Showing posts with label handbag. Show all posts
Showing posts with label handbag. Show all posts

Wednesday, February 3, 2016

Borak lepas rindu


Sorry lama tak bersiaran. Tangan tak properly heal lagi so tak boleh nak over work kalau tak nanti malam sure sakit dan sengal/bisa-bisa. Most probably will take about 4-6 weeks to properly heal.

Kita cerita pendek-pendek jerlah ya.

Kisah 1 


Mata tu fokus kat bag tu. Model kat atas tu tolong menggayakan saja.
Seksanya nak dapatkan bag tu. Masa hari launching tu, website asyiklah hang pastu tak boleh nak check out. Stress hakak! Beli bag LV lagi senang.
Nasib baiklah ada jugak rezeki sebab lepas tu semua color sold out!

******************************
Kisah 2




CNY deco di Ikano Power Center. Kalau feeling-feeling nak bergambar macam dalam taman bunga tapi tak nak berpanas......bolehlah posing kat sini.

Kami pergi beli handphone baru untuk Abang.
Handphone sekarang ni bila call bunyi macam masuk air jer gemanya. So ayah dia bermurah hati belikan handphone baru. 
Hujung minggu ni baru Abang dapat pegang handphone barunya, Insyaallah bila dia balik untuk cuti Raya Cina. 
Akak nak suh dia sental satu rumah sempena membelikan handphone baru ni tapi ayahnya kata tak payah ler ....sebab nanti dia ingat everytime kita belikan dia barang tak ikhlas. Gitu pulak......there goes my free cleaning service =P

*****************************

Kisah 3

Al-kisahnya weekend lepas Ayah nak belikan anak bungsu kesayangannya seluar jeans.
So he happily ambik jeans tu dan suruh anak kesayangan try. Tapi lepas try anak kesayangan cakap dia tak nak sebab dia tak suka loose jeans. Dia nak jeans yang fitting. 
Ayah dah upset sebab anak kesayangan menolak offer dia. I senyap jerlah....malas nak masuk campur. Dah sampai parking Ayah cakap dia nak belikan jugak baby dia seluar jeans tu jugak.....kalau dia nak pakai atau tidak up to her. 

So naiklah balik dua beranak tu, while I ngan Kakak tunggu dalam kereta. Koser mak nak naik lagi.....biag pi lah kat depa. Lama wehh kami tunggu dalam kereta tu.
So selamatlah jeans dibeli. Tapi kemudian-kemudian baru I dapat tahu rupanya Ayah beli 2 jeans untuk anak kesayangan dia. Satu yang loose (ikut piawaian si bapak) and another one yang fitting ikut selera si anak. Lantaklah kome ....dua-dua Capricorn Tahun Kuda yang keras kepala. Nak buek macamana.....anak dah fasa teenager, ada fashion preference sendiri. Kalau ikut Akak...ko tak nak lagi Mama suka...sep(save) duit Mama hahahaha....




ni Ahad lepas sesambil tunggu Adik habis kelas gitar kami tengok orang beradu fitness.
Akak tengok pun dah semput.......tu belum suh Akak buat lagi tu.
Betul punya fit depa ni.....salute!

Wednesday, November 11, 2015

Menghabiskan last 500bhat


Terima kasih Huda sebab tumpang belikan kat Chiang Mai....terima kasih Kak Ana sebab tumpangkan dalam bag hehehe....

Ada pulak budak bungsu yang berkena bag tu.....nampaknya nak kena share ler =P

Balik nanti mak masak tomyum =)

Tuesday, November 4, 2014

Sunday haul

Pagi Ahad awal-awal lagi Akak dah masak breakfast sedap-sedap. I masak french toast, hot dog dan scramble eggs. Breakfast mat salleh pagi tu.

Tengahari pulak bertungkus lumus masak asam pedas dan lauk-lauk lain. Tapi untuk diri sendiri awal-awal dah tanak bubur sebab teringin nak makan dengan ikan masin goreng. Terangkat sangat makan bubur panas dengan ikan masin pastu buh kuah asam pedas sikit.

Masak banyak projek memikat hati suami tu. Nak pikat hati suami supaya bawak I pergi Paradigm Mall hahaha....sabo jerlahkan. Bila dah masak beria-ia nanti dia akan rasa bersalah kalau tak bawak I hehehe...pandai tak?

Petang dekat pukul 4.30 baru kami pi Paradigm Mall. Mall ni I tak berapa familiar parking dia pasal tu kena bawak jugak pakcik tu. Sat gi kalau I bawak kereta sendiri sah-sah I tak ingat where I park.


model tiang.


Nak pi ambik gambar bear besar tu dekat-dekat tapi anak-anak dah sibuk suruh cepat sebab kat luar tu panas pffttttttttttt.....


Masih ada lagi 'kolam' decoration


Budak kuat makan!!!.
 Eeeeiiiiiiii umur jer 12 tahun tapi dah 50kg !!! (sila baca dengan tone Datuk Terlajak Laris)
Takut tengok budak ni makan. Kalau makan tu mesti kena tambah, satu serving selalu tak cukup.


Tujuan ke Paradigm Mall nak ke Victoria Secret dan Sephora. 
Body spray VS I dah habis so kena restock dengan kadar segera sebelum Akak kau ni berbau busuk. Dah sampai situ terembat sekali bag VS. Bag basahan murah untuk ke ofis. Malas nak bawak bag mahal sebab I selalu letak my handbad atas lantai kereta so ada stains. Bila tengok ada stains mesti sakitttt jer hati. So all the bag mahai sikit tu duduklah hanpa dalam kotak until I want to use you back.

Naik ke Sephora nak cari lipstick NYX. Dapat beli sebatang krayon lipstick NYX kaler Honey Nectar dan Wonder pencil. Honey Nectar tu color dia sweet sangat. Wonder pencil tu pulak untuk tutup blemishes atau kesan jerawat. 

Pagi ni ayah budak-budak ni tanya handbag baru ke?.

Me with straight face.....'taklah bag lama".

Betul per....the bag is 3 days old. Kira bag lamalah tu hahahahahaha.....

Pantang ada bag baru mesti takkan lepas dari observation pakcik tu =P

Pastu dia belek-belek bag tu dia boleh cakap....ni boleh bagi Kakak ni.

Oiii dah kesemua nak dikasinya anak dia.......sakit pulak hati kita wakkkk!!

Nak bagi anak, sila keluar duit sendiri untuk bagi kat anak ya ayah budak!

Friday, February 8, 2013

Sempat singgah JPO

Mesti ramai yang tak sabar nak bercuti lama. Termasuklah tuan blog hahahaha.
Kali ni siang-siang lagi dah cakap dengan ayah budak-budak yang I malas nak pergi berjalan, nak duduk rumah jer. Serik dah sebab tahun sebelum tu pergi Cameron Highland masa cuti raya Cina jalan semua jam giler. Mak tak sanggup dah nak....tobat. Lagipun last week baru pergi JB, minggu ni kita rest kat rumahlah. Bersihkan rumah mana yang patut.

Lagipun duit dah banyak habis minggu lepas. Tiket masuk Legoland jer dah habis berapa ratus tu. Pastu makan minum. Pergi Johor Premium Outlet lagi kirai duit. So minggu ni kita duduk rumah diam-diam.



Hujan sepanjang hari masa kami pergi JPO tu. Sepanjang-panjang jalan dari JB ke KL hujan.




ehh eksaitednya dia. 


sampai-sampai jer dia nampak pony tu. Terus demand nak naik.
Sabar-sabarlah dik oii...Last-last I bagi jugak dia naik pony...free rupanya, ingatkan kena bayar. 


 saja jer snap gambar ni sebab nak whatsapps kat makcik  peminat Michael Kors.
Tak terbukak hati pulak hari tu nak jejak masuk sebab sampai-sampai jer terus serbu Coach. Itu pun bengang kejap sebab kena beratur kat luar. Ramai orang dalam butik hari tu. 
NAsib baiklah beratur tak lama ...kalau tak Akak kensel!



opssss I did it again. Dapat extra 10% hari tu.
Lepas tu terus mood nak shopping hilang. Badan pun masa tu macam tak larat sangat.



sempat jugaklah masuk Victoria Secret rembat body mist.

Kedai lain semua tak ada mood nak masuk. Masa tu ingat nak balik jer. Fikir balik macam...isykkk ruginya. Nak buat macamana badan tak sihat. 

Abang rembat satu glove bola kat Nike. Glove main bola pun mahal sampai RM89. Tak faham mak. Ayah budak-budak ni pulak beli wallet Fossil. Nasib baiklah I tak sihat kalau tak mau gak I pau ayah budak-budak tu. Ni jalan sikit cari kerusi nak duduk. Lantak koranglah korang nak masuk kedai mana.....Mama tau Mama nak duduk jer.

Si kecik tu dah sentap sebab tak dapat baju yang dia nak. Amboi Dik...nak jacket Nike sampai RM200++ memang tak dapeklahkan ayah mama nak belikan sebab dah tau sangat perangai dia pakai kejap jer tu. Pastu jadi penghuni lemari jerlah jacket tu nanti.

Kakak pulak bila tanya, "Kakak nak baju tak?". Dia jawap, "Kakak dah ada banyak baju dah". 
Syukur Alhamdulillah......tadah tangan syukur Mama. Save duit Mama hahahaha.

I would like to wish kepada semua selamat bercuti panjang. Kepada yang menyambut Hari Raya Cina, "Gong Xi Fatt Choy".....angpow lai laaa.....hihi...



Monday, January 21, 2013

Bab makan yang paling best kat Penang

Mesti korang kata ...laaaa tak habis lagi ke entry Penang hari tu.
Gambar dah upload sayanglah pulak kalau tak update.

Kalau datang Penang mesti pekena laksa Penang. Tapi laksa Penang ni tak macam yang kita makan kat KL ni. Laksa Penang ni manis sikit according to my taste bud ler. Ramai my friends tak berapa gemar sebab derang kata manis.


Malam tu pulak for dinner kami makan seafood. Jauh tempat ni....lebih kurang sejam dari hotel kami. Kat hujung tanjung nu. Boleh nampaklah jambatan kedua sedang dibina.


kat Kampong Teluk Tempoyak kalau tak silap.

Sini konsep self-service. So jangan haraplah orang datang ambik order. Kita sendiri kena pi order makanan kita.


udang dan ketam bakar. Ikan bakar tak ada dalam gambar.
Tapikan makan kat ikan bakar kat Melaka lagi best rasanya.


kalau dapat cili crab lagi sedap nih

Sok pagi sebelum berangkat balik KL, acara mesti makan breakfast kat Jalan Transfer.
Kalau sapa tak tau kat mana Jalan Transfer ni rugiiiii....lain kali pergi Penang pi cari Jalan Transfer.

Nak tau apa ada kat Jalan Transfer?



ada roti canai kuah daging.

Perghhhhhh....sedap siot. Ada daging seketul dalam kuah tu.


nampak tak daging tu?



roti goyang. Actually roti bakar buh dua telur 3/4 masak.

Must try kalau datang Penang tau. KL tak pernah jumpa lagi.

Ingatkan terus balik KL tapi ayah budak-budak ni ajak pergi mall yang sebelah G Hotel tu. Alah yang kat Gurney Drive tu. Queensbay Mall ke? Tak ingatlah. Pakcik tu nak memerut. Kelas gituh...nak memerut pilih lokasi cun-cun gitu.

Memang cun sangatlah sebab kat situ ada butik Coach. Dari luar lagi dah nampak...eksaited terus. Terus tertangkat sebijik. Alah Coachkan ada end season sale. Bag yang ribu-ribu jadi harga ratusan jer. Mau tak tertangkap sebijik buat basahan pergi kerja.



lihatlah dunia.....poyo sesangat tau.


sempat gaklah singgah jeruk Madu Pak Ali sebelum meninggalkan Pulau Mutiara. Ada lagi dalam petias tu buat stok.



Alang-alang dah lalu arah nak balikkan.....kita pergi makan mee udanglah kat Kuala Sepetang, Taiping.

Pemes tau restoran Mak Jah ni. Kalau tak silap kat Wangsa Maju pun ada cawangan.





mee udang


udang masak sambal.....sedap ratah udang macam tu jer.


kueyteow goreng udang

tak menahan sungguh sebab udang dia besar-besar dan fresh. Harga pun boleh tahanlah.



berbaloi sebab udang dia besar-besar....finger licking good. *sambil telan air liur*

Cuti tu memang makan jerlahkan. My uncle siap pesan balik rumah nanti timbang berat hahahaha.


Friday, November 16, 2012

Setia City Mall & H&M


Rabu lepas I ambik half day leave. Hari ni menyesal sebab tak apply leave. Pagi tadi macam seksa nak bangun. Malam tadi siap mimpi I masuk sukaneka....apalah punya mengarut mimpi. Siap buat senaman aerobik lagi dalam mimpi. Dekat nak ending-ending mimpi tu, I pergi ambik gambar orang main sukaneka. Merapu sungguh.

Lama dah sebenarnya nak pergi Setia City Mall. Sebenarnya hanya satu reason jer nak jejak sangat kaki ke sana. Nak pergi H&M....hehehe. Nak pergi Bukit Bintang macam tak sanggup sebab tempat jin jam bertandang tu. I allergic sikit dengan tempat jam-jam ni. Cukuplah pengalaman bertahun-tahun lalu jalan tu. Sekarang ni kalau ajak masuk Jalan Bukit Bintang memang taubat ler.


dikejauhan itu ku lihat dirimu



dah depan mata...berbunga hati



sebesar-besar iklan H&M

Mallnya luas dan yang paling penting parking pun senang. Bukan macam One Utama atau lebih seksa Midvalley Megamall. Pusing sepuluh kali kat dalam parking Midvalley tu pun belum tentu boleh dapat parking okay.


masuk-masuk mall jer, tak pandang kedai lain dah. Kita cari H&M dulu. 
Jenuh mencari rupanya bersebelahan dengan butik Zara.

Firstly, H&M ni tak sebesar yang dekat Bukit Bintang. Satu floor jer and barang pun tak sebanyak yang dekat Bukit Bintang. Kalau nak more selection, silalah pergi H&M Bukit Bintang. Price wise, barang-barang kat H&M adalah affordable dan tidak mahal melampau.


yang penting misi berjaya. I got what I came for. 

Sebenarnya I beli bag, tapi I tak adalah kabar kat ayah budak-budak ni. 
The next day baru I pakai bag ni. Boleh pulak dia perasan dalam kereta. "Eh ni bag barukan. Ni mesti beli semalamkan". Hahahahaha...mak kantoi.



ambik gambar depan toilet. Lama ler budak  tu buat bisness.



store pujaan hati the boys.

The boys dalam rumah ni pakai phone Samsung, while us the girls are Apple fan. 



Cantik kolam dia walaupun kecik aja tapi siap ada peacock tu.
Side view


front view. 

Kalau ekor burung tu kembang mesti lagi cantik.


lunch yang menggembirakan hati kanak-kanak - McDonald's


luar mall

It's a cosy mall. Cuma jauh sikitlah kot nak pergi compared to One Utama or The Curve yang lebih dekat our home. Tapi dua mall ni sekarang kalau weekend atau public holiday mesti jam sokmo >.<


Just Do It! Survey harga dulu sebab end of the month Insyaallah nak pergi JPO.


 Semalam pergi rumah my mom sebab my youngest sister masak laksa Johor...sedap.
Pastu my other sister kata dia nak pergi Sunway Pyramid sebab Uniqlo baru buka and ada discounts on certain items. Dia nak pergi beli seluar tights harga RM79.90 slash jadi RM49.90. Apalagi I pun memesan samalah sebab nak pergi sendiri kes malas. Rupanya minah tu sampai sana dia kata line queue panjang gila. Nasib baiklah jugak dia dapat merembat tights yang I nak tu. Suka hati mak. Hari ni lunch karang nak pergi collect. Hehehe.

Free sungguh hari ni kan dapat type post panjang sikit. Ialah boss cuti maaaa...so tikus bermaharajalelalah hahahaha.

Happy Friday u'olls. I'm still counting hours till 5.30pm =P

Friday, September 7, 2012

Kau buat ku angau

Mandi tak basah, tidur tak lena

Ohhh gorgeous you

Semalam bila bersua muka secara live....confirm memang telah jatuh cinta

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|


jelitanya yang kaler merah ni

biru pun menawan kalbu 


Saffiano leather tote you so gorgeous.

Oh duit bilalah nak jatuh selambak atas pangku ni huhu...


Monday, August 6, 2012

Ramadhan 2012 - Day 16 - Kenanga Wholesale City

 Plan semalam nak cari baju raya Abang.

Bila dah keluar rumah kat simpang tu, masing-masing buntu tak tahu nak pergi mana. Bila ayah budak-budak ni suggest pergi Kenanga Wholesale City (KWC), rasa macam nak melompat kat dalam kereta tu. Nasib baik sedar diri.....ialah bukannya senang nak ajak pakcik tu masuk KL.

Kalau tak tahu kat mana KWC, here's a map from their website


KWC is the latest exciting offering in the Asian fashion wholesale industry. The exceptional development in Kuala Lumpur, Malaysia is inspired by the success of wholesale centres in China, Indonesia, Thailand and Korea.


KWC is Malaysia's first one-stop fashion wholesale shopping mall that brings together a large and comprehensive directory of businesses - fashion, accessories, shoes, gifts, and other lifestyle products, all under one roof.

With more than 800 lots and 500,000 sq ft of net lettable retail space, KWC offers an exciting variety of merchandise. Whilst dedicated to wholesale businesses only, KWC functions as a shopping mall with full amenities catering to business convenience with F&B outlets, event spaces, banking and a host of other business services.

KWC is endorse by the Tourism Malaysia as Kuala Lumpur Must Visit Destination.

source: KWC website


Bila nampak jer signboard KWC terus happy.

 besar rupanya bangunan  KWC. Nak naik parking pun sikit punya tinggi.

Ada tujuh tingkat nak shopping. Tips: Silalah pakai kasut flat dan kalau boleh pergilah time boleh makan dan minum sebab dahaga siot pergi hari puasa. Dalam KWC ni pun ada foodcourt (tapi rasa yang tak halal punya yang kat tingkat 7 tu), kat level bawah sekali ada a few kedai makan.

Display tingkap yang meruntun jiwa. Nampak semua murah. Memang murah kalauuuuuu....beli in bulk. Kalau beli satu mahal jugak kot. So kalau nak pergi KWC baiklah pergi dengan kawan-kawan so boleh combine purchase dapat murah dari retail price.

Upin Ipin ni maskot KWC ke?

kedai t-shirt ni boleh tahan murah. Tu nampak tak minah kecik tu tengah memilih t-shirt

 heaven for ladies sebab banyak kedai pakaian wanita. Kedai tudung pun boleh tahan banyak



 murah jugak dress kat sini
 
Alkisahnya I masuk kedai ni sekali ada tudung yang I berkenan. Alah tudung yang ala-ala Sashmeen Radiusite tu, syria dua layer cantik. Alamak tak ingatlah pulak tingkat mana kedai ni.

 ada yang dua layer and ada yang tiga layer

berkenan gila dgn yang ni. Sekali satu RM110. Lagi mahal dari beli online. Kansel.
Kalau beli tiga baru dapat sehelai RM75

Dari hati berbunga-bunga ingat dah dapat tudung raya, terus kuncup =(


disebabkan banyak kedai accessories rambut, terjebak membeli rambut palsu kaler-kaler clip on kat budak dua beradik ni

kain ela

pilihlah nak handbag apa

ternampak kedai ni masa nak cari kedai brooch. I kan pantang nampak kedai comel-comel ni.


bagus sungguh sebab terjebak membeli bag sling ni. Dari RM100 dapat 50% discount. Siap suruh Kakak pilih wallet untuk dia sekali sebab ada half price.

Lama dah mencari accessories tudung ni. Ni pun buat muka selamba tanya kat bangla yang jual tudung tu mana derang beli accesories tu. Dialah yang cakap kat tingkat 6 & 7 ada banyak. Rupanya ada kat satu kedai ni kat tingkat 6. Nama kedai tu kalau tak silap BWC. Murah saja RM13 satu.



I bought 2. One gold and the other one silver



this is how it looks like lepas kita pakai kat sanggul kita

ada satu kedai ni menjual brooch yang comel-comel. Tak tahan tengok sebab so pretty and colorful

bought 3 for myself for only RM5

Lagi satu tips - ada kedai yang hanya terima duit cash dan tak terima kad kredit. Tapi jangan risau sebab dalam KWC ada teller Maybank dan RHB.

Misi mencari baju melayu Abang tak berjaya sebab banyak baju perempuan jer kat KWC ni. Ingatkan lepas tu nak pergi Jalan TAR tapi jam ya hamatlah pulak so kansel. Pergi Omar Ali TTDI tapi tak jumpa yang berkenan plus harganya hemm...kopak wallet maknya oii.

Tau tak kat mana jumpa baju melayu budak ni?. Kat Jusco sebelah ofis maknya jugak =P



 buka puasa kita makan McDonalds jerlah sebab mamanya pinggang dah nak patah jalan tujuh tingkat.

Chicken pie tu beli kat bakery Jusco, Sheperds pie pulak beli kat Mobil TTDI. Itu pun nasib ada 2 lagi. My sister kata pukul 3.30 petang orang dah beratur membeli kuih kat Mobil. Kuih-kuih dalam Mobil tu memang sedaplah.

Selamat menyopping orang Selangor hari ni. Cuti Nuzul Quran kan. I jer yang kena pergi kerja hari ni walaupun ofis di Selangor. Not fairrrrr...why you located in KL wahai Bursa Malaysia....why?



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin