Sunday, May 19, 2013

Buku


Semenjak sekolah lagi memang hobi I membaca buku.

Dulu-dulu masa zaman sekolah sanggup singgah ada satu kedai buku kat Central Market tu yang mana kita boleh sewa buku cerita. 

Dulu I sekolah dekat Convent Bukit Nenas so kalau terlebih rajin tu pergilah Central Market sebab alang-alang boleh naik bas kat Bas Stand Kelang balik rumah. Alamak rindulah pulak dengan CM. Sapa-sapa yang sebaya dengan Akak ni mesti selalu lepak CM gakkan......ehh tak ngaku pulak =P

Sampai sekaranglah hobi baca novel tu melekat. Lebih-lebih lagi sekarang ni drama dan movie pun dah adaptasi daripada buku cerita. Nak tunggu sampai drama habis lambat sangatkan, oleh itu haruslah nak kena cari novel kasi baca habis dulu. Barulah boleh faham jalan cerita drama.

Tapikan semalam masa I pergi MPH dan Popular tak jumpalah pulak cerita yang Tizz Zakiyah berlakon hari Jumaat tu....apa tajuk cerita tu (jap kena google)...ahh...jumpa pun. Tajuk cerita tu "Sebenarnya Saya Isteri Dia". Laris sungguh buku cerita tu. Hmm...manalah nak cari buku tu. Dua minggu lepas masa pergi Popular, banyak lagi atas rak tapi eksyenkan tak nak beli. Semalam nak beli dah habis. Padan muka!

Ehh tapikan I tengah baca buku baru jugak ni. Tajuk buku tu "Teduhan Kasih". 
Alah cerita yang ada Adi Putra berlakon petang-petang pukul 7 tu....haa...cerita tulah. 
Oklaylah nak solat pastu nak sambung baca buku.

Happy weekend...hmm...dah nak habis weekend dah pun kan =(

Thursday, May 16, 2013

Bakal drummer



My 1 1/2 year old nephew ni pandai hokey main drum. Tangan ketuk drum kaki tekan pedal. Gaya sangat.....maybe dia selalu tengok daddy dia main drum.

Ada ambik video kat Keek hari tu. Tapi dalam video Keek tu dia segan sikitlah....kalau tak rancak jer dia pukul tong drum tu.


May 10, 2013 | future drummer by PinkMama02 on Keek.com


Wednesday, May 15, 2013

Mothers's Day

Fuh lamanya tak update blog. Emosi dan kesihatan terganggu akhir-akhir ni.
Emosi terganggu sebab baca banyak sangat komen-komen negatif kat facebook sampai terpaksalah hidekan ramai kawan dari wall. Kalau delete kang takut ada yang terasa, so lebih baiklah hidekan ajer. Aman duniaku....kalau tak rasa macam join laman kanak-kanak tadika sebab derang duk bergaduh berlawan-lawan masing-masing nak menegakkan party masing-masing. Rimas!

Kesihatan pun tak berapa memberangsangkan. Sekejap hujan kejap panas terik...apa lagi demam, selsema & batuk datang menyeranglah. 3 hari jugaklah menggigil non-stop. Doktor kata panas dalam =( 

Sebenarnya nak cerita Mother's Day tapi tersasar pulak. 

Anak yang kecik tu romantik sikit, siap buat handmade Mother's Day card lagi.



Kad 3D lagi tu bila buka dia terkeluar. Mama love it so much baby.



Pastu siap belikan belon lagi. Siap dia lukis and ada message lagi atas belon tu "I Love You So Much Mama".

Hati ibu manalah yang tak cair. Ayah dia siap cakap..."hmm...sejuk ibu mengandung".

Pastu Adik dan Kakak siap beli red velvet cupcake suruh I tiup lilin. Best part is nyanyi lagu Happy Birthday Mama. Adoiii sabo jerlah budak-budak ni.

Anak lelaki tu biasalah .....tak reti nak tunjuk feeling sangat. Itu pun dah bernasib baik dia nak wish dan kiss sekali. 

Mother's Day tahun ni tak sambut kat mana-mana sebab mamanya dah melepek atas katil the whole weekend. 

Monday, May 6, 2013

May 5, 2013


5 tahun sekali, malulah kalau tak keluar mengundi. Unless you have a valid reason that is.

Bangun pagi sebab bersemangat nak pergi mengundi. Tapi bukak-bukak facebook tengok kawasan mengundi I semua line panjang-panjang belaka. Awal pengundi keluar. Semangat tu atau takut dengan sms berbau ugutan. Believe melah ada orang yang tak bertanggung jawap yang hantar macam-macam message yang berbau hasutan. Nampak sangat politik negara kita ni tak matang. 

Pukul 10 lebih lepas breakfast baru I gerak pergi my polling centre. Ramai jugaklah warga yang keluar mengundi.


poling centre at my old school. Mengimbau kenangan lama sungguh.

Luckly my sister and my brother in law is still there. So ask them to wait for me.

Alhamdulillah saluran I tu tak ada orang beratur pun. Sampai-sampai terus dapat masuk. I pulak siap cakap kat polis tu kejap sebab mengah naik bukit dengan tangga. Almaklumlah tenaga tu dah tak macam umur budak 18 tahun. Kena catch a breath dulu lepas panjat tangga tiga tingkat. 


our fingers. 


my sweaty face. 
Dapat jumpa a few of my ex classmates and teacher. Drama ler kejap peluk memeluk sebab lama tak jumpakan.


jari kami anak beranak. 
My sister and parents. Kami mengundi tempat yang sama


me and my sis. Kalau boleh pilih kaler ink, kami pilih pink =P


Saya mengundi kawasan Segambut. Has been for the past 2 times. Kali ni kali ketiga I mengundi.

Lepas hantar my parents balik, kami ke Gombak pulak cause my husband mengundi di Gombak Setia. 

Meriah sunggu perang bendera kat Gombak. Macam suasana hari raya pun ada.



Tapi ramai sangat orang kat kawasan mengundi ni. Sampaikan ada yang mengeluh sebab dah 2 jam beratur pun tak sampai lagi turn. So we decided untuk pergi lunch and solat dulu then baru datang balik mengundi. Alhamdulillah pukul 4 petang dah tak ramai orang. Sekejap jer my hubby pergi mengundi.

Ingatkan hari ni PM nak declare public holiday tapi tak ada. Makanya hari ni I jadi zombie bergerak kat ofis ni. I wanna sleep....sleepp.....

Monday, April 29, 2013

Hello there S4

I'm still in a happy mode. Got my self a new gadget last Saturday.
Lately ni macam menggedik sikit nak beli phone baru cause my sisters...both of them got Galaxy Note 2. So depa duk meracun kata big screen best senang baca. My iPhone 4s screen is tiny compared to theirs. Almaklumlah semenjak rabun dekat ni, skrin kecik tenonet ni memanglah tak nampak sangat =(

Masalahnya I don't really fancy Note 2 sebab it's too big for my small hands. Nanti nak type sebelah tangan susah.

So when Samsung launch their Samsung Galaxy S4 last Saturday, memang menggeletiklah nak pergi tengok. Wahhh tengok screen terus jatuh chenta....I'm sold.

So hello there Samsung Galaxy S4.....come to mommah!


unboxing my Galaxy S4



The picture taken using my new S4 terus upload ke Instagram.
Camera dia boleh terus pilih mode apa yang kita nak. Gambar ni I choose the beauty face mode. Banyaklah lagi mode lain such as drama, animated, sports, panorama etc.

Antara features yang I dah explore is the smart stay and smart scroll.

Not really sure which is what tapi bila I tengok youtube, kalau I kalih mata jer video clip tu akan pause. Bila I pandang balik baru dia main balik. Which is canggih.

Then bila lets say I baca newspaper or blog guna Internet Explorer dia akan scroll sendiri ikut my eyes.

Kalau tengok gambar ....memang cantiklah color dia pop out. Maybe sebab dia HD.
Puas hati tengok gambar cantik.

Basically that is all yang I tahu takat ni. Will need to explore more on my new gadget. Dah biasa sangat guna iPhone bila guna Android macam terkial-kial sikit. But this phone memang bestlah. Mostly because it fits my criteria and my hands =)


Ohhh you gorgeous phone. 

Tuesday, April 23, 2013

Hospital dan kucing gatal


Sikit lagi nak type Salam Isnin. Almaklumlah sebab semalam tak kerja sebab pagi-pagi lagi dah kena bawak budak paling kecik kat rumah ni to Emergency Ward Dsara Specialist.

Musim panas dan berjerebu ni mulalah asthma dia menjadi-jadi. 4 hari dengar dia wheezing dan batuk non stop. 

So semalam decide bawak dia pergi check hospital. Lama jugaklah bertunggu tangga kat hospital semalam daripada pukul 9 pagi sampai pukul 2 petang.....kalah hospital gomen.

After doktor bagi nebuliser, barulah dengar kurang sikit batuk dia. Tapi doktor tak puas hati sebab lepas nebuliser pun her right lung still ada bunyi-bunyi lagi so doktor suruh pergi X-ray sebab doktor nak check samada kena pneumonia. 

Alhamdulillah her lungs are clear. Kalau tak ada yang tidur hospital semalam. Tapi budak tu happy jer sebab makanan hospital sedap katanya...plus she gets the bed and TV all to herself. Mama lah seksa sebab kena teman dia. 

Hari ni dia sibuk nak pergi lawatan sekolah to ICT. Actually I tak nak bagi tapi she insisted. So I make sure she takes all her medications and inhaler + her chamber kena bawak sekali to the school trip. Takut semput dia datang balik jer.....plus we make her wear baju sejuk yang tebal.

Speaking about tebal.....budak gemuk bawah ni sangatlah terseksa musim panas ni. Selalu jugaklah terjumpa dia either lepak/tido dalam toilet....kalau tak pun depan peti ais. Sian....kat situ jer kot yang sejuk. 


Last few days banyak cubaan melarikan diri tapi tak berjaya muahaha. Pantang pintu terbuka laju jerrrr dia nak keluar.

Dia tengah gatal nak mengawan. Bising jer buat suara garau kuat-kuat. Sorrylah boy...u ain't going anywhere unless nak kena kidnap dengan orang. Maybe kena cari gepren untuk dia kot.....

 Nasib baik kau kucing jantan kalau tak sure banyak cucu kitaorang. 

Sunday, April 21, 2013

Random Sunday


Panas sungguh cuaca sekarangkan. Time macam ni memang nikmatlah kalau duduk dalam ofis sebab aircond full blast. Kucing rumah ni pun kesian tengok sebabnya asyiklah duduk dalam toilet sebab spot tu jer yang sejuk.....almaklumlah bulunya panjang sangat so mesti lagi panas daripada kita ni. 

Semalam kena pergi kerja sekejap sebab nak test disaster recovery system. Hok alah....tension gaklah sebab hari Sabtu kena datang buat system testing. Pergi-pergi system tak boleh test sebab IT tak ready lagi. Buang masa sungguh.....tension gaklah. Pastu sempat jugaklah pergi Jusco beli dapur baru. Dapur yang ada ni dah rosak satu. So sekian lamanya ada satu jer tempat masak tak boleh nak multi task. Stress jer sebab kena masak one at the time. Dah dapat table top stove baru ni barulah semangat nak masak banyak-banyak =)



kalau pergi kedai mamak, bergelas-gelas teh ais kami order. Tak cukup satu.


my picture a few days ago while driving home. Terang sungguh matahari....silau!






Perang bendera. Actually cantik jugak bendera-bendera tu bila dikibar angin.
Tak sabar nak mengundi so that all the rude post and comments on my facebook wall would stop!



- Posted using BlogPress from my iPhone

Blog Widget by LinkWithin
 
design by suckmylolly.com