Tuesday, June 2, 2015

Monday blues

Monday blues sangat semalam tau. 
Dahlah anak-anak semua kat rumah sedap tidur sampai tengahari. 
Jeles mak sebab kena pergi kerja. Kalau dapat bersenang lenang goyang-goyang kaki kat rumahkan best. Tapi nak buat macamana hutang keliling pinggang huhu...

Kalau aku kayaaaaaaa......(sila nyanyi macam Awi Rafael)



lunch semalam beli kuih Cara berlauk untuk minum petang...yumm
Kuih faberet mak I ni. Kalau bulan puasa dia memang suka kalau kitaorang belikan dia kuih ni.


Hari Ahad lepas my hubby belikan udang galah. Tak tahulah berapa kilo tapi banyaklah.
Hari Ahad tu I dah masakkan udang masak sweet and sour.
Balance lagi separuh tu semalam I buat butter prawn tapi tak menjadi sangatlah macam kat kedai punya. But taste wise tetap sedap (nak gak puji diri sendiri tu hahahaha)
I ikut resepi mudah dari blog ni minus the daun kari sebab dalam petias tak ada daun kari.

Malam tadi lengan I dah gatal-gatal. Pagi ni my hands keluar bintik-bintik merah gatal.
Allergy seafood tapi udanglah pujaan hatiku.  



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin