Tuesday, January 24, 2017

1st time to Bondoru Store


Kuat betul pengaruh iklan kat facebook ni kan sampai Akak terjebak sekali pergi 'mencheck out' kedai bundle barang-barang dari Jepun.

Nama kedainya Bondoru Store. 
Alamatnya SS 16, 40150 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Landmark paling senang -----> Batu 3 Shah Alam, tepi Federal Highway dekat dengan Petronas sebelum tol.
Kalau tak tau jugak googlelah sendiri šŸ˜œ


Akak pergi Sabtu lepas. Alhamdulillah 'drebar' Akak sanggup nak bawak kitaorang.
Kalau harap kan Akak memang tak sampai ler. Kebetulan masa Akak pergi tu ada white sale dan stok-stok baru, baru sampai.


banyak baju tshirt, jeans, dress, handbag, jaket dan baju budak-budak.
Kena pandai pilihlah....selak lebih sikit mesti jumpa barang yang kita berkenan.
Jaket jeans pun murah-murah dalam RM40 sehelai dan kebanyakannya branded stuff.
Tapi ingat tau ni semua barang pre-love 



ni Akak tangkap gambar guna panaromic view dengan henpon baru Akak #ehem...



kasi video sikit. Henbeg-henbegnya....personally Akak takkan beli cause the condition macam really beat up. Bag LV tu dalam RM450 kot....tapi tak sanggup Akak menengoknya....lusuh benau. Ada henbeg Coach, Celine dan brand-brand lain.



haaa...tengah bayar tu dah jumpalah yang berkenan dihati.
Oh ye ....kertas tag bulat warna merah tu jangan dibuang. 
Kumpul 10 tag tu boleh dapat 10% discount.


topi ni dalam RM50 kalau tak silap.....mahal gakkan


model kedai bundle ke Dik?



stress Akak tengok rambut budak ni. 
Akak balik kerja tengok dia dah potong rambutnya pesen gini šŸ‘Š šŸ˜“



sila bawak cash ya sebab they don't accept other mode of payment.
Akak pulak haritu tak bawak duit cash banyak so selamatduitmak tak dapat membeli banyak





Better than new. Hmm....bolehlah. Kena pandai pilihlah.



inilah pilihan dua beradik ni kat Bondoru.
Sorang sehelai jaket. 



Adik beli jaket Adidas dan Kakak pulak jaket Uniqlo.
Each for RM40. Boleh tahanlahkan harganya. Cantik jugak.....lain kali boleh Mama pinjamkan. Abang pun dah request suruh bawak dia pergi Bondoru bila dia tengok adik-adik dia pau Mama sorang sehelai jaket šŸ˜©



ehh tidur pulak model Mama ni.



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin