Wednesday, April 8, 2015

Lepas balik kawad


Mari sini Akak nak cerita pasal budak yang pergi latihan kawad semalam. 

Budak-budak ni balik dari latihan kawad pukul 2 petang. Tapi ntah napa Cikgu tak bagi pelepasan balik lepas latihan. So budak-budak ni semua masuk kelas macam biasa. Mesti penat tu sebab pkl 5 pagi budak dah bangun nak bersiap pergi sekolah pukul 6 pagi. Cikgu pun.....timbang rasalah sikit. Dahlah kawad dari pagi sampai tengahari panas berdenting. Dengar cerita ramai yang tiba-tiba dah tunduk jer nak pitam. So terpaksa keluar barisan.

Masuk-masuk kereta petang semalam, budak berdua tu senyap tak berkata-kata. Dua-dua penat sangat. Muka masing-masing nampak sangat letih especially Adik. Muka & mata dah merah. Siap kelubung kepala sebab tak nak bercakap. Ayah dia pulak non stop bercakap dalam kereta. Budak dua orang ni sikit tak jawap pun.

Terus bawak budak-budak ni pergi makan sebab nenek dah pesan suruh bawak budak-budak ni makan dulu. Rumah dia tak ada lauk nak makan. Kebetulan nak withdraw duit kat ATM lalu depan klinik. Adik terus tunjuk pintu klinik. Budak ni selalunya kalau ajak jumpa doktor liat. Ni sendiri nak masuk almatnya memang sakit sangatlah tu. Nak bercakap pun tak larat.

Doktor kata tekak dia merah dan badan panas sikit. So doktor kasi ubat + antibiotik dan surat MC. 


muka petang semalam....masam jer mukanya. Moody semacam.


muka merah macam udang kena bakar


ni muka annoyed sebab ayah dia tangkap gambar banyak-banyak.
Dahlah kawan letih dan tak sihat.


perut dah kenyang baru okay sikit.
 Itu pun paksa dia terus semua ubat-ubat yang doktor bagi.


ni bestfriend Adik....

I saja racun Adik cakap doktor dah bagi surat MC tak payahlah masuk pertandingan kawad besok. Ohhhh tidakkk......dia nak pergi jugak. Budak ni boleh tahan perservere jugak.
Kalau dia kata dia nak tu, tak payahlah nak persuade lain....tak jalan punya. 

So I made her promise me to eat all the medicine tomorrow morning. Malam kena rest cukup-cukup. Kalau tak larat nak masuk kawad jangan paksa diri.

I manage to capture their photos in uniform.

Bukan macam polis tapi dah rupa macam penguasa kastam adalah hahaha.

Adik dah besar nanti jangan jadi polis, Mama tak bagi. Mama tak rela anak Mama kerja malam-malam jaga sekatan jalan dan sebagainya. Kisahnya, last year I ada balik malam so kena lalu sekatan jalan. Polis wanita yang jaga sekatan jalan tu so young and pretty. Adik remind me of those young police officers cause they too have short hairs. So tak payah yaa.....Mama tak nak risau.




They manage to secure 2nd place in the competition.

Congratulations girls!

 You hard work had paid off. Berbulan-bulan budak-budak ni practise for the competition. Sampai kulit masing-masing sikittt lagi kena makan Qu Puteh.

Lepas ni dengarnya Adik ada perlawan netball pulak....hmmm...tak penat ke?

1 comment:

Nabila Syifa said...

sweet je anak dara tu.huhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin