Showing posts with label dinner. Show all posts
Showing posts with label dinner. Show all posts

Monday, January 29, 2018

I won

Jarang-jarang berlaku ni so kena documented.

Akak menang lucky draw u'olls.

RM500 gift card Parkson



bahan bukti

#smilingallthewaytoParkson

Monday, February 13, 2017

Post CNY 2017


Assalamualaikum,

Dah Chap Goh Meh dah pun Sabtu lalu, Akak baru nak update pasal Chinese New Year.
Sekarang ni update kat blog semua cerita dah basi 😚
Sorrylah ek....Akak cuba 😎

So macam tahun-tahun sebelumnya, tiger lion dance mesti akan datang ofis kami untuk bless kan ofis kami mengikut kepercayaan bangsa cina. Semoga lebih 'ong'lah business tahun ini. 


tapi tak tahulah kenapa tahu ni troop tak sama dengan tahun-tahun sebelumnya.
Tahun ni yang datang semua anak-anakikan macam budak-budak jer.
Makanya lion dance nya tak sebest tahun-tahun sebelumnya pastu rasa macam kejap sangat habis. Tahun ni pun dia tak mahu panjat ambik angpaw...dia kata dia cuma golek-golek atas lantai jer. Lion dance pemalas!



dia tengah makan PC ke tu?


ehh dia makan orang ke tu?


blessing the work stations...semoga business maju jaya tahun ni


ni pulak building punya tapi di sebabkan I turun awal 40 minit...koser Akak nak tunggu lama so Akak naik balik ofis. Bila dah naik tu malas lah pulak nak turun balik 

Last Wednesday pulak, sehari sebelum cuti Thaipusam ofis kami ada buat dinner yee sang.
Annual yearly event u-olls....tak boleh elak punya.







our menu for the night




💖💕💕💕💕💖



Yee Sanggggg!!
lagi tinggi kita angkat chopstick lagi bagus....that's what they told me



 muka dah berminyak-minyak sebab dari ofis sejak pukul 8 pagi. Pukul 11 malam baru event habis.
Nasib baiklah the next day public holiday u-olls...penat sangat!






 ada lucky draw jugak malam tu....sapa yang kenaaa....



mabuk-mabuk...dancing-dancing Akak tak masuk campur ya....Akak tau Akak pergi atas dasar kerja semata-mata 💁


apa ntah ni Akak tak makan pun....Akak duk sibuk tengok orang menggila ber-karaoke.
Kalau Jamal Abdillah dengar suara derang mau menangis 10 hari 10 malam 😝



lobby hotel pun nak tangkap gambar jugak ker.....husband I dulu pernah kerja part-time kat sini dulu masa dia buat diploma/ degree kat ITM zaman dulu-dulu. Weekend jer dia akan ada kat hotel ni jadi waiter 😃 Kiranya hotel ni nostalgia sangatlah bagi dia. 



muka penat ya amat.....tapi happening sungguh ya Jalan Bukit Bintang tu walaupun tengah minggu. Lama dah tak masuk area KL ni sejak berpindah ofis.

🙆


Tuesday, March 1, 2016

Company Annual C.N.Y Dinner

Dah habis dah rasa Cina baru nak buat dinner....
suka hati kome ler.

Akak macam biasalah tiap-tiap tahun kena menghadirkan diri kerana tugas.
Kalau tak kerana tugas memang Akak malas nak pergi sebabnya annual dinner ni selalunya Hari Jumaat malam Sabtu....penat weh sebab kena pergi straight dari ofis.

Pastu faham-fahamlah hari Jumaat jalan jam kalau nak masuk atau keluar bandaraya KL.
Walaupun kenderaan disediakan...Akak tatapppp malas sebenarnya.

This year  boss besag tak mai so dinner start awal, habih pun awal hehehe...majoriti dah veteran so semua nak balik tido awal hehehe.... Pukul 9.30 malam dinner habis.
Pukul 10 semua mata dah layu jer nak tido....nampak sangat semua oldies.





warga-warga bertugas.....

Nasib baiklah petugas-petugas pun diberi makan.



macam biasa kalay CNY dinner mesti ada acara Lo Sang...

Lambung Lo Sang tinggi-tinggi untuk prosperity mengikuit kepercayaan orang Cina.







gambar makanan lain Akak tak sempat snap sebab sibuk bertugas malam tu.
Makan pun sebenarnya tak kenyang. Balik rumah sempat melantak KFC lagi sebab lapar


this is my view masa Akak tengah tunggu husband Akak datang ambik lepas dinner.
Cantik view Menara KL ni.......look so romantic.

Kalau terrer cuba teka Akak dinner kat hotel mana?



Monday, May 5, 2014

Kota Damansara - Cyberjaya - Kota Damansara - Dinner CWA


Hari Rabu lepas hari yang rasa macam nak patah pinggang duduk dalam kereta.
Malam tu sepatutnya kami nak kena attend dinner kat Sunway Hotel tapi disebabkan Abang call hari sebelum tu kata dia demam and chest pain maka petang Rabu tu kami terpaksa bergegas ambik dia kat hostel di Cyberjaya.

Heran betul semua jalan kat KL ni. Ikut highway pukul 4.30 pun dah jam. Sampai Cyberjaya dah almost 5.30 petang. Pastu dia mengadu lapar sebab tak lalu nak makan nasi tengahari so kami bawaklah dia makan kedai mamak dulu. Hari sebelum tu kitaorang dah pergi tengok dia dah pass cool fever dan ubat gastrik. Risau jugak sebab dia tengah exam sekarang.

Nak patah balik punyalah jam. Rasa macam nak patah pinggang duduk dalam kereta sebab semua jalan jam sepanjang-panjang dari Cyberjaya ke Kota Damansara. Kebas-kebaslah bontot duduk dalam kereta. Macam dah tawar hati nak pergi dinner kat Sunway tu sebab dah pukul 8 malam baru sampai rumah balik. Decide untuk solat Isya dulu baru pergi dinner. Maknanya pukul 9 malamlah baru sampai. Nasib baik dish pertama baru masuk kalau tak melepas nak makan sharp fin soup tu. 


segan nak ambik gambar makanan sebab ramai duduk satu meja


scallop kalau tak silapnya ni. Rasa liat semacam jer so I skip this one



udang pun tak berapa best tahun ni. Tahun-tahun sebelum ni semua mesti buttered prawn tapi tahun ni ntah apa punya prawn dish. Dahlah seksa nak membuang kulit udang tu guna sudu garpu so end up I makan sekor jer. Sangatlah rugi rasanya



here's me enjoring Dayang Nur Faezah singing. Nampak penat sangat mukakan.
Makeup ala kadar jer malam tu dengan tu tudung senget benget tak reti sungguh nak gayakan scarf Tudung People ni. Lantak situ.


orang lain sikit punya vogue devass....I selekeh ya amat


Pompuan selekeh yang ada hati gak tu nak bergaya dengan patung 






Here's two clips of Dayang Nur Faezah singing live. Suara dia memang meletup punya bestlah. Kagum sangatlah.

Sampai rumah dah almost pukul 12 malam. Penat jangan ceritalah. Nasib baiklah besoknya public holiday bolehlah berehat satu hari.

Thursday, February 13, 2014

Sebabkan kambinglah terlepas Ariana Rose

Rasanya sekarang tengah musim companies buat dinner sempena Chinese New Year celebration. Company kitaorang pun tak ketinggalan semalam buat dinner gathering. Maknanya free dinner meal for all of us....woot ...woot! (Woot...wootlah sangat!)

Buat kat open gallery office jer. Nasib baiklah office kitaorang ada verandah so adalah tempat bakar kambing golek. Nasiblah kat floor lain yang berbau asap kambing tu.



oppsss sorry bang....terambik gambar time menunggeng.
 I nak tangkap gambar kambing golek tu sebenarnya.



semalam boleh pulak tetiba hujan turun after so many days tak hujan. Alhamdulillah lah jugak sebab panas sangat. Cumanya takut air hujan tertempias kat kambing. Tapi hujan turun sekejap jer rupanya. 


pukul 4 dah siap setting. Dinnernya start pukul 5.30-6pm. 
Merasalah semua orang ambik bau kambing jer sebelum tu.



baru sempat ambik makanan lepas settlekan lucky draw numbers. Stress akak tau bila semua serbu at one time untuk their lucky draw numbers.

The food was so so lah. Kalau makan kat hotel butter prawn tu mesti I tangkap dulu. Tapi caterer ni punya butter prawn lembik. Udang tak fresh.....frust Akak.


bila masa ntah derang ni lo sang sebab I duk sibuk menyorting out the lucky draw numbers


ni dah round ke berapa , kalau tak panjang gaklah queuenya. Queue untuk kambing lagi panjang....malas nak beratur. Nasib baiklah ada yang baik hati ambikkan. Dah hujung-hujung tu kitaorang semua menapaulah kambing and other foods sebab banyak extra. I actually dapat bawak balik banyak jugaklah daging kambing tu plus tulang kaki kambing hehehe. 


Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Semua orang actually lebih excited untuk lucky draw.
We have 4 mini iPad retina and 8 powerbanks to be won.

Tapi macam biasalah I manalah pernah menang any lucky draw. Walaupun my lucky draw number was no 8 tapi tarak ONG ooohh. 


sampai rumah dah dekat pukul 9pm. 
Terlepas tengok Ariana Rose. Nasib baik boleh repeat tengok online kalau tak I nangis.


Itu saja kisahnya semalam

Ikhlas dari Ariana Rose.

Tetiba hahaha. Terpengaruh sungguh dengan siri Ariana Rose. Hari ni last episod pulak tu. Lepas ni tak dapat dah tengok Adam dan Ariana sweet sweet with each other lagi. Lawa sungguhlah si Fathiya tu especially bila dia pakai tudung. Ni yang rasa nak beli Madison scarf dari Sugarscarf ni sebab tengok Ariana pakai lawa terletak jer. Alah tapi Ariana (Fathiya) tu dah memang cantik, letaklah kain buruk pun sure lawa jugak.

Malam ni last Ariana Rose, so balik rumah kena siapkan apa-apa yang patut so tak ada interruption. =)

Tuesday, April 16, 2013

Annual dinner last Tuesday

Dah exactly seminggu event baru nak update. 
Penyakit malas nak update blog menjadi-jadi sejak kebelakangan ni. Alah kalau tak update pun nobody noticekan.

Selasa minggu lepas temankan hubby ke Annual dinner company dia. Tiap-tiap tahun ginilah. Kira okaylahkan sebab dapat makan free. Chinese 8 course meal...kenyang tu.

Tu pun dah sampai lambat sebab solat maghrib dulu kat rumah. Lepas solat terkejar-kejar nak pergi Sunway dengan jalan jamlah lagi. Nasib ler.....yang penting dah solat dulu.





lama dah tak tengok disco ball


Bab makan no complaint cuma I never like the Lotus Leaf Rice





sedap sup ni. 
Dulu masa duduk Amerika selalu gak pergi makan kat Chinese restaurant dan makan egg drop soup.


nak ambik gambar dekat-dekat segan hihi



peberet dah maiii.....Tiger Prawn....sedap sehingga menjilat jari finger licking good


Dah tengokkan youtube Shiela M nyanyi malam tu in my previous post.
Memang patutlah jadi Malaysia's superstar. Nyanyi superb and entertaining.
Last year they invited Noreen Aziz tapi rasanya ramai lagi peminat Shiela Majid.
She's got class bukanmacamcompanyIjemputbellydancerjertiap-tiaptahun


she's so petite 



Gambar tuan rumah kenalah tunjukkan walaupun tak glam walaupun dress codenya Red carpet Glam.


nasib baiklah ada tudung half moon shawl murah ni bolehlah gak fefeeling glamer 





HIGH-LOW chiffon CARDIGAN from alhumaira contemporary.
TUDUNG HALF MOON SHAWL MURAH FROM VIETNAM
BLACK LONG SKIRT

Black gives the slimming effect yay?

Balik rumah dah almost 12 midnite and tengok anak semua tak tidur lagi on school night. Haruslah mak mengamuk lepas tu. >.<


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin