Monday, January 16, 2017

Weekend jalan-jalan

Assalamualaikum,

Seksa pulak rasanya nak update blog lately ni. Akak baru tukar phone, kat phone baru ni tak boleh gunalah pulak apps Blogger tu. Bila nak upload gambar jer nanti dia keluar error message. Stress jadinya. So Akak tukar guna apps 'My Blogger' pulak. Tapi bila guna apps ni tak boleh pulak nak save online draft. Tu yang asyik bertanggung nak update blog tu. Nak kena transfer gambar masuk macbook baru boleh upload gambar 😟

Sabtu Akak pergi mengukur malls. Sampai dua mall Akak pergilah. Mula-mula Akak pergi One Utama sebab Akak nak pergi beli bluetooth headphone untuk baby baru Akak. Susah nau pulak bila tak ada headphone jack ni. Situlah nak cucuk charger, situlah nak cucuk headphone.....last-last beli yang wireless headphone senang. So bila charging pun Akak still boleh guna headphone. πŸŽ€



ehh ada kedai kasut barulah. Akak baru nak masuk, husband Akak dah potong kata tu bukan taste kasut Akak. πŸ‘Š
Tau sangat dia yang Akak ni sekarang pakai kasut flat dan sports shoes jer. Kaki Akak sejak terseliuh teruk dua kali, memang tak boleh pakai kasut tinggi....sakit. πŸ‘ 
Ramainya orang kat One Utama....ialah nak raya Cina dahkan. Lagi dua minggu nak raya. Kalau shopping at One Utama jangan lupa bawak paper bag sendiri tau sebab Selangor sekarang dah tak benarkan bag plastik.

Dah jumpa barang Akak dan barang-barang anak-anak terus ke The Curve pulak sebab Adik nak ke Art Friend.


cantikkan ...deco at The Curve


mengopi lepas penat berjalan


Tak banyak sangatlah stall dekat flea The Curve, tak puas cuci mata.
Tapi bagus jugak....selamat duit Akak 😎😜



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin