Thursday, February 12, 2009

Lunch at Istana Budaya

Sesapa yang tak pernah pergi cafeteria Istana Budaya tu meh hari ni I tunjukkan.Namanya cafeteriakan tapi tempatnya sangatlah selesa dan lebih penting nyaman berair-con.Masa I ambik gambar ni dah dekat pukul 2 so dah tak ramai orang, kalau you all pergi dalam pukul 1 tu, memang penuh dengan orang. Selalunya I datang dalam pukul 12.40 sebab tak ramai orang lagi. Dari opis I nak sampai Istana Budaya n i dalam 10 minit. Ha lagi satu nak bagitau, parking kat sini pun free ya.

Makanan pun murah dan enak. Penting tu. Kalau bernasib baik dapatlah berjumpa artis-artis kalau ada pementasan.Tapi I selalu dapat jumpa artis veteren jer. I bawak camera hari ni pun sebab manalah tahu dapat jumpa Hang Tuah celup Stephen Rahman Hughes tu ker :) You all tahulahkan sekarangkan pementasan PGL. Tiket semua dah sold out dengarnya. Even kawan I and my sister nak book ticket pun tak dapat dah.


Tengoklah ya....I nak layan Rona Roni Macaroni....sian Rona..... jahat tul Roni ni mainkan perasaan Rona tau....







Nasi + kari kepala ikan + air suam = RM4.20. Ni lunch husband I, dia dah ketagih makan kepala ikan kat sini.





1 comment:

Mama Mya said...

saya x pernah pi cafeteria Istana Budaya hihihi.. murahnye makanan kat situ erk.. nampak pun sodap

re = time kasih.. okey sekarang tengah strong... betul betul betul (versi upin & ipin hiks)

mama mya
http://www.quefamili.com

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin