Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Friday, June 16, 2017

Apalah rasa tauhu Semudang?


Assalamaualaikum,

Harini kita cerita pasal tauhu pulak.

TAuhu bukan sebarang tauhu.....tauhu sampai buat orang sanggup beratur panjang sebab nak menikmatinya.

Kalau pergi pasar Ramadhan TTDI tu, Akak selalu hairan apasallah yang derang ni sanggup beratur panjang untuk tauhu. Sedap sangat ke tauhu ni?

Makanya semalam ada pulak orang jual tauhu kat Kota Damansara. Akak pun mengambil kesempatan membeli sebab tak ada line beratur panjang macam kat Pasar Ramadhan TTDI.

Nak gak rasakannnnn.....nanti kalau orang tanya boleh bagitau apa rasanya.



6 ketul tauhu = RM4. Masa beli tu derang siap bagi sekali cili padi....apa ke fungsi cili padi tu ntah. Katanya kat Indon tauhu ni memang tersangat femes. Kat sana macam ni lah yang derang jual, kena ada sekali cili padi.

Tersangat Akak tak paham apalah yang syok sangat tauhu Semudang ni.
Tauhu tu bukannya ada inti pun. Tauhu kosong macam tauhu biasa tu.
Tapi agaknya yang buat sedapnya sos tu kot. Tapi sosnya sikit nau.

Ada hati nak sos banyak-banyak kan.....lepas Akak makan tauhu cicah sos tu, Akak terus kena resdung teruk 😢
Macam air terjun hingus Akak mengalir tak boleh stop.....terus menangkap sakit.
Agaknya sos tu banyak belacan kot. Padan muka Akak.

Maka verdictnya.....tu sekali jerlah Akak akan beli.


Friday, June 2, 2017

Pasar ramadhan lagi - gulai kawah RM10


Assalamualaikum,

Alhamdulillah petang semalam pun cuaca baik maka dapatlah Akak sekali lagi menjejakkan kaki ke pasar ramadhan TTDI. Tapi kali ni Akak bawak dua beradik perempuan tu sekali. 
Biar Kakak dan Adik pilih sendiri makanan untuk berbuka derang.
Abang tak nak ikut tapi dia awal-awal lagi dah pesan beli kueyteow power semalam.
Harini lagi sekali Akak dan Abang makan kueyteow sementara ayah budak-budak ni makan mee. Macam dah ketagih pulak kami, hari-hari mau 😁


Akak dah pendek ....Adik lagi tinggi banyak dari Akak sekarang ni 😢


sembab mata Akak akibat tak cukup tidur


Kami bertiga beli beef pie. Ni memang favorite Kakak.



Gulai kawah.
2 senduk harganya RM10. Redha jerlah sebab anak nak makan sahur nanti.
Bukan tak boleh masak sendiri tapi tak sempatlah. 

Tu jerlah kot nak cerita harini.


Thursday, June 1, 2017

Pasar ramadhan Taman Tun Dr. Ismail

Assalamualaikum,

Petang semalam Alhamdulillah tak hujan, cuaca baik sangat.
Makanya dapatlah Akak pergi pasar ramadhan dengan gembiranya.



kalau nak cari keuyteow sedap pergilah cari Kueyteow Power...memang power sedapnya.



Popia TTDI ni memang femes sudah rasanya.
Tengok jerlah testimoni orang beratur tu.

Wassalam.


Monday, March 6, 2017

The Strands Food Mega Festival


Assalamualaikum,

Dah dekat 2 minggu baru nak update. Akak minggu lepas tak berapa sihat dengan demamnya pastu kena sinus attack yang teruk....whole day migraint dan sakit kat rongga hidung. Rasa macam nak 😢😭

Dua minggu lepas kat ada Food Mega Festival kat The Strand, Kota Damansara.
Kalau dah namanya food festival, of courselah Akak tak akan melepaskannya. Bila lagi nak merasa macam-macam makanan dalam satu tempat.


haaaa...tu dia macam-macam ada sampai Akak tak ingatlah stall apa yang ada.
Sapa suruh cerita 2 minggu kemudiankan 😐




tapi yang paling Akak ingat, Akak beli from satu stall ni meatball daging ni and kambing bakar....sedapnya sampai repeat the next day


sos bbqnya memang sedaplah....sampai menjilat jari. Cukup rasa semua....



kami duduk atas kayu palet untuk makan. Isykkk tak nikmat sebab kecik ruang duduknya plus kayu palet tu kan rendah. Next day beli tapau bawak balik makan lagi syokk..







ehh terselit pulak gambar bawak mak Akak makan kat Vichudda on the same day 😀



buatlah selalu food festival ni sebab syok dapat rasa macam-macam makanan



ni next day...repeat bawak budak ni pulak






kami beli ribs pulak the next day tu.....ayah budak-budak ni sukalah sebab banyak lemak.



dah macam muka anak korea 😘



tengah sibuk tengok orang tu masak ribs










blurlah pulak gambar meatballs, kambing dan ribs kami ni.

Puas makan kat rumah!


Monday, February 13, 2017

Post CNY 2017


Assalamualaikum,

Dah Chap Goh Meh dah pun Sabtu lalu, Akak baru nak update pasal Chinese New Year.
Sekarang ni update kat blog semua cerita dah basi 😚
Sorrylah ek....Akak cuba 😎

So macam tahun-tahun sebelumnya, tiger lion dance mesti akan datang ofis kami untuk bless kan ofis kami mengikut kepercayaan bangsa cina. Semoga lebih 'ong'lah business tahun ini. 


tapi tak tahulah kenapa tahu ni troop tak sama dengan tahun-tahun sebelumnya.
Tahun ni yang datang semua anak-anakikan macam budak-budak jer.
Makanya lion dance nya tak sebest tahun-tahun sebelumnya pastu rasa macam kejap sangat habis. Tahun ni pun dia tak mahu panjat ambik angpaw...dia kata dia cuma golek-golek atas lantai jer. Lion dance pemalas!



dia tengah makan PC ke tu?


ehh dia makan orang ke tu?


blessing the work stations...semoga business maju jaya tahun ni


ni pulak building punya tapi di sebabkan I turun awal 40 minit...koser Akak nak tunggu lama so Akak naik balik ofis. Bila dah naik tu malas lah pulak nak turun balik 

Last Wednesday pulak, sehari sebelum cuti Thaipusam ofis kami ada buat dinner yee sang.
Annual yearly event u-olls....tak boleh elak punya.







our menu for the night




💖💕💕💕💕💖



Yee Sanggggg!!
lagi tinggi kita angkat chopstick lagi bagus....that's what they told me



 muka dah berminyak-minyak sebab dari ofis sejak pukul 8 pagi. Pukul 11 malam baru event habis.
Nasib baiklah the next day public holiday u-olls...penat sangat!






 ada lucky draw jugak malam tu....sapa yang kenaaa....



mabuk-mabuk...dancing-dancing Akak tak masuk campur ya....Akak tau Akak pergi atas dasar kerja semata-mata 💁


apa ntah ni Akak tak makan pun....Akak duk sibuk tengok orang menggila ber-karaoke.
Kalau Jamal Abdillah dengar suara derang mau menangis 10 hari 10 malam 😝



lobby hotel pun nak tangkap gambar jugak ker.....husband I dulu pernah kerja part-time kat sini dulu masa dia buat diploma/ degree kat ITM zaman dulu-dulu. Weekend jer dia akan ada kat hotel ni jadi waiter 😃 Kiranya hotel ni nostalgia sangatlah bagi dia. 



muka penat ya amat.....tapi happening sungguh ya Jalan Bukit Bintang tu walaupun tengah minggu. Lama dah tak masuk area KL ni sejak berpindah ofis.

🙆


Friday, January 20, 2017

Random this week

Hello....Happy Sunday semua.
Kita cerita random jerlah ya apa yang terjadi minggu ni


ni masa Akak nak balik rumah ternampak kereta kat tepi lereng bukit The Club, Bandar Utama.
Aikkk...macamana boleh jadi macam tu eh?





ni pulak deco dekat lobi ofis Akak....teringin nak posing kat situ tapi tak ada pulak orang nak snapkan gambar 😜



ni pulak dinner Akak malam Jumaat lalu.
Perghh sedap sugguh sampai menari-nari lelemak badan Akak 😋😖

Enjoy the rest of the weekend semua!! 💃



Wednesday, January 18, 2017

Ketagihan sangat


Jangan salah faham pulak, Akak bukannya ketagihan najis dadah tapi Akak ketagih







 

Makan kuaci 😆😆😆 

 Tak boleh stop okay makan kuaci ni. Macam berantu bila makan.  Cleaner kat opis Akak tu mesti stress tengok karpet opis sebab bersepah kulit kuaci 😅 

 Sekarang ni minah belakang meja Akak pun sekarang dah tersampuk sekali makan kuaci 😂😂





Tuesday, November 1, 2016

More Food

I think there's a conspiracy to make us fat cause people keep giving us food! Om...nom...nom...

Can't stop eating the muruku and rempeyek all day :'(

But....keep the food coming. No problem :")

Friday, September 9, 2016

Restoran baru - Hameediyah KD

Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Lama pulak Akak tak update blog Akak ni.
Jumaat sampai Ahad minggu lepas Akak pergi company team building, so bila balik kerja on Monday berlambak-lambak kerja the whole week.
Partner Akak kan pergi maternity leave, so Akak dah jadi macam sotong kat office tu.
Nasib baik Akak ingat nak siram pokok-pokok kesayangan dia.

Ada restoran baru kat area rumah Akak baru bukak.
Restoran Hameediyah....fames katanya di Penang.
Hari ni kami anak beranak berkesempatan nak rasa makanan di Hameediyah.


lokasi di depan LRT station di bangunan  Sunway Nexis
 (restoran Kueh Rita Rudaini pun dilokasi yang sama)

model biasa Akak....budak berdua tu koser nak layan Mama




Suasana dalam kedai berhawa dingin (balik baju Akak melekat bau)
Kalau nak fresh air sila duduk luar.



Nasi kandar pilihan Akak petang ni.
Nasi kosong - RM1
Ayam goreng - RM7
Kobis - RM3 (ini Akak tak puas hati sebab sikit jer tu pun RM3?)



Tak sempat nak snap gambar laju jer Abang dah makan.
Biryani Ayam - RM14
Personal review by Abang - dia kata sedap.


Roti telur ordered by Ayah - RM3.50

Teh ais 3 cawan - RM10.50
Coca- cola - RM2.10
Teh tarik - RM2.60

Our total bill - RM43.70

Would we come again?

Probably not cause the husband said that 'tak ada ambiance kedai mamak'.
Hipster sukalah kot sebab dia macam modern mamak.
I personally would prefer restoran kayu kot sebab the nasi kandar  lebih sedap according to my taste bud dan air teh ais dan teh tarik depa lebih sedap.

Tapi lain orang lain citarasa. Maybe you guys can give it a try.

Akak ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan

'Selamat Hari Raya Aidiladha' 



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin