Tuesday, June 13, 2017

Nak merasa shopping Jalan TAR

Assalamualakum,

Apa khabar semua....sihat ke idok?
Akak ni tak tahulah kenapa tahun bulan puasa kena gastrik teruk. 
Bertabah jerlah.......

Malam Ahad/pagi Senin lepas Akak berjaya menjejakkan kaki ke Jalan TAR.
Syukur Alhamdulillah.
Bukan senang hokeh nak ajak husband Akak tu pergi Jalan TAR.
Ntah apa mimpi semalam dia okaylah pulak.
Malam last 10 Ramadhan memang jangan haraplah nak dapat pergi Jalan TAR.
Sebelum dia tukar fikiran baiklah kita cepat-cepat pergi.



Dugaan jugaklah nak pergi Jalan TAR ni sebab jalam jam ya amat πŸ˜–
Nasib baiklah bukan Akak yang driving.....kalau Akak ler terus patah balik rumah.



boleh tak dengan jalan jam pastu sampai2 depan Jalan TAR dekat ngan Maju Junction tu bolehlah pulak polis tutup.
Memang mencabar betullah.
And again.....nasib baiklah bukan Akak yang memandu.
Ayah budak-budak ni terrer sikit jalan-jalan kat KL


budak-budak motor ni memang berani sungguhlah....
simpang bersiur...kereta laju pun dia main redah jer cross jalan tu walaupun belah dia merah.
Kalau jadi apa-apa kang dimarahnya pemandu kereta walaupun sebenarnya terang-terang dia salah.


Akak dah hampir-hampir putus asa dah sebab jalan jam sangat nak menuju Jalan TAR
Tapi dah tersurat agaknya rezeki dapat jugak Akak menjejakkan kaki.
Sebenarnya kami ikut satu lorong tu sekali rupanya terus sampai ke tempat orang meniaga. Parking pulak ngam2 depan tu. So tak payahlah kami anak beranak nak menapak jauh-jauh.
Cuma horror time nak baliklah sebab kereata nak kena lalu tang orang ramai tengah shopping tu.
Bukan salah kami....sapa suruh tak tutup laluan lorong tu.

Meh tengok video yang Akak tangkap kat Jalan TAR


3 seratus ya.....murah. Kain pun boleh tahan lawa.


budak ni yang paling excited nak shopping baju raya


Habis shopping dah almost pukul 1.30 pagi.
Akak cakap kat ayah budak-budak ni makan kat kedai jerlah sahur.
Tak larat dah Akak nak balik masak sahur walaupun sebenarnya sebelum keluar rumah nasi dah masak dan ikan pun dah keluarkan dari peti ais.

Buka puasa pulak kebetulan buka puasa kat rumah mak Akak so memang tahap letihlah nak balik masak.
Berpeluh-peluh Akak jalan malam tu.....panas. Kalau pergi siang tak boleh nak bayang macamana sebab sure lagi panas pastu orang bersesak-sesak 😐



lauk sahur....share berdua dengan ayah budak-budak.
Sedap menusuk jiwa. Kedai favourite kami kat Uptown Kota Damansara sebaris dengan kedai Ustaz dan Gadget 666.

Lepas makan melilaulah pulak keluar masuk kedai cari handphone cover raya 😁

Hasil dari Jalan TAR, kami dapat 5 pasang baju dengan harga RM250
Anak jantan ai eksyen tak mau baju baru....lantak dia situ. Pakailah baju tahun-tahun sebelumnya balik. Dia duk sibuk fikir nak buat internship tu....so dia tak berapa fikir nak raya πŸ˜›

Paling penting kami gegirls dapat baju baru yang kami semua berkenan. Kasut raya dah lama dah kawtim 😁

Dah tu jerlah kisah Jalan TAR Akak.....syok. Ni tengah pujuk ayah budak-budak ni pergi lagi hehehe....


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin