Friday, August 28, 2015

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke 58


Sempena menyambut ulang tahun Malaysia yang ke 58, I would like to wish to all Malaysian 

Selamat Hari Merdeka. 

Semoga Malaysia aman dan makmur.

Let us pray for a better Malaysia and we be a better Malaysian regardless of age, race and political opinion.


-teringat memori berarakan untuk sambutan Hari Merdeka at Dataran Merdeka sambil mengangkat bendera Malaysia. Proud to be Malaysian regardless of whatever happens in Malaysia currently. Ada org suruh I mengaku as Singaporean or Indonesian bila travel abroad.....memang nak kena sedaslahkan. Malu dengan orang yang malu nak mengaku Malaysian tapi menumpang hidup di tanah ini.





Thursday, August 27, 2015

Laksa sedap


Lunch semalam

Laksa Uncle Lim - Ikano Power Centre

Harga RM10 ++ semangkuk

Sedap


Wednesday, August 26, 2015

Kongsi resepi Sizzling Yee Mee

Harini Akak berbaik hati nak kongsi resepi makanan kesukaan Akak Sizzling Yee Mee.

Resepi ni pun sebenarnya Akak ambik dari facebook Yann Ahmad.....terima kasih sebab kongsikan resepi.

Peberet Akak sangat ni Sizzling Yee Mee tapikan tak semua kedai yang sizzling yee meenya sedap (letih pulak menaip 'sizzling yee mee' panjang nau). Foodcourt Jusco One Utama dulu-duluuuu ada satu stall yang jual SYM yang sedap. Sekarang ni kalau Akak nak makan SYM yang sedap Akak makan kat Aeon KD sebab kat situ pun sedap.

Kuah SYm ni mesti pekat baru sedap, lagi bonus kalau dia letak ayam banyak. Pastu kalau nak sedap lagi request telur sebiji. Perghhh.....Aaron Aziz lalu tepi pun Akak tak pedulik. Memang Akak takkan pedulik sebab Akak tak minat Aaron Aziz pun....cuba Justin Bieber lalu (dah kenapa tetiba Justin Bieber pulak ni).

Anywayyyyy, kalau rajin marilah kita try sendiri resepi ni.




Selamat mencuba

Tuesday, August 25, 2015

Kuat betul pengaruhnya

 Petang semalam kami (as in Akak, ayah bebudak dan Kakak) melepak kat Restoran Ismail TTDI sementara tunggu Adik balik sekolah.

Niat asalnya nak pergi minum petang pekena teh dengan roti canai ke macam tu.

Sekali masuk restoran tengok ramai pulak yang makan nasi beryani.
Sedap pulak Akak tengok....tu yang terpengaruh tu.

Senang sangat terpengaruh Akak ni.

Dinner teruslah Akak petang semalam.



beryani ayam restoran Ismail memang sedap sejak zaman berzaman
Ayah budak-budak ni laju jer capai papadom Akak...hepp biasa dia tu



Redha jerlah ya beryani ayam RM13.50

Lain kali masuk restoran tutup mata.


Monday, August 24, 2015

Selamat Ulang Tahun to Mama


dimulakan post hari ni dengan gambar my nephew pakai skirt.
Ni mesti terpengaruh tengok kakak-kakak dia pakai skirt.
Adik I kata dia ambik sendiri skirt kakak dia dan pakai.
Bahaya ni.....awak tu boy bukannya gurl

Harini 24 Ogos ialah ulang tahun harijadi my mother yang ke 18

I would like to wish my mother


Happy birthday Ma.....we love you

Since her birthday actually falls on a Monday, I decide to celebrate her birthday together with my parents anniversary yesterday (tapikan every year I mesti lupa the actual date of their anniversary hehehe....)


budak tengah tu bukan birthday girl tapi dia sibuk nak banana splitlah...nak extra daging lah =P


Kami pergi makan steamboat at Johnny's since it's kinda my parents favorite place....suka naw makan steamboat


my father busy eyeing other people's table.
Johnny's One Utama ni sokmo  penuh. Silih berganti orang masuk, tak ada meja kosong pun.





ambik set B ni macam banyak sayur jer tapi tak apalah my husband memang macam arnab suka makan sayur-sayuran....I jer yang tak suka sayur


udang I sukaaaaa sangat....


put down your phone Adik!
Rule kami no phone while eating.


ni sorang lagi gadget junkie.....teenagers!


Pagi tadi I call katanya the two love birds (my mom and dad) nak pergi lunch kat luar.

Happy birthday again Mama!




Thursday, August 20, 2015

Rumah penutup Syawal

Assalamualaikum,

Hamboi 2 hari sekali baru nak updatekan....sorry Akak kebizian dengan hal opis dan famili.
Kesibukan ofis balik rumah boleh terus turn off buttonnya tapi kalau hal family ni sampai ke tido dibawaknya. Kadang-kadang adik-adik ni kita nasihat bukannya dia nak dengar pun, nak ikut kepala sendiri. Suka hatilah pandai-pandailah selesaikan masalah sendiri. Semua pun dah dewasa bukannya budak-budak lagi dah beranak pinak pun masing-masing. Wah panjang pulak membebelnya.

Hari akhir Syawal tu pagikan Akak pergi jamuan raya masjid. Petang pulak BFF Akak ajak minum petang kat rumah dia. Kecik tapak tangan nyiruku tadahkan. Tak berasap langsung dapur Akak haritu. Dia suruh datang pukul 5 petang tapi Adik ada kelas gitar haritu so Akak kata Akak sampai lambat sikitlah.


Kami dijamukan dengan mee kari berapi meletup, nasi goreng cina berlaukkan kari kepala ikan, sayur dan ayam masak kicap.

Nak tau kenapa Akak cakap kari berapi sebab pedas ya amat. Makan dua sudu semua dah berpeluh hahaha....cili yang dia guna agaknya yang pedas.


kitaorang masa darjah 4 satu kelas. Amboi semua kawan dari sekolah rendah gitu.
Inilah kawan yang sekepala. 


Yang tengah-tengah tu kawan my BFF yang end up jadi my kawan too.
Sembang gossip macam-macam sampaikan dekat pukul 10.30 malam baru kami balik. Itu pun lepas budak-budak sibuk ajak balik kalau tak mau sambung sembang sampai Subuh.

Itu jer kisah Syawal tahun ni. Tak ramai orang buat open house tahun ni. Agaknya sebab keadaan ekonomi yang merundum ni so orang lebih berjimat cermat. 

Tuesday, August 18, 2015

Jamuan Hari Raya masjid TTDI

Assalamulaikum semua,

Semalam tak sempat nak update sebab kebizian melampau. Sampai migrainelah sebab menjawap telefon yang non stop. Everytime IT buat system enhancement mesti banyak problem the next day......stress sangat.

Sabtu lepas last day of Syawal Masjid TTDI ada buat jamuan hari raya.
Tiap-tiap tahun kami memang takkan lepaskan peluang. Dah macam jadi tradisi kami sekeluarga pulak. Almaklumlah TTDI tu consider kampung kami.



Awal pagi lagi kami dah sampai. My father siap pesan suruh pergi awal sebab takut kambing habis hahahaha. Orang tua tu siap pergi pukul 9.30 pagi. I pulak at rumah tengah terkial-kial gosok tudng. Pukul 10 pagi baru keluar rumah.

Kami sampai 10.30 pagi tak ramai lagi orang tapi stall makanan pun banyak tak siap lagi.

Nasib baiklah kami dapat meja kat dalam area masjid bawah kipas kalau tak berpeluh jugaklah kalau bawah khemah.

Ada stall untuk kambing panggang (ini stall paling popular line beratur punyalah panjang, satay, lemang & rendang, kueyteow/ mee goreng, ABC, murtabak, kuih muih dan minuman.



beratur dengan kesabaran. Nasib baik sampai kat rendang tu ada lagi sikit merasa gaklah.


kita ambik untuk bonda dan anak-anak kita sekali
Rendang daging dan ayam sedap. Akak ni dari sehari kesehari nak masak rendang daging tapi tak berkesempatan nak buat. Kena tunggu mood rajin datang.


cap ibu dan anak. 

Kita suh dia pergi ambikkan makan.....last-last kita pulak kena pergi temankan dia beratur jugak =P


hi kambing panggang....Akak dah nak dekat ni


ambik dua pinggan sebab nak bagi bonda kita sekali dia tak nak makan sebab takut darah tinggi dia naik. Juicy sungguhlah kambing bakar ni.....lembut jer isinya.
My husband siap pergi beratur 5 kali ambik kambing bakar. >.<
My father kata 15 ekor kambing bakar kali ni tapi cepat jugaklah habis sebab orang semua pergi mengulang.


rezeki kami....nikmat yang tak dapat didustakan bak kata mak blogger terkenal tu.
Makan tengahari dah tak payah nak risau lagi sebab balik semua kekenyangan.


tak habis-habis selfie

Tengah makan tu boleh ternampak pulak kawan Akak...teruslah gamit dia ajak duduk semeja. Sembang panjanglah kami gossip macam-macam hal. 


my classmate dari darjah satu. Dari darjah satu sampai form 5 sama sekolah.


kami budak kelas 1E, kelas paling corot masa darjah satu. Sekarang my friend ni somebody in gov agency....hebatkan budak 1E =)



Friday, August 14, 2015

Johnny's for lunch

Assalamualaikum,

Had to skip yesterday's post as I was a bit busy. Tengahari ada lunch meeting so pepaham jerlah kalau ada meeting ni nak kena buat preparations.

Last Wednesday my husband, Kakak and I makan kat Johnny's. Tekak I ni terasa-rasa nak makan stimboat. Tu yang ajak dua beranak tu lunch at Johnny's. Adik tak tahu ni kalau dia tahu sure dia marah hehehe...

Kami ambik Set A which is actually for 2 people tapi makan bertiga cukup jer. Tak ada pembaziran langsung.



10 stacks 


sos Thai dia memang sedap....campurkan ke dalam sup clear menitis air liur


husband tukang habiskan all the veges cause I honestly tak suka makan sayur.





udang my favorite.....sedapnya sup tu


I ordered cholocolate milkshake. Gemuklah mak macam ni.


ohh hi Kakak.....enjoying your food?


habis licin semua. Yang tinggal hanyalah kuning telur hehehe
Health conscious sangatlah konon tak makan kuning telur =P


muka kenyang. 
Love how my Samsung Note 4 front camera makes our face so flawless.

Besok nak pergi majlis sambutan hari raya Masjid. Selamat tak payah masak lunch hehehe...


Tuesday, August 11, 2015

Jamuan Raya opis

Minggu terakhir Syawal baru kami seofis berkesempatan nak buat jamuan makan.
Kitaorang kutip sorang RM10 pastu order jer makanan dari ex-staff.

Gambar semua random tak ikut susunan sebab Akak malas. Senang alasan gitukan.


barisan jelitawan opis Akak. 
Terpaksa Akak nyorok separuh badan kalau tak nampak sangat Akak gadang diri tepi manusia-manusia kurus ni semua


Tamak...semua nak sumbat dalam satu pinggan
Dalam pinggan Akak ada rendang ayam, nasi impit, lemang, kuah lontong dan watermelon.
Bihun Akak tambah kemudian. Tak ambik pulak gambar sebab sedap sangat melahap.
Kuih karipap dan kuih satu lagi tu pun Akak tak snap gambar.





muka tak ready. Dah macam apa muka Akak.


Ahh better...semua orang dah pose.
Ni antara opismet Akak. Ramai lagi tapi tahun ni derang sibuk so semua makan kat meja masing-masing.





Bukan nak menolong tapi menyibuk nak tangkap gambar





Penuh sederet meja dengan makanan. Alhamdulillah makanan semua sedap-sedap dan cukup-cukup.
So tak ada pembaziran. Air oren Akak minum bercawan-cawan sebab sedap.


Nampak tak Akak gadang berdiri sebelah orang-orang kurus. Akak posing menyenget pun still tak nampak kurus. Menyampah Akak tau. 

Inilah ruang yang budak-budak opis exercise beryoga. Opis ni pelik sikit semua menyempit kat depan tu pastu ada space kosong kat tengah-tengah. Ntah apa-apa.

Harap-harap tahun depan jamuan Raya adalah kambing golek sekor. 


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin