Monday, January 30, 2012

Update pendek jer

Susahnyalah rasa nak update kebelakangan ni. Kalau kat rumah, awal-awal lagi my notebook Kakak dah book sebab dia nak mengadap Youtube Selena Gomez, penyanyi kesukaan dia. That girl is obsess with Selena Gomez. Sampaikan bear dia pun dia namakan Selena Gomez. Kalau weekend boleh jadi berejam-jam dia mengadap Youtube tengok cerita kesukaan dia macam iCarly......semua cerita teenagers ni. Nasib baiklah I ada iPad tapi ntah apasal ntah lately ni nak update blog guna blogpress tu macam ada problem. Stress jadinya bila lebih 5 kali nak update pun still tak lepas-lepas. Sementara kita boleh update ni.....kita updatelah.

Semenjak ada si kecik....ehh bukan ada baby tapi si kitten tu, asyiklah geram menengoknya. Budak-budak ni lagilah dibuatnya kitten tu macam baby. Habis diusung ke sana sini. Nasib baiklah Adik tak suruh beli pram untuk anak kucing tu....itu pun dia berangan okay sebab pernah ternampak a lady tolak anjing dia dalam pram kat Ikano PC.

More pictures of the little one. Tak concentrate nak update sebab mata asyik memandang kat TV tengok Ariana Mikhail. Alahai Mikhail, bilalah nak berjumpa balik dengan Ria mu.






"Kakak dan abang saya suka buat saya macam baby tau!"


1 comment:

kayna said...

alaaa tomeynyerrr

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin