Nak jadi cerita, pagi tadi Kakak bising kata hari ni dia ada kelas swimming sedangkan tak ada surat pun dari cikgu dia. Selalunya kelas swimming hari Jumaat saja. Makanya lepas cik Kak tu bising pagi tadi, I pun grab ajerlah plastik Ariani dalam bilik gosok tu sebab nak letak swimming suit dengan towel dia.
Guess what?. I jumpa passport Bibik dalam plastik Ariani tu. Ni mesti kes hubby I terlupa yang dia letak dalam plastik Ariani tu. I pun tak sedar yang passport tu ada dalam bag plastik tu masa I keluarkan tudung I. Alhamdulliah...siap suruh pakcik tu buat sembahyang hajat tau.
PAstu pagi ni sempat lagi bertekak dalam kereta. Dia kata I lupa. I kata manalah I tahu dia letak dalam plastik Ariani I. Tak nak ngalah tu Pakcik tu. Betullah orang Capricorn ni selalu nak betul jerkan...samalah macam my dad and my daughter. Nak dengar cakap dia jer. (Orang Capricorn lain yang baca jangan maraaa...aaaa...nanti kena jual). Ini perangai the capricorn's in my family saja ya :)
Alhamdulillah.
Ehh...apa kena gambar Maya Karin kat atas tu ya...tak ada kena mengena dengan entry. Just nak tunjuk kat u oll, lain benar muka Maya KArinkan. Dah rupa wanita latin atau Aisywarya Rai jer. Hubby I kata muka dia berubah sebab dia dah kawin. Ada ker macam tu pulak :P
4 comments:
A ah. Mmg lain!!!
lainkannnn...kan ...kan
and baru2 ni ada tak tgk muka sarimah? lain gila. dulu kan jaws dia very pronounced kan, shang lain. nak kata sbb dia dah kurus tak logik sbb lain sgt
betul tu muka Sarimah pun dah lainkan. Sebab dah kawin ni...hehehe
Post a Comment