Saturday, February 21, 2009

Geng: Pengembaraan Pink Mama sekeluarga di hari Sabtu

Penatnyaaaaaa.......


Mana tak penat, pukul 12 tengahari keluar, dekat pukul 9 malam baru sampai rumah
Harikan kami nak tengok wayang, tapi wayangnya start pukul 3.20 petang.

Keluar rumah punyalah awal. Bukannya apa sebenarnya nak pergi bank tapi bank tutuplah pulak hari ni, selalunya Saturday bukak. Alang-alang dah keluar rumah awal makan kami pun pergi makan dululah kat food court Arena Jaya Jusco tu.




bukak kecik yang nak makan ABC



kami pakai kasut pink hari ni



ABC Adik and kueyteow kantonese I punya. Budak dua orang lagi tu makan nasi ayam dengan Sizzling Mee. Menu budak berdua tu memang takkan berubah kalau makan kat sini. Tak adventurous langsung.

Lepas makan, pergi repair spek nenek yang tercabut lensnya. Nak tau tak kat mana kedai tu?. Opposite Nichii....alang2 dah opposite Nichii haruslah berkunjung ke Nichii kannnnn....


ni kedai spek tu..kejap jer repairnya tak sampai 5 minit





lawakan baju oren

yang ni pun lawo...tapi kena pakai baju inner ler...

Sementara Ayah sembahyang, I pi cari eyebrow pensel yang dah habis. Dulu I pakai yang MAC punya, eyebrow pensel yang macam pen yang pusing2 tu. Tapi asyik manjang tak ada stok kaler yang I nak so I tukar beli kat kedai ni.

Nama kedainya Ianti, kat level 2 One Utama. Locationnya kat bridge antara new wing dengan old wing

murah pun murah, baru RM14.90 sebatang

Gambar tang bawah ni, I saja jer ambik sebab nampak cam obscene sikit...hehehe....sebenarnya idak pun



belakang...teringat kisah zaman sekolah dulu kat bus stand depan sekolah ada lelaki giler seks macam ni

kalau ada flasher macam ni....sila bawak payung katuk anu dia atau lebih baik serang ramai2 potong anunya macam Lorena Bobbit



Kasut I beli tuk anak buah I. Harga sebenarnya RM39.90 tapi I beli RM10 sebab ada discount

Hubby saya telah menukarkan point bonuslinknya kepada voucher dan memberikan vouchernya pada saya...tinggg....lightbulb menyala :)


Macam-macam aktiviti sebelum selamat tengok wayang. Pada sesapa yang belum tengok cerita Gang: Pengembaraan bermula ni pergilah tengok. Memang bestlah ceritanya. Animationnya best, jalan cerita best...memang bestlah. Kelakar, seram, suspense, ada lagu...semua adalah. Bukan budak-budak jer yang gelak sakan tengok cerita ni, orang tua pun sama gelak besar. Memang terhiburlah. Pergilah tengok...bestttttt.



Lepas tengok wayang dah pukul 5 lebih. Tak leh balik rumah lagi. Kena pi kenduri rumah kawan Ayah. Tau dak tulis dalam sms jemput pi kenduri. Hubby I ni pun satu...memanglah satukan tak tanya kenduri apa. Makanya kami pun main redah jerlah, sekali besday party daaa....malunya bawak perut jer. Kalau tau birthday party maulah beli hadiah dulu tuk besday boynya. Hantam sajalahhhh....


cupcakes....sebenagnya I tak minat sangat cupcakes. I prefer cake betul anyday




budak kecik ni dia main-main dengan icing tu. Bukannya dia makan sangat cupcake tu.


Dan akhirnya setelah singgah di rumah nenek untuk bagi spek ngan kasut baby kecik tu, makanya kami sampai rumah dekat pukul 9. I lambat update pun sebab nak kena masak sikit, mandi, tengok TV, nak upload gambo lagi. Makanya pkl 11 ler baru leh update.

Selamat Malam....boleh...boleh...boleh. Dah berjangkit penyakit Ipin...ehh...Upin ker...confuse ler :P


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin