Tuesday, May 5, 2009

Berarak dan bersanding

Ikan dilaut asam didarat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Tapi Akak ini tidaklah melihat adik sepupu bersanding sebab sibuk makan kat meja rombongan pengantin :)


Hari Sabtu tu lepas berenang kat TC, balik mandi tukar baju at my aunty's house.Then kami semua berangkat pergi rumah singgah pengantin lelaki sebab nak ikut rombongan berarak. Janji berarak lepas zohor, itu pun dah dekat pukul 2 petang. Panas tu, berpeluh-peluhlah semua orang.

Kami berempat jer yang makan satu meja ni. Hubby I dah makan kat meja pengantin. Tak perlah I makan dengan budak-budak ni. Sedap tak ada orang kacau, makanlah semeja tu.

Daging dia sedap, Adik dengan Kakak bertambah-tambah. Abang jer yang tak makan banyak. Budak boy ni memang kurang sikit makan nasi. Ruginyaaa...

Desert ni Hubby campak dari meja pengantin. Kesian kat bini dia agaknya tak dapat makan semeja dengan pegantin.
Ni the singing policeman. Ini polis semua sebab bapak pengantin perempuan bekas polis.

udang lauk pengantin. Ni pun hubby yang ingatkan isterinya campak jugaklah 2-3 ekor. Nasib baik ingat kalau tak merajuk tak dapat makan udang :)


budak yang rugi tak makan banyak

perempuan-perempuan yang tak tau malu, makan banyak :)


cenderamata dari pihak pengantin perempuan

Dah habis makan baliklahkan...abis takkan nak nunggu lagikan.

2 comments:

The Queen Bee said...

wah lauk kawen nampak sedapppnyee!! siap ade udang besar!

Pink Mama said...

Sedapppp....tapi kalau lagi besar udang lagi best :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin