Showing posts with label rezeki terpijak. Show all posts
Showing posts with label rezeki terpijak. Show all posts

Friday, August 17, 2012

Ramadhan 2012 - Day 28 - Iftar with officemates

Mesti ramai orang dah bercuti. Tadi tengok masjid Taman Tun pun dah tak ramai jemaah solat Jumaat macam biasa. Jeles I sebab orang dah ramai cuti tapi I gak kena kerja. Ni tengah sangap kat ofis sementara menunggu pukul 5. Sangap-sangap pun sebenarnya banyak kerja kena settle before pergi bercuti. Ni pun dah siap compose email nak bagitahu that I will be on leave next week. Ingat nak tulis kat situ "P/S: Please don't call my handphone =P". Sebabnya tak pernahlah I aman nak bercuti sebelum-sebelum ni.....ada jer calls dari ofis. Menyampah.

Semalam my office belanja staff buka puasa at restoran Peranakan Place, One Utama. Payah nak dapat peluang office belanja staff buka puasa ni, so harus pergi. Meny semalam Otak-otak, Gerang Asam Fish, Butter Prawn, Honey Sotong, Pandan Chicken, Tomyam Soup, Cincalok Omellete, Kailan Salted Fish and Steamed White Rice. The whole set is RM369 untuk 8-10 orang makan. My table semua ladies tapi licinlah semua pinggan unlike meja sebelah yang kena duduk semeja dengan bosses. Kesian derang kena control makanlah tu LOL. Nasib baik my fren and I datang awal sikit so kitaorang bolehlah chop meja mana nak duduk hehe.

Semalam masa buka puasa macam tak boleh masuk sangat nasi sebab selalunya I memang makan sikit jer. Bila dah banyak lauk ni mulalah tamak semua nak rasa.

now I am salivating over the asam pedas.
 Kuah dia tak pedas and very sedap. Tengok gambar pun air liur dah keluar. Nak kena google ni macamana nak buat asam pedas style Peranakan.


Pandan chicken was delicious. Nak makan silalah tanggalkan daun pandannya dulu ya =P


butter prawn sedapnya. I siap makan nasi dengan "sampah-sampah" dalam pinggan butter prawn tu lagi. Sampah-sampah tu is actually eggs. Tapi macamana telur boleh jadi macam tu eh?


penuh dengan kulit udang. I memang hantu udang <3>

Tak ada gambar my collegue sebab semua dalam my camera. Malas nak transfer gambar. Gambar-gambar ni semua from my iPhone. Dah nak habis makan semalam baru perasan yang Erra Fazira pun ada buka puasa kat situ dengan anak dia. Nak ambik gambar seganlah pulak.

teh tarik sorang-sorang kat foodcourt Jusco sementara menunggu drebar I pick up

Itu pun malam tadi terembat jugaklah tali pinggang dan rantai 3 tier. Pastu ada cardigan yang I berkenan on 70% discount tapi tak ada price tag. Jenuh menunggu salesgirl tu check harga tapi dah lama sangat malas I nak tunggu lagi.



I got duit raya. Dah tua-tua pun dapat raya....ni yang suka ni. Bolehlah beli baju raya lagi sepasang =P

So how's your Raya preparation? Dah cukup semua?

Friday, February 3, 2012

Angpow

Alhamdulillah murah rezeki time Tahun Baru Cina. Dah beranak pinak pun still dapat angpow :)



tambah sikit lagi boleh beli perfume baru ni =D


Hari ni ada office Chinese New Year dinner tapi biasalah I kaki pengelat tak sihat. Selsema, batuk dan mulalah asthma datang menyerang. Semput nak bercakap atau berjalan banyak sangat. So adalah alasan nak bagi tak pergi dinner. *cough* *cough* Dahlah dinner buat kat hotel tengah bandar KL tu.
Seksa kalau nak kena tempuh traffik masuk bandar KL especially hari Jumaat ditambah dengan hari hujan. Pukul berapa nak sampai......buat letih badan jer. Tak kisahlah makan sedap sekali pun, berlingkar atas katil lagi best. 


Long weekend.....4 hari cuti. So I like to wish semua, happy holidays. Manafaatkanlah cuti sebaik-baiknya.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, May 14, 2011

Fridge magnet dari Germany

Lama blogger down semalamkan. Nak update pun tak dapat. Tapi okay jugaklah sebab semalam saya busy ya amat dekat office sampai stress-stresslah.

 Terus terfikir kalau jadi housewifekan best tak payah stress dengan kerenah orang kat tempat kerja. I don't mind kalau paperwork banyak tapi I paling tak tahan kalau orang membebel kat kita panjang-panjang and at the end bila check memang terang-terang silap pihak dia. Pastu bila orang nak explain, tak kasi chance langsung orang nak mencelah. Dia jerlah yang betul. Bila terbukti dia yang salah tau pulak senyap. Buang masa! Lain kali jangan degil sangat dan tolonglah dengar reason and rational orang lain. Tak selalunya kita betul.

Huh....lepas apa yang terbuku dihati.

Officemate saya bagi souvenier FM dari Germany. Alahai ingat jugak orang kat kita. Selalu rezeki saya murah kat office...ada jer yang bagi makanan dan macam-macam souveniers. A few weeks ago dapat selendang dan sejadah dari Tanah Suci, hadiah dari officemate yang baru balik dari umrah. Alhamdulillah.

 Rahsianya kalau kita ada lebih jangan kedekut dengan orang so lain kali orang pun tak kedekut dengan kita. =)








dah selamat pun lekat kat fridge =)

Comelkan
Khamis lepas elok jer melangkah keluar dari Giant ada orang hulur air free.
 Dapatlah 4 tin. Rezeki namanya =)








Alhamdulillah.

Thursday, April 28, 2011

Sejadah

Selalunya kalau I malas nak turun solat kat surau, I akan solat jer dalam ofis. Selalunya solat lapik selendang pashmina jer as sejadah sebab tak ada sejadah.

So semalam kebetulan pergi Tesco ternampak sejadah kecik tu. Hari tu ada tanya kedai lain how much sejadah kecik tu, peniaga tu kata dalam RM25 kot. Semalam I tanya mamat Afghan tu dia kata RM10....ehh apa lagi rembatlah. Berkenan pulak dengan warna purple.



Pagi ni tiba-tiba tengok ada sejadah warna hijau atas meja. Rupa-rupanya ada orang hadiahkan. Alhamdulillah murah rezeki orang yang hadiahkan tu.

Itulahkan kalau Tuhan tak bagi kita rezeki dalam wang ringgit, rezeki tu boleh datang dalam bentuk-bentuk yang lain. Kena bersyukur =)


- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin