Wednesday, August 29, 2012

Aidilfitri 2012

Dah masuk 2 minggu Syawal, baru terhegeh-hegeh nak update cerita Raya. Dah basi dah kot tapi sebab gambar semua dah siap-siap upload dalam draft so kita carry on jerlah ya.

1 Syawal lepas solat sunat Aidilfitri, lepas session mintak ampun mintak maaf kat rumah sendiri baru bergerak pergi rumah my parents. Memandangkan jalan lenggang so 10 minit dah sampai.

Mintak mahap dengan parents, hulur duit raya (memandangkan raya tahun ni jatuh kat haribulan yang tak dapat gaji lagi so beri ikut kemampuan jerlah. Lain kali kena bajet duit kutu jatuh kat bulan nak raya). Lepas sessi makan ketupat, rendang, kuah kacang mak I yang meletup tu kami seperti biasa akan dipaksa balik ke Melaka, kampung my father.

sessi bergambar is a must every year.
Atuk, nenek dan cucu-cucu. Tahun ni color theme kami warna biru tapi semua biru tak seragam all shades of greyblue ada.

Alhamdulillah perjalanan KL - Melaka tak berapa jam 1 Syawal tu. Mungkin sebab semua orang dah balik awal.


Baju 20 by Rizalman for Tesco.
Tambah aksessori rantai beli kat Jusco.
Tudung recycle tahun lepas punya. Inner neck from Al-Humaira Contemporary (AHC).

All my baju raya tahun ni menggelobos macam khemah >.<


my kitty kats wearing blue


budak ni dah nak mengamuk nak tukar baju sebab panas. Tak ensemlah Bang kalau tukar baju lain



first house singgah kat Melaka, rumah my late grandmother sister's house.

Memang terbaiklah dapat lontong, rendang lemang. Nasib baik sedar diri yang ada lagi rumah lain nak kena pergi kalau tak mau tambah lagi 3-4 round.

ni pulak rumah arwah my uncle. Rumah ni memang meriah dengan makanan sebab each of my cousins have their own signature dish so memang penuh mejalah. Cuma tahun ni tak ada satay jer cause my cousin brother balik raya belah wife dia.

Nasi dagang, laksa Johor, laksa Penang, ketupat, lemag, rendang, agar-agar...macam-macamlah sampai sendat perut nak makan.


budak ni sukalah sebab ada favorite dia laksa Penang.
Sampai berpeluh-peluhlah makan.

Syawal ke 2 pulak as usual balik kampung my mom pulak kat Bentong, Pahang. Seksa nak lepas tol Gombak tu sebab jam teruk. Lane smart tag pun jenuh beratur (tak termasuk lagi malaun-malaun yang potong queue orang. Lepas tol eloklah pulak tak jam pun.

My cousin nak balik Kuantan hari Jumaat 2 hari sebelum raya, jalan jam teruk sampaikan derang decide to sleep kat Selesa Hillhomes. Teruk tu...nasib baik rumah mak bapak 10 minit jer kalau tak jam. Itu pun sampai my uncle bengang-benganglah menunggu anak-anak semua tak sampai-sampai.

balik kampung...ohh..ohhh..balik kampung



Raya ke 2 pun pakai baju 20 by Rizalman.

Tudung dari butik Al-Humaira Contemporary 


anak-anak dara pakai baju kebaya nyonya dan anak bujang dah tak nak pakai baju melayu pffttttt





amacam lawa tak kasut Adik?
Beli kat Isetan One Utama. Dah rupa macam kasut sekolah tapi lukis jer gambar kat atas tu. Dah itu yang dia berkenan.
Handbag ehsan mama dia.


Syawal ke 3 pulak kita ronda rumah sedara-mara belah ayah budak-budak ni kat dalam KL. Pusing Cheras, Gombak and Batu Caves.


my baju from Jalan TAR.Beli last minit sehari sebelum raya. Scarf from AHC

Lawa langsir rumah mak Lang my hubby. Langsir rumah kitaorang jugak recyle yang lama hehehe.



Budak kecik ni dah tak nak pakai baju kurung on 3rd raya. T-shirt raya from Uniqlo.


ni pulak at my BIL's house (my husband's brother)
Punyalah payah nak suruh budak berlima sepupu ni ambik gambar together sampai kena marah jegil-jegil matalah nak suruh derang duduk elok-elok. Inilah gambar yang paling senonoh sekali, yang lain tu  >.<

Raya ke 4, 5, 6 semua kitaorang bantai duduk rumah. Yang ada datang beraya pun kawan-kawan Adik jer. Nak keluar beraya dah malas sebab bila petang jer hujan. Duduk rumah layan cerita raya best jugak. Itu yang bila kena kerja last Monday macam lemau jer.

So how's your Raya?

Oh ya....sejak budak-budak ni dah besar, dah tak boleh pau duit raya derang dah ...huhu

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin