Monday, March 24, 2014

#23032014




Semalam is actually my birthday ke XX (kalau I kata sweet 18 korang percaya tak?)


Syukur Alhamdulillah Allah memberikan another year to celebrate my birthday. Dapat menyambut harijadi dengan semua anak-anak dihadapan mata.

Glam sekejap semalam dengan ucapan selamat harijadi daripada family dan kawan-kawan di facebook dan IG. Terima kasih banyak-banyak. My father awal pagi lagi dah call ucap birthday wish. He never forgets any of our birthdays.

Dah tua-tua ni tak dapat hadiah tapi dapat ucapan pun dah menggembirakan hati.

Itu jerlah kot. Tetiba blank hahaha.

Anyway, video kat atas tu Adik main ukelele. Ada dia nyanyi happy birthday tapi I malas nak upload.

Makin tua makcik *sob* 











Thursday, March 20, 2014

Berterus terang dan bertabah


Malam tadi I keluarkan baju dalam gambar kat atas tu sebab nak gosok. 
Material kain baju Rizalman tu kain lycra.

Datang anak bertuah saya yang no dua tu.....tau tak apa dia cakap?

This is her exact word.

"Ayu, why are you wearing a swimming suit to office?"

Berterus terangnya kau wahai anak. Siap panggil mak kau dengan nama lagi ya.
Bertabah jerlah!

Wednesday, March 19, 2014

Pain reliever

Blog readers dah back to normal. Syukur Alhamdulillah. Bila ramai sangat orang masuk my blog rasa macam alamak peliklah pulak. Tetiba rasa segan sangat. 

Tapi nak ikutkan tak ada sangat pun sebab yang I selalu kcerita kat blog ni perkara-perkara yang biasa-biasa. Surface-surface jer sebab seganlah nak tulis melalut-lalut kat blog. Perkara yang personal sangat biar kita saja yang tahukan. Tulis dalam diari hati saja.

Sabtu lepas I ada appt lagi dengan specialist on my slip disc condition. Lega sangat sebab appoinment kali ni doctor tak inject steroid lagi tapi doctor suruh I buat physiotheraphy for a month and kalau still sakit lagi might have to do MRI scan again to see the condition of the disc.

I decided to go on every Saturday  for the physio sebab hari kerja lecehlah nak pergi physio plus cik abang I tu kang bising sebab susah dia nak buat appoinment tengahari. 

I complaint kat doctor yang I makan Arcoxia (pain killer) tu sebiji tak relieve langsung sakit. Boleh tak I makan dua biji. Doktor kata kalau 90mg tak boleh makan dua tapi kalau 60mg boleh makan dua biji sebab sehari tak boleh lebih 120mg. Plus doktor also bagi Tramadol which is also a pain reliever tapi lain group daripada Arcoxia. 

Tramadol is a narcotic-like pain reliever.
Tramadol is used to treat moderate to severe pain.

Bila baca Tramadol tu narcotic like pain reliever, macam seram pulak nak makan hahaha. So far tak makan lagi sebab minggu ni Alhamdulillah masih lagi boleh tahan sakit. Tengoklah nanti kalau sakit sangat I telanlah nanti. Anyway, it's so sad to hear about the kids yang mati sebab drugs kat festival music tu. Kids pleaselah kalau nak enjoy music pun janganlah campur sekali dengan dadah and alcohol. Life is too short to waste on unnecessary things. Sedihlah sebab yang mati semua still muda-muda. 



Life is too short to be wasted. So keep calm and eat mee kari.

 Mee kari Uncle Lim memang deliciouslah. Terbaik download.jpg


Tuesday, March 18, 2014

Blog sendu





Blog Akak blog sendu jer dik. Kalau cerita pun cerita syok sendiri jer.
Semalam bila tengok stats, terperanjat Akak sebab tiba-tiba visitor naik mencanak.
Dah kenapa?
Akak bukannya ada buat cerita meletops pun. Cerita bosan biasa-biasa jer.
Apa yang korang google eh....oh korang goole 'tudung instant' terus masuk ke blog Akak ya.
Dah....lain kali korang jangan buat buat Akak terkejut lagi tau sebab
blog Akak ni blog sendu jer. 

Friday, March 14, 2014

Jerebu punya hal


Anak-anak tak sekolah hari ni sebab jerebu yang masih teruk. Mak bapak kena keluar kerja so have to trust the girls to stay at home. Siap pesan jangan guna stove. Kalau lapar, makan roti atau benda-benda yang tak involve any cooking. Si Kakak confident jer cakap yang hari ni dia babysit her sister. Good lucklah Kakak in babysitting the bossy 12 year old. 

Tengahari tadi sempat keluar lunch with my bestie. Alah makan kat area dalam One Utama jer sebab masing-masing tak sanggup nak hirup udara jerebu kat luar. Macam biasalah kami sure gossip session. Tergelak-gelak dua ekor kat dalam kedai tu. 


we're like chili and pepper =)



I ordered spaghetti Oglio tapi I hanya kutip all the seafoods dalam tu bagi perabis. Pasta dia tak berapa umhp.



penutupnya kami makan banana split….sedap. Post gambar kat IG sampai adalah yang terliur tengok. =)


Basically it's a boring week. Can't wait for cuti sekolah cause my boy will be back and I siang-siang lagi dah apply cuti hehe...

Tuesday, March 11, 2014

Open day Academy

Masyaallah berat rasanya hati nak update especially bila flight MH370 belum ditemui. Terkejut rasanya bila baca twitter pagi Sabtu lepas yang ada MAS flight yang missing. Rasa nak melekat tengok TV kat rumah tapi dah berjanji dengan anak lelaki untuk pergi open day college dia. 

I pray that flight MH370 will be found soon. Indirectly I feel sad especially bila tahu that two of the cabin crews are my ex-schoolmate. Dear friends lets pray for the safety of flight MH370 passengers and crews.

On a happier note, last Saturday kami ke open day college Abang. Wah siap sms tanya Mama mana...Mama datang tak?. Risau sangatlah Mama dia tak datang anak manja sorang tu.

Mama datang tapi Mama pergi breakfast dululah. Standardlah perut kena isi dulu.



budak ni gigih melukis gambar kartun atas plain t-shirt dia. Nasiblah Dik asalkan bahagia.



Kami sampai dah almost pukul 12. Ramai jugaklah parents yang datang. 
I think mostly come sebab rindukan anak-anak.

Ada banyak gerai jualan kat luar bangunan college tapi I tak rajin pulak nak pergi berjalan-jalan sebab still in sombre mood. The only thing I bought from the stall are neck pillow for RM20. Sedaplah jugak bantak tu sebab boleh buat macam-macam bentuk and banyak kegunaan.

Beside from the stalls, dalam bangunan college ada pameran and banyak aktiviti lain which relates to KRU Academy. 


drones


pameran sketch students 2D animation. Cantik sangat lukisan mereka, which actually impresses Adik. Diakan kaki Anime sampai semua gambar lukisan dia gambar anime.




simple video how they did a simple animation






Part of the students assignments is to draw


nice eh....boleh jadi kartunis lepas ni kot


lukis guna Wacom


there's my baby boy at the photo fantasy booth. 
He and his friends are in-charge of the booth....in another word tukang ambik gambar.

Kita boleh ambik gambar guna prop dari filem Vikingdom. 


some of Vikingdom props. Bukan metal betul pun rupanya.


here's my baby boy. So happy to jumpa Mama lah tu sebab Mama bawak air and foods for him. My crappy S4 takes blurry pictures, lupa nak bawak camera on that day.



My baby boy is taller than me.






Ada artis yang datang jugak hari tu untuk buat persembahan like Dafi as seen here.
Masa Fourteen buat show, satu haram I tak nampak sebab all the kids were standing in front of shorty me. Nampak kepala depa jer. Adalah tangkap video, itu pun Abang yang tolong ambikkan sebab he's much taller. Nanti kalau I rajin I'll upload the video. 
Masa Wak Doyo on stage, I kat luar so malas nak berhimpit dengan budak-budak tu. 
Nasib baik tak jumpa dia, kalau tak mau I tanya Wak Doyo tu tak panas ke pakai baju berlapis-lapis.


my baby girl dah bosan sebab kena tunggu sampai pukul 6 sebab nak pass barang-barang makanan yang kami beli to her brother


dah bosan-bosan, kami masuk auditorium tengok students buat performance. Ada yang menari, menyanyi...macam-macamlah. There's one boy Adik ada crush sebab boy tu pandai melukis and menari ...nanti I letakkan video.


ni pulak bengkel komik. I masuk pun dah 3/4 bengkel start. Interesting jugaklah sebab banyak point-point menarik. Unfortunately, I did not catch the speakers name though he does look familiar.


sempat lagi kami bergambar di green screen. Props betul tu tapi tak berat pun tukul tu.
Haaa...Adik naughty2 Mama ketuk dengan tukul besar!

Wednesday, March 5, 2014

Weekend bazaar sana sini

I somehow am so lazy to update my blog lately. Maybe because since I have a Dayre account, it's much easier to update there plus they have all these cute stickers. But my Dayre account is created to log my food intake....it's my food diary hehe...

What are we up to last weekend? 

Oh Saturday pergi hantar Abang's football shoes cause he said Sunday dia ada sports day and he needs his football shoes. I also bought for the boy some foods and mineral water. Dia tak boleh keluar outing so we just pass the things depan pintu guard saja. My poor son ada banyak kesan gigitan nyamuk. This week there's an open day at his college, so hopefully I'll remember to buy for him mosquitoes repellant. Risau jugak sebab sekarang ni musim denggi.
Kalau I belikan dia kelambu agak-agak dia pakai tak?


Abang was happy to see his grandmother. So kami bawak Nenek makan kat Saba. Wow...kena tulis nama okay nak dapat tempat duduk kat Saba tu....so sabar jerlah.

Berbaloi jugaklah sebab sup kambing dia the bomb! sedap gila. They ate the lamb and chicken kabsah while I had the beef kebab. Sedapnyalah hai. This weekend nak ajak ayah budak-budak ni singgah lagilah sebab dah alang-alang kat area tu kan.

Nampak tak gambar polis station tu?. Bibik my sister kena rompak depan Petronas yang ramai orang. Hilang duit, handphone, passport segala. Tu lah degil sangat orang dah kata jangan keluar rumah tapi dia degil. Malaslah nak komen. Udahlah masa my mom call tu I tengah on the way to #femesbazzar kat Kelana Jaya. Potong betul mood tau nak shopping. Siap terserempak dengan Wawa Zainal and Aeril Zafril lagi kat sana. My sister was in Ipoh so we had to help bibik to make report, ganti kunci grill and all cause my mom were afraid kalau2 orang pecah masuk rumah ke cause kunci rumah pun hilang. Boleh pulaklah tukang kunci tu pergi salah rumah malam-malam buta tu. End up my mom tido at our house sebab dia takut.

Sunday pulak after sending my mom home kami singgah The Curve flea market. We bought Adik her a Ukelele last Friday so sekarang kat rumah duk dengar dia memekak dalam bilik praktis. Dia nak tuner for her ukelele, nasib baiklah jumpa kat flea market tu.



kalau I ler I beli that pink hello kitty ukelele hahaha tapi my kids now hates pink and I'm stuck as being Pink Mama. I actually guna nama ni sebab my two girls used to love pink color so much tapi dah besar ni semua tak suka kaler pink. So how? I should change my pseudo name. 


Lepas tu tak reti penat lagi kami ke The Fabulous bazaar pulak kat The Strands. Tak adalah fabulous sangat pun sebab tak banyak barang menarik sangat pun and tak teratur macam flea market The Curve.

I somehow manage to persuade my hubby to join the gym. Bagi dia exercise sikit. Bila the instructor tanya Akak tak nak join ke.....errr....sorry ya Akak ada slip disc tak boleh exercise hehehe.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin