Friday, June 19, 2015

Ramadhan 2015 - Day 1 Pasar Ramadhan


Sebulan puasa sebulanlah korang semua kena ngadap cerita sepanjang Ramadhan.

Bulan Ramadhan ni I memang looking forward nak pergi pasar ramadhan. Seronok sebab meriah boleh jumpa macam-macam makanan, minuman dan gelagat orang membeli belah.

Semalam plan lepas kerja nak pergi Pasar Ramadhan TTDI tapi ada orang tu ambik kita lambat pulak. Mana nak sempat nak pergi sebab Adik bulan puasa habis sekolah 5.45pm. 

Nasib baik jugaklah jalan tak jam sangat nak balik rumah. Kalau jalan jam mak nangis tengah jalan tu. So sempatlah kami pergi Pasar Ramadhan kat Uptown Kota Damansara.

Tahun ni tapak Pasar Ramadhan Uptown Kota Damansara dah berubah ke seberang jalan pulak bukan tapak biasa macam tahun-tahun lepas. Hari pertama so tak biasa lagi kedai apa kat mana so kitaorang jalan jerlah sampai hujung jalan tengok apa yang best.

Semalam kami beli nasi beryani ayam (RM8), beryani daging (RM9), kebab (RM4) dan air mangga (RM3). Kena set limit untuk berbelanja kat Pasar Ramadhan sebab kalau tak semua benda nak beli rambang mata. Itu pun Adik dah kena marah dengan I sebab dia tak nak kongsi makanan dengan orang lain. Kalau ikut perut lapar memanglah semua makanan kita rasa kita boleh makan.

Alhamdulillah semalam semua orang okay berpuasa kecuali ayah budak-budak ni yang kena gastrik teruk. Nak buat macamana tahan jerlah. First day memang macam tu kot....nanti dah 2-3 hari okaylah tuh. Perut tu takes time to adjust.


Kami di Pasar Ramadhan Uptown KD. Hampir-hampir lupa nak tangkap gambar sebab sibuk tengok makanan. Harini rasa macam nak makan murtabak daginglah.

Nampak tak mak dah nampak ketot disitu.....


P/S: Tadi dengar lagu 'Now you're just somebody I used to know'....kadang-kadang kita boleh hilang kawan  without reason. So kalau orang dah tak nak kawan dengan kita.....kita tak payahlah nak kawan dengan dia lagi as simple as that. Please move on - kata Kak Sri Siantan

1 comment:

Syaifulnazlan Norsham said...

As Salam puan,

Kami ingin menawarkan puan untuk buat review berkenaan Buffet Ramadhan Harian yang ditawarkan oleh Felda D'Saji Sdn Bhd.

Untuk makluman puan, Felda D'Saji menawarkan empat venue Buffet Ramadhan Harian di :
1. Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak
2. Felda Villa, Jalan Semarak
3. Asmara Penchala, Kg Sg Penchala
4. D'Saji KL Titiwangsa..

Sekiranya puan berminat, boleh hubungi saya SYAIFUL NAZLAN di talian 03-2698 8302 @ 013-3860 453.

Sekian, Terima Kasih

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin