Sunday, May 10, 2009

Jauh perjalanan luas pandangan

I nak update lagi awal sebenarnya tapi sibuk mengupload gambar kat my facebook dulu. Itu lagi satu kisah...nanti I ceritalah apa yang terjadi kat my facebook.

Hari Jumaat tu, hubby I nak ikut jalan lama ke Penang tak nak ikut highway.Kami keluar rumah Jumaat tu pukul 9 pagi, pukul 6 baru sampai Kedah. Lamanya yaaaa....lamalah banyak sangat tempat stopnya.

kami ikut jalan ke Teluk Intan, tembus Taiping semua. Ada agenda sebenarnya ke Taiping tu tapi nanti I cerita kemudian

selama ni tak pernah sampai ke tempat kelip-kelip ni. Jumaat tu ternampak pulak Taman Kelip-kelip

sepanjang jalan banyak betul orang jual Lokan dan mangga tapi kami tak berhenti beli sebab jauh lagi nak berjalan

tau tak tepi jalan nampak itik berjalan berderet jer...comel betul. Beratur...tengok binatang pun pandai beratur

Kami singgah sekejap kat Lumut. Ini jeti nak pergi Pangkor. Wahh...terus dan-dan berangan nak pergi cuti ke Pangkor pulak lepas ni

ramai orang tunggu feri nak ke Pangkor walaupun hari Jumaat


kami singgah sekejap jer takat nak ambik gambar . Mula-mula Ayah ingat nak sembahyang kat Lumut ni tapi awal lagi so kami jalan dulu. Pastu kami singgah jer kat kampung mana-mana sebab Ayah nak solat Jumaat.

Cantik tempat yang kami singgah ni. Tak ingat nama apa tapi dekat dengan kem PLKN. Tengok ya pemandangan kat bawah ni....tunggu dekat setengah jam pun tak terasa sebab menikmati view


nanti sambung lagi ya. Adik bagitau kitaorang pergi mana pulak lepas ni.

2 comments:

Ms Lola said...

Mmg cute itik2 tu

Pink Mama said...

comelkan....beratur jerrr

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin