai ni kat tingkat 6. Nama kedai tu kalau tak silap BWC. Murah saja RM13 satu.



I bought 2. One gold and the other one silver



this is how it looks like lepas kita pakai kat sanggul kita

ada satu kedai ni menjual brooch yang comel-comel. Tak tahan tengok sebab so pretty and colorful

bought 3 for myself for only RM5

Lagi satu tips - ada kedai yang hanya terima duit cash dan tak terima kad kredit. Tapi jangan risau sebab dalam KWC ada teller Maybank dan RHB.

Misi mencari baju melayu Abang tak berjaya sebab banyak baju perempuan jer kat KWC ni. Ingatkan lepas tu nak pergi Jalan TAR tapi jam ya hamatlah pulak so kansel. Pergi Omar Ali TTDI tapi tak jumpa yang berkenan plus harganya hemm...kopak wallet maknya oii.

Tau tak kat mana jumpa baju melayu budak ni?. Kat Jusco sebelah ofis maknya jugak =P



 buka puasa kita makan McDonalds jerlah sebab mamanya pinggang dah nak patah jalan tujuh tingkat.

Chicken pie tu beli kat bakery Jusco, Sheperds pie pulak beli kat Mobil TTDI. Itu pun nasib ada 2 lagi. My sister kata pukul 3.30 petang orang dah beratur membeli kuih kat Mobil. Kuih-kuih dalam Mobil tu memang sedaplah.

Selamat menyopping orang Selangor hari ni. Cuti Nuzul Quran kan. I jer yang kena pergi kerja hari ni walaupun ofis di Selangor. Not fairrrrr...why you located in KL wahai Bursa Malaysia....why?



4 comments:

Alin Marlini said...

orang kata cam Mangga 2 Jakarta

Pink Mama said...

Alin,

Akak tak pernah lagi pergi Mangga 2 =(

darren mook said...

sana dah buka byk kedai manik n wallpaper...di tinggkat 3 n 5 .....sana wallpaper murah giler rm 38 lgi buy 3 free 1 pas kurang baru rm28 shj. kualiti pn ok xmcm diy n kaisan nipis giler ....minat call boss sana 0175031855

Unknown said...

kedai pemborong manik dan crystal adalah my collection di 5f-51, 0392210219, 0122803334, 0123169078

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin