Friday, May 22, 2009

Entry pasal malam lagi

Dah macam tiap-tiap harilah pulak entry pasal pasar malam ya. Semalam ke pasar malam Kg Sungai Kayu Ara pulak sebab hubby nak cari daging. Tapi last-last pakcik itu tak beli daging kat pasar malam ni sebab dia tak berkenan dengan muka peniaga daging yang macam sombong dahlah tu hisap rokok dengan muka sangat langsi.Peniaga-peniaga pun kalau nak meniaga buatlah muka manis sikit. Kadang-kadang pelanggan ni beli kat kedai awak pun sebab suka dengan peniaga tu walaupun kedai sebelah lagi murah, contoh jerlah.

jalan macam gepren boyfren....tapi memang anak ayah pun

laju jer budak-budak ni jalan. I risau jer sebab ramai foreigner kat sini

baru teringat bawang kat rumah dah habis. Kalau dah habis ada alasan tak masak. Boleh ke gitu....hehehee

jangan tanya I ikan apa sebab I tak tau. Saya tahu masak sahaja :D
Besorkan ikan kat hujung tu....itu namanya bapak ikan...hehee

Minggu ni banyak kalilah pulak aktiviti pasar malamnya. Ahad duk rumah tak payah pergi pasar malam TTDI lagi sebab banyak dah barang makanan kat rumah tak masak-masak lagi.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin