Showing posts with label PinkMama. Show all posts
Showing posts with label PinkMama. Show all posts

Tuesday, May 10, 2016

Back to work

Alhamdulillah harini Akak kembali bertugas selepas 16 hari lebih kurang selepas kena hospitalize dan kena duduk rumah MC. Boleh tahan sangap jugaklah duduk rumah tu sampaikan semua cerita kat Astro/ TV Akak tengok sampai dah tak tahu nak tengok cerita apa sebab Astro tu suka ulang tayang cerita 10,000 kali.

Akak duduk rumah asyiklah keluar masuk dapur cari benda nak makan. Mungkin effect ubat-ubatan kot yang buat perut Akak lapar memanjang. Selera macam naga.....Akak pun takut dengan diri sendiri. 4 kali sehari ada kot Akak makan.  Breakfast kena makan sebab Akak nak makan ubat pagi, lunch cari nasi, pukul 4pm kang cari kuih/biskut sebab nak makan ubat lagi.....dinner sudah semestinyalah sebab nak makan ubat lagi. Gemuk Akak kalau duduk rumah macam ni. Orang sakit tak ada selera makan....Akak pulak terbalik. Selera mencanak-canak.

Mula-mula masa baru balik hospital tu masak sambil duduk. Tumis sikit pastu cari stool duduk.....masak dalam berpinar-pinar....berpeluh-peluh. Akak boleh jer tak masak tapi tak sampai hati pulak orang-orang kat rumah tu nanti semua kelaparan tak makan. Kebetulan pulak haritu pun Abang balik cuti 3 hari sebab cuti hari Buruh. Jadi korang makan jerlah apa yang mak korang masak. Nak suruh tapau makanan luar macam tak selera sangat. Mulut Akak rasa payau jer sebab makan ubat banyak sangat. Semua makanan jadi tak sedap. Tu yang nak masak gak ikut selera sendiri walaupun menggeletar-geletar masak sorang-sorang. 



breakfast Akak pagi tadi. Lama dah sangat tak makan soto kat Restoran Puteri.

Pukul 10.30 tadi perut Akak dah menggigil lapar......teruk sungguhlah. Nasib baik Akak beli kuih sikit tadi bolehlah alas perut sementara tunggu lunch. Harap-harap bulan puasa nanti Akak bolehlah kurus. 



ticket free tengok wayang organise by office sebenarnya tapi disebabkan Akak tak sihat maka burn jerlah tiketnya. 

Itu jerlah kot update pendek Akak buat harini. Tata.



Thursday, May 5, 2016

Akak kena kuarantin pasal tu Akak senyap


Assalamualaikum,

Ada lagi ke orang yang baca blog Akak. Akak membisu lama sebab Akak tak sihat.
Minggu lepas Akak kena hospitalize 5 hari sebab kena infection teruk pastu white blood count pun tinggi. Akakkan minggu sebelum tu memang dah tak sihat sangat tapi Sunday 24hb April tu Akak dah rasa teruk sangat so Akak pergi balik klinik. Antibiotik klinik semua dah habis tapi Akak tak sihat-sihat jugak. Jadinya doktor klinik terus refer Akak ke hospital suruh buat blood test dengan X-Ray. 

Pergi emergency ward siap package semua kena semput, selsema batuk dan demam. Terus doktor tahanlah hospital. Merasa duduk 4 malam 5 hari kat hospital. Udahlah duduk level orang sakit jantung semua......seram jugaklah. Nasib baiklah anak dara ada nak temankan.....kalau tak mau Akak tido malam buka semua lampu bilik sepital tu. Tu pun sebenarnya tido malam buka jugak lampu headlamp kecik sebab penakut hahaha...

Disebabkan lepas 2 hari batuk berkahak kuning Akak tak baik-baik, doktor attending terpaksa refer Akak to doktor ENT. Bila jumpa doktor ENT, discover Akak ada nanah/kahak yang banyak dalam pipi kanan sebab tu Akak batuk mesti keluar kahak kuning pekat. Merasalah doktor tu masukkan kamera dalam lubang hidung. After buat head CT scan memang nampak yang pipi kanan ni penuh dengan nanah/kahak. 

Disebabkan immune system Akak yang very weak doktor bagi 2 minggu MC....Akak kena kuarantin u'olls. Doktor tak bagi pergi kerja sebab aircond dan carpet akan memburukkan lagi keadaan kesihatan Akak. Doktor nasihatkan Akak keluar dari KL kalau nak sihat sebab kualiti udara Lembah Klang ni sangat tak sihat. Ibarat macam sakit Akak ni flame, bila keluar KL baru api tu boleh mati. Ada ke dia nak suruh Akak pergi New Zealand....meh sini duit....gladly Akak pergi hahaha. Doktor siap pesan kat rumah tu tak boleh sapu rumah pun.....kena mop jer sebab dustmite ni bahaya. Akak nak pergi mana.....duduk rumah jerlah ngadap TV, makan ubat, tido......tunggu budak balik sekolah. Itu jerlah rutin harian duduk rumah ni. Tak seronok okay. Semua cerita kat Astro tu Akak dah habis repeat.


mula kena cucuk tangan kanan, lepas 3 hari urat dah mengembang sakit tukar pulak tangan kiri.
Merasalah dua2 tangan kena cucuk. Nasib baik nurse kat ward tu cucuk tak sesakit nurse kat Emergency ward. Every few hours kena cucuk ubat dan antibiotik.


antara makanan hospital


amboi sedapnya dia makan.....dia memang suka makan makanan hospital



duduk hospital 5 hari tu, at least 3/4 kali sehari kena guna nebuliser.
Akak dah rasa macam Darth Vader dah.....


ini saline water untuk hidung. 
First time guna sampai terpancut-pancut ke mata sebab tak reti guna.
Bila guna saline water ni hidung dah tak tersumbat terukkalau tak everynite hidung Akak mesti tersumbat sampai tak boleh tidur.


alamak sedaplah pulak tengok makanan hospital ni....seronok jugak duduk hospital sebab order jerlah nak makan apa nanti orang datang hantar makan jerlah tak payah nak fikir nak masak apa.


ni kat X-ray. Akak kena buat head CT scan


ni pulak pemandangan dari bilik hospital Akak.
Depan tu pasar besar Taman Tun Dr. Ismail.
Depan pasar tu pulak Insyaaallah office baru Akak in next few months.


orang selalu flatlay kan makanan....ni Akak flatlaykan ubat-ubatan Akak.
Banyak tak banyak Akak kena makan dalam sehari. 
2 jenis antibiotik, 2 jenis ubat batuk, ubat selsema, Inhaler, pastu drug apa ntah lagi yang Akak kena makan 3 kali sehari. Manalah Akak tak ting tong seharian. Nak jalan dekat-dekat pun berpeluh-peluh tak boleh fokus. Harini baru Akak rasa okay sikit....tu yang Akak baru boleh menulis harini.

 Isnin depan Akak ada appoinment follow up dengan doktor, harap-harap tak payahlah sedut nanah dalam pipi ni. Doa-doakan Akak sihat seperti biasa ya.

Friday, April 22, 2016

Not feeling

 Salam Jumaat semua,

Sorry lama tak bersiaran

Akak tak sihat sangat minggu ni. Ada throat infection....doktor suluh tengok tekak dah ada white spots. Terpaksalah Akak makan antibiotik. Pastu Hidung asyiklah tersumbat. The freezing office airconditioner makes it worst. Lepas makan ubat selsema terus mata lalok jer nak tido. Kalau bawah meja ni ada comforter memang Akak lama dah berlayar. Hopefully minggu depan Akak sihat seperti biasalah balik. 



this is how crappy I'm feeling right now =(


P/s: Maxis ni gilakan...berhari dah Akak call customer service tak ada org angkat. Eh sesambil Akak menaip ni Akak pun talipon tu on hold....angkatlah pulak CC Maxis ni hahaha. Nak kena kutuks baru nak angkat.


Tuesday, June 16, 2015

Boleh buta





Nak cerita kisah haru ni dua hari lepas

Elok sapu kapas kat mata terus rasa stinging sensation.......pedih wehhhh!

Tersalah capai botol rupanya sebab isi dua-dua kaler yang hampir sama.

Nak bersihkan mata dengan eye make up remover tapi ntah kenapa tercapai nail polish remover.

Cepat-cepat pergi toilet jirus mata dengan air....kalau tak Akak dah jadi 'one eye Jack'

Tapikan sampai harini mata Akak still rasa sakit sikit-sikit.....power gila nail remover tu.

Wednesday, May 20, 2015

Medical leave hari ni

Hari ni I MC sebab pagi tadi dizzy giler sampai nak berdiri pun tak boleh. Berpinar-pinar dunia rasanya. So hari ni satu hari melepek atas katil sampai orang whatsapps pun tak perasan.

Dah petang ni baru kay sikit tapi still pening sikit-sikitlah. Nasi dah tanak tapi lauk tak masak lagi. Nampak gaya malam ni semua orang makan nasi lauk telur goreng jerlah 😜


peria goreng dan kobis goreng ni makan pagi tadi dengan nasi lemak.
Lauk simple pun sedapkan 😊

Monday, May 18, 2015

Off to the ER I go

Actually I dah type panjang lebar but blogger stuck so I had to refresh. Nak type balik malas.

To cut the long story short. I was at the ER last night cause I had chest pain. 

Alhamdulillah my blood test came out ok but I have infections. Doctor also advise me to see Oncology for further test.



part paling benci sebab sakit nak cucuk jarum ni. Dahlah I punya vein halus so susah nak cari
budak manja yang asyik nak meleser 

budak sorang lagi dah kepenatan sebab dia pun tak sihat sangat
Room rates at KPJ

Nasib baik tak kena admit semalam.

Wednesday, November 19, 2014

Sotong






Ini bukannya cerita Suamiku Encik Sotong tapi Akak ni dah jadi macam sotong kat opis sebab kerja datang menderu-deru non-stop. Pening!

Monday, October 20, 2014

Update


I just came back from Club Med yesterday. Penat ya amat.
Nanti bila Akak free Akak update ya.
Sekarang ni tengah sibuk nak kemas rumah yang tunggang langgang dan nak membasuh baju kotor.

See you later ok. #Muahciked =P

Friday, January 10, 2014

My Daydre

Orang buka acct Daydre,I pun nak nak ada jugak tapi lepas tu tak reti nak update sebab macam redundant dengan blog.

I'm trying to update my Daydre on a daily basis tapi only as my food diary. Meaning that I'll put on daily basis what i had for breakfast, lunch or dinner. Hopefully rajinlah.

So kalau ada sesiapa yang nak follow my Daydre pun boleh jugak. Just look me up ok :)

Tuesday, September 24, 2013

Resemblence


She may look like Miley actually she's not....Adik insisted that it's Miley Cyrus photo


see the resemblance. Actually it's Madonna when she was wayyyy younger.


Monday, September 23, 2013

Sketching


Sejak Abang masuk kolej dan cerita yang hari-hari dia belajar melukis, macam datang semangat baru pulak nak melukis. Masa I sekolah dulu suka sangat melukis. Infact in SPM I score A1 for my Art paper.

Nak melukis ni ambik masa and kena concentrate. Itu yang dah lama tak asah skill tu sebab tak ada masa terluang nak melukis. Ada jer kerja nak buat. Kalau tak lipat kain, kena masak, kalau tak basuh pingancucibajusapusampah...the list goes on.



Jumaat lepas I try sketching nak tengok ada skill lagi tak melukis. Disebabkan kat office I only have mechanical pencil sahaja...a bit hard to shade. Cari pencil 2B sebatang pun tak ada.



the next day baru siap. Itu pun songlap pencil 2B Kakak =)

So what do you think of my sketching? Ok tak?

Monday, March 25, 2013

Birthday dinner at Seoul Garden


Lama dah teringin nak makan kat Seoul Garden(SG) tapi tiap-tiap kali lalu depan SG mesti tak cukup korum. So last Saturday sempena my *teeeeettttt* birthday kita pergi makan.
Sebenarnya nak makan kat Bulgogi Brothers (BB) tapi BB makanan dia ala-cart, SG buffet. So baik makan buffet boleh melantak banyak-banyak.

outfit of the day. Suka betullah I dengan jegging Uniqlo ni tapikan ntah kenapa macam longgar sikitlah pulak tang pinggang tu. Hint: nak bagitau dah kurus sikitlah tu =P



sebelum pergi makan, singgah Sephora collect free birthday gift.
Patutnya dapat mini makeup kit tapi SA tu kata dah out of stock so derang kasi lotion. Lotion pun lotionlah asalkan free gift.



suka sangat buat kecik ni bergayut kat Mama dia tau

Ramai orang malam tu sampaikan kena tunggu sekejap untuk turn. Tapi servis pun lembab kot sebab there is a few tables yang derang tak kemas. Sampaikan incident the manager kata nak slap waiter dia sebab tak kemas meja. Isykkk....janganlah marah staff depan customer buat malu jer. Kot iye pun cakaplah elok-elok. Anak I yang 10 tahun tu pun reti malu kalau kita marah depan orang tau.



Since all the kids dah melebihi certain height so we pay for 5 adults. Tapi berbaloilah makan banyak-banyak.
Air and dessert pun free flow.

Ohhh udang grill so manisssss.....how I miss you

rugi bawak budak lelaki ni sebab dia tak reti makan benda-benda ni. Dia makan mee goreng jer pastu sakit perut sebab mee pedas sangat =P


happy faces

Ayah jom pi makan lagi tapi kita gi dating berdua jerlah. Manisnya daging tu...lamb grill pun sedap.



nampak tak kesan jerawat tepi hidung tu...besar pulak tu. I beli Hiruscar gel kat Guardian hari tu, it seems that that gel helps reduce the scar.



bayar mahal-mahal kenalah makan banyak-banyakkan. Barulah worth it.

udang is my favorite. I hantu udang okay.


peace yo...banyaknya pinggan

sharing is caring....romantiklah konon



Burp....Alhamdulillah. Thank you Ayah for belanja.









Mama sayang korang ketat-ketat *muahhhhhhh*

So happy on my *teeeett* birthday for the lovely family I have although sometimes you guys gets on my nerve =P


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, March 24, 2013

Happy *teeeetttt* Birthday to me


Semalam adalah my birthday yang ke *teeeeeet* dah masuk era kena guna reading glasses dah hahaha....

Syukur pada Allah kerana mengurniakan lagi setahun usia. Semoga seiring dengan usia ini Allah kurniakan sekali rahmat, rezeki, kesihatan yang baik, kebahagiaan dunia akhirat, more wiser and paling penting kesabaran cause I think I lack of it. Moga jadi umat Allah yang lebih baik.

To my family......Mama love all of you so much. Jomlah dengar budak-budak ni nyanyi lagu birthday untuk Mama derang.


Muahhhhh.....Mama love you all so much.

Gambar-gambar lain nanti I upload later =)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, July 3, 2012

Ganti puasa

 Semalam I puasa sebenarnya.
Dah nak masuk bulan puasa baru nak ganti...memang dasar tak serik-seriklah.
Tiap-tiap tahun sama jer perangainya.

Semalam ayah budak-budak ni tanya nak kena ganti berapa hari?
I cakaplah 6 hari.
Pasti dia kata lain kali puasa enamlah.
I dengan lurusnya.....

"Ni bulan Syaaban....mana boleh puasa enam. Orang puasa enam bulan Syawal"

Nasib baik kat kena ketuk kepala sekali. Hahahaha....



Juadah berbuka semalam.
Mintak ikan kembung dapat ikan bawal. Gasak ler situ, asal ikan.



Singgah Fish market nak beli a few barang runcit. Ternampak tin-tin biskut lawa susunnya.
Hampir nak terbeli biskut. Nafsu orang posa ni semua benda nak ditelannya tapi bila dah berbuka terus melepek tak larat. Rasa macam lepas berbuka tu, batteri terus drain. Sebelum berbuka tu segar bugar jer.



bekpes pagi tadi. Hari ni saya tak puasa.
Besok....InsyaAllah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin