Friday, April 17, 2015

Panas berdenting


Terasa betul bahang panas sekarang.....global warming. Tak tahulah nanti lagi 10 tahun mungkin lagi panas cuaca. 
Pulak sekarang aircond bilik rumah Akak rosak, tidur malam berpeluh sakan, bangun pagi lencun. 

Tadi tengahari nak beli nasi ayam goreng bungkus kat van yang parking tepi jalan. Akak pun beraturlah....happy dah sebab masa tu tak ramai orang. Ingatkan order terus boleh blah ni sebab panas terik tu. Rupanya ayam tengah goreng. Nangis terus Akak dalam hati sebab bahang panas berdenting. 10-15 minit Akak jugaklah tunggu budak tu goreng ayam. Macam nak pitam Akak kat situ sampai siap peganglah tiang van tu. Kalau Akak pitam kat situ agak-agak ada tak orang tukang sambut?. 

Tapi bagus gak dalam menunggu dalam panas tu tak ada yang nak potong queue...elok semua orang beratur walaupun dalam panas. Semalam ada sorang budak pompuan ni bikin Akak hanginn satu badan kat kedai mamak. Akak eloklah beratur tunggu turn nak order dengan mamak tu. Datang sorang budak pompuan muda ni, dengan suara sekuat halilintar "Nasi dengan ayam bla bla bla" (idaklah dia cakap bla bla...Akak tak ingat apa butir perkataannya sebab masa tu darah Akak dah menyirap naik ke kepala). Wah sedap kau nak potong line. Terus Akak bersuara terkuat sikit melawan halilintar tu...."Nasi beryani ayam satu". Terus minah tu tersenyap buat-buat pandang tempat lain. Ehh silap oranglah nak potong queue ehh.....Akak bab-bab macam ni Akak pantang sikit. 

Masa-masa musim panas macam ni bersyukur sangat dapat duduk dalam opis yang sejuk macam Kutub Utara. Bagus sangatkan kat luar panas berdenting, dalam opis sejuk beku. Boleh demam dibuatnya dek perubahan suhu.




ni ABC Akak semalam....sedap nikmat.


Petang ni Akak nak pergi ambik anak kat hostel pulak. Si Adik bengang jer sebab bila Abang dia balik dia tak boleh melepak dalam bilik Abang sambil main computer. Almaklumlah tuan punya bilik dah balik. Siap cakap tak payahlah ambik Abang kat hostel...Abang tak payah balik. Ewahhh Dik.....banyak cantik muka.


2 comments:

Saniah Ahmad said...

Emmm,, ni yang rasa nak beli gak ni hihihi,, cuaca sekarang memang panas berdenting kak,, klu masuk keta macam masuk sauna,, peluh cepat je merenjis kat badan,,tak tau lah apa ubat untuk kurangkan suhu cuaca sekarang,,

Pink Mama said...

Saniah....selamat ber ABC =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin