Semalam saya sangatlah gerrammmnya dengan Adik sebab dia telah menghilangkan buku textbook sekolah. Buku pinjaman tu Dik oiii..... Satu hallah pulak nak kena mencari buku replacement untuk buku yang hilang tu. Bila tanya mana perginya buku teks tu, si kecik ni jawap dia letak sekolah tapi dia tak ingat kat mana. Bertuah sungguhlah anak sorang ni.
Maka kami dengan bersemangat yang waja telah pergi ke Jasema. Sapa-sapa yang duduk TTDI tu sure tau yang Jasema adalah sebuah kedai yang menjual pelbagai barangan. Cariklah apa saja stationery atau buku teks mesti ada kat Jasema tu.
Malanglah sungguh nasib kami, setelah puas berhempas pulas...cewahh...sungguh dramatik...mencari buku teks yang diingini....buku teks tu dah habis stok daa. Dimanakan ku cari ganti...sila nyanyi macam P. Ramlee ya. Hujung minggu ni nampaknya terpaksalah pergi cari kat Popular bookstore seperti yang disyorkan oleh mamak Jasema semalam.Ada alasan nak pergi shopping sekali ni :)
P/S: Kenapalah Chris Brown tu bantai Rihanna teruk-teruk. Dasar jantan kaberet pukul perempuan!!
2 comments:
pinkmama,
Jasema tu mmg tempat favourite anak² I bershopping, kalo kita tak bawak diorang nnt diorang heret atok dia ke sana ... and burger depan Jasema itu adalah sangat sedap .. hehe
Mrs Taz, I agree burger depa Jasema tu mmglah sangat sedap :)
Post a Comment