Tuesday, January 24, 2017

1st time to Bondoru Store


Kuat betul pengaruh iklan kat facebook ni kan sampai Akak terjebak sekali pergi 'mencheck out' kedai bundle barang-barang dari Jepun.

Nama kedainya Bondoru Store. 
Alamatnya SS 16, 40150 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Landmark paling senang -----> Batu 3 Shah Alam, tepi Federal Highway dekat dengan Petronas sebelum tol.
Kalau tak tau jugak googlelah sendiri 😜


Akak pergi Sabtu lepas. Alhamdulillah 'drebar' Akak sanggup nak bawak kitaorang.
Kalau harap kan Akak memang tak sampai ler. Kebetulan masa Akak pergi tu ada white sale dan stok-stok baru, baru sampai.


banyak baju tshirt, jeans, dress, handbag, jaket dan baju budak-budak.
Kena pandai pilihlah....selak lebih sikit mesti jumpa barang yang kita berkenan.
Jaket jeans pun murah-murah dalam RM40 sehelai dan kebanyakannya branded stuff.
Tapi ingat tau ni semua barang pre-love 



ni Akak tangkap gambar guna panaromic view dengan henpon baru Akak #ehem...



kasi video sikit. Henbeg-henbegnya....personally Akak takkan beli cause the condition macam really beat up. Bag LV tu dalam RM450 kot....tapi tak sanggup Akak menengoknya....lusuh benau. Ada henbeg Coach, Celine dan brand-brand lain.



haaa...tengah bayar tu dah jumpalah yang berkenan dihati.
Oh ye ....kertas tag bulat warna merah tu jangan dibuang. 
Kumpul 10 tag tu boleh dapat 10% discount.


topi ni dalam RM50 kalau tak silap.....mahal gakkan


model kedai bundle ke Dik?



stress Akak tengok rambut budak ni. 
Akak balik kerja tengok dia dah potong rambutnya pesen gini πŸ‘Š πŸ˜“



sila bawak cash ya sebab they don't accept other mode of payment.
Akak pulak haritu tak bawak duit cash banyak so selamatduitmak tak dapat membeli banyak





Better than new. Hmm....bolehlah. Kena pandai pilihlah.



inilah pilihan dua beradik ni kat Bondoru.
Sorang sehelai jaket. 



Adik beli jaket Adidas dan Kakak pulak jaket Uniqlo.
Each for RM40. Boleh tahanlahkan harganya. Cantik jugak.....lain kali boleh Mama pinjamkan. Abang pun dah request suruh bawak dia pergi Bondoru bila dia tengok adik-adik dia pau Mama sorang sehelai jaket 😩



ehh tidur pulak model Mama ni.



Friday, January 20, 2017

Random this week

Hello....Happy Sunday semua.
Kita cerita random jerlah ya apa yang terjadi minggu ni


ni masa Akak nak balik rumah ternampak kereta kat tepi lereng bukit The Club, Bandar Utama.
Aikkk...macamana boleh jadi macam tu eh?





ni pulak deco dekat lobi ofis Akak....teringin nak posing kat situ tapi tak ada pulak orang nak snapkan gambar 😜



ni pulak dinner Akak malam Jumaat lalu.
Perghh sedap sugguh sampai menari-nari lelemak badan Akak πŸ˜‹πŸ˜–

Enjoy the rest of the weekend semua!! πŸ’ƒ



Wednesday, January 18, 2017

Ketagihan sangat


Jangan salah faham pulak, Akak bukannya ketagihan najis dadah tapi Akak ketagih







 

Makan kuaci πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† 

 Tak boleh stop okay makan kuaci ni. Macam berantu bila makan.  Cleaner kat opis Akak tu mesti stress tengok karpet opis sebab bersepah kulit kuaci πŸ˜… 

 Sekarang ni minah belakang meja Akak pun sekarang dah tersampuk sekali makan kuaci πŸ˜‚πŸ˜‚





Tuesday, January 17, 2017

Sampai dua kali dalam seminggu


Assalamualaikum,

Minggu lepas Abang pergi emergency ward dua kali. Petang Ahad (bukan Ahad yang baru ni tau tapi Ahad yang sebelum tu) dia mengadu sakit dada. So warden dia terus bawak dia ke hospital Putrajaya untuk check up. Akak dah risau dah bila dia whatsapp cakap dia kat hospital. Nak pergi tengok dia kata tak payah. Tapi kesian dia kena tunggu dari pukul 6 petang, balik hostel balik dah tengah malam.


nasib baik ada kawan yang temankan.

Selasa lepas pulak dia whatsapp kata dia kat hospital lagi sebab sakit dada.
Risau jugak Akak dibuatnya. Lebih merisaukan sebab pihak Akademi call suruh bawak dia balik. Buat check up dekat rumah. Terus Akak call ayah dia. Ayah dia terus ajak pergi hospital Putrajaya tengok anaknya.


kesian anak aku tunggu dari pukul 1 petang kalau tak silap. Pukul 3 petang jumpa doktor pastu doktor suruh buat blood test. Blood test result pukul 8 malam pun tak dapat-dapat lagi. Last-last ayah dia pergi tanya baru dapat jumpa doktor untuk result blood test.
Budak dah lemau sebab tunggu lama sangat.
Nak buat macamana hospital kerajaan ramai orang.....dan tak selaju hospital bayar. So kita sabar jerlah. Lagi pun semua free kan. Nak cepat silalah bayar.

So malam tu Akak terus bawak dia balik rumah sebab dia dah tak larat sangat. Khamis petang Akak hantar dia balik hostel sebab Jumaat dia ada exam.

Masa petang Akak baru sampai tu, Akak ada jumpa warden Abang. Adalah sembang dengan warden. Ada cerita yang menyedihkan. Warden cerita one of Abang's classmate pass away that day. Budak tu budak terpandai dalam badge Abang dan class president badge Abang. Mak dia call warden cakap anak dia dalam ambulance on the way pergi hospital. 5 minit kemudian mak dia whatsapp anak dia dah meninggal. Sedihnya dengar berita macam ni. Dia memang dah sakit cancer stage 4 tapi semangat dia kuat. Dia cakap kat pensyarah-pensyarah dia yang bila dia sihat nanti dia nak masuk balik Akademi, tak kiralah semester mana pun. Tapi Allah lebih menyayangi dia. 😒
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah ya. Semoga rohnya bersama-sama orang yang beriman.

Anyway, Abang dah sihat kot. Doktor nasihat kalau sakit dada dia kena makan muscle relaxant dan tak boleh stress. Budak tu Akak suspect dia stress pasal nak exam haritu agaknya pastu dengar berita tentang kawan dia tu. Tu yang jadi macam tu.


Monday, January 16, 2017

Weekend jalan-jalan

Assalamualaikum,

Seksa pulak rasanya nak update blog lately ni. Akak baru tukar phone, kat phone baru ni tak boleh gunalah pulak apps Blogger tu. Bila nak upload gambar jer nanti dia keluar error message. Stress jadinya. So Akak tukar guna apps 'My Blogger' pulak. Tapi bila guna apps ni tak boleh pulak nak save online draft. Tu yang asyik bertanggung nak update blog tu. Nak kena transfer gambar masuk macbook baru boleh upload gambar 😟

Sabtu Akak pergi mengukur malls. Sampai dua mall Akak pergilah. Mula-mula Akak pergi One Utama sebab Akak nak pergi beli bluetooth headphone untuk baby baru Akak. Susah nau pulak bila tak ada headphone jack ni. Situlah nak cucuk charger, situlah nak cucuk headphone.....last-last beli yang wireless headphone senang. So bila charging pun Akak still boleh guna headphone. πŸŽ€



ehh ada kedai kasut barulah. Akak baru nak masuk, husband Akak dah potong kata tu bukan taste kasut Akak. πŸ‘Š
Tau sangat dia yang Akak ni sekarang pakai kasut flat dan sports shoes jer. Kaki Akak sejak terseliuh teruk dua kali, memang tak boleh pakai kasut tinggi....sakit. πŸ‘ 
Ramainya orang kat One Utama....ialah nak raya Cina dahkan. Lagi dua minggu nak raya. Kalau shopping at One Utama jangan lupa bawak paper bag sendiri tau sebab Selangor sekarang dah tak benarkan bag plastik.

Dah jumpa barang Akak dan barang-barang anak-anak terus ke The Curve pulak sebab Adik nak ke Art Friend.


cantikkan ...deco at The Curve


mengopi lepas penat berjalan


Tak banyak sangatlah stall dekat flea The Curve, tak puas cuci mata.
Tapi bagus jugak....selamat duit Akak 😎😜



Friday, January 13, 2017

CNY

    

 Chinese New Year is nearing πŸŽ‰, hence the decorations in our office.

Monday, January 9, 2017

Specially on 75th birthday

Assalamualaikum,

Alhamdulillah yesterday was my father's 75th birthday.

HAPPY BIRTHDAY PA!



Atuk memotong pulut kuning surrounded by grandkids. Cucu range umur dari 3 - 20 tahun.
10 orang tapi tak cukup satu sebab Abang tak balik dari hostel minggu ni.


small celebration jer.....Akak belanja satay.
The others my sisters yang masak/ beli.


see how happy my father look. Siap nyanyi beramai-ramai lagu 'Happy Birthday' hehe...
Hopefully we can celebrate many more birthdays Pa.


ni gambar my sister ambik...I pun tak tahu apa tujuannya 😐
Nasi goreng tu my mom yang masak tapi my father kata dia yang kacau sebab my mother dah tak kuat nak kacau.....how romantik  πŸ’“ hahaha



pulut kuning by my youngest sister.
She said that this is her first attempt at making pulut kuning.
oklah...pass dah tu. I give 4/5 bintang.


ni pun gambar my sister ambik. Tu nak tunjuk hasil keras tangan dialah tu.

Tapi paling best semalam walaupun semalam birthday papa kitaorang tapi anak-anak yang terima 'hadiah' dari our father. Alhamdulillah.
Semoga dimurahkan lagi rezeki Papa dan diberikan kesihatan yang baik sentiasa.

Amin. πŸ’šπŸ’™πŸ’›πŸ’œ

Monday, January 2, 2017

Hello 2017

Selamat Tahun Baru semua.
Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua dari tahun-tahun yang sebelumnya.
Selamat bersekolah anak-anak semua 😁


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin