Thursday, February 26, 2009

Suprise..... KFC

I teringin sangat nak makan KFC, jadi hari ni sementara tunggu anak-anak habis kelas mengaji I pun ajaklah hubby pi makan berdua. Dinner plate share dua orang, I makan seketul pun dah kenyang dah sebenarnya.

semua original. I tak suka yang hot n spicey.


sebenarnya lebih nakkan cheesy wedges

Katanya dating makan berdua,kan. Habis seketul, hubby pergi basuh tangan. Lama sungguh dia pergi basuh tangan. Heran jugak I apasal lama bebenau. Rupa2nya pakcik tu tak sampai hati sebab anak-anak dia tak makan sama. So dia belikan sekali untuk anak2.


licin, sehingga menjilat jari



see dia belikan untuk anak diakan.


Yang kelakarnya hubby siap sorokkan KFC dalam kereta dulu sebab nak surprisekan anak2. Tak berbau pulak KFC tu dalam kereta. Happy bangat budak-budak bila sampai rumah sebab ada KFC. Senyum sampai ke telinga. Tu tak pecah lagi rahsia yang sebenarnya mama dengan ayah diaorang dah makan kat restoran KFC tu. Kalau tidak sure masing-masing bising nak mengekor.


laju jer masing-masing terkam cheesy wedges tu


apa lagi makan time.....


Sehingga menjilat jari


6 comments:

mimielola said...

Oh, I pun sangatlah teringin nak makan KFC hari ni... Tp hajat belum tertunai lagi

Pink Mama said...

besok masih ada :)

sedap sehingga menjilat jari

Marisa said...

saya pun dah mkn KFC rabu lepas.... asalnya sbb nak pi guardian... kat giant sg petani yg terdekat guardian.... so... pas tu apa lagi.. KFC je yg cepat.... lama tak mkn.... i pulak suka hot n spicy. cheezy wedges tu sama la kite... feveret!

Pink Mama said...

Marisa, tu ler I pun dah lama tak makan :)

dikwirina said...

cheesy wedges tu...
uishhh... tak tahan!!!

Pink Mama said...

Cheesy wedges yang menambahkan lagi pelampung dibadanku...memang sedap :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin