Wednesday, June 24, 2015

Ramadhan 2015 - Day 6 Buka Puasa at PJ Hilton

Alhamdulillah semalam we were invited by my husband's workplace to break our fast at PJ Hilton. Bak kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kecik tapak tangan, stadium merdeka kami tadahkan.

Lepas jemput Adik dari sekolah terus ke PJ Hilton. Nasib baiklah jalan tak jam sangat tapi Sprint Highway menghala ke TTDI/ DU sangat sesak. We were so relieved that we longer need to travel back from KL during fasting month. Dah merasa bertahun-tahun masa kerja kat Golden Triangle. Keluar parking bangunan jer dah jam.....pukul berapa nak sampai rumah. Kadang-kadang berbuka puasa dalam kereta saja. It was a stressful period. 

I am so glad that now nak balik jalan tak jam sangat sampai sempatlah nak berjimba-jimba membeli-belah kat bazar ramadhan. Siap boleh pergi 3 bazar ramadhan kat Kota Damansara tu.


They booked a small hall for guest berbuka so tak adalah dapat merasa buffet PJ Hilton cause buffet ni they request special order rasanya. 


We the selfie queens hahahaha.....ladies in red.
I ada tips nak bagi ni. Semalam my tudung macam rumple sikit bahagian muncung awning tu, so what I did was guna hand dryer kat toiler untuk licinkan tudung. Blower tu kan panas so just lalukan tudung bawah blower tu Insyaallah tudung akan licin.


tengok budak-budak ni kita nak ambik gambar dia. Sorang jelir lidah, sorang lagi tak habis-habis buat lambang peace.


tak sempat jamah kuih sebab dah full sangat makan makanan lain


seriously I myself tak tahu kenapa I tangkap gambar lampu ni maybe sebab unik kot


atas pinggan - nasi beryani, rendang ayam, lala, acar daging, ikan kerapu dan sayur.
Husband dah pesan awal-awal kalau makan buffet jangan ambik nasi sebab nanti cepat kenyang but I can't resist rice.



dapat jugak makan soto bulan puasa ni


pastries and cakes. The bread butter pudding sedap tapi I tak ambik pulak gambar.


Ice-cream Malaysia....sangat rare okay. Jarang boleh jumpa kat buffet table.
My mom makes the most delicious ice-cream Malaysia.


salad table......kakak mengulang sampai 2-3 kali. 
Kakak memang hantu salad.....suka sangat kalau dapat makan sayur-sayuran.


I ambik lemang satu tapi tak makan pass kat Kakak sebab takut angin. Almaklumlah dah tua-tua ni badan bukan boleh salah sikit. 



yang warna hitam tu I tak sure apa....anyone tahu?


Almost 10.30 malam jugaklah sampai rumah semalam. Itupun sebab singgah Vichudda tapau tomyam untuk sahur. Sahur masak nasi, goreng telur dadar dan panaskan tomyam...senang hidup mak,kan?


6 comments:

Norma NML said...

bestnya dessert tu

Pink Mama said...

Norma, bulan puasa ni dapat makan kek dan puding memang best.

Lynn Hamzah said...

mcm mcm menu ada...

Pink Mama said...

Sendat jugaklah perut Akak semalam Lynn

Hafizah Zainol Abidin said...

yang hitam tu lemang jugak tp guna pulut hitam. time raya selalu abah saya beli.

Pink Mama said...

Terima Kasih Hafizah sebab bagitau....Akak tak pernah jumpa lemang pulut hitam =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin